Cetusan Rasa…

Arafah:

Arafah: bukan hanya sekadar mengimbau sejarah pertemuan Adam dan Hawa atau perhimpunan besar umat Islam seluruh dunia, tetapi lebih dari itu. Renungkanlah dengan penuh penghayatan. Bumi Arafah hanyalah sekadar subjektif untuk membangkitkan rasa bagi mereka yang telah kenal diri dan tuhannya. Seluruh rukun iman akan teruji untuk menilai keikhlasan hamba. Allah tidak mengharapkan sesuatu dari hambaNya. Cuma ia mahu melihat siapakah di antara mereka yang lebih sifat kehambaannya. Memohon keampunan dari dosa yang sememangnya manusia tidak mampu menghindarinya, rasa serba kekurangan yang sememangnya kita tidak punya apa-apa melainkan hak Allah semata-mata, menagih simpati dan rahmatnya yang sememangnya kita kepunyaan mutlaknya. Justeru, susah payah, sakit deman, tekanan perasaan, rindu dan sebagainya hanyalah sekadar permulaan untuk menyedarkan kita. Tiada daya dan kekuatan melainkan hanya Allah semata. Kita datang dari Allah dan kepadaNya jua kita pasti akan dikembalikan.

[Ilham pada: 24/11/2009]

Mina:

Terowong Mu'asim: Laluan ke Jumrah di Mina

Melangkah menuju Jumrah.. melalui laluan bersama gerombolan manusia, laungan memuji Allah bergema. Kibaran bendera di mana-mana sebagai lambang dan tanda kumpulan yang sama. Secebis gambaran mahsyar tersingkap bagi mereka yang meniti titipan mutiara si Utusan Mulia SAW. Sekujur tubuh terus melangkah membawa sekeping hati yang pasrah. Mengimbau kejahilan dan kesalahan dengan harapan lontaran yang bakal dibuat nanti dapat membulatkan azam sebagai penerimaan taubat di sisi Tuhannya..

[Ilham pada: 29/11/09]

Takdir

Membiarkan sesuatu episod dalam kehidupan yang datang berlalu tanpa dibuat penilaian, iktibar dan mengambil peluang, umpama membiarkan takdir berlalu, tanpa usaha untuk menetapkan Qadar Allah yang perlu disertakan usaha. “Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib  sesuatu kaum sehingga ia mengubah nasibnya sendiri”. Namun ketetapan Allah adalah muktamat.

[Ilham pada: 21/11/09]

Hati

Hati.. bila ia mati bagai jasad yang tak bernyawa. Hati adalah raja dalam diri. Hati yang hidup bagai sumur yang subur. Memberi kebaikan pada jasad mengarah kepada kesempurnaan. Hati yang baik terbentuk dari kesempurnaan iman. Iman pula gerak hati yang punya akal yang berfikir. Sebab itu Nabi SAW diutuskan untuk membantu akal supaya kenal Tuhan. Bila kenal Tuhan ia akan ada rasa bertanggungjawab. Amanah akan ditunaikan. Hati akan terarah melakukan sesuatu yang Allah suka. Itulah sifat ulul albab yang sebenarnya. Punya maklumat dan perasaan yang tinggi pada Tuhannya.

[Ilham pada: 15/11/09]

Advertisements

About Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 4 Januari 2010, in Teruja. Bookmark the permalink. 2 Komen.

  1. anta dah pergi haji kaa atau umrah…

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Alhamdulillah.. pergi haji, bertugas sebagai Guru Agama Tabung Haji pada musim 1430 yang lalu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: