Warna-warna kehidupan

Kita takkan dapat 100% kemahuan yang kita kehendaki..

Kebahagian bersilih ganti dengan 1001 macam ujian daripada Ilahi,

Kesenangan bersilih ganti dengan kesulitan pelbagai bentuk jua kisah,

Kekenyangan, bersilih ganti dengan penyakit dan kesan kealpaan terhadap nikmat kurniaNya..

 

Mengapa, hidup ini tidak semuanya ‘indah’ ?

Mengapa, hidup ini tidak sebagaimana yang kita ‘mahu’ ?

Yang pastinya ‘perjalanan’ hidup ini adalah keMAHUan Nya yang Maha Irodah,

Dia Maha bijaksana, Maha Adil..

Bersangka baiklah dengan KehendakNya

Tambahkan rasa tunduk dengan Qada’ serta Qadar-Nya.

Bukankah kita diantara 2 Hari Raya …

Antara Takbir ‘Fitrah’ mensucikan kita,

matlamat hidup kita dengan Takbir ‘Adha’ pembakar semangat dan usaha,

yang memerlukan Pengorbanan yang tiada titik noktaknya…

Buktikan Tulus sucinya Cinta kita kepadaNya dengan sanggup BERQURBAN keranaNya

Yang pastinya …

tiada yang buruk atas ketentuanNya…

tetapi bagaimana baiknya REAKSI kita apabila menerima aksiNya?

 

Bagaimana pun kita…

Yakinlah di hujung perjalanan ini adalah SYURGA menanti kita..

Tetapi Syurga itu ada harganya.

Harganya ialah keimanan yang dijelmakan kepada ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT.

 

Laksanakan hidup dengan fitrahnya CINTA,

Iaitu CINTA pada Tuhan yang Maha Esa,

yang diterjemahkan dengan Qurban Mujahadah jua Jihad di jalanNya..

 

Doa dan terus berdoa..

Moga kesudahan kita adalah yang terbaik di sisNya

 

Abu Fathin al-Husainy, Oktober 2010.

Buat insan-insan yangku sayangi

About Mohamad Zaki Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 8 Februari 2011, in Teruja. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: