Institut Pengajian Ar-Razi; mematangkanku..
Tinggal kenangan… Institut Pengajian Ar-Razi suatu ketika dahulu menjalankan pengajian peringkat diploma namun disebabkan hambatan semasa pengajian diploma terpaksa ditangguhkan seketika. Namun Institut Pengajian Ar-Razi telah berubah wajah sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.. Moga kelangsungan para pejuang awal dan matlamat yang telah dilaksanakan akan diteruskan oleh generasi terkini… Kita tetap berjuang, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung..
Di sinilah aku mula mengenali dunia yang sebenarnya, dilatih, diuji dan terus diuji untuk mematangkan diri. Belajar untuk membina keyakinan diri sebagai seorang pendidik, pentadbir dan pemikir seterusnya membentuk sebagai pendaie.
Kini, takdir Allah yang menentukan segala, setiap perancangan ada noktahnya. Namun perjuangan yang lebih mencabar menanti untuk diterokai. Amanah terpikul lebih besar, khalayak mad’au lebih mencabar memerlukan lebih pengorbanan dan ketabahan.
Kita merancang, Allah juga merancang tetapi perancangan Allah lebih baik kerana Allah telah menentukan yang terbaik untuk kita. Moga pengorbanan dan perjuangan 11 tahun di situ menjadi aset yang tidak ternilai dalam membentuk keperibadian, khibrah dan yang penting jariah yang berterusan sehingga khiamat, insyaallah.
Perjuangan ini masih belum selesai. Selagi hayat dikandung badan selagi itulah amanah dan tanggungjawab senantiasa tergalas. Hanya harapan dan tawakal pada Ilahi menghibur hati, agar perjalanan ini terus dirahmati..
Ambillah sejarah sebagai pedoman kerana tanpa perjuangan orang yang terdahulu, mereka yang hari ini tidak akan berdiri di puncak kegemilangan.
semoga suatu hari nanti, Institut Pengajian ar-Razi akan kembali wujud dan berkembang, bukan hanya SABK sahaja…
InsyaAllah, itulah harapan dan cita-cita diri ini. Berhenti tidak semestinya mengalah dan mengalah tidak bererti kalah. Moga doa dan harapan yang diungkapkan akan beroleh ijabah dari Allah Yang Maha Mustajabah.
Assalamualiakum, Ust zaky apakabar?saya fadli salah seorang alumni Arrazi dari Jakarta, sudah lama saya tidak mendapat berita tentang arrazi……walau apapun juga, perjuangan tidak boleh dihentikan walau sesaat, saya selalu berdo’a semoga arrazi akan kembali seperti dulu…menjadi tempat keluarnya para pejuang-pejuang kebenran….salam rindu saya untuk para asatidz semua…!!!
wassalamualaikum
assalamualaikum..
apa pun jua ar-razi telah membuktikan bahawa ia telah berusaha membuka laluan untuk mahasiswa dan siswi,laluan kejayaan ini telah pun terbukti dan semestinya kita patut berterima kasih…bukalah pintu kejayaan itu kerana masih ramai yang memerlukannya..
Berjuang terus berjuang ustaz…