Munajat: Mencari erti kehambaan.

Segala puji padaMu Tuhan yang memiliki sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi yang mulia Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan ahli keluarga baginda.

Ya Allah dikala dan saat yang masih berbaki ini kami datang kepadaMu menyahut seruan kasih dan cintaMu terhadap kami. Ingin kami labuhkan rasa kekurangan serta kedhoifan keinsanan kami padaMu.

Ya Allah Engkau lebih tahu apa yang kami tidak tahu.. Engkau lebih memahami dari apa yang kami jahil… Engkau adalah penentu apa yang kami dambakan… Ya Allah kami sedar mungkin apa yang kami harap adalah sesuatu yang memudaratkan kami di kemudian hari, justeru Engkau gantikan yang lain mungkin lebih baik dari apa yang kami dambakan.. Namun Ya Allah… lemahnya kami.. luluhnya hati kami kerana kami masih buta dalam menilai hikmahMu..

Kuatkanlah imam kami, Ya Allah..

Hidupkanlah hati kami, Ya Allah..

Rezekikanlah kami kefahaman yang akan membuatkan kami pasrah dan redha atas segala ketentuanMu..

Ya Allah, maafkanlah kami.. ampunkanlah kami.. kerana kejahilan kami yang membutakan hati kami…

Ya Allah, kami buta untuk menilai segala nikmat kurniaanmu. Sedangkan nikmat yang terbentang sebenarnya sudah cukup untuk menyedarkan kami. Tetapi nafsu ini tidak pernah puas lantaran jahilnya kami dan lalainya kami dengan kehidupan ini.

Betapa tandusnya ilmu dan keyakinan kami menyebabkan kami telah memilih sesuatu yang tidak kekal untuk kami puja dan harapkan. Kekadang sapaan hidayahMu dapat mengingatkan kami tapi mudah saja kami abaikan bila kelekaan dunia menyergah ke dalam lubuk hati kami.

Ya Allah, Engkaulah maksud kami.. harapan dan matlamat kami. Namun kenapa jiwa ini sering meletakkan sesuatu yang lain antara Engkau dan kami. Munafikkah kami?

Ya Allah, maafkanlah kami.. ampunilah kami.. kerana menduakanMU. Kami lebih yakin pada diri kami sendiri dari terus bersandar harap padaMu. Bibir kami mengungkapkan cinta padaMu tapi hati kami lebih cinta kepada makluk ciptaanMu. Bibir kami mengungkapkan kalimah rindu padaMu namun hakikatnya rindu kami hanyalah tertumpah pada nikmat ciptaanMu.

Ya Allah selamatkanlah hati-hati kami dari terus dirobek perasaan yang akan menyebabkan sirnanya kecintaan yang tulus padaMu. Wahai Tuhan yang menguasai hati-hati manusia tetapkanlah hati kami padaMu, dalam mencari cintaMu, pada menagih kasihMu.

Ya Allah kami bertaubat kepadaMu, kami kembali kepadaMu, dan kami menyesal atas segala kesalahan perbuatan kami.

Ya Allah, siapa lagi yang dapat menyelamatkan kami pada waktu yang kami amat mengharapkannya.. tiada pada yang lain hanyalah Engkau, Ya Allah. Ampunkanlah segala kesalahan dan  dosa kami.

Sesungguhnya segala pujian dan kesyukuran hanyalah bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam. Amin ya Robbal ‘alamin.

Advertisements

About Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 8 Julai 2010, in Ketepatan Masa. Bookmark the permalink. 5 Komen.

  1. Hidup adalah satu perjuangan, menentang hawa nafsu yg tak pernah kunjung padam.
    Selagi nyawa dikandung badan, perjuangan ini mesti diteruskan.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Kehidupan diumpamakan bahtera yg sedang belayar menuju destinasi akhirat. Ombak dan badai silih berganti, kekadang bahtera yang dikemudi hampir karam. Di mana lagi hendak kita berpaut sedangkan di tengah lautan yang tidak bertepi?..

      Allah sedarkanlah kami bahawa hanya padaMu tempat kami bergantung…

      • Semoga Allah memberi Taufik dan Hidayah pada Ustaz dan keluarga dalam blog ini.
        Melalui bimbingan dan tunjuk ajar yang diturunkan darinya dapat lah kita mengenali diri dan berserah pada Nya.
        Perbaiki diri dan mencari keredhaan Nya.
        Saya banyak mengikuti program yang dibuat oleh Ustaz di mana saja.
        Sebagai hambaNya setelah didorong oleh para pembimbing seperti Ustaz,
        dapatlah ruang dan terbuka hati ini untuk bermunajat pada Nya.

        Terima kasih Ustaz.
        Semoga ALLAH murahkan rezeki dan dipelihara olih nya.
        Salam

      • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

        Alhamdulillah, semoga Allah memberkati kita semua. Terima kasih kembali saya ucapkan kepada Tuan Haji yang tidak jemu memberi sokongan dan doa buat saya dan keluarga. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya.

        Sememangnya dalam kehidupan ini, kita amat memerlukan orang lain yang dapat memberi semangat, dorongan serta sokongan untuk kita. Tambahan pula dalam usaha kita mencari erti sebuah kehidupan dan menagih kasihnya Tuhan. Berdampingan dengan orang berilmu akan membuatkan kita bertambah ilmu dan pengetahuan begitulah sebaliknya dan seterusnya.

        Sepanjang perjalanan ini kita tidak sunyi dari salah dan silap.. jika sekiranya Tuan Haji atau sesiapa sahaja dikalangan sahabat2 blog yang menemui kesalahan di pihak saya ini harap diteguri dan diperbaiki.

        Insan doif al-faqir yang menagih kasih Ilahi.

  2. It is not my first time to go to see this web site, i am visiting this web site dailly and
    obtain pleasant data from here everyday.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: