RSS

Kenali dan Atasi Godaan Syaitan

10 Mei

Syaitan adalah musuh kita yang nyata sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran yang merupakan ingatan Allah SWT.

Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal – terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: “Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?” Syaitan menjawab: “Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur.” Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat. Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.

Oleh itu bagi mengatasi godaan syaitan ini Imam Ghazali telah menukilkan di dalam kitab (Wasiat Imam Ghazali m/s: 129.):

  1. Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.
  2. Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.
  3. Berzikir dengan lisan dan hati.

قال رسول صلى الله عليه وسلم

إن ذكر الله تعالى فى جنب الشيطان كألآكلة فى جنب ابن آدم

”Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.

Cara-cara yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah: “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya”. (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Syaitan menangis Sabda Muhammad Rasullullah: “Apabila anak Adam membaca Surah Assajadah,lalu ia sujud,nescaya menyingkirlah syaitan sambil menangis dengan meratap: “Ah…Celakalah aku. Anak Adam disuruh sujud lalu ia sujud maka ia mendapat syurga, tetapi aku disuruh sujud maka membangkang, maka aku mendapat neraka”. (Hadis Riwayat Ahmad, Muslim, Ibnu Majah)

Syaitan kencing Dari Ibnu Masud dia berkata: Diceritakan (Allah )kepada Nabi Muhammad SAW tentang seseorang lelaki yang tidur hingga Subuh (waktu Fajar Pagi), sabda Baginda: “Itulah orang lelaki yang dikencingi oleh syaitan pada kedua telinganya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

Syaitan tertawa(ketawa) Nabi bersabda bermaksud: “Apabila menguap salah seorang kamu dalam solat, maka hendaklah ia tutup mulutnya sedapat mungkin dan jangan ia mengucap “Ahhh…”,kerana sesungguhnya yang demikian itu dari syaitan dan ia tertawa kerananya.” (Hadis Riwayat Bukhari).

Syaitan mempunyai rambut dan janggut yang kusut: “Dari Atha bin Yasr dia berkata: Telah datangnya lelaki kepada Rasullullah SAW dalam keadaan kusut rambut dan janggutnya, maka Rasullullah memberi isyarat kepada lelaki itu, seakan-akan disuruhnya membereskan (meluruskan) rambut dan janggutnya. Maka orang itu mengerjakannya, kemudian ia kembali. Maka Rasullullah SAW bersabda: “Bukankah ini lebih baik darpada seseorang yang datang dengan kusut rambutnya seperti syaitan.” (Hadis Riwayat Malik)

Syaitan menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan: Nabi Muhammad Bersabda (memberitahu): Apabila salah seorang kamu berada di dalam masjid, maka janganlah sesekali menyilangkan(mematah-matahkan) jari tangan, kerana menyilangkan jari-jari tangan itu dari syaitan. Dan seorang kamu tetap dalam pahala solat selama ia berada di dalam masjid sehingga ia keluar darinya.”(Hadis Riwayat Ahmad).

Syaitan masuk dalam aliran darah manusia: Sabda Rasullullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam diri manusia mengikuti pejalanan darah. Oleh sebab itu, aku takut syaitan melontarkan sesuatu tuduhan atau satu kejahatan dalam hatimu”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan)

Syaitan takut orang yang solat berjemaah: Sabda Nabi Muhammad yang bermaksud: “Jika ada tiga orang di desa atau di gunung yang tidak menunaikan solat berjamaah, nescaya mereka dikusai oleh syaitan. Oleh sebab itu, hendaklah kamu berjamaah kerana sesungguhnya serigala tidak akan memakan kambing melainkan yang terpisah sendiri dari rombongan”. (Hadis Riwayat Abu Daud).

Hentakan kaki syaitan menyebabkan wanita istihadhah(mengeluarkan darah haid secara berlebihan walaupun dalam keadaan sihat). Dari Amnah binti Jahsy bahawa ia keluar darah banyak dan deras(mengalir-ngalir) dari kemaluannya (darah istihadhah), lalu ditutup dengan kapas masih juga keluar dan ditutup dengan kain masih juga keluar. Rasullullah bersabda: “Sesungguhnya darah yang keluar deras itu adalah salah satu hentakan kaki dari hentakan-hentakan kaki syaitan.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abi Daud dan Tirmidzi)

Syaitan menghadang di saf solat. Sabda Rasullullah: “Apabila salah seorang kamu solat (sembahyang dengan memakai batas (Sutroh) (penghadang), lalu ada orang yang melintas di hadapannya (dalam kawasan solat, di bawah penghadang) maka hendaklah ia menghalanginya. Tetapi jika orang itu enggan (dalam keadaan curiga, melintasi dengan sengaja berulang kali) maka boleh orang itu diperangi (usir atau dibunuh), kerana dia itu tidak lain adalah syaitan”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (As-Syaikhan)

Rasullullah SAW menangkap dan mencekik syaitan: “Ketika Nabi SAW akan melakukan solat, lalu datang kepadanya syaitan hendak memutuskan solatnya. Maka Nabi Muhammad SAW menangkapnya (syaitan itu) lalu mencekiknya sehingga keluar air liurnya di atas tangannya(Nabi).” (Diceritakan oleh Ibnu Qoyyim)

Syaitan kentut: “Apabila diseru untuk melakukan solat (laungan azan), maka mundurlah syaitan sampai terkentut sehingga ia tidak mendengarkan azan, maka selesai azan ia kembali lagi. Dan apabila akan berdiri solat(laungan iqamah), ia mundur lagi dan apabila selesai iqamah, ia datang kembali” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) (as-Syaikhan).

Syaitan menyelit disaf solat yang renggang: Sabda Muhammad Rasullullah: “Luruskan saf-safmu, rapatkan bahu-bahumu (dalam solat) dan berlaku lembutlah terhadap tangan-tangan saudaramu dan tutuplah tempat-tempat renggang kerana seungguhnya syaitan masuk (menyelitkan diri )pada celah-celahmu, bagaikan anak kambing yang menyelit di celah-celah induknya.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Thabrany)

Syaitan menghalangi khusyuk solat (menyempurnakan sembahyangnya). “Dari Aisyah berkata: Aku pernah bertanya kepada Rasullullah SAW tentang menengok dalam solat (melihat-lihat ke mana-mana arah tanpa perlu) maka sabda Nabi Muhammad SAW: “Itu adalah curian cepat yang dicuri syaitan dari hambaNya (Allah).” (Hadis Riwayat Bukhari, Ahmad, An-Nasai dan Abu Daud)(Hadis Sahih)

Sabda Rasullullah lagi yang bermaksud: “Akan datang syaitan pada seseorang kamu dalam solatnya, lalu syaitan mengingatkan kepadanya, keperluan begini dan begitu. Maka janganlah ia menurutinya. Dan syaitan datang pula pada waktu tidurnya, maka syaitan memberikan berita mimpi buruk padanya, maka janganlah diikutinya (mempercayainya)”. (Hadir Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Syaitan membuat mimpi buruk: Nabi Muhammad Rasullullah SAW bersada yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu bermimpi yang tidak disukai (mimpi buruk), maka hendaklah ia meludah ke sebelah kiri tIga kali dan hendaklah membaca:

A’uzubillah hi minasyaitan nir rajim

maksudnya: “Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam”.

Dan hendaklah ia pindah dari lambungnya ketika hendak tidur yang ia sedang ada diatasnya”. (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai dan Ibnu Majah).

Syaitan mencelak mata. Syaitan akan mencelak mata para pendengar ceramah agama atau khutbah supaya para pendengar akan tertidur dan leka tidak menghayati apa-apa yang dikatakan oleh penceramah.

Syaitan mengincu bibir. Syaitan akan mengicu bibir para pendengar ceramah supaya dapat berbual-bual dengan temannya dan dapat mengeluar kata-kata kesat.

Syaitan akan mengetuk para pendengar ceramah dengan tongkatnya agar dapat membuat bising dan tidak akan duduk diam, disamping membuat kacau dan kekalutan.

Banyak lagi propaganda yang telah dilakukan oleh syaitan untuk menyesatkan manusia supaya tidak dapat manusia itu berpaut kembali kepada tali akidah dan ajaran Allah yang tulus dan benar. Manusia diingatkan agar behati-hati menjalani kehidupan ini agar tidak terpedaya dengan dakyah-dakyah syaitan.

Tujuan Allah menciptakan syaitan adalah untuk menguji tahap keimanan manusia itu kepada Allah. Sesiapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan Allah akan membalas dengan azab sensara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berbuat baik dan berjaya menyekat kejahatan syaitan, Allah akan membrikan penghargaan yang tidak erkira dan dibalas dengan Syurga dan kehidupan yang tetap berbahagia.

Allah tidak akan menguji manusia itu dengan berlebih-lebihan dari kemampuan orang itu sahaja. Syaitan merupakan salah satu bencana kepada orang yang ingkar kerana mereka akan terus mengikuti syaitan selagi mereka tidak mendapat restu dan inayah dari Allah.

Dikatakan juga orang yang dirasuki syaitan atau jin jahat sebenarnya adalah orang yang mempunyai kelemahan dalam iman disamping jiwa raganya yang kosong dan lemah rohani, zahir dan batinnya. Syaitan mudah untuk mendekati orang yang mempunyai sifat demikian dan menjadi penempatan(perumah) bagi syaitan.

Syaitan akan dimatikan oleh malaikat maut, Malaikat Izrail atas arahan Allah. Pada akhir zaman nanti setelah Allah membinasakan segala-galanya yang berada di alam buana dan semesta ini. Syaitan akan dihidupkan kembali untuk menerima janji Allah sebagai bahan bakar dalam neraka. Pada waktu itu peneman syaitan yang turut binasa adalah manusia dan jin yang ingkar dengan perintah Tuhan serta batu-batuan.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah(Wahai Muhammad):”Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia.Yang Menguasai sekalian manusia,Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, Dari kejahatan pembisik,penghasut yang timbul tenggelam,yang melemparkan hasutannya ke dalam hati manusia,(iaitu pembisik dan penghasut)dari kalangan jin dan manusia.

(Surah An-Nas:ayat 1-6)

About these ads
 
 

5 responses to “Kenali dan Atasi Godaan Syaitan

  1. tukaqpaip

    24 Jun 2010 at 3:20 pm

    salam
    ana copy utk blog ana…thanks

     
    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      24 Jun 2010 at 3:23 pm

      Wsalam.. Ahlan wasahlan, silakan. Syukran ya akhi.

       
  2. Kamarudin Toyo

    10 Julai 2010 at 12:10 pm

    Assalamualaikum ustaz zaki (Murabbi Ar-Razi) … (“,)

    izinkan saya utk menyebarkan risalah ini… sangat bagus n bermanfaat… moga Allah merahmati Ustaz… ameen ya Allah (“,)

     
    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      10 Julai 2010 at 7:01 pm

      Wa’alaikum salam.. amat ana hargai usaha anta. Moga bermanfaat untuk semua, insyaallah.

       
  3. Nur Syahirah Syira

    14 Oktober 2011 at 11:05 pm

    already copy thankz

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers

%d bloggers like this: