Muhasabah Sejenak…

Tip 1ā€Ž

“Mencari kedudukan bagi tujuan untuk berkhidmat tetap batil walaupun manusia menganggapnya sebagai satu kebenaran. Perkara sebenarnya adalah kamu berkhidmat sesuai seperti mana Allah jadikan kalian. Jika kamu tulus dan melakukannya dengan baik, Allah akan tingkatkanmu di dalam tingkatan perkhidmatan itu.”
Rasulullah mengajarkan kepada kita dasarnya.

Kata Baginda s.a.w.:

‘Sesungguhnya kami tidak akan berikannya (kepimpinan dan kedudukan) kepada sesiapa yang memintanya.’

Inilah kepimpinan dan kedudukan.
Di dalam hadis lain, sabda baginda lagi:
‘Sesungguhnya kalian akan menjadi tamak terhadap kepimpinan, dan ianya akan menjadi satu kerugian dan penyesalan buat kamu.’
Nabi s.a.w. bersabda lagi:
‘Sesiapa yang mencarinya kami akan berikannya (kepimpinan) dan mewakilkannya untuk perkara tersebut. Sesiapa yang mendapatkannya tanpa mencarinya pula aku akan membantu untuknya (maka yang ini adalah lebih utama).’ “
Tip 2

“Apabila ibadah seseorang itu tidak membuahkan kehinaan serta tawadhu’ di dalam hatinya terhadap Allah, dikhuatiri dengan setiap kali bertambah ibadahnya, dia akan semakin jauh dari Allah.

Hal ini (merisaukan) jika ibadahnya itu tidak menghasilkan adab-adab kesopanannya bersama Allah; (yakni) apabila ibadahnya tidak membuahkan sifat rendah diri di hadapan Allah.

Oleh itu, setiap seseorang yang mendekatkan diri kepada Allah, dia mestilah mempertingkatkan nilai taqarrubnya dari Allah dengan rasa hina.

Orang yang disirami dengan cahaya kedekatan (taqarrub) dengan Allah tidak mungkin hidup dalam kegelapan penyakit takabbur.”

Tip 3

Tingkatkanlah keyakinanmu padaNya melalui deria yang telah dianugerahkan Allah padamu. Hati kecilmu sebenarnya amat menyakini bahawa Allahlah pencipta yang Maha Perkasa dan lagi al-Hakim. Namun hanya kerana deria kita telah diseliputi tipuan dunia yang sementara bisikan itu diabaikan.

Kita lupa diri siapakah kita sebenarnya.. marilah kita hayati lirik lagu ini moga kesedaran kita akan pulih semula..

Salam Ramadhan, Maaf Zahir & Batin

Moga Allah memberi kekuatan dan semangat untuk kita beramal yang terbaik dalam mencari redhaNya, amenn.

About Mohamad Zaki Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 9 Ogos 2010, in Ketepatan Masa. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. Semua peraturan yg terdapat dalam Islam, sama dad peraturan ibadat yg menghubungkan manusia dengan Tuhan,peraturan Muamalat yg membabitan urusan ekonomi, peraturan munakahat yg mengatur urusan nikahdan kekeluargaan, peraturanjenayat yg melibatkan undang undang hudud, qishash dan seumpamanya. Apa juanya yg dikhendaki olih Islam semuanya dengan naluri dan kemahuan manusia. Sekiranya fitrah yg ada pada hati dan naluri manusia itu ibarat manusia,maka islamlah pakaian bagi manusiai tu yg benar benar memenuhi saiz, ukuran dan keperluan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: