Persoalan Suami dan Isteri

Sebagaimana biasa ketika saya menjalankan tugas rutin sebagai Penolong Pendaftar Nikah, menemuduga para bakal pengantin bagi permohonan pernikahan, bukan saja saya yang menyoal bakal pengantin malah saya juga sering ditanya dengan pelbagai persoalan yang melibatkan persoalan rumahtangga. Antara soalan yang kerap ditanyakan oleh bakal pengantin perempuan ialah berkenaan tanggungjawab mereka kepada suami apabila telah berumahtangga nanti. Ada juga yang bertanyakan status pekerjaan mereka, khususnya wanita adakah perlu berhenti dari kerja apabila telah berkahwin atau kalau nak bekerja juga macam mana pula keizinannya?.

Memang tidak dinafikan ada juga pasangan yang selepas perkahwinan mereka timbul perselisihan tetang kefahaman antara hak dan tanggungjawab kepada suami dengan kerjaya yang telah mereka ceburi sejak sebelum dari perkahwinan lagi.

Secara asasnya kedudukan seorang isteri pada pandangan Islam adalah sebagai seorang insan pendamping kepada suami yang akan membantu suami dalam menguruskan kehidupan suami, rumahtangga serta anak-anak. Manakala suami pula bertindak sebagai ketua keluarga bertugas mencari rezeki dan mengurus keperluan umum rumahtangga supaya berjalan dengan baik dan teratur. Masing-masing mempunyai posisi tugas yang sesuai dengan fitrah dalam menjana kebahagian dalam rumahtangga.

Kekadang rungutan dari para isteri bahawa kerja di rumah adalah lebih mencabar dan tidak pernah habis berbanding para suami yang kerja di luar rumah. Sebenarnya kedua-dua keadaan itu mempunyai permasalahan dan cabarannya yang tersendiri. Justeru mulianya kedudukan dan status suami atau isteri ini, Allah Taala telah menyediakan ganjaran yang baik bagi mereka yang berjaya menjalankan amanah masing-masing dengan sempurna.

Sebagai contoh, galakkan Nabi SAW kepada wanita yang bergelar isteri, sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik RA; sabda Nabi SAW:

“Seorang wanita itu, jika ia menyempurnakan solat lima waktunya, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta mentaati suaminya nescaya dia akan masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”

Kewajipan Isteri

Apabila suami sebagai ketua di dalam rumahtangga, maka isteri itu timbalannya yang mempunyai tugas dan tanggungjawab tertentu. Di antara tanggungjawab isteri ialah:

1. Bergaul dengan suami secara baik. Menurut ulama Mazhab As-Shafie, wajib bagi isteri menggauli suaminya dengan baik.

2. Mengendalikan kerja-kerja rumah. Menurut riwayat Jauzani, Rasulullah s.a.w menentukan kewajipan anaknya Fatimah mengurus rumah dan Ali mengurus kerja-kerja di luar rumah. (AI Mar’ah fi Tasawwuri Islam, m.s 105, oleh Abdul Muta’al AI Jibry).

3. Berhias untuk suami. Isteri hendaklah sentiasa berada di hadapan suami dalam keadaan menarik dan kemas. Dengan itu suami menjadi terhibur ketika di sampingnya. Tugas ini tidak dapat dilaksanakan dengan baik oleh isteri kecuali mereka yang faham dan benar-benar prihatin.

4. Pujuk memujuk adalah penting dalam kehidupan rumahtangga. Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata kepada isterinya:

‘Apabila kamu melihat aku marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. ‘

5. Isteri hendaklah taat kepada suami. Di dalam sesuatu tindakan, jangan sekali-kali membelakangkan suami, kerana dia ketua rumah-tangga. Jika hendak keluar rumah mestilah mendapat izin dari suami terlebih dahulu. Isteri pula hendaklah memahami tugas dan kewajipan suami di luar. Sekiranya kerja itu untuk Allah S.W.T. dan RasuINya, ia mestilah menyokongnya, memberi galakan dan semangat dan menasihatinya supaya tidak berputus asa.

6. Wanita hendaklah sentiasa menjaga kehormatan diri dan nama suami. Wanita yang menjaga kehormatannya dianggap oleh Rasulullah S.A.W. sebagai wanita yang baik dan patut menjadi ukuran bagi lelaki yang hendak memilih isteri.

Inilah di antara kewajipan isteri terhadap suami. Apabila setiap pihak menunaikan tanggungjawab, akan berkembanglah mawaddah atau kasih sayang. Batas-batas dan tanggungjawab suami isteri ini ditetapkan oleh Islam sebagai peraturan yang bertujuan mengukuhkan kehidupan dan hidup di dalam suasana ibadah kepada Allah S.WT.

Kewajipan Suami

Namun begitu suami juga mempunyai tanggaungjawab yang wajib dilaksanakan disamping galakkan dan ganjaran daripada Allah Taala terhadap amanah yang dipikul. Antara kewajipan suami ialah;

1. Suami adalah ketua keluarga, pelindung isteri dan anak-anak. Sebagai pelindung keluarga dan ketua unit masyarakat yang kecil ini, suami berkewajipan mengawal, membimbing, menentukan tugas, menyelaraskan kerja, berusaha mencari keperluan hidup keluarga dan berusaha menyediakan faktor-faktor kebahagiaan dan keselamatan keluarganya.

2. Dia wajib menyediakan rumah kediaman, pakaian dan makan minum keluarga. Dia wajib mengajar anak isterinya dengan hukum-hakam agama. Kalau tidak mampu mengajar sendiri dia wajib menanggung biayanya. Dalam hal ini suami yang bijak awal-awal lagi akan memilih isteri yang beragama. Dengan itu dapat meringankan beban dan kewajipannya mengajar agama kepada isterinya. Isteri yang beragama itu, pasti dapat bekerjasama mendidik anak-anak dalam kehidupan beragama.

3. Pentadbiran suami di dalam rumahtangga hendaklah berdasarkan rahmah (kasihan belas) berakhlak dan contoh yang baik. la bertanggungjawab di hadapan Allah S.WT. terhadap keluarganya. Bersikap baik dan adil di dalam mengendalikan rumahtangga adalah penting. Rasulullah s.a.w mensifatkan seorang lelaki yang baik ialah yang baik kepada ahli rumahnya.

4. Suami hendaklah mengasuh isteri dengan baik. Rasulullah s.a.w. menyifatkan kaum wanita sebagai amanah Allah S.W.T. Amanah itu hendaklah dijaga dengan cermat. Misalnya jika kita diamanahkan sesuatu barang dan barang itu rosak di tangan kita, tentulah ia akan melibatkan nama baik kita. Sebab itu Rasulullah s.a.w. berpesan supaya bersikap baik terhadap wanita dan sentiasa memesan mereka supaya berkelakuan baik.

5. Tanggungjawab suami adalah penting di dalam membina keluarga. Tidak sah pernikahan orang yang tidak boleh mengendalikan urusan rumahtangga seperti pernikahan kanak-kanak dan orang gila. Adapun orang yang bodoh (safeh) yang ditahan dari mengurus harta benda dan dirinya, tidak sah berkahwin melainkan dengan izin walinya. Orang yang mempunyai keinginan berkahwin tetapi tidak sanggup menyediakan mahar dan nafkah tidak digalakkan berkahwin, kata AI-Syafi’eyyah, sunat tidak berkahwin bahkan hendaklah berpuasa kerana puasa itu penahan keinginan.

Wanita bekerja

Dalam dunia hari ini status wanita bekerja amatlah ramai. Namun pemahaman mereka terhadap tanggungjawab sebenar kepada rumahtangga amat sedikit, sehingga menyebabkan pengabaian dan pengkhianatan berlaku akhirnya membawa kepada keruntuhan rumahtangga. Saya ingin memetik fatwa dari Majlis Fiqh Sedunia dalam persidangan yang ke-16 bertempat di Dubai pada 9-14 April 2005 telah membuat ketetapan seperti berikut;

1. Tanggungjawab asas bagi seorang isteri ialah mengurus keluarga, mendidik anak-anak dan memberi sepenuh perhatian terhadap generasi masa depan itu. Walaubagaimanapun, di ketika perlu, isteri berhak untuk bekerja dalam bidang yang bersesuaian dengan tabiat dan kemahirannya menurut uruf yang diiktiraf syara’ dengan syarat hendaklah dia beriltizam (menjaga) hukum-hukum agama.

2. Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri yang berkerja tidak gugur menurut Islam, selagimana tidak berlaku ketika keluarnya isteri tersebut untuk bekerja menyebabkan berlakunya isteri ‘nusyuz’ (melakukan kejahatan dibelakang suami), tatkala itu gugur kewajipan suami memberi nafkah kepada isterinya yang nusyuz.

Isteri turut serta membiayai perbelanjaan keluarga

1. Menurut pandangan Islam, dari awal mula lagi, isteri tidak wajib berkongsi peranan membiayai nafkah (perbelanjaan) yang diwajibkan ke atas suami. Suami juga tidak harus mewajibkan isteri membantunya (dengan bekerja).
2. Kerelaan seorang isteri untuk turut berperanan membantu perbelanjaan keluarga merupakan suatu perkara dibenarkan menurut pandangan syara’ demi menjayakan makna bantu membantu dan bertolak ansur di antara suami isteri.
3. Diharuskan untuk membuat persefahaman dan persepakatan di antara suami isteri akan cara pengurusan pendapatan mereka termasuk pendapatan yang diperolehi oleh isteri.
4. Jika keluarnya isteri bekerja memerlukan kos tambahan, maka isteri menanggung sendiri kos tersebut ( seperti pengangkutan dan lain-lain)

Kerja Sebagai Syarat

1. Seorang isteri dibenarkan untuk meletakkan syarat pada akad perkahwinannya bahawa ia hendaklah dibenarkan bekerja, apabila suami redha dengan syarat itu, ia menjadi kemestian baginya untuk membenarkan (setelah kahwin). Syarat itu hendaklah dinyatakan secara jelas ketika akad.
2. Suami pula harus meminta isteri meninggalkan kerjayanya walaupun sebelum ini ia membenarkannya, iaitu sekiranya meninggalkan pekerjaan itu dibuat atas tujuan kepentingan keluarga dan anak-anak.
3. Tidak harus, pada pandangan syara’ bagi seorang suami untuk menjadikan keizinannya kepada isteri untuk bekerja dengan syarat isteri hendaklah membantu perbelanjaan keluarga yang diwajibkan ke atas suami; tidak harus juga suami mensyaratkan isteri memberi sebahagian daripada pendapatannya kepada suami.
4. Suami tidak boleh memaksa isteri untuk keluar bekerja.

Penyalahgunaan hak dalam bidang pekerjaan

1. Sebuah perkahwinan itu mempunyai beberapa kewajiban bersama yang patut ditanggung oleh pasangan suami isteri dan ia ditentukan oleh Syariah Islam dengan jelas. Justeru hendaklah perhubungan antara suami isteri dibina atas landasan keadilan, tolak ansur dan saling menyayangi. Sebarang tindakan yang melangkaui batasan berkenaan adalah haram pada kacamata syara’.
2. Seorang suami tidak harus menyalahgunakan haknya sebagai suami untuk menghalang isteri bekerja atau memintanya meninggalkan kerjayanya sekiranya ia hanyalah bertujuan untuk memudaratkannya (isteri) atau diyakini tindakan itu hanya akan menyebabkan keburukan melebihi kepentingan yang diperolehi.
3. Demikian juga halnya ke atas isteri (tidak harus menyalahgunakan keizinan dan hak yang diberikan), iaitu jika ia berterusan dengan kerjayanya hingga menyebabkan mudarat kepada suami dan keluarga atau melebihi maslahat yang diharapkan.

Justeru apa yg boleh dirumuskan melalui kenyataan di atas adalah;

  • Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
  • Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
  • Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
  • Suami isteri bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.
  • Menurut Syeikh Prof Dr Md ‘Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),

Komen saya : ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil sehingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam.

About Mohamad Zaki Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 15 Mac 2010, in Keluarga. Bookmark the permalink. 96 Komen.

  1. salam ustaz..sy inginkan penjelasan apakah yang patut saya lakukan jika suami saya suka meninggalkan solat..saya sangat susah hati dengan tindakan suami saya ini…pernah terlintas dihati saya untuk minta cerai..saya rela korbankan cinta saya pada dia,,,,tp setahu saya jika isteri meminta cerai, maka berdosalah isteri tersebut…jika suami saya melakukan kesalahan atau kesilapan lain saya boleh maafkan..tp ini bab agama…perkara yang paling dituntut oleh Allah S.W.T…

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..
      Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT kerana puan memiliki sifat prihatin yang tinggi kepada masalah agama. Moga ianya termasuk dalam ciri-ciri wanita solehah yang lebih mengutamakan hak Allah dalam semua perkara disamping menjaga amanah sebagai seorang isteri melalui ketaatan yang sewajarnya.

      Pertama sekali ingatlah, sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita, jika kita memilih jalan keredhaan Allah ia adalah merupakan ujian daripada Allah kpd kita. Untuk menilai sejauh mana pergantungan kita kepada-Nya. Disamping itu juga untuk kita menilai diri jika ada kesalahan silam yang mungkin belum bersungguh kita bertaubat dan memohon keampunan kepada-Nya. Sebenarnya setiap segala yang berlaku pada kita adalah berpunca dari kita sendiri yang mungkin salah membuat penilaian dan tindakan sebelum ini.

      Walaupun begitu, setiap apa yang berlaku kita fikirkan positif yakni husnuzhon dengan Allah SWT. Kita mulakan dengan diri kita untuk membuat perubahan sebelum mengajak orang lain. Disamping itu bersabar dan istiqamahlah serta berdoa dengan bersungguh2 dengan apa yang kita harapkan kepada Allah SWT.

      Untuk menegur suami kita hendaklah dengan cara berhikmah.. seorang suami amat tidak suka kalau isterinya menegur secara terus. Ini akan mencabar statusnya sebagai seorang suami. Apa yang perlu puan usahakan..
      1) Puan mulakan dulu menjaga solat pada awal waktu dan sekali sekala mengajak suami solat berjemaah dengan memberi kata-kata pujian pada suami.
      2) Seterusnya puan banyakkanlah bertaubat untuk diri sendiri disamping solat hajat yang khusus untuk suami berubah. Kalau boleh bangun dipenghujung malam solat tahajjut, taubat dan hajat.
      3) Banyakkan selawat pada makanan yang kita sediakan untuknya seperti air minuman, makanan dsn, disamping berdoa dalam hati berserta selawat ke atas nabi moga Allah SWT lembutkan hati suami agar taat kepada perintah Allah.
      4) Puan hendaklah berusaha menjaga akhlak dihadapan suami dengan memberi layanan yang terbaik.. moga dengan cara itu suami akan lebih menghargai dan akan lembut hatinya.

      Insyaallah… apapun ingatlah setiap apa yang kita lakukan atas tujuan mencari keredhaan Allah SWT pastinya akan mendapat bantuan daripada-Nya. Cuma kita kena byk bersabar dan terus bersabar biar pun memakan masa yg agak lama.. sepanjang kesabaran kita itu ada ganjaran yang tidak ternilai di sisi Allah SWT buat kita di akhirat nanti.

      Moga kejayaan bersama puan, ameen ya Robb.

  2. Terima kasih ustaz…InsyaAllah sy akan cuba perbaiki diri saya dl…mgkin saya juga bnyk membuat kesilapan dgn-Nya…terima kasih sekali lagi atas nasihat ustaz..hnya Dia shj dpt membalasnya…doakan kami berdua bahagia hingga ke syurga dan sentiasa dirahmati oleh-Nya…

  3. salam ustaz..

    saya ingin bertanyakan apakah hukum suami memberi nafkah kepada isteri tetapi dia sering mengungkit-ungkit semula. dia seolah-olah ingin isteri membayar semula apa yang dibelanjakannya kerana isteri bekerja.Isteri menjadi keliru dan kadang-kadang bergaduh kerana isu ini.Adakah wajib isteri memasak jika suami tidak suruh. tetapi dia sering mengungkit isteri tidak memasak.Isteri bertanya untuk memasak untuknya tetapi dia sering cakap tidak payah masak sebab tidak mahu makan. jadi isteri jaranglah masak sebab suami tidak mahu makan.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumsalam.

      1. Suami wajib menyediakan nafkah kepada isteri dan tidak berhak untuk mengungkit-ungkit semula pemberiaannya itu atas alasan isteri telah bekerja.Jika perkara ini berlaku, si suami sudah hilang sifat keikhlasannya. Sedangkan jika sekiranya ia ikhlas dalam tanggungjawabnya, ia akan diganjari pahala yang dikira ibadat serta mendapat rahmat Allah SWT, insyaallah.
      2. Puan / isteri bekerja, adakah dengan persetujuan suami dan ia meredhainya? Jika suami membenarkannya, suami tidak berhak untuk merungut dan menuntut gaji isteri, kerana itu adalah hak isteri. Namun sebagai menghormati dan mentaati suami, isteri adalah digalakkan untuk membantu meringankan perbelanjaan rumahtangga dan juga mengutamakan suami dari kerjayanya, kerana mentaati dan berkhidmat untuk suami adalah tugas hakiki seorang isteri.
      3. Bagi mengwujudkan rumahtangga yang diberkati, setiap orang mempunyai hak yang perlu dilaksanakan. Seorang isteri contohnya; perlulah bijak menangani sikap suaminya dan harus peka kehendak suami walaupun tidak disuruh. Kerana layanan yang baik daripada seorang isteri kepada suaminya akan membuka laluan yang mudah baginya mendapat keredhaan Allah SWT. Tak usahlah berkira untuk berkhidmat kepada suami kerana tugas isteri adalah membahagiakan suaminya walaubagaimana keadaan sekalipun kecuali jika arahan dan kehendak suami melanggari hukum syarak. Laksanakanlah tugas itu atas rasa cinta dengan penuh rela. Ingatlah kebahagian itu datangnya dari sifat memberi.
      4. Fahamkanlah minda dan hati nurani, bahawa perkahwinan ini adalah ibadah. Susah-senang, penat-lelah dalam memenuhi tanggaungjawab sebagai seorang isteri besar pahalanya di sisi Allah SWT.Berilah keutamaan kepada yang lebih utama (tugas isteri) kerana di situ ganjarannya syurga.

      Semoga kebahagiaan yang dicita akan sentiasa bersama. Namun ingatlah bahtera rumahtangga ada kalanya terpaksa menempuh badai yang menjelma. Langit tidak selalunya cerah, bumi mana tidak ditimpa hujan, begitulah fitrah alam. Tempohilah ia dengan iman dan ilmu serta banyakkanlah berdoa, agar rumahtangga diberkati Ilahi. Jagalah hak Allah SWT pastinya Allah SWT memelihara kamu.

      Syukran. 🙂

  4. Assalamualaikum ustaz
    tumpang bertanya..
    isteri saya bekerja sebagai seorang guru.Di sekolahnya dia mengambil seorang anak angkat perempuan dengan tujuan untuk membantunya.saya tidak bersetuju kerana die terlalu kerap bersama dengan anak angkatnya sehingga mengabai saya dan anak.Mereka kerap bermesej2 hingga larut malam,keluar dari rumah tanpa pengetahuan saya dan duduk berdua di dalam bilik tatkala saya di rumah.Isteri saya tuduh saya cemburu buta..Tapi ustaz kalau dah over macam ni susahla..Istri saya berkata tugas seorang guru kena korbankan keluarga demi mendidik anak muridnya…mohon huraian ustaz..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumsalam..

      Didoakan semoga tuan sekeluarga berada dalam lindungan rahmat Allah SWT selamanya.
      Tahniah kerana tuan mempunyai seorang isteri yang mempunyai komitmen yang tinggi dengan tugas sampingannya sebagai guru. Namun sedikit mendukacitakan kerana komitmen yang sepatutnya diberi perhatian sebagai seorang isteri adalah kepada suami dan rumahtangganya. Malah itulah yang lebih utama. Tugas utama sebagai seorang isteri inilah yang akan dinilai oleh Allah SWT melalui ketaatan dan khidmat yang diberikannya kepada suami. Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Anas Bin Malik RA; sabda Nabi SAW:
      “Seorang wanita itu, jika ia menyempurnakan solat lima waktunya, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta mentaati suaminya nescaya dia akan masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”

      Oleh itu kefahaman seorang wanita terhadap kewajipan utama dan asasinya adalah sangat perlu ditekankan. Keberkatan hidupnya bergantung kepada sejauhmana tugas asasinya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan keredhaan suami terhadapnya. Jangan pula tersalah memilih keutamaan, nantinya kemurkaan Allah SWT akan diundang.

      Untuk masalah tuan, seeloknya dibawa berbincang secara berkasih-sayang. Kalau sekiranya tidak berjaya pada peringkat awal jangan berputus asa. Yang penting ialah bagaimana hendak memahamkan setiap individu antara kita tentang tanggungjawab masing-masing.

      Diperingkat diri sendiri, sebagai seorang suami adakah kita telah melakukan tanggungjawab dengan sempurna? Dari segi nafkah zahir & batinnya, layanan dan kasih-sayang yang diberikan, didikan agama yang menjadi tanggungjawab suami untuk disampaikan kepada isteri dan anak2. Kalau itu semua telah tertunai dengan baik namun masih lagi tumbul rungutan, perkara yang menjadi asas dalam perhubungan kita mungkin masih tidak sempurna. Iaitu memperbaiki dan mengelokkan hunbungan kita dengan Allah SWT. Bagaimana solat kita, adakah telah sempurna dan mendapat khusyuknya? Aurat isteri dan anak2 perempuan kita, adakah telah sempurna dijaga sedangkan ia adalah tanggungjawab kita, sebagai suami dan ketua keluarga?

      Begitulah sebenarnya seni hidup berumahtangga. Ilmu mengenainya perlu ada bukan hanya sekadar mengharapkan setiap individu memahami dan menghormati kehendaknya sahaja. Masing-masing wajib memahami dan menjalankan tugasnya dengan sempurna. Ini adalah kerana ikatan perkahwinan adalah sebuah amanah yang terpikul di atas setiap pundak kita dan akan dipersoalan di akhirat nanti oleh Allah SWT.

      Semoga Allah SWT merahmati hidup kita semua. Terima kasih.

  5. ustaz saya nak bertanya… saya dan suami bekerja buat waktu ini dan kami mempunyai seorang anak.sekarang saya sudah nekad untuk berhenti kerja untuk menjadu suri rumah dan menjaga anak kerana sebab kami bekerja kadang2 masa untuk bersama pun tiada kerana keletihan dan anak kami pun terpaksa ditinggal di rumah ibu saya dan saya cuma berjumpa dengan nya pada waktu weekend shj.mengikut perkiraan, ye saya setuju jikalau saya berhenti kerja tak boleh la kami berdua hidup mewah seperti sebelum ini tapi gaji suami cukup untuk menampung kehidupan kami walaupun kami harus menjadi sgt berjimat cermat.credit card pun tak boleh suka hati pakai. saya redha kerana saya rasa saya lagi selesa di rumah jaga makan minum suami dan mengajar anak dari keluar bekerja. lagi2 saya bekerja di sebuah bank yg mengamalkan interest dan saya baru shj sedar yg sebenarnya haram saya bekerja di tpt spt ini.itu juga adalah antara faktor yang mendorong saya untuk berhenti.masalahnya ialah suami saya tidak membenarkan saya berhenti kerja dan mencemuh saya apabila saya memberitahu dia dan mengatakan yang saya ni tidak mengambil berat tentang semua yang dia harus tanggung jika saya berhenti.saya rasa bersalah tapi saya tahu berhenti lebih bagus dari berbuat dosa hari2.tapi kalau suami tak redha dengan saya kalau saya berhenti mcm mana?perlu nasihat…..terima kasih…

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Assalamu’alaikum..

      Tahniah kerana telah nekad membuat keputusan untuk lari dari melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT. Semoga Allah SWT memberi kelapangan jiwa, kemurahan rezeki dan kebahagiaan rumahtangga, Insya Allah, amenn.

      Terbiasa dengan sedikit kesenangan apabila terpaksa menukar corak kehidupan pada permulaannya memanglah memeritkan. Namun keadaan itu hanyalah sementara, apabila kita telah mampu menyesuaikan diri serta mencari altenatif lain untuk membaiki keadaan yang sedia ada. Tabah, tenang dan banyakkan berdoa serta sabar, insya Allah, Allah SWT akan kurniakan idea dan akan terbuka peluang yang luas di hadapan mata.

      Sudahkah puan berhenti dari pekerjaan tersebut? Kalau belum… berikan sedikit masa untuk membuat perubahan dan perancangan kewangan apabila telah berhenti nanti. Puan harus juga memikirkan kemampuan suami yang akan menyara isteri dan anak.. Setahun dua lagi mungkin anak2 akan bertambah begitu juga kos hidup yang tidak menentu sekarang ini, bererti kos saraan kehidupan juga akan meningkat.

      Membuat keputusan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa adalah sangat baik tapi harus difikirkan juga bagaimana puan boleh memberi sumbangan dalam membantu suami untuk menyara keluarga khususnya dalam dunia yang tidak menentu hari ini. Apakata kalau puan mencari kerja yang boleh memberi masa yang banyak kepada keluarga disamping mendapat pendapatan. Walaupun kerja tidak ‘standart’ tetapi boleh mendapat income disamping mempunyai banyak masa untuk diberi tumpuan kepada rumah, suami dan anak2.

      Saya amat memahami situasi suami puan.. kalau puan boleh menyakinkannya dengan altenatif yang boleh dilakukan jika sekiranya puan berhenti kerja nanti, maka saya yakin pasti suami puan akan setuju dan merestui hasrat tersebut. Suami mana yang tidak bahagia kalau isteri setiap hari menanti kepulangannya, menyediakan makanan dan keperluan hidupnya? Cuma suami puan kebuntuan jika puan berhenti tanpa ada altenatif untuk meringankan bebanan yang terpaksa ditanggung selama ini.

      Berhenti daripada yang HARAM itu adalah jihad. Semoga puan beroleh kemudahan daripada Allah SWT kerana kebiasaan yang baik dan kejayaan itu didahulu dengan keperitan.

      Terima kasih. Moga Allah SWT merahmati kita semua.

  6. Assalamualaikum w.b.t,

    Ustaz, sebelum saya bertanya, saya ingin menyatakan tentang dilema yang saya alami. Usia perkahwinan saya baru setahun lebih. Saya dan isteri dua² tinggal berasingan kerana isteri saya bekerja dengan sektor awam di negeri lain dan saya di negeri lain. Isteri saya tinggal dengam ibu bapanya kerana tempat kerjanya berdekatan, dan saya dengan ibu saya.

    Setiap bulan kami akan bergilir berjumpa. Saya bekerja di sini disamping perlu menjaga ibu saya kerana tiada orang yang boleh diharapkan. Adik lelaki saya bekerja di negeri lain dan adik² perempuan saya masih belajar.

    Ibu dan ayah saya terlah lama bercerai. Jadi saya sebagai anak sulung mengambil alih tanggungjawab menanggung keluarga. Masalah saya, ibu saya selalu menekan supaya isteri saya berpindah ke sini dan mencari pekerjaan lain.

    Namun saya telah izinkan isteri saya bekerja di sana kerana beranggapan rezeki sektor awam yang susah hendak diperolehi setelah lama menunggu. Bukan kerana tidak yakin rezeki Allah di mana², tetapi kerana isteri saya pun sudah lama berusaha untuk mendapatkan kerja di sini tapi masih tiada hingga dipanggil ke jawatan tetap sektor awam tetapi perlu bekerja di negeri lain.

    Jadi adakah dayus saya kerana membiarkan isteri saya bekerja di sana? Saya menerima keadaan ini, namun ibu saya tidak dapat menerima kerana baginya isteri selepas berkahwin perlu mengikut suami. Ibu saya cuba aturkan segala perjalanan rumahtangga saya. Adakah derhaka saya kerana tidak mengikut perintah ibu saya itu? Saya cuba buat sebaik yang mungkin untuk menjaga hati kedua² pihak walaupun selalunya hati ibu diutamakan walaupun terpaksa mengabaikan isteri saya.

    Jadi kerana itu, saya relakan isteri saya bekerja di sana kerana tidak mahu dia tertekan dengan ibu saya. Saya tidak mahu meninggikan suara kerana takut derhaka tapi pada masa yang sama saya tidak mampu mengikut semua yang ibu saya arahkan. Jadi boleh ustaz beri sedikit pandangan tentang masalah saya ini?Maaf kerana menulis panjang, harap ustaz tidak keberatan membacanya.

    Sekian, terima kasih. Wassalam.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Tahniah kerana berjaya menjadi anak yang baik, menghormati ibu dan mengambil tanggungjawab untuk menjaganya. Semoga usaha dan pengorbanan saudara akan beroleh ganjaran yang besar di sisi Allah SWT.

      Memang benar, seorang isteri tempatnya yang terbaik ialah di sisi suami dan berkhidmat kepadanya. Namun tindakan saudara membiarkan isteri berkerja di tempat lain dengan persetujuaan kedua2 belah pihak tidaklah dianggap dayus kerana saudara mempunyai alasan yang kukuh demi kebaikan masa depan keluarga yang telah dibina.

      Dilema sekarang ini ialah mana satu keputusan yang harus diikut, Kemahuan ibu dan perancangan yang diaturkannya atau keputusan dan pilihan saudara sendiri sebagai seorang suami?

      Dalam hal menentukan hala tuju rumahtangga saudara adalah lebih berhak untuk menentukannya. Tanggungjawab yang tertanggung atas saudara ialah memastikan amanah menjaga isteri dan anak2 dapat dilaksanakan sebaik mungkin dalam membina kebahagiaan sejati. Namun menjaga hati dan kebajikan seorang ibu adalah lebih utama.

      Dalam hal ini saudara haruslah bijak untuk bertindak sebagai pendamai kepada kedua2 pihak iaitu ibu dan isteri. Saudara mestilah memahamkan mereka tentang situasi yang sebenarnya disamping sentiasa mencari peluang untuk meredakannya. Saudara hendaklah membuktikan kepada mereka bahawa saudara mampu berdikari dalam membuat keputusan. Yakinkan diri sendiri dan pohonlah petunjuk daripada Allah SWT semoga saudara diberi kekuatan dan dibukakan jalan penyelesaian yang terbaik. Keadaan ini akan berubah dan beransur-ansur baik apabila masa telah mengizinkannya.

      Semoga pandangan insan yang doif ini akan dapat membantu meleraikan kekusutan yang saudara alami. Saya berdoa semoga saudara tabah dan mampu menjaga hubungan kedua2 pihak iaitu ibu dan isteri yang tercinta. Moga Allah merahmati anda.

      • terima kasih di atas pandangan ustaz, agak lega sikit setelah mendapat pandangan daripada orang yang berilmu…walaupun banyak dugaan, InsyaAllah saya berharap di masa depan semua kekusutan ini dapat diselesaikan dan hubungan antara kami semua pulih seperti sediakala.

  7. Assalamualaikum ustaz. Saya seorang isteri yang bekerja, suami pula menjaga anak dirumah. Saya dah cadangkan pada suami untuk mencari pekerjaan dan sanggup menghantar anak untuk dijaga ibu saya namun suami membuat alasan tak sanggup berpisah denagn anak. Masalahnya sekarang perbelanjaan rumah tidak mencukupi tambahan pula ibu dalam kesempitan hidup dan tidak berpendapatan. Saya ada juga mengirim wang untuk ibu tetapi tidaklah selalu dapat berbuat demikian. Persoalannya, berdosakah saya sekiranya saya tidak dapat membantu ibu, sedangkan gaji saya hanya mencukupi untuk keluarga saya (suami tidak bekerja)? Apabila saya menjelaskan hal ini kepada ibu saya, beliau berkecil hati, kerana saya tidak membantu sedangkan saya ada pendapatan. Suami saya adalah juga penghasilan di kampung tapi semuanya dikendalikan oleh ayahnya dan tidak pernah diberikan kepada kami. Mohon sedikit pandangan dari ustaz.

    Terima kasih banyak.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Tahniah kerana puan masih lagi tabah menghadapi ujian hidup berumahtangga. Didoakan semoga ketabahan itu akan terus kukuh menjiwai sanubari puan dan menjadi amal ibadah yang besar ganjarannya di sisi Allah Taala. Saya amat bersimpati dengan situasi yang puan alami. Yakinlah setiap ujian yang ditempuh dengan kesabaran pasti ada nikmatnya walaupun kita tidak mengecapinya di dunia dengan kadar segera, namun ianya akan tetap dikurniakan Allah Taala di akhirat nanti.

      Tindakan suami puan itu agak tersasar dari realiti sebenar tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan ketua keluarga. Dengan alasan yang diberikan amatlah rapuh hujahnya. Dinilai dari segi hukum pula berdosa tindakannya, dengan mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga yang sepatutnya memberi nafkah, perlindungan serta kebajikan kepada isteri dan anak-anaknya. Bagi menangani keadaan ini puan dinasihatkan membawa suami bertemu seseorang (yang dipercayai) yang boleh menasihatkan dan mengingatkannya tentang tanggungjawab sebagai seorang suami. Ataupun menghadiri sesi kaunseling sebagai ikhtiar yang perlu diusahakan. Disamping pasrah, redha dengan ujian Allah Taala teruskanlah usaha, banyakkanlah berdoa dipenghujung malam memohon bantuan daripada Allah Taala semoga diberi jalankan keluar dari kemelut ini.

      Sebagai seorang isteri, tanggungjawab memikul keluarga dan juga ibubapa tidaklah terbeban ke atas bahunya, malah tidaklah berdosa jika tidak menunaikannya. Cuma menjaga hati ibubapa adalah satu kewajipan yang perlu diutama. Apabila ia berkecil hati dengan perkara yang betul atau tidak meredhai tindakan kita, akan mengundang pula kemurkaan Allah Taala. Tetapi bagi isteri ketaatannya kepada suami adalah keutamaan mengatasi segala ketaatannya kepada makluk. Namun begitu bantulah ibubapa sekadar yang termampu, sekurang-kurangnya berkhidmatlah kepadanya sekadar yang terdaya dengan izin suami. Jelaskanlah kepadanya “duduk pangkal” kemelut yang berlaku dalam keluarga puan agar ia faham, sekurang-kurangnya mengharapkan doa dan restu daripadanya.

      Saya doakan puan terus tabah untuk mengharungi badai ujian ini, pasrahlah kepada Allah Taala dengan banyak memohon pertunjuk daripada-Nya. Perbaikilah amal ibadah semoga dengan cara itu Allah Taala akan membuka jalan penyelesaian yang seluasnya dihadapan kita.

      Ampun dan maaf dipinta di atas segala kekurangan tutur bicara dan jawapan pada soalan yang didamba. Semoga ianya menjadi panduan kepada puan dan buat diri ini juga. Semoga rahmat Allah Taala sentiasa memayungi kita semua. Amin Ya Robbal ‘alamin.

  8. Salam Ustaz,

    saya inginkan pandangan ustaz,
    si isteri dan suami sedang bermasalah rumahtangga kerana punca dari isteri serta keluarganya,
    1) si isteri tidak menjalankan tanggungjawab seperti makan pakaian lelaki tidak di urus
    2) Memakai pakaian seksi tanpa pengetahuan suami
    3) Masuk ke kelab, minum arak & merokok
    4) ingkar cakap suami demi mentaati cakap ibu bapa
    5) Ibu bapa si isteri juga meminta supaya anak mereka dikembalikan dan diceraikan atas alasan yg tidak munsabah & mengatakan mereka tidak mahu cucu tetapi kembalikan si isteri.
    6) Isteri Keluar rumah tanpa pengetahuan suami

    sekarang si isteri menuntut Fasakh dan mahukan hak penjagaan anak, adakah si isteri layak apabila pihak mahkamah tahu keadaan si isteri ini? apakah caranya agar si suami dapat hak penjagaan?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumsalam.
      Secara ringkas, jawapannya;
      1. Di dalam kes isteri yang nusyuz, hak hadanah (penjagaan anak) ke atas isteri tidak akan terbatal secara automatik.
      2. Mahkamah akan menentukan hak hadanah berdasarkan maslahah atau kepentingan anak tersebut (the Court will decide based on the children’s interest). Contohnya; jika anak tersebut masih menyusu, maka hak hadanah akan jatuh pada ibu).
      3. Prinsip asas; hak hadanah memang berada pada ibu, selagi si ibu belum berkahwin lain.
      4. Bagi anak yang sudah mumayyiz, anak tersebut berhak untuk memilih dengan siapa dia ingin tinggal. Jika anak tersebut masih belum mampu untuk menentukan; hak hadanah umumnya akan jatuh pada tangan ibu.
      Semoga informasi ringkas ini dapat membantu.

  9. hamba Allah

    Assalamualaikum ustaz..mohon bertanya
    saya sudah berkahwin selama 6 tahun dan dikurnia seorang anak.walaubagaimanapun skrg rumah tangga kami tidak aman.saya sudah 6 bulan berselisih faham dengan isteri.kami masih tinggal serumah tetapi tidak sebilik.Puncanya isteri saya mengatakan saya terlalu cemburu dan tidak memahami kerjayanya sbg guru.Masalah bermula bila dia ingin menjadikan anak muridnya (perempuan) sbg anak angkat.tetapi saya tidak membenarkan kerana mereka terlalu rapat sehingga sanggup menipu dan mengabai saya.Bagi saya hanya Allah yang mengetahui punca sebenar mengapa hal ini terjadi.Saya harap Allah akan beri hidayah kpd kami jika ada antara kami yg mmg bersalah.Cuma akhir2 ini isteri saya kerap minta dia diceraikan atas alasan tidak mahu menanggung dosa tidak memberi nafkah kepada suami tetapi ibu bapa mertua saya ingin saya bersabar.Saya masih sayangkan hubungan ini dan demi anak saya.Sudah puas saya memujuk tetapi hatinya tetap keras.Minta pendapat ustaz..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Dalam hal ini saya cadangkan tuan bersama isteri berjumpa pihak kaunseling keluarga. Mohon pencerahan dalam hubungan keluarga khususnya kefahaman tanggangjawab masing-masing. Dalam sesi tersebut, insyaallah permasalahan akan dapat ditangani dengan perbincangan. Saya doakan semoga tuan diberi kelapangan minda dan beroleh idea daripada Allah Taala untuk menangani permasalahan ini, insyaallah.. amenn Ya robbal ‘alamin.

  10. Assalamualaikum ustaz….
    Saya mohon nasihat drpd ustaz nmasalah saya ini.
    Saya seorang guru yang bekerja di pedalaman sarawak dan suami saya bekerja di semenanjung. sekarang ini saya keliru yang mana perlu saya pilih. saya mohon nasihat ustaz kerana ustaz lebih arif dan saya seorang yang jahil tentang agama dan masih banyak perlu belajar.
    Masalahnya sekarang…saya berjanji dengan suami untuk pulang bertemu dengan beliau minggu hadapan pada cuti hujung minggu. tiba-tiba mendapat surat untuk menghadiri taklimat di PPD dan saya perlu menggunakan waktu hujung minggu tersebut untuk perjalanan ke PPD kerana jarak ke PPD agak jauh. Saya telah berbincang dengan suami dan meminta pendapatnya tetapi beliau tidak mahu saya tertekan dan meminta saya membuat keputusan sendiri untuk memilih bertemu dengannya di semenanjung atau menghadiri taklimat tersebut. katanya beliau reda dan ikhlas sekiranya saya tidak jadi pulang bertemu dengannya. tetapi dari segi kenyataan lain dia menyatakan saya perlu berfikir yang mana wajib bagi saya dalam menjalankan tanggungjawab saya. ini membuatkan saya keliru. yang mana saya perlu pilih?Ustaz tolong bantu sy. tiket dah dibeli tiba-tiba kerja datang secara mengejut. saya betul2 takut untuk mengecewakan suami saya kerana jarak antara kami terlalu jauh dan saya faham kehendak beliau sebagai seorang lelaki.
    mohon jasa ustaz memberi nasihat dan panduan kepada saya. Terima kasih.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Tahniah saya ucapkan kerana puan telah berusaha untuk menjadi isteri yang baik.

      Secara umum seorang wanita khususnya isteri keutamaannya ialah memberi khidmat dan layanan yang terbaik kepada suami. Keredhaan suami adalah segala-galanya dalam hidup seorang isteri. Ia perlu mengutamakan suaminya melebihi segala yang lain hatta kepentingan dirinya sendiri. Ini jelas dalam hadis-hadis Rasulullah SAW antaranya yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik RA; sabda Rasulullah SAW:“Seorang wanita itu, jika ia menyempurnakan solat lima waktunya, berpuasa pada bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya, serta mentaati suaminya nescaya dia akan masuk ke syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.”

      Dalam situasi puan, memberi keutamaan pada suami adalah yang terbaik. Mohonlah kelepasan daripada pihak majikan untuk tidak menghadiri program tersebut. Namun jika sekiranya ia akan memberi kesan kepada kerjaya puan pada masa hadapan maka berbincanglah dengan suami agar ia merestuinya dan memahami situasi yang puan hadapi. Jika suami telah membuat keputusan maka taatilah ia, kerana redhaan Allah akan berserta redhanya suami pada kita dan keberkatan akan menyusuli dalam rumahtangga kita. Insyaallah.

      Sekian, Ya baik itu hanyalah dari Allah, segala kekurangan dan kejahilan adalah dari diri yang doif ini. Wallahuaklam.

  11. Assalamualaikum ustaz…..nak tanya…
    Apa pandangan dan komen ustaz dalam beberapa situasi di bawah? Kisah Benar……
    1) Isteri susah nak dengar kata.Ada saja alasan yang diberi. Atau dengan kata lain isteri sudah ada keputusan sendiri. Kata-kata dan pandangan suami tak penting sangat.Kadang-kadang berkata yang suami tidak ada pendirian tetap dan macam budak-budak.(merujuk kepada keputusan berubah mengikut situasi).Berkata depan kawan2 suami yang suaminya “anak mak”.(dengan maksud menyindir).
    2) Seorang isteri yang menjaga solat 5 waktu tapi mengerjakan solat 4 rakaat hanya dalam masa 1 minit 50 saat sahaja. Kemudian kebanyakkan solat pada hujung waktu.Bulan puasa tiap-tiap malam baca al-quran tapi banyak kali salah tajwid. Suami tegur tetapi tidak dilayan.
    3) Isteri bekerja melebihi masa bekerja dan kebiasaannya tidak memberitahu suami bekerja lebih waktu. Anak2 terabai di rumah.Kerja lebih diutamakan dari urusan rumahtangga.Keluar rumah tanda keizinan suami(hanya sekadar memberitahu sahaja kadang-kadang tidak bagi tahu langsung, inikan pula nak minta keizinan).
    4) Isteri berduaan dalam bilik tertutup bersama dengan staf lelaki lain atas dasar bincang tentang kerja walaupun untuk waktu yang singkat.Bercakap dengan staf lelaki dalam situasi yang agak mesra sehingga bila si suami tengok boleh menimbulkan rasa sakit hati dan cemburu.(sebab bila bercakap dengan suami tidak semesra itu).
    5) Isteri yang tidak boleh menerima kehadiran ibu si suami atas alasan yang tidak munasabah sehingga si suami tidak tidur lena dimalam hari.Suami telefon ibunya disiang hari…dimalam hari isteri tidur membelakangkan suami. Kebanyakkan keputusan yang suami buat…isteri tuduh keputusan dapat dari ibu.Ibu suami masak….isteri tak nak makan.Makin tak cukup tidur suami dibuatnya.
    6) Isterikerap kali tidak mahu mengauli suami walaupun telah diajak dan dipujuk banyak kali oleh suami. Alasan-penat,nengantok,dah lewat malam dan pagi esok nak pergi kerja.Suami banyak kali telan air liur dan mengalir air mata hingga ke pagi.
    7) Isteri mudah merajuk dan tidak mudah memujuk bila suami pula merajuk.Suka mendiamkan diri (kalau dibiarkan boleh melebihi 3 hari)bila berlaku salah faham sehingga menyebabkan salah faham yang berlaku tidak dapat diselesaikan.
    Diharapkan ustaz boleh melontarkan pandangan dan komen agar isteri-isteri seperti di atas boleh membacanya dan seterusnya menjadi panduan dan pedoman kepada mereka.TQ

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Ringkas cerita, isteri yang bersifat begitu adalah seorang yang jahat akhlak. Yang hanya mementingkan dirinya sahaja serta bersifat takabbur.

      Harus diingat jika sekiranya keadaan ini berterusan kepada wanita-wanita yang bergelar isteri, sepanjang masa ia berada dalam keadaan dilaknat oleh para malaikat, ibadahnya tergantung malah boleh jadi tidak diterima oleh ALLAH.

      Wallahuaklam.

      • Assalamualaikum ustaz
        merujuk kepada permasalahan hamba allah di atas, pada pandangan ustaz, apa yg perlu suami lakukan. jika isterinya dikatakan jahat akhlak, adakah patut mereka masih bersama. tidakkah ini meninggalkan kesan kepada anak2 mereka.

      • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

        Wa’alaikumsalam..
        Wallahu’aklam.. Suami berhak menentukan statusnya. Jika suami mampu serta berusaha mendidik isterinya disamping mengubah dan memperbaiki kekurangan dirinya, mempertahankan rumahtangga itu adalah lebih utama. Perceraian adalah jalan yang paling-paling akhir. Ingatlah walaupun ianya halal disisi syarak tetapi tetap dimurkai oleh Allah.

        Apa yang dapat saya fahami dari permasalahan hamba Allah tersebut, kemungkinan isterinya lebih kaya atau berpendapatan tinggi serta berjawatan sehingga si suami merasa rendah diri. Sepatutnya sejak awal perkahwinan lagi, si suami mesti mampu membuat keputusan bersama, berterus terang apa yang disukai dan apa yang tidak digemari. Akibat tidak berani berterus terang inilah membuatkan si suami terperangkap sekarang. Akibatnya, isteri hilang hormat hingga sanggup menjatuhkan maruah si suami dan keluarganya.

        Nasihat saya kpd si suami, hendaklah dia belajar untuk berani menyatakan pendirian dan menegaskan sikap buruk isterinya itu. Jelaskan kepada isteri sikapnya yang tidak disukai dan minta dia berubah dalam tempoh tertentu. Jika dia enggan, bermakna ketaatannya kepada suami telah luntur. Jika keadaan ini berterusan, tidak akan ada yang namanya tenteram dan bahagia lagi.

        Sebagai seorang suami, hendaklah dia bangkit sebagai seorang pemimpin dan bukan pengikut atau pak turut sahaja. Belajarlah membina keyakinan diri dan bukan hanya sebagai pelengkap tanpa jelas fungsi, tanggungjawab dan bidang kuasa sebagai suami. Tunjukkan diri sebenar sebagai seorang ketua keluarga. Biarpun pendapatan isteri lebih besar dan kelulusannya lebih tinggi, tapi agama memberikan kuasa tertinggi kepada suami untuk mentadbir keluarga.

        Jika cerita hal rumahtangga telah sampai ke telinga orang di luar rumah, itu tandanya keluarga sudah mula digamit kelesuan dan kebahagiaan telah mula menyelinap ke luar jendela. Jika isteri tidak dibetulkan dengan nasihat dan tenguran, dia akan menjadi seperti duri dalam daging pada suami dan keluarga. Hendaklah dia berusaha mematikan asap-asap kelesuan daripada terus menyala dan membakar hati si suami dan hati isterinya yang akhirnya membakar seisi keluarga.

        Andai dia (suami) tidak mampu melakukan sendirian, dapatkan bantuan ahli keluarga terdekat yang disegani isterinya. Si suami juga boleh dapatkan nasihat kaunselor keluarga serta hendaklah dia banyakkan membaca ayat suci al-Quran. Cahayakanlah rumahnya dengan bacaan al-Quran serta hendaklah dia banyak berdoa, solat hajat agar diberikan kekuatan kpd jiwanya serta kelembutan serta hidayah di hati isterinya. Moga berjaya dan berkekalan rumahtangga mereka dalam rahmat dan kasih-sayang daripada-Nya.

  12. Assalamualaikum ustaz…..mohon pencerahan…
    Apa pandangan dan komen ustaz dalam beberapa situasi di bawah?
    1. Seorang suami yang berubah2 pendirian lebih2 lagi bila berkaitan dengan cuti dan sambutan hari raya. Contohnya, bila hari raya di kampung suami tetapi masa tersebut isteri masih dalam pantang dan suami berkeras nak sambut beraya di kampungnya walaupn pd asalnya mereka dah bersepakat beraya di rumah sendiri. Suami tanya dengan doktor, kawan2 dan ibunya berkenaan dengan kesihatan isteri. Bila isteri x setuju, suami sangup gaduh dgn isteri walaupn th isteri msh dlm pantang. Kebetulan, semasa bersalin isteri lekat uri dan terpaksa jumpa pakar untuk rawatan susulan. Isteri terpaksa pandu kereta sendiri untuk berjumpa dengan doctor pakar kerana suami x mahu hantar dan dalam masa yg sama, suami tekad balik ke kampungnya bersama dengan anak sulung mereka tanpa memberitahu isteri apabila isteri x benarkan suami membawa anak sulung mereka. Masa itu, anak sulung baru berumur 2 tahun. Tetapi bila sepatutnya sambut raya di kampung isteri, isteri x penah bising2 atau bertegas nak sambut raya di kampungnya. Suami xbo jg hati isteri semasa dlm pantang tetapi anggap isteri boleh fikir secara normal dan sanggup bergaduh dengan isteri.
    2. Seorang suami yang x menjaga solat 5 waktu tapi apabila isteri mengerjakan solat, suami bising kerana katanya sekejap sangat sembahyang. Pernah isteri Tanya kenapa x sembahyang tetapi suami jawab, ibu bapanya pun x sembahyang dulu tapi anak2 tetap berjaya. Apabila isteri membaca al quran, suami tegur itu dan ini salah sedangkan suami sendiri x cuba untuk mengaji bersama. Bila isteri terus jg membaca tanpa mempedulikan tajwid betul atau salah, suami marah sbb isteri x layan. Niat isteri hanya nak betulkan sebutan dahulu kerana dah lama x mengaji, lidah pun jd keras. Tapi suami salah anggap. Bila isteri mnta izin pergi ke surau malam jumaat, suami macam x redha walaupun isteri bawa anak2 bersama. Jadi, isteri x pergi lg surau
    3. Dalam setahun, boleh di bilang dengan jari berapa hari isteri kerja lebih masa. Itupun kerana ada program dan kerana tuntutan tugas. Suami masih marah2 walaupun saya dah jelaskan dan suami selalu membanding2kan antara kerja isteri dengan kerja rakan2 di tempat kerjanya. Perbelanjaan rumah di tanggung bersama walaupun itu merupakan tanggungjawabnya. Tetapi alasan suami, saya bekerja dan masa sepatutya saya berada di rumah jaga suami dan anak2, saya bekerja dan perbelanjaan perlu di kongsi bersama. Ibu mertua dan abang ipar saya pernah tgk slip gaji suami krn katanya saya x membantu anaknya dalam pengurusan kewangan bila anaknya kata dia banyak hutang. Pendek kata, semuanya perbelanjaan perlu dibahagi dua kerana alasannya saya bekerja.
    4. isteri bekerja di pejabat yang mempunyai 3 pegawai sahaja. Seorang lelaki dan 2 orang perempuan tetapi, waktu pagi, hanya ada pegawai lelaki dan seorang pegawai perempuan. Seorang pegawai perempuan bekerja di sebelah petang. Pintu utama di tutup tetapi pintu2 bilik di buka. Apa pandangan ustaz tentang perkara ini.
    5. Isteri bukan merupakan menantu pilihan. Ibu mertua memang x izinkan anaknya berkahwin dengan isteri tetapi anaknya berkeras ingin berkahwin. Ini kerana isteri orang semananjung manakala suami orang Sarawak. Depan suami, ibu mertua memang baik tetapi bila suami x, dia mula buka topeng. Ibu mertua akan telefon suami 2 hari sekali. Tetapi apa yg sy perhatikan, dgn anak2 yg lain ibu mertua saya x telefon sekerap itu. Suami merupakan pegawai krjn yang gajinya tinggi. Tahun pertama kami berkahwin, hubungan saya dengan keluarga mertua baik tetapi selepas sy melahirkan anak sulung dan selepas saya cukup sembahyang 5 waktu, hubungan kami kurang baik. Sebelum ni sy jarang2 sbhyg dan kdg2 x sbhyg dan masa tu hubungan kami baik.. Saya sdr x th knp saya x sk tgk ibu mertua sy. Ibu saya pun pelik dgn sikap saya. Apa yg sy perasan lg, bl sy pasang ayat2 al quran dan bl sy off kan radio, mlm tu sy xkn dapat tido. Bila sy baca byk kali ayat kursi, br sy dpt tdo. Suami sy x prsn ttg semua ni dan bl sy cerita, dia x percaya. Dia cepat naik angin bl bersama dgn sy ttp dgn orang lain x. suami saya kuat cemburu sehinggakan semua dia nk kawal. Saya mmg x mkn apa yg mak mertua sy masak terutamanya yang berkuah sbb sy pernah tgk dia sdr x mkn apa yg dia masak tetapi suruh orang lain mkn. Hati saya was2 nak mkn,jd sy ambik kptsn xmkn. Boleh ustaz brth sy mcmn sy nak elak bnda2 mcm ni. X mkn hati ibu mertua terasa, nk mkn was2.
    Diharapkan ustaz boleh melontarkan pandangan mengenai dilemma yang saya hadapi. Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas pandangan ustaz

  13. salam..saya baru mendirikan rumahtangga..saya sekarang dalam dilema antara suami dan keluarga..saya menikah di thailand setahun lepas tanpa pengetahuan keluarga mahupun wali..saya sekarang sedang menuntut di institusi kerajaan..dalam perjanjian pengajian saya tidak dibenarkan mengandung dan jika didapati mengandung kena bayar denda rm110,000..penjamin saya masa tu ialah ayah dan kakak..tapi KUASA ALLAH, saya disahkan mengandung 5bulan dan hal perkahwinan kami terbongkar..ibubapa saya sangat kecewa dan tidak meredhai perkahwinan ini..saya lari dari keluarga selama 2minggu kerana takut dan nak uruskan pendaftaran nikah kami di malaysia..2minggu lepas saya pulang ke rumah ibubapa bersama suami dan keluarga mertua..masa tu daftar nikah kami di malaysia masih dalam proses tetapi keluarga mertua ingin selesaikan masalah ini secepat mungkin jadi kami pulang ke rumah ibubapa saya tanpa tunggu mykad nikah malaysia siap..nawaitu kami time tu cuma nak berbincang elok-elok hal ini dan cari jalan penyelesaian tetapi keluarga saya ‘naik hantu’ dan pisahkan saya dan suami..saya dikurung dibilik dan suami serta keluarga mertua saya ‘dihalau’ balik..saya tidak dibenarkan berhubung dengan suami..henset saya dirampas..keluarga saya nekad buka fail farakh..katanya nak batalkan pernikahan kami untuk bersihkan keturunan kami dan perkahwinan kami..saya dan suami tak dapat terima semua ini memandangkan sekarang saya sedang mengandung anak sulung kami..saya hanya dibenarkan berjumpa suami selepas saya tamat belajar semula iaitu 3 tahun dari sekarang..saya dilarang keras berhubung dengan suami..bantulah saya menangani masalah saya kerana sekarng saya sudah buntu..saya pernah nekad lari dari rumah seminggu lepas tapi berjaya dikesan keluarga..sekarang saya dipaksa tinggal bersama kakak di rumah suaminya..3hari lepas kakak saya benarkan saya telefon suami buat kali terakhir dan suami saya kata nak ambil saya secara senyap2..sekarang saya dalam dilema antara suami dan keluarga..saya tak sanggup lukakan hati ibubapa saya lagi tetapi saya tak boleh berpisah jauh dengan suami..saya sayang suami saya lebih dari diri sendiri..setiap kali teringatkan suami saya pasti anak dalm kandungan saya akan bergerak..patutkah saya lari ikut suami saya dan lukakan hati ibubapa saya ataupun sebaliknya..bantulah saya=(

  14. Salam..saya sudah 2 tahun berkahwin & masih belum ade anak. saya & suami bekerja tp kerap bergaduh tentang hal2 yg kecik.pada mula nye memang kadang2 saya akan suarakan ape yang saya tidak puas hati, saya terus terang tapi suami saya terus naik marah. kesimpulannya saya yang dipersalahkan, kadang2 terlepas juga perkataan kesat dari mulutnye. Boleh dikatakan panas baran tapi tidak pernah dia memukul saya. Sampai ade masanya saya ade rase macam putus asa untuk sayang dia.
    Mohon nasihat ustaz.terima kasih

  15. Assalam, ustaz.
    apakah hukumnya jika suami yang meninggalkan tempat tidur isterinya selama tidak tertanggung aib dirasa oleh isterinya disebabkan oleh sifat ego suami. Minta penjelasan ustaz. terima kasih

  16. Assalamualaikum ustaz,
    Saya sudah berkahwin lebih 3 tahun dan masalah yang saya hadapi adalah isteri saya sering mengungkit kisah lama sya sebelum kami berkahwin lagi.. Kisah keburukan saya ketika kami masih belum ada apa2 ikatan lagi.. Perkara ini menyebabkan dia seolah2 menyimpan perasaan satu perasaan dimana saya adalah suami yang teruk, walaupun selepas kami berkahwin saya tidak lagi berkelakuan buruk sepertimana sebelum kami berkahwin.. sedangkan sebelum berkahwin, saya juga mengetahui isteri saya juga ada kisah buruk, malah saya sedikit pon tidak sesekali sesuka hati untuk mengungkit keburukan dia demi menjaga keharmonian rumah tangga kami. Kehidupan kami selalu gembira, tetapi kadangkala tiba2 saje isteri ungkit kisah lama tanpa sebab munasabah dan perkara ini sebenarnya memberi tekanan kepada sya sebagai seorang suami..saya bukanlah seorang yang kaki pukul..dan tidak pernah sama sekali memukul isteri saya, usianya yang lebih tua sedikit berbanding saya dan dia kdgkala lebih dominan dalah hal rumahtangga… ini juga menyebabkan saya berasa kecil hati dgn tindakan dia.. mohon ustaz beri pandangan..terima kasih

  17. Everyone loves it when folks get together and share thoughts.

    Great blog, stick with it!

  18. I like the valuable information you provide in your articles.
    I’ll bookmark your weblog and check again here frequently.
    I’m quite certain I’ll learn lots of new stuff right here!
    Good luck for the next!

  19. Salam ustad saya nak tanya
    Saya dan isteri duduk i rumah sudah elok
    tapi masaalah ibu bapa perempuan selalu
    masuk campur dalam hal rumah tangga saya…
    dia tuduh saya macam2 tidak memberi
    nafkah…bila saya nk pergi berbincang
    dengan family dia,macam2 mereka
    katakan….niat saya hanya berbincang xpi
    mereka nak bergaduh…apa tindakan saya
    ustat…

  20. Assalamualaikum wbt..ustaz apa hukumnya sekiranya suami menyuruh isteri berhenti kerja,isterinya setia mngikut kmahuan suami, beliau mempunya ibu yg agak cerewet dan tidak membenarkan isterinya berhenti..yg mana satu yg harus di turuti kemahuannya…beliau amat rasa musykil dan minta pencerahan atas komen ini..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam Puan Niza,

      Mentaati suami terhadap perkara kebaikan adalah diharuskan syarak dan itulah yang terbaik. Suami berhak menentukan hala tuju dalam mengemudi rumahtangganya sendiri. Mengambil nasihat daripada ibu dalam urusan rumahtangga merupakan suatu kebaikan. Namun dalam menentu mana yang lebih baik sebaiknya buatlah solat istiqarah moga dengan cara itu kita akan memiliki ketenangan dalam membuat keputusan. Harus menolak pandangan ibu dengan cara yang baik dan alasan yang munasabah.

      Saya doakan puan dan suami dapat menghadapi keadaan ini dengan tenang. Sekian.

  21. Assalamualaikum ustaz. Suami saya sejak mula kahwin membiarkan tanggungjawab dalam mendidik anak samada dunia @akhirat kepada saya. Saya pernah menegur nya tetapi dia jenis jika ditegur lagi membuat apa yg kita tak suka….seolah olah mencurahkan lagi minyak panas. Sejak ada smart hphone , satu tabiatnya ialah melihat bahan lucah. Perkara ini saya tegur kerana anak pernah terlihat. Sejak itu dia mengharamkan saya melihat hphonenya. Dan sejak itu juga dia semakin kerap , boleh dikatakan sepanjang masa dirumah menghadap hphone. Hubungan kami semakin rengang…tiada komunikasi dan dia buat saya seperti barang yang bila diperlukan sahaja. Saya sangat tertekan. Saya mohon bantuan apakah amalan yang saya harus buat agar Allah beri petunjuk kepada suami saya. Anak yang semakin besar pun bersuara bila ayah dah tak makan bersama kerana leka dengan phone…

  22. norhasina mat sulong @ mustofa

    Sye seorg isteri..dr lembut sye mjadi garang dan kasar..kenapa? Sebab saya penat mcari rezeki utk tanggung semuanya..dr byr umah, bil air, bil api, bil astro shglh kdg2 sye tpaksa mbayar dua buah kereta tanpa saya sedari.. . Sye jadi hilang selera seks sbb penat dan otak dh tepu..sye juga mjadi lebih tidak hormat suami sye sbb dia tidak btggjwb thadap saya.. tidak hormat dia krn sye sering ditengking…diherdik.. banyaknya dosa saya…tapi sye manusia biasa.. apa daya saya utk jadi isteri baik? Mmg sye x mampu nk jdi isteri yg baik..

  23. Assala mualaikum wt..
    Apakah perlu saya lakukan?, isteri saya mengaku telah keluar mencari wang dengan menjual tubuh nya..oleh kerana tidak tahan dengan leteran peminta utang,kerana saya belum sempat menyediakan wang untuk membayar kepada pemberi hutang, dia memberitahu setelah dilakukan perbuatan terkutuk itu..saya telah menasihatkan supaya tidak mengulangi lagi perbuatan terkutuk itu, selepas itu isteri saya merasa kesal. akan tetapi dia masih mengugut kiranya perkara kewangan ini masih berlaku dia melakukan lagi, perkara ini berlaku adalah kali pertama bagi.. sebelum ini masalah tidak timbul.

    Isteri saya adalah orang taat dan tahu hukum agama, malah masalah membaca al Quu an lebih lancar pada saya.. perlu kah saya beri peluang lagi atau sebaliknya..

  24. Assalamualaikum ustaz .. dhulu smasa sy blja di mtriks di penang , sy sllu ke surau bjemaah .. keluarga sy bknlah kluarga yg sering taat pd printah Allah swt kerana ade juga ahli kluarga sy tidak mnunaikan solat frdhu . semasa disna , sy byk bkwan dgn kwn2 dr skola thfiz . sdikit sbyk , byk mnrik minat sy utk mnunaikan solat frdhu dan cube utk taat pada agama .ttpi , apabila kmbali di rumah di kuala lumpur stelah hbis pngjian , sy ingin mengamalkn trus pergi ke surau stiap kli wktu solat fardhu .. di rumah sy pernah mngajak adik sy brjmaah tp dia tidak mahu . sy sllu solat brsndrian .nmun , ayah sy tidak mmbenarkn sy trun ke surau tsbut ats fktor keselamatan sy . kerana smasa sy pergi , hanya sy seorg jemaah wnita mnkala yg lain adalah jemaah lelaki . sy ada mngajak adik lelaki sy menemani sy ke surau , ttpi dia enggan .apa pndapt ustaz ? adakah sy ptut mentaati ayah sy sdgkn itu dianjurkn dlm islam ?atau ape tindakan yg sy ptut lakukan yg mungkin sy boleh lakukan ?

  25. assalamualaikum ustaz. maaf.tapi sy ingin bertanya. sy telah berumahtangga dan hampir genap 3 tahun. sejak awal perkahwinan, sy dan suami tgl jarak jauh. hanya baru2 ini dia dpt pindah ke tempat sy.
    isu pertama yang sy hendak bertanya mengenai suami jrg solat. sekiranya suami jrg solat, apakah yang perlu sy buat? sy cb menasihati dia utk solat tp sering ditolak dan kdg kala suami sy memilih utk berdiam dan membiarkan sahaja nasihat sy sehingga habis waktu solat. adakah sy perlu mengikut perintah dia sedangkan dia sering meninggalkan solat?

    isu kedua. sy bekerja dan suami jg bekerja. kerjaya sy memerlukan sy utk bekerja lebih masa dan pada awal perkahwinan suami sy memahami bahawa sy memerlukan duit lebih utk melangsaikan hutang yg ada. namun kini dia mula tdk memahami. sekiranya dl duit overtime sy sering kali habis membayar duit tiket kapal trbg utk berjumpa dia kini tidak lg (sedangkan dia jrg dtg berjumpa sy). duit overtime sy kini dihabiskan utk membayar hutang yg lain seperti kereta, rumah dan kredit kad. duit gaji sy pula utk diberikan kepada ibubapa sy dan membayar keperluan rumah. sy sedia maklum sekiranya suami sy tdk memberi nafkah kpd sy sekiranya duit belanja dia tdk mencukupi.

    isu ketiga. apabila bergaduh dia memilih utk berdiam diri dan tdk menyatakan masalah yg ada. sy sering bertanya masalah apakah yg dia alami agar sy blh memahami dan membantu. semua pertanyaan sy diabaikan dan dia buat tak endah. apa yang perlu sy buat?

    isu keempat. kami masih belum mempunyai anak.sy cb berusaha utk memiiki anak. pemeriksaan doktor mendapati sy tiada masalah. tetapi keberangkalian juga suami sy mempunyai masalah. sy meminta dia melakukan pemeriksaan namun dia menolak utk tdk melakukan pemeriksaan kerana dia merasakan diri sihat. apa yg perlu sy lakukan dlm hal ini?

    sy tahu sy jg bersalah kerana kurg meluangkan masa utk menemani dia di rumah tetapi sekiranya dia cb utk memahami sy, mgkn dia blh bertolak ansur. sy cb mencari jalan utk ke arah rumahtangga yg bahagia tetapi sekiranya usaha sy masih belum mencukupi, apakah yg perlu sy lakukan utk mencukupkannya..?

  26. Assalamualaikum!

    Alhamdulillah akhirnya saya dipertemukan dengan laman ustaz ini bagi merungkai dilema yang cukup memberi tekanan kepada saya. Saya merupakan seorang pegawai kerajaan. Saya baru selesai menamatkan pelajaran di peringkat tertinggi dan dengan kelulusan tersebut saya telah dilantik untuk menjawat salah satu jawatan utama di salah satu unit di Jabatan saya. Jawatan tersebut memerlukan saya sentiasa ‘outstation’ meninggalkan suami dan anak2 seramai 5 orang yang masih kecil (3 di sekolah rendah, 1 tadika, 1 bayi 1 tahun).

    Masalah saya suami langsung tidak dapat menerima keadaan ini. Saya sangat faham perasaannya kerana semenjak awal perkahwinan lagi dia akan sentiasa merungut apabila melihat kes rumahtangga kawan-kawannya yang agak tidak terurus akibat isteri terlalu sibuk bekerja. Apabila keadaan ini terkena pada rumahtangga sendiri saya nampak suami sangat tertekan. Sehingga seakan menyesal membenarkan saya menyambung pelajaran.

    Saya merasa sangat serba salah….bila diadukan kepada majikan, majikan sangat marah dan mengatakan saya perlu memberi sepenuh komitmen kepada kerjaya….suami tidak berhak menghalang saya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Majikan minta pujuk juga suami sedangkan saya sudah puas berbincang dengan suami tetapi tiada jalan penyelesaian. Suami saya sangat baik sehinggakan saya tidak sampai hati melihat dia sedih dan kecewa…..saya sentiasa menangis mengingatkan salah satu ayatnya.. “salahkah abang kerana inginkan seorang isteri yang sentiasa disisi…” Saya merasa sangat tertekan….

    Saya harap ustaz dapat tolong rungkaikan dilema ini….. Saya tidak tahu daripada perspektif Islam bila tersepit antara 2 begini, adakah saya perlu berhenti kerja?

    Sekian. Terima kasih.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam Puan Maria,

      Tahniah kerana puan memiliki kerjaya yang baik dan juga suami serta anak-anak yang baik. Segala nikmat ini merupakan ujian daripada Allah SWT. Jangan sampai kita terleka dengan segala nikmat ini. Puan perlu banyak bersyukur semoga Allah SWT menambah kebaikan yang banyak dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat. Tanda orang yang bersyukur ialah taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulnya. Memahami dan mempraktikkan suruhan Allah dan Rasul serta meninggalkan perkara yang dilarang, adalah merupakan sebesar-besar kesyukuran kita kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.

      Saya memahami puan sekarang berada diantara dua pilihan utama dalam kehidupan, antara kerjaya dan keluarga. Kedua-dua perkara ini amat penting kepada puan kerana ianya memenuhi keinginan dan kehendak. Namun puan merasakan seolah-olah terperangkap dalam situasi ini. Pihak suami amat mengharapkan puan memahami status puan sebagai isteri, manakala majikan puan pula merasakan puan lebih layak membuat keputusan tanpa perlu pandangan daripada pihak suami.

      Dalam hal ini puan seharusnya membuat keputusan kepada natijah yang lebih jauh. Bukan hanya sekadar kebaikan dalam waktu yang singkat. Mentaati suami dan berbuat baik kepada anak-anak sehingga menjadikan mereka anak-anak yang soleh lagi solehah merupakan natijah yang lebih jauh. Berbuat baik dan menjaga kebajikan mereka akan lebih baik nilaiannya di sisi Allah SWT, kerana ia merupakan tugas hakiki puan sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak berbanding tanggungjawab kerjaya.

      Satu sikap yang saya kurang setuju dengan majikan puan ialah “bila diadukan kepada majikan, majikan sangat marah dan mengatakan saya perlu memberi sepenuh komitmen kepada kerjaya….suami tidak berhak menghalang saya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.” Daripada sikap majikan tersebut dapat dinilai mereka sedang mengambil kesempatan atas diri puan. Betul, puan berhak membuat keputusan dalam tugas yang diamanahkan, tetapi puan harus ingat suami lebih bertanggungjawab ke atas diri puan. Jangan sampai kerjaya memusnahkan rumahtangga yang telah dibina. Kerjaya boleh bertukar pada bila-bila masa tetapi suami, anak-anak yang dianugerahkan Allah SWT tiada gantinya. Merekalah yang akan membahagiakan kita nanti, khususnya di hari tua dan bekalan kebajikan kita di akhirat nanti.

      Sebenarnya puan amat bertuah kerana memiliki suami yang amat mengasihi puan, hargailah keizinannya namun tanggungjawab puan yang lebih besar ialah taat kepada suami. Keredhaan Allah SWT bersama redhanya suami, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.” – hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim.

      Tanggungjawab seorang isteri yang paling utama ialah taat dan patuh kepada suaminya. Ketaatan seorang isteri kepada suami berada di tahap teratas, melebihi segala ketaatan kepada sesiapa pun juga termasuk ibu dan ayah kandung si isteri sendiri. Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebaliknya, jika isteri disuruh melakukan perkara di dalam larangan Allah SWT, isteri berhak menentang dan melawan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak boleh mentaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.” – hadis riwayat Ahmad.

      Demi sebuah impian yang belum pasti yang ingin kita kecapi, wajarkah kita abaikan pengorbanan insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai kita selama ini? Patutkah kita rosakkan masa depan anak-anak yang kita lahirkan ke dunia ini demi mencapai kepuasan sendiri?

      Sungguh, saya rasa amat sedih bila mengenangkan semua ini. Kenapa perlu kita rosakkan segalanya apabila suami merelakan kita menyaingi mereka secara sihat? Jika dahulu wanita hanya betah di dapur tapi kini wanita sudah berada di angkasa raya. Jika dahulu wanita hanya menghayun buaian tetapi kini tangan wanitalah yang menggegarkan dunia. Tidak cukupkah semua itu? Perlukah harga diri dan maruah kita dicemari kerana status kita yang lebih gah kini?

      Ingatlah kata-kata hikmah… di belakang seorang lelaki pasti ada seorang wanita… apa ertinya? Ertinya sebagai isteri, dia merupakan penyokong kuat kepada suami. Suami memerlukan sokongan isteri sepanjang masa. Sukar bagi seorang lelaki untuk berjaya tanpa mendapat sokongan isterinya. Ya… memang perit dan payah tambah lagi apabila segala pengorbanan sukar dihargai oleh suami tetapi ingatlah… wanita yang diciptakan Allah SWT memiliki keistimewaan yang hebat, maka jika telah ditakdirkan menjadi sebagai seorang isteri kenangilah keistimewaan itu kerana hanya wanitalah sahaja yang mempunyai ketabahan hati dan kesabaran yang tinggi berbanding lelaki. Disebabkan itulah juga, betapa mudahnya seorang wanita solehah mendapat jaminan syurga..!

      Moga puan dapat membuat keputusan yang terbaik dalam mendepani cabaran di dunia ini. Namun ingatlah dunia hanya sementara, yang kekal abadi akhirat di sana. Buatlah persiapan yang sewajarnya untuk kita kembali ke sana. Gelanggang rumahtangga bagi seorang isteri adalah lebih besar nilaiannya berbanding dunia di luar sana. Mohon maaf jika terdapat kekurangan dalam pandangan saya ini.. Mohonlah pertunjuk daripada Allah dengan sesungguh-sungguhnya kerana daripadaNya-lah datangnya semua ujian ini.

      Selamat maju jaya dunia dan akhirat.

  27. Salam…sy nak mohon pendapat tentang masalah sy….sy berkahwin pd umr 20 tahun,suami 25….kami anak bongsu dan semua adik beradik kami berada di luar negeri…hanya kami tinggal di kampung yg berlainan daerah…sy ada rumah pusaka dan suami pon ada rumah pusaka….sekarang kami tinggal di rumah pusaka sebelah suami dengan mertua perempuan…sy masih belajar dan fokus saya buat masa sekarang adalah membina kerjaya…memandangkan suami kerja kampung dan sy tak nak menyusahkan suami seorang diri mencari nafkah…dalam masa yg sama sy terpaksa berkeras utk pulang ke rumah sy utk urus bisnes..memandangkan serba serbi lengkap di rumah tu,dan sy rasa selesa utk sy meletakkan barang2 sy yg banyak….di rumah suami,ipar duai sy rmai..adik beradik 10 org…bila semua balik kami terpaksa pindah masuk ke bilik kecil dan dlm bilik tu pon ade barang2 bisnes sy…bilik xcukup dan barang bisnes sy xmuat dan sy sgt x selesea di situ…sy tiada kemampuan utk sewa kedai dekat dgn rumah suami keran bisnes ni baru bermula…sy memang taknak duduk rumah mertua kerana sy tak akan ada hak untuk mengubah apa2 kedudukan barang dalam tumah tu mmandangkan rumah tu ada byk kenangan mereka adik beradik….sy tetap nak pindah duduk di rumah sy sendiri…apakah hukumnya?sy kasihkan mertua sy..tp sy nk teruskn kehidupan ni dan nak usaha cari rezeki utk tlg dia…sy pon nak keredhaan suami dan Allah..sy buntu…

  28. Alhamdulillah…….terima kasih banyak2 ustaz, akhirnya saya mendapat kekuatan….bingung kerana selama ini seakan berseorangan apabila mengkehendaki pihak2 atasan memahami kewajipan hakiki seorang isteri. Seringkali apabila seseorang menolak sesuatu tugasan kerana keluarga, akan dipandang sinis, tiada komitmen dan dituduh mencari alasan. Namun membaca baris2 yang ustaz tulis ini….
    “Keredhaan Allah SWT bersama redhanya suami, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.” – hadis riwayat Abu Daud dan al-Hakim.

    Saya merasa kuat….tak mengapalah seluruh dunia mengherdik, saya redha. Memang kerjaya ini sesuatu yang saya angankan semenjak kecil….yang saya sebut apabila guru2 bertanya cita2 apabila dewasa… namun sekiranya ini adalah kerjaya yang mensyaratkan seorang ibu meninggalkan anak2, memerlukan seorang isteri menderhaka kepada suami…..maka ia bukanlah kerjaya yang sepatutnya saya ceburi dan kagumi. Dahulu memang saya menjangkakan apabila tercapai cita-cita ini, saya menjadi insan paling bahagia, namun kini saya sedar punca kebahagiaan adalah suami dan anak-anak saya. Dan kini mengapa saya merasa gundah dan tidak bahagia walau tercapai cita2…kerana Allah tidak redha, kerana redha Allah hadir bersama redha suami. Terima kasih ustaz…..Allah sahaja yang mampu membalasnya.

    Saya mengharapkan penjelasan ustaz ini akan juga memberi kekuatan dan pencerahan kepada ramai lagi isteri-isteri di luar sana. Alangkah bahagianya jika semua majikan memahami….

    Terima kasih ustaz..

  29. Assalamualaikum…Ustaz

    Saya nak bertanya adakah berdosa sekiranya isteri melakukan solat, berpuasa, tetapi suami berkata sekiranya engkau bersolat cukup 5 waktu pun tetapi kalau aku tidak redakan…adakah sy berdosa akan masuk ke api neraka…

    Sekiranya suami sy telah memudaratkan ke atas diri saya iaitu memukul sy adakah sy yg berdosa…
    suami sy marah terhadap saya kerana sy dpt tahu dia ada hubungan dengan permpuan lain…dan saya telah membuat laporan polis….dia selalu ugut sy ‘kalu kau solat macamana cukup pun kalau aku x ampun kan dosa kau…x masuk syurga kau”….setiap hari sy diugut begitu syurga di tapak kaki aku….kalau aku kata neraka tempat kau….nerakalah…

    Ustaz…adakah solat sy selama nie terima atau x….

  30. ASSALAMUAIKUM USTAZ, APAKAH PENDAPAT ULAMA TENTANG SUAMI YANG TIDAK MENCARI NAFKAH SEBALIKNYA SI ISTERI YANG MENCARI NAFKAH

  31. As salam ustaz. Saya ada masalah dengan suami saya hinggakan dia keluar dari rumah disebabkan masalah itu….
    Saya wanita bekerjaya, begitu juga suami saya. Kami masng2 penjawat awam. Saya masih mempunyai ibu manakala ibu dan bapa suami sudah meninggal dunia.

    Namun begitu, saya ada 3 org kakak ipar dan sorng abng ipar. Suami saya anak bongsu dlm keluarga. Suami kakak ipar saya yg sulung sdh meninggl dunia. Kakak ipar ada 6 org anak lelaki dn 5 org tlh berumahtangga.

    Apa yg mnjadi maslh ialah, mereka selalu kesempitan wang dan prnah meminjam wang simpann saya utk repair motosikal. Masa tu suami tak ada duit tp tak prnah bayar.. bila sy mula berckp dgn suami, suami marah2 pula..

    Rupa2nya suami yg mnghalalkn hutang tu walaupun itu duit smpann saya. Baru2 ni keluarga kak ipar minta pinjam duit 3K, katanya utk operate katarak mata kak ipar.(ibu mereka). Nsb baik akak ipar yg sorang lg baik hati dan nk pinjam separuh dari duit tu. Maknanya 1.5K je lah kami kena bagi.

    Saya rasa sgt tak puas hati mengapa anak2nya sanggup meminjam dr kami (rasanya takkan bayar) sedangkan mereka msh muda dan siht wal afiat. Alasannya mereka sgt ssh dan tak ade duit langsung. Pada saya spttnya kami adik beradik ni cuma menambah sahaja apa yg kurang. Tp sebaliknya kami pula yg menanggung dan mereka satu sen pun tak keluar duit. Untuk pengetahuan ustaz, wang yg akan diberi iyu adalh wang simpanan sya(gaji).

    Saya pun mula lah bersuara pd suami dan menyatakn pendirian saya.. tp suami amat marah dan menuduh saya brsikap x adil..
    Suami mula mengungkt yg dia amat baik pd keluarga sy, tp saya pula sebaliknya.. mmg sy bg ibu sy duit setiap bulan tapi itu duit saya sendiri.

    Di sbb kan saya keberatan, suami sgt marah dan meninggi suara pada saya lalu meninggalkan rmh dgn membawa pakaiannya.. saya pun tak tahu kemana dia pergi. Mngkn balik kpg atau ddk homestay.. sbb x dpt dihubungi. Saya amat kesal mengapa disbbkn masalh orng lain saya sekeluarga porak poranda.. saya minta pandangan ustaz klu tidak keberatan. Terima kasih. Wassalam..

  32. As salam ustaz. Saya ada masalah dengan suami saya hinggakan dia keluar dari rumah disebabkan masalah itu….
    Saya wanita bekerjaya, begitu juga suami saya. Kami masng2 penjawat awam. Saya masih mempunyai ibu manakala ibu dan bapa suami sudah meninggal dunia.

    Namun begitu, saya ada 3 org kakak ipar dan sorng abng ipar. Suami saya anak bongsu dlm keluarga. Suami kakak ipar saya yg sulung sdh meninggl dunia. Kakak ipar ada 6 org anak lelaki dn 5 org tlh berumahtangga.

    Apa yg mnjadi maslh ialah, mereka selalu kesempitan wang dan prnah meminjam wang simpann saya utk repair motosikal. Masa tu suami tak ada duit tp tak prnah bayar.. bila sy mula berckp dgn suami, suami marah2 pula..

    Rupa2nya suami yg mnghalalkn hutang tu walaupun itu duit smpann saya. Baru2 ni keluarga kak ipar minta pinjam duit 3K, katanya utk operate katarak mata kak ipar.(ibu mereka). Nsb baik akak ipar yg sorang lg baik hati dan nk pinjam separuh dari duit tu. Maknanya 1.5K je lah kami kena bagi.

    Saya rasa sgt tak puas hati mengapa anak2nya sanggup meminjam dr kami (rasanya takkan bayar) sedangkan mereka msh muda dan siht wal afiat. Alasannya mereka sgt ssh dan tak ade duit langsung. Pada saya spttnya kami adik beradik ni cuma menambah sahaja apa yg kurang. Tp sebaliknya kami pula yg menanggung dan mereka satu sen pun tak keluar duit. Untuk pengetahuan ustaz, wang yg akan diberi itu adalh wang simpanan sya(gaji). Saya bukanlah org yg berkira sgt, malh sekiranya kami blk kpg, sy pasti hulur duit utk kakak2 ipar saya kerana mrk ddk dlm felda yg brdekatn.

    Saya pun mula lah bersuara pd suami dan menyatakn pendirian saya.. tp suami amat marah dan menuduh saya brsikap x adil..
    Suami mula mengungkt yg dia amat baik pd keluarga sy, tp saya pula sebaliknya.. mmg sy bg ibu sy duit setiap bulan tapi itu duit saya sendiri.

    Di sbb kan saya keberatan, suami sgt marah dan meninggi suara pada saya lalu meninggalkan rmh dgn membawa pakaiannya.. saya pun tak tahu kemana dia pergi. Mngkn balik kpg atau ddk homestay.. sbb x dpt dihubungi. Saya amat kesal mengapa disbbkn masalh orng lain saya sekeluarga porak poranda.. saya minta pandangan ustaz klu tidak keberatan. Terima kasih. Wassalam..

  33. Assalammualaikum..
    Sy cuma hendak bertanya hal-hal pendidikan anak-anak tanggungjawab suami atau isteri?
    Terima kasih..

    • assalamualaikum ustaz?soalan saya adalah seorang suami yang telah menetapkan ( jumlah ) nafkah utk isteri setiap bulan dari pendapatan nya meminta si isteri utk membantu di dalam perbelanjaan harian terutamanya utk anak2.adakah menjadi kesalahan pada suami jika berbuat&berniat sebegitu.kadang2 menjadi 1 perbalahan kerana bg isteri itu semua tnggungjwb suami semata2..nafkah yg di berikan hanya utk kegunaan sendiri sehingga menyulitkan perbelnjaan suami.nafkah yg dimaksudkan adalah 25% dari pendapatan suami & hanya perbelanjaan sendiri semata2 sdgkan suami yg slps selesaikan sgla komitment&tnggungjwb hanya berbaki kurang dr perbelanjaan bersih isteri
      ( nafkah yg diberikan ).kadang2 timbul perasaan seperti tidak ikhlas dgn pemberian nafkah itu krn isteri tetap dgn pendiriannya yg tk mahu membantu.( isteri suri rumah sepenuh masa ).harap dapat ustaz beri jawapan supaya suami tdk timbul tdk ikhlas atau sebagainya supaya mendapat keberkatan dari NYA utk rezeki yang di cari..amin..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam Puan Jaja…

      Kedua-dua ibubapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang soleh dan solehah. Sebagaimana sabda Nabi SAW: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani ataupun seorang Majusi”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

      Wallahuaklam.

  34. As’salam ustaz.. Saya ingin tahu, saya memberi izin kepada isteri saya untuk balik ke rumah ibu bapanya selama 2 minggu. Selepas 2 minggu isteri saya tidak mahu balik ke rumah saya semula. Saya dah panggil isteri saya balik tapi dia tetap tidak mahu balik kerana saya kerap tidak cukup duit. Sedangkan saya hanya izinkan isteri saya tinggal di rumah ibu bapanya 2 minggu saja. Apakah hukumnya ustaz? Berdosakah isteri saya? Adakah ibu bapa isteri saya juga akan menanggung dosa? Apa yang perlu saya lakukan?

  35. Assalamualaikum ustaz,

    Saya ingin bertanya pendapat dari ustaz. Saya dan suami baru mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun dan dikurniakan seorang anak yg kini berumur 1tahun dan masih menyusu badan. Saya dan suami kerap bertengkar mengenai isu yang sama. Saya seorang suri rumah tangga dan cuma suami yg bekerja. Dari anak kami bayi lagi suami meletakkan semua urusan bayi ke atas saya (kecuali nafkah utk anak) sehinggakan anak kurang rapat dengan suami dan tak mahu berenggang dengan saya. Oleh sebab itu saya tak jarang nak masak ataupun kemas rumah. Tapi seringkali waktu bertengkar mesti suami akan beritahu yg tanggungjawab dia

  36. Assalamualaikum ustaz,

    Saya ingin bertanya pendapat dari ustaz. Saya dan suami baru mendirikan rumahtangga hampir 2 tahun dan dikurniakan seorang anak yg kini berumur 1tahun dan masih menyusu badan. Saya dan suami kerap bertengkar mengenai isu yang sama. Saya seorang suri rumah tangga dan cuma suami yg bekerja. Dari anak kami bayi lagi suami meletakkan semua urusan bayi ke atas saya (dari check up tiap2 bulan sehinggalah menukar pampers anak) sehinggakan anak kurang rapat dengan suami dan tak mahu berenggang dengan saya. Oleh sebab itu saya jarang nak masak ataupun kemas rumah. Saya cuba beritahu suami tolong lah saya tengokkan dan jagakan anak waktu saya nak makan atau kemas. Tapi seringkali waktu bertengkar mesti suami akan bertegas yg bagi dia tanggungjawab dia hanya menyediakan duit dan nafkah segala urusan rumah 100% kepada saya. saya terlalu penat sehinggakan diri saya sendiri tidak terurus.

    Dan seringkali bertengkar suami akan ungkit duit2 nafkah dan cakap saya menghabiskan duit dia walhal saya guna duit tu untuk keperluan dan bukan untuk berjoli mahupun ber’shopping’.

    Saya sangat tertekan dengan sikap dan keegoan suami yang tidak mahu bertolak ansur.

  37. Salam… pertanyaan saya.. adakah saya diketagorikn nusyuz kerana kluar berkerja..atas sebab suami tidak memberi nafkah zahir tapi hanya batin. Makan minum duit belanja dn lain2 tidak disediakn oleh suami…. Suami slalu beri alasan kluar berkerja tapi tk balik berhari2 setiap bulan tkde gaji. Bila saya mintak nafkah suami akan matikn diri dan tk pulang beberape hari siap bwk pkaian.bila hari utk suami byr sewa tpt tgl dia pn akan matikn diri dan pulang bila semua pbayaran lunas dibyr oleh saya yg kluar keje utk mendapat duit utk menanggung diri termasuk membayar duit sewa dan makan minum harian saya yg sepatutnye menjadi tanggungjawab suami.bole ke saya tuntut nafkah saya di makamah sebagai isteri.

  38. Suami tak pandai melawan

    A’kum Ustaz,

    Saya perlukan penjelasan dan pandangan ustaz dalam kes rumahtangga saya. Kami suami isteri bekerja dan mempunyai 3 org anak. Masalah berpunca seperti berikut :

    1. Saya pulang rumah lewat menghantar ibu bapa ke hospital atas sebb temujanji pihak hospital dan bateri handphone kehabisan.
    2. Pulang ke rumah isteri membebel sebab tidak hubunginya dan dikatanya tidak bertanggungjawab (kerana tidak menghubunginya)
    3. Isteri mengeluh urusan kerja di rumah dan mengajar/ulangkaji pelajaran anak
    4. Isteri menyatakan hanya usahanya sahaja yg membuat anak berjaya tanpa ayahnya membiayai segala perbelanjaan anak selama ini( anak capai keputusan exam yg baik dan mendapat anugerah di sekolah)
    5. Isteri mengeluh depan anak (memburukkan ayahnya yg sibuk bekerja dan tidak membantunya bersama-sama) dan anak memarahi saya setelah mendengar keluhan ibunya
    6. Marah akan kata-katanya saya mencadangkan kos keperluan anak2 ditanggung bersama atas sebab anak bersama berjumlah RM1700/2 = Rm850 (setelah kata-kata isteri di item 4) selain kos pengasuh yg isteri tanggung selama ini.
    7. Isteri marah akan cadangan itu terus melenteng dgn pelbagai kata (biasa berlaku ketika marah seperti dirasuk)
    8. Saya memang mampu untuk tanggung kos anak cuma saya nak tunjukkan betapa selama ini kos yg saya tanggung sedangkan usaha saya dibelakangkan dan dikata abai tanggungjawab (. Berharap isteri akan berbincang namun marahnya untuk di bawa ke mahkamah atas alasan penganiayaan terhadap isteri)
    9. Bermulalah tindakan isteri yang pendek akal menjurus ke nusyuz (hilang hormat pada suami)
    10. Saya boleh sahaja lupakan isu kongsi kos anak bersama, masalahnya sikap isteri yang panas baran memang diluar jangkaan (kerap berlaku seperti keluar rumah melulu, memaki hamun saya malah pernah memukul saya).
    11. Langkah seperti asingkan tempat tidur selalu saya lakukan tiap kali bermasalah cuma pukul tu saya sendiri tidak sampai hati.
    12. Isteri memang pandai berlawan kata sehinggakan saya sahaja yang selalu mengalah dan meminta maaf sebab tidak mahu masalah berlarutan

    Mohon pandangan dari ustaz.

    Terima kasih

  39. As salam ustaz.. saya mempunyai persoalan dan memerlukan pencerahan drp ustaz..

    Saya sebolehnya mengharapkan perkahwinan yg kekal.. tetapi kekadang kesabaran saya seperti telah hilang..

    Saya tidak mengatakan yang saya sempurna .. saya juga sebagai manusia mempunyai kekurangan tetapi saya ingin cuba untuk berubah dan hidup dln keredhaan Allah..

    Suami saya seorang yang latar belakang berpendidikan agama dan jga kerjayanya.. tetapi solat sering lewat.. saya cuba tegur tapi akan jadi pergaduhan.. saya byk kali ajak untuk berjemaah jika berkesempatan.. tapi perkara itu hanya akan berlaku sekali atau paling lama seminggu selepas itu tiada lagi.. saya jugak selalu minta solat tahajjud bersama dan minta suami bertahajjud tetapi akan jd pergaduhan..

    Beliau boleh bangun tgh malam untuk perlawanan bola tetapi tidak.tahajjud.

    Saya juga rasa diri tidak dihargai ustaz.. kerana kebanyakn keputusan penting dibuag suami tanpa berbincang dgn saya.. tetapj jika terdapat masalah di kemudian hari saya perlu sama2 selesaikannya dan menanggungnya.. dan saya tidak boleh untuk mempersoalkan apa yg dibuatnya kerana saya isteri tidak ada hak.

    Saya juga bekerja ustaz.. saya buat 2-3 kerja demi tampung perbelanjaan anak dan rumah.. saya penat ustaz dan kekadang saya tak dpt tunaikan apa yg sepatutnya sbb terlalu penat..

    Suami saya selalu buat benda yang tak penting dahulu.. yg penting diabaikan…

    Saya juga merasa selalu dipergunakan suami utk hal2 tertentu.. terutama urusan yg melibatkan pandangan org… suami akan minta saya ke depan supaya nampak saya yg menonjol dan kesannya akan nampak negatif pada saya..

    Sepatutnya sebagai isteri saya dibela dan dijaga oleh suami serta dilindungi suami..

    Ustaz.. harap ustaz dpt bantu saya dgn kekusutan ini… terima.kasih ustaz…

  40. assalammualaikum ustaz….
    saya baru sahaja mendirikan rumahtangga selama 4 bulan
    masalah saya….
    pada bulan petama….saya dan isteri saya tinggal dengan dengan ibu bapa saya…
    pada bulan berikutnya kami tinggal di rumah sendiri….
    pada awal perkahwinan…saya gagal melaksanakan tanggung jawab sebagai suami(bersetubuh)….sudah banyak tempat yang saya pergi berubat….
    kebanyakan tempat yang saya pergi berubat memberitahu punca utama adalah daripada hasat dengki manusia….yang mana beliau mahukan isteri saya tapi tidak dapat berkahwin dengan isteri saya…..jadi beliau telah menggunakan ilmu hitam untuk menutup nafsu saya agar tidak dapat bersama isteri…..
    isteri saya mengetahui tentang perkara ini…..tetapi dia menyalahkan saya 100% tentang perkara ini…..
    sehubungan dengan masalah tersebut……setelah beberapa minggu kami tinggal di rumah sendiri….
    isteri saya mula bermasam muka……bercakap kasar…..
    pada bulan yang berikutnya….isteri saya tidak mahu tidur bersama…..malah tidak mahu bercakap dengan saya……dan beliau selalu menghantar mesej melalui telefon….( mesej menerking-nerking dan memburukkan saya serta minta untuk dilepaskan)…..
    saya telah memberitahu wakil dari ahli keluarga saya dan keluarga beliau untuk menyelesaikan masalah ini/ menasihati beliau….
    setelah itu…..keadaan menjadi bertambah buruk lg……isteri saya tidak mahu tengok saya langsung….klu saya ada di rumah…..isteri saya akan mengelak dari bertemu saya…..
    sudah bermacam-macam cara saya guna untuk pujuk beliau…..tapi beliau masih lagi tida berubah….
    walaupun begitu…saya tetap juga memberi nafkah zahir….
    mohon pandangan ustaz tentang perkara ini…
    terima kasih

  41. mohammad hafifie

    assalamualaikum ustaz,

    sekadar ingin bertanya..duit isteri hak isteri tetapi seandainya suami menegur isteri yang berkaitan duit isteri yang digunakan untuk kesenangan kawan2nya adakah itu salah?adakah berdosa sekiranya si isteri ingkar akan teguran yang diberikan suami dan dalam diam si isteri ingkar akan nasihat suaminya?dan bila si suami tahu akan hal itu,si suami bertanya adakah benar si isteri menggunakan duitnya untuk kesenangan org lain.lalu si isteri menajawab dengan bersahaja iya sy dh bayar kan untuk itu.dan bila ditanya lagi si isteri berkata “itu duit saya kan,so”.Mohon percerahan sedikit dari ustad.

  42. assalamualaikum ustaz..saya ingin bertanya,ape hukum jika suami isteri tidur sebilik dengan ipar lelaki yg dah baligh(adik suami)..minta pencerahan sangat2 ustaz..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Puan Hati Wanita..

      Islam telah meletakkan batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tujuannya adalah untuk menghindarkan kemungkaran dan menjaga maruah manusia. Adalah sesuatu yang tidak manis pasangan suami isteri tidur sebilik dengan ipar lelaki (sebelah suami) yang telah baligh, malah Islam melarang perkara tersebut. Ipar lelaki hakikatnya adalah ajnabi (lelaki asing) yang wujud pertalian keluarga dengan sebab berlakunya perkahwinan seorang wanita dengan saudara lelaki ipar tersebut. Cuma dia (ipar lelaki) haram berkahwin dengan dengan wanita yang telah menjadi isteri kepada sudara lelakinya. Namun pengharaman tersebut adalah bersifat sementara, apabil berlaku perceraian antara wanita yang telah menjadi isteri kepada sudara lelakinya maka selepas iddah dia boleh mengahwini bekas iparnya itu.

      Oleh itu untuk menjaga keharmonian dan maruah serta batasan aurat yang wujud antara ipar lelaki dengan isteri kepada sudara lelakinya maka hendaklah diwujudkan batasa pergaulan sebagai ajnabi (orang asing). Boleh bermesra selaku keluarga tetapi mesti menjaga batasan pergaulan dan aurat sepanjang berada bersama. Moga pencerahan ini dapat membantu kefahaman puan dalam masalah yang dihadapi.

      Sekian, terima kasih.

  43. zaridah binti zainal abidin

    Suami sy tidak menjalan kan tangungjawap dia terhadap sya dan sering menyala kan sya dan suka buat tuduhan yang melulu sering maki hamun sya dan megeluar kan kata2 kesat bila begaduh anak2 yang akan dia jdi ugutan pda sya contohnya dia nk bwk anak2 sya pgi jauh dri sya nafkah x bgi selalu mintak duit dgn sya skrg ni apa yg patut sya lakukan sbb sya x tau mcm mna lgi nak selesai kan mslh ni dah puas sya cba pujuk dia dgn cra baik tapi dia tetap mcm tu

  44. Cahaya Matahari

    Assalamualaikum wbt Ustaz.

    Apakah nasihat untuk tindakan yang patut diambil dan hak seorang isteri dalam situasi di bawah?

    Si isteri:
    -Bekerja kerajaan (gaji tidak cukup untuk tanggung segalanya dan mendapat sedikit bantuan dari mertua)
    -Menjaga 3 orang anak sendirian (6 tahun (P), 2 tahun (P) dan 5 bulan (L))
    -Berpantang dengan tanpa suami – Ibu bapa mertua jaga 2 minggu kerana masih bekerja dan ibu dari kampung yang masih dalam tempoh idah datang untung sambung jaga (ayah baru meninggal)
    -Menjaga solat dan segala yang telah disyariatkan
    -Menanggung hutang suami – pinjaman peribadi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit
    -Menanggung perbelanjaan sekolah anak, asuh anak, pengangkutan untuk anak dan keperluan harian di rumah termasuk pakai minum

    Si suami:
    -Bekerja sendiri – menjalankan perniagaan
    -Tidak solat, minum arak, berjudi, masuk kelab malam
    -Berpoligami tanpa pengetahuan isteri pada mulanya dengan wanita Indonesia (GRO) yang telah mempunyai seorang anak (7 tahun (L) dengan bekas suami dan anak baru dengan suami (5 bulan (L)), nikah di Songkla, Thailand
    -Tidak balik rumah langsung pada waktu malam dan jarang ada di rumah
    -Tidak memberi nafkah zahir (sering kali memberi alasan tiada ada duit)
    -Tidak mahu menyelesaikan hutang pinjaman yang dibuat atas nama isteri, mengabaikan perintah mahkamah bagi kes saman kesalahan lalu lintas (kereta atas nama isteri)
    -Menanggung isteri baru yang tidak bekerja dan anak tiri
    -Tidak mahu melepaskan isteri pertama dan kedua
    -Pernah halau isteri keluar dari rumah
    -Pernah berhutang dengan along (ceti haram) dan mengadaikan semua barang kemas anak isteri termasuk cincin kahwin – ibu bapa mertua selesaikan hutang bagi elakkan nyawa keluarga terancam
    -Tidak mahu tanggung kos melahirkan anak bongsu (alasan tiada ada duit) – terpaksa minta bantuan ibu bapa mertua

    Untuk makluman juga, hubungan di antara mertua serta keluarga dan menantu (isteri) adalah sangat baik. Ibubapa mertua memberi sokongan penuh atas apa jua keputusan yang menantu (isteri) bakal diambil kerana sedia maklum akan sikap anak lelaki mereka seperti di atas.

    Sekian, terima kasih.

  45. Assalammualaikum ustaz,

    Saya baru sahaja berkahwin 7 bulan yang lalu. Diawal perkahwinan, semua nya indah. Setelah 2 bulan berkahwin, dia bukan sperti yang saya kenal sebelum berkahwin. Dia kurang bersabar dan pernah menengking saya berkali -kali

    kali 1

    Saya mengambil cuti kerja hanya kerana mahu bersama – sama menghabiskan masa bersama dia sebelum perayaan menjelma, Tetapi dia berjalan menghabiskan masa bersama dengan kawannya dari pagi sampai lewat malam, pulang sebentar untuk makan dan mandi sahaja. Saya merungut, dan dia terus marah.

    kali 2

    Kami baru membeli kereta terpakai, jadi saya telah menyuruh adik saya mencuba kereta itu dan check condition kereta itu. Dia dalam keadaan marah dan terus mengatakan bahawa saya sial. sedih tak terkira. Semenjak dari itu, saya tidak berani untuk memegang kereta itu apatah lagi memandu.

    kali 3

    Bilik kami nampak bersepah, kerana kami belum ada almari untuk menyimpan pakaian, jadi pakaian saya susunkan diatas kotak untuk sementara waktu, dia jenis yang suka melemparkan baju nya sesuka hati, dia rimas melihat keadaan bilik itu dan terus menengking saya dan memberitahu bahawa saya jenis yang tak pandai kemas rumah dan malas.

    kali 4

    Saya sudah terlewat ke pejabat. jadi saya menunggu dia habis berkemas sambil online sebentar. Dia suruh saya start engine kereta, saya balas bahawa saya tidak tahu mana kunci tersebut. semenjak dia menengking saya pasal kereta dahulu saya mmg tidak berani untuk memegang apa2 barang kesayangan nya. Dia terus marah kerana saya dikatakan suka melawan.

    kali 5

    Saya baru balik dari labuan, dia seperti biasa mengambil saya di airport. dalam perjalanan pulang ke rumah, kami telah bercerita tentang politik. Saya membidas pendapat dia berkenaan dengan topik yang kami bincangkan. Dia terus menengking saya dan mengatakan bahawa saya suka melawan cakap dia serta dia rasa menyesal dengan perkahwinan. Saya kurang sabar sebab sudah banyak kali ditengking. Tanpa disedari, saya telah mengatakan bahawa, ” jika tidak sayangkan saya, lepaskan saya”

    kali 6

    sekali lagi saya lambat ke pejabat, seperti biasa dia akan menghantar saya ke pejabat. Dia merungut dan kata bahawa ayam peliharaan dia belum diberi makan dan minum. Jadi dia terus katakan bahawa, dia mahu carikan sebuah kereta untuk saya supaya dia tidak payah susah-susah menghantar saya ke pejabat lagi. Dia juga mengatakan bahawa ulang -alik menghantar saya telah membazirkan minyak kereta dia. Saya terus jawab ” awak pun bukan ada kerja dirumah, nanti pun awak akan keluar lepak di kopitiam” Dia terus melenting kata saya suka melawan dia.

    Saya rasa tertekan ustaz. saya impikan rumahtangga yang indah. Saya betul-betul menyesal dengan perkahwinan ini. walaupun baru sahaja 7 bulan berkahwin, saya rasa betul-betul kecewa dengan sikap suami saya. Saya cintakan dia ustaz tetapi jika terus berlarutan sebegini, saya tidak tahan. Jika ini bukan jodoh saya, saya redha. Dia malas berkerja ustaz. tidak pernah mahu membantu menguruskan rumah. Dia menghabiskan masanya dengan blog politik nya dari bangun tidur sampai lewat malam. setiap pukul 10.30pm dia akan keluar bersama kawan lelaki nya sehingga pukul 12.30am. Pernah satu malam saya pergi mengintip kemana mereka pergi. Mereka bersembang di kopitiam sahaja. Tetapi jika hari-hari keluar larut malam, saya rasa tidak senang hati ustaz. Saya perlukan seseorang sebagai peneman tidur.

  46. Assalamualaikum ustaz sy nak minta pendapat..ape perlu saya buat..sy dah penat tegur suami sy..die asyik main henset je..time makan hnset..semua nye henset smpai sy ckp dgn die pon x perduli…bila sy tegur langsung x endah..smpai sy marah.die pon marah..smpai die pon x bercakap.sy pon x bercakap dgn die.sy sedih dlu die sangat menyayangi saya.dan ambil berat..n ade masa sy slalu berborak dan bertukar cerita…skrang die hanya penting kan henset dan kawan dri isterinye..die suka main game di hnset, facebook, wasup…sy sampai rasa nak bercerai dgn nye…kerana rasa mcm sy x wujud di rumah…

  47. Assalamualaikum ustaz,
    Yang mana perlu didahulukan. Al quran atau suami? Sedang si isteri baru sahaja memulakan bacaan quran, si suami memanggil nama si isteri dan datang menghampiri untuk dilayani (tidak melakukan hubungan,hanya untuk bermanja) perlu atau tidak si isteri menamatkan bacaan quran atau menyahut panggilan si suami terlebih dahulu? Kerana keengganan si isteri menamatkan bacaan. Si suami naik berang. Apa hukum si suami memarahi isteri yang sedang membaca quran disebabkan tidak melayannya terlebih dahulu?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumussalam Wawa..

      Dalam hal ini suami yang perlu didahulukan. Bacaan Al-Quran adalah sunat manakala melayani suami adalah wajib.

      Wallahu’aklam.

  48. Salam ustaz, saya ingin bertanya jika suami isteri kerja dan isteri yg membeli rumah, jadi apakah hak suami ke atas rumah itu?

  49. Assalam..ustaz…sy nak tanya..ape tujuan si suami bg duit pd mentuanya dn berpesan pd mentuanya supaya rahsiakan pemberiannya dr pengetahuan anak mentuanya iaitu isteri si suami td..

  50. Assalammualaikum Ustaz.

    Sy ialah seorg surirumah dan usia pekahwinan sy dan suami br masuk sethn pada bln jun lpas. Baru2 ni kami begaduh besar gara2 hal remeh dan suami sy mengungkit dgn mengatakan sy duduk d rumah menghabiskan duitnya sja dan tidak bekerja. Utk pengetahuan ustaz, sblm kahwin sy mmg bekerja dan sy behenti keja selepas kahwin krn suami suruh sy pindah ikut dia tgl d negeri tmptnya bekerja. Perkara ni mmg kmi sudah bincgkn dan sama2 setuju. Sepjg sethn sy tgl dgn suami d tmpt ni mmg sy ada mencari kerja tp smpi skrg blum ada rezki. Selama sy tdk bekerja ni mmg suami yg byrkn komitmen sy spt kereta dll. Tapi selepas suami sy mengungkit yg sy menghabiskan duitnya dan tdk bekerja, sy ada meminta cerai dr suami sy kalau sy ni hya membebankn dia wlaupun sbenarnya dia mampu. Sy hilang kesabaran dan sy ada mengatakan kpd suami sy menyesal bekahwin dgnnya. Sy korbankn kerjaya sy spya dpt tinggal dgnnya. Sekrg benda2 tu pula yg d ungkit2 oleh suami. Selama pekahwinan kmi sy mmg jlnkn tggjwb sy sbg isteri..makan minum pakai nya sy jaga..rumah sy bersihkn dll.. Selepas begaduh tu suami sy ada memujuk sy tp sy tak pedulikan. Kmi dah tak betegur lagi wlaupun masih tinggal sama2. Dlm fikiran sy skrg sy nak balik rumah parents sy dan cari keja. Sy mmg dh tawar hati dan akn teruskan penceraian kalau tiada lg jln penyelesaian.

    Sy nk tya pendpt ustaz ttg masalah sy..perlukah sy jlnkn tggjwb sy lg sperti memasak,cuci bj dll wlaupun kami dh tak betegur dan sy ada niat utk becerai? Sy ada tefikir utk membayar balik smua pemberian suami jika suda bekerja semula..perlukah ustaz? Memandang suami sy mengungkit pemberiannya dan kalau dia tak ikhlas sy takut ianya akan jadi haram kpd sy..mohon pandangan ustaz.

    Terima kasih.

  51. As’salammualaikum ustaz,saya nak menceritakan tentang apa yang berlaku sekarang ini di dalam rumahtangga saya dan mohon pencerahan. Saya telah mendirikan rumahtangga dengan seorang janda yang mempunyai 2 orang anak lelaki 1 berusia 15 tahun,seorang lagi 10 tahun.2 darinya adalah anak saya, seorang perempuan berusia 4 tahun dan seorang lelaki yang baru masuk 3 minggu. Apa yang berlaku dan persoalannya adalah seperti berikut. Kami sering berbincang tentang anak pertama isteri saya yang sekarang ini selalu menghisap rokok time waktu sekolah sehinggakan dia telah mendapat surat pengantungan dari pihak sekolah, saya sudah pun memberi teguran kepadanya tapi tidak ada respon langsung. Dalam perbincangan saya serta isteri pasti berlakunya pertengkaran sehinggakan saya dituduhnya menyekat semua kebebasan anaknya. Sedangkan anaknya selalu menipu maknya mengatakan dia tidak merokok siap bersumpah, saya tidak akan menuduh seseorang tanpa usul periksa. Apabila berlakunya perselisihan faham isteri saya mesti menyebut tentang ” kalau lah dekat sabah dah lama dia balik kampung tinggalkan saya sendiri , nasib baik kat kuala lumpur tak tahu jalan. Kalau tahu jalan dah lama dia cakap dia keluar dari rumah tanpa pengetahuan saya “. Bagaimanakah cara2nya dan pandangan dari ustaz untuk saya mengharungi rintangan dan cobaan ini.

  52. Salam ustaz. Jika suami isteri tinggal berlainan negeri, iaitu bwrasingan atas faktor kerje perlukah isteri meminta izin setiap kali ingin keluar rumah?
    Cth. Ingin beli brg keperluan.

  53. Rosman Bin Mohd Nazri

    Assalamualaikum ustaz yg dihormati lagi dimuliakan Allah sbt..saya menghadapi masalah isteri sering meninggalkan saya,anak dan rumahtangga sesuka hatinya tanpa perlu mintak izin saya atau bertanya kpd.saya terlebih dahulu..isteri saya telah menyertai perniagaan emas secara online dan offline sejak dua tahun lalu..untuk pengetahuan ustaz isteri saya akan keluar kawasan ( out station) dalam jangka masa yang lama tanpa merujuk saya terlebih dahulu…saya amat tertekan,anak sekolah dan tuisyen,saya bekerja yang amat sibuk tetapi dia tiada langsung fikir akan suami,anak dan rumahtangga….apakah yang saya patut buat ustaz? Kalau saya menegur isteri akan bawak bergaduh,seolah olah perniagaan emas ini akan dibawanya ke Akhirat nanti sedangkan kewajipan atau tanggungjawab utamanya diabaikan..

  54. Assalamualaikum…sy seorang y suka bkerja…dan sudah berkahwin..masalah y sy hadapi skrg ni.dlu sebelom berkahwin suami suka bkerja dan ada masa nya dia suka bercuti berapa hari dr kerja.perkara ni berterusan sampai berapa bulan lalu.dan skrg da 3bulan dia tak bkerja.bila ada kerja kejap kejap berhenti..kami selalu bgaduh.boleh dikatakan tiap hari bgaduh.kalau nak harap gaji sy seorng mana nak cukup zaman skrg ni.kerja swasta..suami pula susah nak solat.bila tegur solat.dia kata biar dosa dia ,dia tanggung.tak perlu nak bgtau..ko isteri aku.ko jaga solat ko.sbb dosa ko aku y ke tanggung.minta pendapat ustaz macam mana .sy baru berkahwin 10 bulan..

  55. Patut ustaz dahulukan penerangan tanggungjawab dan kewajiban suami@lelaki selaku ketua, pelindung, penanggung keluarga dan wanita2nya. Kenapa ustaz lebih fokus tentang kewajiban isteri tatkala sang ketua ialah suami dan pendamping atau timbalan adalah wanita. Adalah pelik dan bias bila tugas 2 penolong lebih diberat dan dihuraikan dengan panjang lebar sedang tugas ketua dikesampingkan dibelakang. Berlaku jujurlah ustaz. Semoga Kita semua beroleh syurga Allah.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Terima kasih atas teguran yg amat bermanfaat. Semua orang boleh membuat telahan tersendiri dan bebas berbuat begitu. Namun yang paling Utama bagaimana dia melihat sesuatu isu tersebut. Jujur ialah mengatakan sesuatu yang benar sesuai dgn isunya. Berlapang dadalah jangan beremosi.. kita semua berhak mendapat hasilnya sesuai dengan pengorbanan yang telah dilakukan.

  56. suami selalu nak tahu citer silam saya.. pada dia jika saya jujur saya cerita. sedangkan kisah silam dia tak pernah saya tanya sebab pada saya yg lepas biar berlalu.. jadikan pengajaran.. tapi suami saya pulak bila dah tahu dijadikan satu point bila bergaduh. mcm2 keluar dari mulut dia. bila saya mengambil sikap mendiamkan diri lagi dia menuduh memang benar saya buat. selalu dia kata saya curang. bila baik amatla baik perkataan dia.. taknak hilang la apa la semuanya la.. apa yg perlu saya lakukan? kadang2 hilang sabar dibuatnya dgn tuduhan dan cemburu tak bertempat dia. ada hati nak saya berhenti keja sedangkan ada juga dia menggunakan duit saya dan saya membantu dia, saya bayangkan kalau saya tak berkerja blh ker dia melangsaikan pinjaman saya sedangkan keluar untuk harian pun diungkitnyer.

  57. salam ustaz. Apa hukum isteri yg berdoa utk tunaikan haji seorang tanpa suami krana suami panas baran maka isteri bimbang tidak dpt beribadat dgn tenang krana karenah suami nanti

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumussalam.. doalah yang baik-baik untuk suami. Bersangka baiklah dengan Allah ‎ﷻ.

      • salam boleh saya bertanya…apa hukum seorang isteri jika dia bekerja dan tugas dia adalah bekerja diluar offiece dan dia keluar bersama seorang lelaki tetapi lelaki itu hanya pemandu untuk menghantar dia ketempat yang dituju atas urusan kerja?

  58. Assalamualaikum, saya ada persoalan yang kiranya sudi dijawab oleh Y.Bhg Admin.

    Saya dari seawalnya lagi dalam perkahwinan amat menghargai isteri saya dan berusahan menjalankan tanggungjawab sebagai suami.

    Situasi saya ialah;

    i. jika saya mempunyai pendapatan hanya cukup untuk memberikan nafkah makanan Gred C contohnya.. sedangkan sebelum berkahwin mungkin isteri terbiasa dengan makanan Gred B atau A bersama keluarganya. Adakah saya berdosa kerana hanya itu kemampuan saya dari segi ekonomi?

    ii. Isteri bekerjaya. Oleh kerana tercetusnya sedikit isu tentang pendapatan atau nafkah. Maka saya akui hak masing2 yang tersebut di atas. Bagaimana pula dengan peranan untuk memberi susu ibu kepada anak? adakah wajib ibu memberi susu kepada anak2? atau suami juga yang perlu mencari ibu susuan atau susu formula menjadi tanggungjawab suami sepenuhnya untuk beli??

    iii. Bagaimana pula dengan kos pengangkutan yang bertambah kerana gara-gara menghantar dan menjemput isteri di tempat kerjanya? Adakah boleh dan wajar suami mohon untuk ditanggung bersama kos tersebut?

    iv. Artikel yang saya banyak temui, memang tidak dapat disangkal mengangkat martabat kaum isteri. Tapi apakah pembelaan kepada suami yang seolah-olah menjadi hamba dalam rumah tangga. Isteri pula yang menuntut haknya dan bersenang lenang dilayan bagai Raja hanya perlu berhias dan melayani SEKS suami? Walaupun hakikatnya para suami ini bukanlah mementingkan seks semata-mata, atau seks hari2 jauh sekali. Aduhai. Sedangkan hakikatnya juga, sang iseri pula yang begitu teruja dan teringinkan dilayani nafsu seksnya oleh suami. Sampai suami pula yang tak larat. Bagaimana dijelaskan perkara ini??

    v. Berbalik kepada kemampuan ekonomi tadi, isteri sebelum berkahwin tinggal dirumah yang selesa dan berpenghawa dingin. sekarang dah kahwin tidak dirumah yang takde aircond saya belum mampu? Bagaimana?

    vi. Nampaknya golongan-golongan isteri ini sebaiknya dianjurkan mencari suami yang kaya mungkin? atau kaya raya lebih baik?

    Mohon pencerahan.
    Terima kasih.

  59. Assalamualaikum Ustaz

    Saya nak bertanya sedikit persoalan

    Suami saya seorang yang rajin ke masjid. Setiap hari (jika dia ada di rumah) dia akan ke masjid . Saya tidak marah dengan tabiatnya kerana bagi saya itu suatu kebaikan. Tetapi kadang kala saya marah kerana:

    -Ada ketika saya tidak boleh bersolat atau melakukan kerja rumah yang lain kerana anak anak menangis dan sukar ditinggalkan. Saya pernah mendukung anak ketika solat kerana suami ke masjid dan pulang agak lewat (mungkin ada pengajian) dan saya tidak boleh tunggu kerana waktu solat hampir habis.

    -Saya penat bekerja dan mahu berehat ( solat, mengaji) selepas maghrib, tetapi anak anak sukar ditenangkan ( mungkin mahukan perhatian kerana saya baru pulang bekerja) dan saya tidak boleh handle seorang.

    – Suami tidak memberikan nafkah kepada saya atau anak- anak. Suami ada menyediakan keperluan harian ( beli bekalan makanan bulanan) tetapi pakaian, duit belanja dan makan anak anak ( jika saya tidak memasak) tidak disediakan. Saya tidak kisah pada mulanya, tetapi apabila semua anak anak sudah bersekolah ( anak kami 4 orang), saya rasa sedikit terbeban. Suami hanya menyediakan persiapan asas awal tahun, itupun setelah saya mohon bantuan daripada beliau. Kadang kala saya ada bergurau meminta sedikit wang ( untuk anak anak atau diri sendiri) tetapi jawapannya selalu mengecewakan seperti saya terlalu tamak menghabiskan wang suami. Suami saya seorang yang berpendapatan tinggi.

    Soalannya:

    Berdosakah saya jika saya merungut atau menghalang suami ke masjid ( sekali sekala) kerana perkara pertama dan kedua?

    Berdosakah saya jika saya tidak menghalang dengan kata kata tetapi di dalam hati saya tidak merelakan suami ke masjid ?

    Apakah hukumnya jika taat perintah Allah tetapi tanggungjawab pada isteri dan anak anak diabaikan?

    dan

    Berdosakah saya jika saya berkira dengan suami hanya kerana suami juga berkira dengan saya? Saya tidak kisah membayar apa apa untuk suami, tetapi jika suami mendahulukan wang utk keperluan saya, dia akan menuntut semula wangnya.

    Terima Kasih Ustaz

  60. 😭😭😭

  61. Salam..ustaz… Saya seorg muallaf dh berkhawin 7tahun dan mkurniakan 3anak umut antara 8bulan,3tahun dan 6tahun. isteri saya berkerja sabagai doktor kerajaan….Saya ingin tnya pada ustaz pe hukum kalau seorg isteri menolok ajakkan suami n memberi alasan letih…. Dan kadang kadang saya xpaham keje die mcm mane…. Kerap oncall…. Kalau oncall die akan blik keesokkan hari tghari…. Masa die keje die jarang tpn umah tnya khabar anak apa lg si suami ni…. N kerap online whatapps dgn alasan nk discuss case gan kawan… Dan kami sering bergaduh… Apa yang saya perlu buat ustaz…

  62. Assalamualaikum ustaz,
    Sy sudah berkahwin selama 7 tahun dn di kurniakan 3 org ank. Sepanjang perkahwinan seringkali berlakimu pergaduhan dlm rumahtangga. Suami sy pernah mengasari sy dgn memukul dn membalingkan barang ke arah sy. Sy bukanlah isteri yg terbaik.. sy akui sy byk menyakiti suami dgn kata2. Namun suami sy juga biasa memanggil sy dgn panggilan sial n celaka. Stp kali pergaduhan, suami sy akn berkata sy ni ahli neraka sbb ingkar pd suami. Suami sy juga biasa mengugut tidak redha utk sy syurga.. malah dia juga mengugut utk tidak mengizinkan sy mengerjakan umrah n haji.. pergaduhan dlm rumahtangga kami seringkali berpunca dgn masalah kewangan. Sy bgaji lebih tinggi dr suami dn menanggung hutang rumah n kereta.. segala brg keperluan asas rumah yg x disediakan oleh suami, ditanggung oleh sy. Suami sering menyatakan sy tidak bersyukur.. Persoalan sy, patutkah sy meneruskan hidup dlm perkahwinan ini, sedangkan suami sudah terang tidak meredhai diri sy. Sesungguhnya sy x ingin mengakhiri hidup sy dineraka..

  63. Salam ustaz.
    Sy bru brkwin 2 bln yg lalu. Suami mngajak sy bkerja skali kerana dia bru mula mnguasahakan kdai makan. Jdi dia mmrlukan bntuan sy sepenuhnya. Dia trut mlarang sy utk bkrja dlm bidang yg sy inginkan dengan mengugut utk tdak mmbantu lgsg dri segi kwangan skiranya sy bekerja di tempat lain shinggakan nfkah sy jgk akn dia simpan utk mnyedarkan sy bhwa krja yg sy minat tak mmpu mmenuhi perbelanjaan hdup. Sy sedar dia mmpu utk memnuhi hmpir smua kehendak sy, tetapi dia agk memaksa sy utk bkrja brsama. Sy mrupakn ank harapan mak ayh krana mmpunyai pndidikan yg sdikit tggi brbanding adk bradik lain. Jdi mereka sring mndesak sy utk bkrja dlm bdang lain. Stiap hari, kmi akn bgaduh di tempat krja shingga hmpir brcerai. Mungkin slh sy krana brstuju sblum brkahwin. Tpi minat sy lgsg tiada utk bkrja dlm bdang pemakanan. Jdi emosi sy sring trganggu stiap hari d tempat krja. Ap yg hrus sy lakukan supaya sy tdak mnjadi isteri yg drhaka..

  64. Nur Innasyifaa

    assalamualaikum ustaz, sya nak tnya apakah kesan kesan apabila suami dn isteri gagal menjalankan tggungjawab yg diamanahkan?

  65. Assalamualaikum ustaz, saya berbelah bahagi tentang hak isteri untuk bekerja.. saya bru 9bulan berkahwin.. dan 5bulan sy menggangur dan stop berikan ibu ayah sy belanja. saya baru mula bekerja di kedai bakery, sambil itu sy ada niaga kecil-kecilan(baru mula)… suami sy mrh sy bekerja sebab sy dah meniaga… tp sy ada hutang ptptn yg perlu sy byr dan saya nak hulurkan ibu bapa saya sedikit duit.. family sy susah… byk tanggungan dan byk benda yg sy nak capai.. suami gaji cukup makan.. banyak benda yg kami terpaksa kawal.. apa yg sy nak pun terpaksa tahan . Sekarang sy buntu, keperluan dan suami.. sy tak nak membelakangkan suami pd masa yg sama sy nak bantu ibu dan bapa saya…

  66. Assalamualaikum ustaz.

    Saya ingin mencadangkan ustaz untuk menghuraikan topik berkaitan nafkah isteri yang berbentuk wang ringgit.

    1) Bagaimanakah hak nafkah isteri yang sama-sama mengusahakan perniagaan dengan suaminya?

    2) Bagaimanakah hak nafkah isteri yang merupakan majikan suami?

    3) Apakah cadangan ustaz dalam nafkah wang bagi isteri yang bergaji lebih tinggi daripada suami?

    Saya amat berharap agar ustaz mengambil perhatian akan persoalan-persoalan ini kerana saya masih bujang dan sedang mempertimbangkan calon yang berpendapatan lebih rendah daripada saya. Semoga Allah memberkati usaha ustaz. Terima kasih.

  67. Assalamualaikum ustaz. sy mempunyai persoalan. ada kawan saya mengadu tentang perkahwinannya. dia baru berkahwin lebih kurang selama 5 bulan bersama seorang penceramah bebas. kawan saya tinggal berlainan negeri dengan suaminya atas faktor kawan saya masih belajar. Akan tetapi hubungan perkahwinan mereka sangat renggang kerana suaminya terlalu sibuk. sepanjang perkahwinan mereka hanya 5 kali sahaja berjumpa. Suaminya tetap memberikan nafkah zahir, tetapi nafkah batin diabaikan kerana jarang saling bertemu. Adakah situasi tersebut boleh dikatakan mengabaikan amanah untuk menjaga isteri tersebut? Bagaimanakah solusi untuk perkahwinan kawan saya itu?

  68. Assalamualaikum ustaz, apakah hukum seorang isteri bekerja dan suami menguruskan hal2 d rumah, menghantar anak ke sekolah, menghantar isteri ke tempt kerja, dll… kami t’lah membuat kata sepakat begini adakah salah ustaz wlaupun masing2 t’lah mempersetujui cara kehidupan tersebut buat sementara waktu? Sila jwab ustaz… tq

  1. Pingback: Kata Mutiara Islam Suami Istri | Kamu bisa maximal

Tinggalkan Jawapan kepada Ina Batal balasan