RSS

Kursus Solat

13 Okt
Para jemaah sedang khusyuk mengikuti kursus

Para jemaah sedang khusyuk mengikuti kursus

Pada ahad yang lalu [11/10/09] saya telah menyampaikan ceramah dalam Kursus Solat siri 1. Kursus ini terbuka umum dan diadakan di Masjid Jamek Kampung Changkat, Nibong Tebal.

Kehadiran amat membanggakan khususnya para AJK masjid yang pada awalnya agak risau mengenai sambutan para peserta. Alhamdulillah… perhatian dan tumpuan para peserta amat memberangsangkan.

Sebenarnya ramai dikalangan kita menyangkakan bahawa kita sudah lulus dan mahir dalam bab Solat ni… namun apabila kita pelajari dan halusi lagi rupanya ramai lagi yang masih kurang sempurna.

Kita mungkin telah lama bersolat, kekadang tu dah jadi adat. Sebab itu mungkin solat ini bukan lagi sebagai suatu perkara yang utama yang harus diulangkajikan. Sedangkan kedudukan solat dalam kehidupan seorang muslim adalah sangat tinggi. Ia merupakan tiang agama yang menjadi teras petunjuk aras kepada keseluruhan amalan manusia di dunia yang membawa kebahagiaan di akhirat. Hal ini disebut oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya:

Maksudnya: “Amalan yang mula-mula dihisab (diperhitungkan) daripada seseorang hamba pada hari kiamat ialah solat. Maka berkata Allah SWT kepada para malaikatNya, dan Ia Maha Mengetahui: ‘Telitilah pada solat hamba-Ku, adakah ia sempurnakannya atau kurang. Sekiranya lengkap sempurna tulislah sempurna, kiranya ada yang kurang, maka berkatalah Allah SWT: Telitilah sekiranya terdapat solat-solat sunatnya bagi membantu menyempurnakan solat fardunya’ ”.[1]


[1] Hadis Riwayat Abu Daud: hadis Sahih (Sunan Abu Daud, no 864, 1/299; Musnad Ahmad, no. 9490, 2/425).

Natijah kesempurna solat itu akan terpancar kepada keperibadian seseorang individu. Sama ada baik atau buruk akhlaknya, taat atau ‘asiy (berdosa) tingkah lakunya secara sedar atau tidak adalah cerminan dari kesempurnaan solat yang telah dilakukan. Sebab itu Allah SWT sendiri telah meletakkan neraca ukuran kepada keperibadian manusia melalui solat sebagaimana firman Allah SWT;

Maksudnya: “Bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.

Surah al-Ankabut: 45

Oleh sebab itu mungkin, apa yang kita perhatikan sekarang ini berlaku dikalangan umat Islam melalui keruntuhan akhlak dan krisis keperibadian serta apa yang lebih dahsyat lagi iaitu keruntuhan aqidah sedikit sebanyak adalah kesan dari hilangnya fungsi solat dalam mengawal keperibadian seseorang. Keadaan ini berlaku seolah-olahnya Allah SWT sudah tidak wujud dikalangan kita. Tidak ada lagi nilai kepercayaan kepada hari akhirat, dosa dan pahala. Apa yang dikejar hanyalah kepuasan nafsu dan kesenangan dunia yang bagi kebanyakkan mereka seumpama telah memiliki kenikmatan yang hakiki sehingga sanggup bermatian untuk mendapatkannya.

Ramai dikalangan umat Islam memandang ringan tentang kewajipan solat. Ada pula yang bersolat tetapi hanya sekadar adat, tidak menampakkan kesungguhan, keikhlasan serta mutu solat yang terbaik. Maka tidak hairanlah sekiranya pelanggaran hukum syara’ secara terang-terangan dilakukan oleh umat Islam itu sendiri adalah terhasil dari kejahilan dalam melaksanakan tuntutan yang satu ini.

Kita mungkin akan mengakui bahawa kita sudah cukup mahir soal perlakuan solat tapi adakah kefahaman itu mampu menatijahkan solat yang boleh memberi kesan sebagaimana yang Allah SWT nyatakan?. Justeru solat yang terbaik akan membentuk sikap, sifat dan akhlak agar menjadi baik, ikhlas, tawadhuk serta terarah kepada pelaksanaan perintah Allah SWT semaksima mungkin, serta melahirkan umat yang terbaik yang dapat memandu kehidupannya dan masyarakat serta negara menjadi sebuah kehidupan yang penuh ketenangan dikalangan masyarakat yang harmoni dalam sebuah negara yang aman damai. Walahu’aklam.

About these ads
 

Label:

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 49 other followers

%d bloggers like this: