RSS

Hikmah dan Kebaikan Solat Awal Waktu

03 Dis

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.

- Artikel iluvislam.com

About these ads
 
7 Komen

Posted by di 3 Disember 2010 in Ketepatan Masa

 

7 responses to “Hikmah dan Kebaikan Solat Awal Waktu

  1. maryam

    5 Disember 2010 at 5:23 pm

    salam,
    mohon share artikel dalam laman web ustaz ye…dalam blog saya..tujuan dakwah sahaja..

     
    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      5 Disember 2010 at 11:51 pm

      Wa’alaikum salam, insyaallah.. dipersilakan, ilmu ini adalah milik Allah tiada hak cipta.. moga dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

       
  2. Ainun Muhamad

    8 April 2012 at 11:20 am

    Soalan saya;
    Saya baru sahaja sambung belajar di OUM Kota Kinabalu. Masalahnya saya terpaksa keluar lebih awal untuk ke kuliah bersama rakan-rakan perempuan sahaja. Tetapi apabila sudah masuk waktu solat subuh sukar bagi kami untuk mencari surau atau masjid di sepanjang perjalanan kami. Ada surau tetapi masih tiada orang yang solat subuh. Bila saya sarankan untuk berhenti solat di surau yang sunyi, kawan-kawan saya tidak mahu kerana takut. Mereka mahu mencari masjid di kawasan bandar, tetapi mengambil masa yang agak lama dan solat subuh kami tinggal 15 minit lagi mahu habis waktu. Rasa berdosa saya kepada Allah kerana tidak dapat solat di awal waktu. Dalam masa sebulan saya mesti menghadiri 2 kali kuliah. Kawan-kawan selalu kata Allah itu tahu yang kita nak solat, jadi tidak mengapa kalau lambat sikit. Aduh sakitnya jiwa saya bila kawan kata macam itu, memandangkan kami tinggal di Kudat agak jauh untukl turun ke KK. Bagaimana saya mahu menghindari dari kelewatan solat. Bukan saya yang memandu, kalau saya memandu memang saya akan berhenti. Sampai saya kata kepada kawan kita solat kat belakang kereta hilux lah, ada runag untuk solat.

     
    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      9 April 2012 at 8:58 am

      Alhamdulillah, bersyukurlah kerana saudari telah memiliki sifat dan dorongan yang kuat untuk menjaga waktu solat, semoga ianya berkekalan sehingga akhir hayat. Allah SWT menetapkan sesuatu perkara tentu ada hikmah padanya.
      Untuk masalah saudari ini, pengurusan masa cukup penting. Saya cadangkan saudari dan kawan2 keluar lebih awal dari kediaman supaya sampai ke destinasi serta sempat menunaikan solat dalam waktunya. Ingatlah! jika kita menjaga hak Allah SWT tentu Allah akan menjaga kita- maksud hadis.
      Wallahuaklam.

       
  3. wawa

    20 November 2012 at 1:10 am

    assalamualaikum, mohon share ye :)
    shukran.

     
  4. mohd ghafar

    9 September 2013 at 2:05 pm

    terima kasih kerana ianya banyak membantu..mohon kebenaran untuk diedarkan sebagai bahan dakwah

     
  5. Fatimah

    16 Januari 2014 at 10:11 pm

    terima kasih untuk perkongsian. :)

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 46 other followers

%d bloggers like this: