Hak Isteri Di Sisi Suami

Apabila pasangan suami isteri telah selamat diijab-kabulkan maka bermulalah tanggungjawab besar yang terpikul bersama antara suami dan isteri. Bahtera rumahtangga yang dikemudikan oleh suami bakal berlayar menempuh lautan yang luas menuju destinasi keredhaan ilahi. Namun lautan tidak selalunya tenang, langit tidak selalunya cerah, pelbagai dugaan dan ujian akan silih berganti. Kadang-kala badai menerjah menguji kesabaran dan kematangan hidup insan. Keadaan ini menagih kesabaran dan ketenangan dalam mengharunginya. Penyelamat yang paling ampuh ialah ilmu dan keimanan yang menebal kepada Tuhan.

Perkara asas dalam menjamin keharmonian rumahtangga ialah memahami hak-hak yang mesti dijaga oleh pasangan suami dan isteri. Kegagalan memahami dan menunaikannya akan mengakibatkan mahligai yang dibina akan mengalami keretakan.

Untuk catatan kali ini saya akan cuba mengupas dua hak utama bagi isteri secara zahir yang wajib dihormati serta dilaksanakan sepanjang tempoh perkahwinan supaya tidak timbul pecabulan hak dan kedamaian dalam jiwa seorang isteri.

Hak Pertama: Mahar

Mahar adalah suatu pemberian wajib daripada suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin. Ia merupakan hak mutlak isteri yang tidak boleh dipertikaikan dan tidak boleh diambil oleh suami sesuka hati kecuali dengan keredhaan dan keizinan isterinya. Walaubagaimanapun suami dibolehkan berhutang mahar dengan isterinya, tetapi dengan syarat ianya wajib dilunaskan kembali.

Sekiranya suami enggan berbuat demikian, maka ianya adalah perbuatan maksiat yang diancam oleh Allah SWT. Iaitu sebagaimana ancaman Allah SWT kepada orang yang berhutang dengan niat tidak mahu membayar balik hutang tersebut sedangkan ia mampu untuk berbuat demikian. Perbuatan ini jelas merupakan penderhakaan terang-terangan terhadap hak isteri, sekaligus menderhakai Allah SWT.

Dari Muhammad bin Jahsy radhiyallaahu ‘anhu, ia berkata, “Pada suatu hari, kami duduk-duduk bersama Rasulullah SAW sedang menguburkan jenazah. Beliau menengadahkan kepalanya ke langit kemudian menepukkan dahi beliau dengan telapak tangan seraya bersabda: “Subhanallaah, betapa berat ancaman yang diturunkan.” Kami diam saja namun sesungguhnya kami terkejut. Keesokan harinya aku bertanya kepada beliau, ‘Wahai Rasulullah! Ancaman berat apakah yang turun?’ Beliau menjawab: “Demi Allah yang jiwaku berada di tangan-Nya, seandainya seorang laki-laki terbunuh fii sabiilillaah kemudian dihidupkan kembali kemudian terbunuh kemudian dihidupkan kembali kemudian terbunuh sementara ia mempunyai hutang, maka ia tidak akan masuk surga hingga ia melunaskan hutangnya.’” (Riwayat An-Nasa’i dan Ahmad)

Hak Kedua: Nafkah Diri (zahir)

Nafkah merupakan isu utama yang sering menjadi perbalahan antara suami dan isteri. Secara umumnya, nafkah merupakan tanggungan yang wajib ditunaikan oleh suami. Menurut istilahnya, nafkah bermaksud mengeluarkan belanja atau sara hidup kepada mereka yang wajib atas seseorang (suami) untuk membiayainya. Ia bukan sahaja pada makan dan minum malah merangkumi tempat tinggal, pakaian, ubat-ubatan dan yang berkaitan dengan kebajikan isteri secara keseluruhannya.

Walaubagaimanapun menyediakan nafkah untuk isteri ini tertakluk kepada kemampuan suami. Mengikut hukum syarak, seseorang isteri yang taat kepada suaminya berhak untuk mendapat nafkah selagimana dia tidak nusyuz (keingkaran isteri mentaati perintah suami yang diharuskan oleh syarak) terhadap suaminya.

Sekiranya dalam satu tempoh perkahwinan, suami telah gagal menyediakan nafkah dengan baik, maka ia menjadi hutang ke atas suami dan wajib dibayar. Ia boleh dilaksanakan melalui saluran undang-undang dengan membuat tuntutan di mana-mana mahkamah syariah.

Bagaimana pula sekiranya isteri bekerja? Adakah wajib pada suami untuk memberikan nafkah terhadapnya?

Hukumnya tetap wajib. Suami tidak boleh sama sekali beranggapan dengan keizinan yang diberikannya kepada isteri untuk bekerja dijadikan sebagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab tersebut. Mesti diingat, bahawa harta sama ada berbentuk wang ringgit atau sebagainya hasil daripada titik peluh isteri melalui usahanya sendiri adalah hak mutlak dan peribadinya dan tidak boleh diambil dan digunakan tanpa pengetahuannya.

Kesimpulan

Fenomena dalam masyarakat kita di Malaysia sejak dulu sering memperlihatkan sikap yang lebih memihak kepada kaum lelaki dalam perhubungan suami isteri. Pandangan sedemikian rupa hendaklah dikikis dari dalam diri setiap individu khususnya suami. Dengan adanya ketentuan syarak yang mengiktiraf dan membela hak-hak isteri seperti yang dibahaskan, jelaslah menunjukkan bahawa Islam mengangkat martabat wanita yang bergelar isteri sebagai insan yang dihormati yang sama nilainya dengan suami. Setiap pasangan suami-isteri mempunyai peranan dan hak masing-masing yang mesti dihormati antara satu sama lain. Konsep ini jika benar-benar dilaksanakan akan menjamin ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup berkeluarga.

About Mohamad Zaki Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 10 Januari 2012, in Naib Khadi and tagged . Bookmark the permalink. 145 Komen.

  1. Assalammualaikum.
    Saya ingin bertanya, suami saya ini suka sangat cemburu. Dan dia akan sentiasa menuduh saya dengan mengatakan saya ini ada lelaki lain. Pada hal, jauh sama sekali sayan ingin melakukan sedemikian. Kadang-kadang tuduhannya memang tidak berasas, sehingga perkara ini amat menyakitkan hati saya, dan saya tidak tahan, kadang2 saya bergaduh sehingga bermasam muka. Saya terasa seperti dihina hanya kerana tuduhan itu. Bagaimana saya mahu menghentikan cemburu dia dalam masa yang sama saya kena bekerja kerana pendapatan dia amatlah sedikit kadang2 tiada kerja tiada lah duit.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Salam kedamaian buat puan yang sedang memburu kedamaian dan ketenangan jiwa. Betapa banyaknya liku sungai tetapi lebih banyak liku hidup yang perlu kita lalui.
      Hidup ibarat meluncurkan kereta di lebuh raya. Bukan sahaja perlu bayar tol tetapi juga terpaksa melalui selekoh bahaya, jalan tidak rata, jalan licin, sekatan jalan raya dan pelbagai rintangan lagi. Syukurlah ada Rehat dan Rawat (R & R). walaupun kadang-kadang sesak, kita pasti ada tempat duduk untuk membasah tekak menghilangkan dahaga dan mengisi perut kosong buat meneruskan perjalanan.
      Begitulah juga dengan kembara perkahwinan. Sepanjang perjalanan tersebut kita akan ditemukan dengan pelbagai sekatan dan halangan. Terpulanglah pada kita untuk memilih cara melintasinya. Jika pilihan tepat kita akan cepat sampai ke destinasi yang namanya kedamaian.
      Dilihat sekali imbas pada kenyataan puan, suami memiliki sifat cemburu yang merunsingkan puan selama ini. Namun sikap cemburu suami itu ada kebaikannya. Cemburu menandakan suami puan amat menyanyangi puan dan mengambil berat. Cuma puan merasa tertekan disebabkan sifat cemburunya itu hinggakan puan merasa terkongkong dan terasa seolah-olah dipandang hina.
      Sifat cemburu suami puan itu berkemungkinan disebabkan dia merasakan tidak mampu untuk membahagiakan puan oleh kerana ketidakmampuannya dari segi kewangan. Malah dia risau jika sekiranya puan merasa tertekan dengan keadaan itu sehinggakan tertarik dengan lelaki lain pula.
      Wanita dijadikan Allah SWT dengan ciri-ciri menarik dan mudah untuk menjadi daya tarikan khususnya kepada kaum lelaki. Kecemburuan suami puan mungkin ada munasabahnya. Cuba puan menilai kembali cara penampilan diri dan bergaul khususnya di hadapan lelaki yang bukan mahram. Mungkin di sana terdapat perkara-perkara yang pada perkiraan suami keterlaluan malah mungkin ada juga yang melangkaui batasan syarak seperti pergaulan bebas dan penampilan diri yang keterlaluan melalui solekan, pakaian dan gaya bercakap yang boleh mengundang fitnah.
      Cubalah berbincang dari hati ke hati bersama suami tentang apa yang ia inginkan daripada puan. Nilailah kembali bagaimana layanan yang puan berikan kepadanya. Adakah istimewa atau sebaliknya? Ketaatan puan kepada suami untuk membahagiakan dan mententeram jiwanya akan dibalas kebaikan dan syurga oleh Allah SWT. Tidak rugi sedikitpun ketaatan puan itu. Sebaliknya sifat keangkuhan dan mementingkan diri sendiri akan memudaratkan hubungan disamping akan mengundang kemurkaan Allah SWT.
      Namun selalulah berdoakan kepada Allah SWT agar Ia menganugerahkan puan suami yang soleh, baik dan taat akan perintah Allah SWT. Mohonlah agar puan juga berada di atas landasan yang benar sebagai hamba Allah dan isteri yang baik kepada suami. InsyaAllah, amin ya Rabbal ‘alamin.

    • Bagaimana nak atasi masalah apabila mertua serta ipar duai termasuk suami menganggap menantu sebagai orang luar?adakah sememangnya sy sebagai menantu merupakan orang luar apabila sy membantu menyelesaikan masalah yg suami sy hadapi?adakah saya tidak bole masuk campur utk uruskn selesaikan masalah suami sy?

    • Assalammualaikum
      1)Bagaimana suami masih melakukan kesilapan sm ia ini suka bermain judi dan masih tidak tinggalkannya
      2) Sangat mementingkan kerja berbanding ank dan isteri
      3) apa hukumnya sekiranya sy tidak mahu mengikuti suami kerana perkara seperti yg disebutkan dan sebaliknya

  2. assalamualaikum…
    saya ingin bertanya,,,,bagaimana nak mengatasi sikap suami yang terlalu ego sehinggakan dia merasa dirinya adlah ketua bagi segala perkara,,maksudnya dia tidak boleh langsung untuk mendengar pendapat isteri dan anak2 pom terpaksa akur dengan kata-katanya,sampaikan anak2 tidak terasa pom kasih sayang seorang ayah,,,adakah isteri yang tidak bekerja perlu mengikuti segala kata-katanya dan kehendaknya??dan apakah hak sebagai seorang isteri jika dia menceraikan isterinya…hal ini kerana, dia berlaku curang terhadap isterinya,.sehinggakan dia sempat untuk berbalas mesej dengan kekasihnya di hadapan isterinya sendiri,,

  3. dan satu lagi selama 22 tahun suami sentiasa curang dengan isterinya,,dipandangan matanya isterinya sentiasa tidak sempurna,,ada sahaja perkara yang akan memarahkannya,,isterinya pula hanya akur atas dasar kasih sayang nya terhadap suami,,,apakah langkah2 yang perlu dilakukan oleh isteri…?dan bagaimanakah caranya untuk menyedarkan bahawa sikap suami itu adlah tidak betul??
    terima kasih kerana sempat meluangkan masa untuk menjawab persoaln saya,,

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam

      Puan Su, pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan bersyukur kepada Allah SWT kerana puan memiliki sifat sabar yang tinggi dengan kerenah si suami. Apa pun ujian yang puan lalui dalam hidup akan dinilai kebaikan oleh Allah SWT jika ditempuhinya dengan sabar serta banyak berserah diri kepada Allah SWT. Ketaatan puan pada suami walaupun tidak dibalasnya dengan kasih sayang dan kebaikan tetap akan mendapat ganjaran yang baik di sisi Allah SWT di akhirat nanti.

      Untuk menyebarkan kebaikan kepada orang lain serta mengajaknya melakukan kebaikan, cara yang paling berkesan ialah dengan kita terlebih dahulu melakukan segala kebaikan tersebut. Sememangnya suami adalah tunggak dan mesti memainkan peranan utama membentuk dan mencorak rumahtangga kepada keredhaan Allah SWT. Namun jika sebaliknya berlaku, suami jahil serta mengabaikan tanggungjawab dan tugasnya, isteri yang diberi hidayah oleh Allah SWT hendaklah berperanan sebagai penenang dalam rumahtangga. Peranan yang boleh dilaksanakan oleh isteri:
      a) Berusaha menjadi muslimah yang terbaik pada ibadah asas. Jaga solat dan lakukanlah ia dengan sempurna, serta istiqamahlah supaya dilaksanakannya di awal waktu.
      b) Berusaha membawa imej muslimah sejati melalui pakaian yang menutup aurat dengan sempurna di hadapan lelaki ajnabi. Bergaul dengan lemah lembut khususnya suami dan ibubapa termasuk mertua, anak-anak serta jiran tetangga.
      c) Mengajak anak-anak melakukan solat berjemaah pada permulaannya, kemudian cuba-cubalah ajak suami menjadi imam sekali sekala dengan ajakkan yang penuh hikmah dan lemah lembut.
      d) Amalkan makan beramai-ramai satu keluarga. Sebolehnya isteri memasak sendiri. Sediakan hidangan dengan penuh keikhlasan. Mulakan dengan Bismillah dan banyakkan berselawat ketika membasuh bahan2 masakan, serta ketika memasukkan bahan-bahan tadi ke dalam kuali@periuk ketika memasak. Jika suami enggan untuk makan bersama, disiplinkan anak-anak dahulu. Sediakanlah secara istiqamah walaupun suami tidak memintanya. Jika kesuntukan waktu atau isteri bekerja, berusahalah lakukannya di hari-hari cuti. Kerana asas keberkatan rumahtangga bermula dari amalan secara berjemaah seperti solat, makan, mengemas rumah dan lain-lain.
      e) Berikanlah layanan yang terbaik kepada suami walaupun dia sering tidak mensyukurinya. Mengurus keperluannya seperti pakaian, peralatan-peralatannya dengan sempurna. Santunilah ia, air minuman hulurkanlah ketika dia pulang ke rumah walaupun sekadar air sejuk.
      f) Jangan menganggu peralatan peribadinya tanpa keizinannya.

      Tugasan ini adalah amalan asas yang perlu dilakukan oleh seseorang yang bergelar isteri atas rasa tanggungjawab dan penuh hormat serta kasih sayang. Janganlah pula dianggap ianya membebankan, tetapi sedarilah setiap apa yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan ada ganjarannya di sisi Allah SWT walaupun suami tidak menghargainya. Perkara ini seeloknya dilaksanakan seawal usia perkahwinan lagi, namun jika sekiranya terabai lakukanlah ia sekarang dan seterusnya. Perlu diingat ia memerlukan proses yang lama untuk menawan hati suami yang mempunyai sifat ego.

      Jika segalanya telah dilaksanakan dengan sebaik mungkin namun si suami masih tidak berubah dengan sifat egonya, puan boleh mencuba kaedah ini:
      a) Solat hajat dikhususkan niat supaya suami lembut hati serta taat kepada perintah Allah SWT. Banyakkanlah doa ini: “Ya Allah, hambamu ini insan yang lemah. Tidak punya kekuatan dan daya untuk menghadapi segala liku dalam kehidupan ini melainkan dengan izin dan khudratMu. Ya Allah, aku menyerahkan segala-galanya padaMu, Engkau yang Maha Berkuasa dan Maha Menentukan. Hidayahilah aku dan berikanlah petunjukMu kepadaku supaya aku mampu menempuhi segala ujian dan rintangan dalam hidup ini sebagaimana yang Engkau kehendaki. Ya Allah aku mengharapkan daripadaMu segala perbuatan yang baik dan meninggalkan segala kemungkaran. Ya Allah jika Engkau mengkehendaki fitnah kepada sesuatu kaum maka peliharalah aku dan jauhi aku daripadanya. Ya Allah lembutkanlah hati suamiku daripada sifat ego dan begisnya supaya ia menjadi seorang yang penyayang dan bertanggungjawab sebagaimana Engkau lembutkan besi kepada Nabi Daud, Engkau sejukkan api kepada Nabi Ibrahim dan Engkau beri ketenangan kepada Nabi Muhammad SAW. Ya Allah segala pujian dan pergantungan hanya layak untukMu, pimpinlah aku supaya menjadi hambaMu yang bersyukur dan diredhai. Amin Ya Robbal ‘alamin.”
      b) Lazimkan membaca al-Quran setiap hari khususnya surah Yaasiin, Waqi’ah dan al-Mulk. Bacakanlah ayat-ayat al-Quran @ surah2 tadi kepada air dan jadikan air itu sebagai minuman dan digunakan dalam masakan. Selalulah juga pasangkan kaset @ CD bacaan al-Quran khususnya di waktu pagi dan petang.
      c) Banyakkanlah bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepada suami khususnya sebelum tidur.
      d) Banyakkanlah berselawat.

      Puan su, insyaallah dengan melaksanakan amalan-amalan yang dicadangkan ini diharapkan ianya dapat membantu menangani permasalahan yang diutarakan. Pergantungan kepada Allah SWT amatlah penting kerana daripadaNya jualah segalanya. Insafilah penjalanan hidup kita kerana setiap sesuatu yang ditakdirkan Allah SWT ada kaitannya dengan cara hidup kita.

      Harap maaf kepada segala kekurangan. KepadaNya jualah kita berserah. Amin ya Rabbal ‘alamin.

  4. assalamualaikum,
    saya dah berkahwin selama setahun, bekerja dan tinggal berjauhan dengan suami saya atas alasan bekerja. sepanjang tempoh perkahwinan tersebut, suami saya tidak pernah memberi nafkah zahir samada kewangan ataupun makanan kepada saya. alasannya gaji saya lebih daripada dia. malah kadang2 dia pula yang meminjam duit daripada saya. dah puas saya beri nasihat tapi tiada perubahan. sekarang belum ada anak kalau ada anak sudah tentu saya akan tangung semuanya. kadang2 saya berasa bosan hidup bersamanya disebabkan perkara tersebut. apa yang perlu saya buat?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Tujuan perkahwinan adalah untuk perkongsiaan hidup antara lelaki dan perempuan secara sah dan menepati fitrah. Bagi mengisi tujuan tersebut dan membina keserasian, puan dan suami hendaklah berusaha tinggal bersama di bawah satu bumbung. Alasan pekerjaan hendaklah di nombor duakan sekiranya puan mengharapkan rumahtangga berada dalam keadaan yang baik. Pasangan suami isteri tidak akan merasakan tanggungjawab masing-masing jika sekiranya ia tidak tahu bagaimana ia hendak dimulakan.

      Oleh itu langkah yang pertama usahakanlah untuk tinggal bersama. Yang kedua, pelajarilah ilmu-ilmu rumahtangga melalui bahan-bahan bacaan, menghadiri kuliah-kuliah di masjid dan surau atau seminar kekeluargaan. Galakkan perbincangan secara harmoni di waktu2 intim supaya dapat sama2 menghayati nilai sebuah rumahtangga yang dibina dan tujuannya setelah terbina.

      Semoga puan berjaya mengharungi pahit manis hidup berumahtangga, insyaallah.

    • Saya menuntut di luar negara suatu hari saya bertengkar dengan suami saya melalui telefon. Selepas itu dia tidak melayan panggilan saya atau menghubungi saya. Sudah 3 bulan dia tidak memberi kabar berita dan saya sangat tertekan. Boleh kah saya memohon fasakh?

      • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

        Sila rujuk ke mahkamah di negeri puan kerana syarat² fasakh di negeri² berbeza..

      • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

        ENAKMEN 5 TAHUN 2004
        ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI PULAU PINANG) 2004
        BAHAGIAN V – PEMBUBARAN PERKAHWINAN

        Seksyen 53. Perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh.

        (1) Seseorang perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan-alasan yang berikut, iaitu—
        (a) bahawa tempat di mana beradanya suami atau isteri telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada satu tahun;

        (b) bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan bagi nafkahnya selama tempoh tiga bulan;

        (c) bahawa suami atau isteri telah dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih;

        (d) bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;

        (e) bahawa suami telah mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk;

        (f) bahawa suami atau isteri telah gila selama tempoh dua tahun atau sedang mengidap penyakit kusta atau vitiligo atau sedang mengidap penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit;

        (g) bahawa isteri, setelah dikahwinkan oleh wali Mujbirnya sebelum dia mencapai umur baligh, menolak perkahwinan itu sebelum mencapai umur lapan belas tahun, dan dia belum disetubuhi oleh suaminya itu;

        (h) bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain—

        (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kezaliman atau kelakuan aniaya;

        (ii) berkawan dengan perempuan-perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut Hukum Syarak;

        (iii) cuba memaksa isteri hidup secara lucah;

        (iv) melupuskan harta isteri atau suami atau melarang isteri atau suami itu daripada menggunakan hak-haknya di sisi undang-undang terhadap harta itu;

        (v) menghalang isteri atau suami daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agamanya;

        (vi) jika suami mempunyai isteri lebih daripada satu, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak-kehendak Hukum Syarak;

        (i) bahawa walau pun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya atau isteri enggan disetubuhi;

        (j) bahawa isteri tidak izin akan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah, sama ada oleh sebab paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal, atau hal keadaan lain yang diakui oleh Hukum Syarak;

        (k) bahawa pada masa perkahwinan itu isteri, sungguh pun berkebolehan memberi izin yang sah, adalah seorang yang sakit otak, sama ada berterusan atau berselangan, dalam erti Ordinan Sakit Otak 1952 [Ordinan 31/52] dan sakit otaknya adalah dari suatu jenis atau setakat yang menjadikannya tidak layak untuk berkahwin; atau

        (l) apa-apa alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau bagi fasakh di bawah Hukum Syarak.
        (2) Mana-mana orang yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapatkan perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh atas alasan bahawa isteri menjadi tak upaya yang menghalang persetubuhan.

        (3) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan dalam perenggan (1)(c) sehingga hukuman itu telah dikemukakan dan suami atau isteri telahpun menjalani satu tahun dari hukuman itu.

        (4) Sebelum membuat suatu perintah atas alasan dalam perenggan (1)(e) Mahkamah hendaklah, atas permohonan suami, membuat suatu perintah menghendaki suami memuaskan hati Mahkamah dalam tempoh satu tahun dari tarikh perintah itu bahawa dia tidak lagi mati pucuk, dan jika suami memuaskan hati Mahkamah sedemikian dalam tempoh itu, tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas alasan itu.

        (5) Tiada sesuatu perintah boleh dibuat atas mana-mana alasan dalam subseksyen (1) jika suami memuaskan hati Mahkamah bahawa isteri, dengan mengetahui bahawa adalah terbuka kepadanya untuk mendapatkan perkahwinan itu ditolak, telah bertingkahlaku terhadap suaminya dengan cara yang menyebabkan suami mempercaya..

  5. assalammualaikium.
    saya dya dr jb

    saya dah berkahwin selama 4 tahun dan mempunyai 3 orang anak..saya tinggal bersama mertua dan adik ipar yang dah bercerai[adik ipar lelaki] di kuantan.suami saya boleh dikatakan sebagai anak mak.tak mahu duduk umah sendiri atas alasan yang saya sendiri tak boleh nak huraikan..saya selalu dihantar pulang ke jb atas alasan kesian penat jaga anak sorang sebab mertua saya berkerja…masalah saya ;
    1-bila saya dihantar ke jb dan suami balik ke kuantan kami selalu berselisih paham dalam telefon atas perkara yang remeh..
    2-mertua saya sering campurtanggan membuatkan saya lagi serabut..hal suami dan anak2..kalo boleh semua salah saya..
    3-suami saya apa2 perkara tak pernah sekali pun berbincang dengan saya…semua mak dia..baik makan pakai..semua mertua saya yang uruskan..
    siapa saya sebagai isteri?

    saya hari2 makan hati dengan perangai suami..apa yang suami saya nk saya cuba lakukan..tapi bila saya bagi teguran sekali pun tak pernah diterima..bagi suami apa yang saya buat semua salah..
    saya dah penat melayan karenah suami..saya tak nak perkara buruk terjadi dalam keluarga..saya sayang sangat dekat suami saya..kalo boleh berjauhan pun saya tak mahu..sampai satu tahap saya boleh pikir nak bagi ubat biar suami paham saya..
    saya harap tuan dapat bagi apa yang patut saya buat dengan suami saya..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam puan nadia..

      Wahai Menantu Makan Hati, puan sebenarnya sedang membina syurga buat suami dan dirimu. Pastikan semangat ini membakar seluruh hidupmu sebagai seorang isteri dan menantu dalam keadaan apa sekalipun. Dahulu, puan bersetuju berkahwin atas dasar saling mencintai. Dan atas dasar cinta jugalah puan direstui oleh kedua orang tua suami.
      Dari manakah suami puan belajar menyayangi dan mencintai orang lain?. Jawapannya, tidak lain dan tidak bukan, pasti daripada ibunya. Puan juga menyatakan yang puan sayangkan suami. Tidak terfikirkah… puan baru menyayinginya selama 4 tahun, tetapi sedarkah bahawa ada orang yang telah menyayanginya sejak dia dilahirkan.
      Jadi, wajarkah puan tidak menyukai orang yang melahir, menyusukan dan membesarkan suami puan? Apatah lagi, insan berjasa itu kini semakin meningkat tua. Lingkungan umur yang amat memerlukan perhatiaan dan sentuhan.
      Puan harus melihat ibu mertua sebagai ibu sendiri, bukan ibu suami sahaja. Ibu ini adalah syurga bagi suami puan dan suami pula adalah syurga puan. Jika bukan syurga sebagai matlamat hidup di dunia dan akhirat, maka perkara ini akan dilihat sebagai remeh temeh sahaja.
      Untuk mendapat syurga di dunia dan akhirat, belajarlah melihat ibu mertua sebagai orang yang sudah berjasa dan puan sekarang berusaha membalas jasanya. Air susu ibu tidak mampu dibalas dengan apa-apa pun di dunia ini. Belajarlah memujuk hati, ikhlaskan diri dan segala yang dilakukan kerana ALLAH.
      Jika puan lakukan dengan ikhlas, maka puan tidak perlu bimbang dengan apa yang dikatakan oleh ibu mertua. Belajarlah memenangi hatinya, rendahkanlah dirimu untuk rajin bertanya kepadanya akan segala kesukaan suami, makan-pakainya kerana sayang ibu kepada anaknya itu mahukan anaknya itu dilayan sepertimana ia melayani anaknya. Kasih ibu tidak boleh diputuskan. Kalau puan cintakan suami maka cintailah juga ibunya. Ibu mertua adalah ibumu jua.
      Banyakkanlah berdoa untuk kebaikan semua. Sedarlah bahawa ALLAH tidak pernah zalim dan tidak pernah menginaya hamba-Nya. Mudah-mudahan puan menjadi menantu terbaik yang dijanjikan syurga kerana berbuat baik kepada suami dan pada orang tua bernama mertua. Amin.

  6. assalamualaikum saya dah mendirikan rumah tangga nak dekat 1 thun dah tapi suami saya tak berkerja dan sepanjang mendirikan rumah tangga suami tak pernah memberi nfkah pada saya.. saya berkerja kadang2 saya yg tanggung suami saya dari segala2 nya.. apakah harus saya lakukan suami sayaa susah sangat nak kerja.. saya pun dah tak tahan dengan sikap suami begitu..

  7. Assalamualaikum WBT
    Ustaz, boleh tak ustaz terangkan hak-hak isteri dalam nafkah batin…Masalah saya suami saya tidak memberi nafkah batin selama satu tahun dan tinggal sebumbung.Pelbagai cara telah saya lakukan,termasuk mendapat nasihat daripada pejabat agama. Sekiranya saya menuntut fasakh, ia agak sukar kerana suami enggan bekerjasama untuk mendapat rawatan. Saya nak tanya ustaz, boleh ke si suami menghukum isteri dengan tidak “bersama” selama satu tahun dengan alasan si isteri perlu memperbaiki diri dari sudut dalaman..?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Merujuk kepada permasalahan puan, menurut peruntukan Enakmen undang2 Keluarga Islam (Pulau Pinang) 2004; Seseorg perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan2 yang berikut, iaitu: (saya senaraikan sebahagian sahaja)..
      a)bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
      b)bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
      c)bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain (sebahagian juga):
      i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kezaliman atau kelakuan aniaya;
      d)bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya atau isteri enggan disetubuhi.

      Dalam hal tidak memberi nafkah dengan alasan “memperbaiki diri dari sudut dalaman” adalah suatu yang tidak munasabah. Suami wajib memperincikan apa yang dimaksudkan serta mendidik isterinya dari sudut yang dianggapnya tidak sempurna itu. Haram hukumnya suami mendera isteri dengan tidak memberi nafkah yang wajib ke atas dirinya.

      Bagi menyelesaikan masalah ini saya cadangkan puan bertemu dengan seseorang yang disegani oleh suami minta pertolongan untuk menasihati suami supaya ia menyedari kesilapan dan kejahilannya itu. Suami wajib berusaha merawat ketidak mampuannya memberi nafkah batin. Jika tidak mampu, suami seharusnya melepaskan puan kerana mendera puan dgn tidak memberi hak yang sepatutnya adalah haram dan berdosa kecuali kalau puan redha dgn keadaan suami sebegitu rupa. Wallahuaklam.

      • Suami saya dah lebih setahun tak memberi nafkah batin.Kami tak tidur bersama.suami sibuk dengan hiburan sendiri contohnya games, facebook,, melayari internet Dan seumpamanya.persoalannya bolehkah saga menuntut fasakh.

  8. Nur Alyna Amni Gison binti Abdullah

    Assalamualaikum..

    Saya sudah berkhawin selama setahun, selama setahun ini nafkah makan minum anak tidak pernah diabaikan oleh suami saya. Tapi nafkah untuk saya sebagai isteri telah diabaikan. Kami sudah berbincang mengenai ini, berapa seharusnya saya dapat tapi dalam masa setahun ini mungkin hanya 2 kali saja saya menerima nafkah. Kadang-kadang bila saya soalkan ini, suami saya berkata “Bukan tidak mahu bagi tapi lupa, jadi kasi ingat saya..” saya sebagai isteri tahu keadaan suami saya dan segan untuk meminta. Bukan kah ia tanggungjawap suami tanpa diminta diberi. Bagi pengetahuan uztaz saya baru sahaja masuk dalam agama ini boleh dikatakan saudara baru dan banyak lagi saya perlu belajar. Disebabkan suami saya bekerja di pendalaman jadi saya kurang dibagi didikan dalam agama ini, kalau ada masa pun suami saya tidak pernah beri didikan agama. Saya juga ingin bertanya apa hak saya mendapatkan penjagaan terhadap anak kami jika saya ingin bercerai sedangkan saya tidak berkerja,anak saya sekarang baru mahu masuk 11 bulan. Jadi saya ingin meminta bantuan dengan uztaz mengenai ini dan memberi penjelasan supaya saya faham.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumsalam..

      Puan Nur Alyna,
      Dalam bab nafkah puan berhak untuk meminta, jika sekiranya suami puan mengharapkan puan ingatkan dia berkenaan nafkah maka lakukanlah. Mungkin suami puan terlepas pandang @ terlupa. Namun secara umumnya, jika sekiranya suami puan telah menyediakan keperluan makan-minum termasuk pakaian dengan sempurna dan teratur, itu juga telah dikira menunaikan nafkah yang wajib ke atas dirinya.

      Puan sendiri perlu berusaha untuk belajar mendalami pengajian Islam. Mohonlah keizinan suami untuk puan menghadiri mana-mana kuliah @ pengajian agama Islam yang diadakan seperti di surau2, masjid2 atau di PERKIM sendiri.

      Usahlah difikirkan tentang penceraian kerana memohon cerai tanpa ada sebab yang munasabah disisi syarak adalah haram dan berdosa. Usahakanlah supaya rumahtangga puan kekal dengan harmoni. Mentaati Allah dengan sempurna dan faham tujuan kita dilahirkan ke dunia ini akan membantu kita mendapat ketenangan dalam mengharungi ujian dalam kehidupan dan rumahtangga khususnya.

      Semoga puan tabah dan mampu menjadi insan yang terbaik di dunia dan akhirat, sekian. Wallahu’aklam.

  9. asslammualaikum ustaz,

    boleh kah saya menfailkah penceraian sekiranya suami tidak memberi nafkah keperluan saya walaupun dia kata dia sudah menunaikan nafkah wajib seperti makan dan tempat tinggal itu sudah cukup.malah dia juga selalu menyuruh saya mendahulukan duit saya dan berjanji akan bayar semula tetapi kami berkahwin sudah 3 tahun dan sehingga kini dia tidak membayarnya malah hutang makin bertambah. apabila diminta dia kata dia sengaja tidak mahu membayarnya kerana dia mahu saya tahu dan rasa itu lah perbelanjaan nafkah yang dia keluarkan tiap2 bulan sedangkan gaji dia 10 ribu sebulan dan saya tidak bekerja hanya membuat sambilan ” bisnes on9 ” di rumah, pendapatan saya hanya cukup untuk keperluan saya , kenderaan saya , pakaian anak2. ini adalah tanggungan saya tiap2 bulan.dan dia selalu mengungkit dengan nafkah yg sememangnya tanggungjawabnya.dan kami baru perpindah ke rumah baru. lebih 300 ribu. tetapi selama 2 tahun menginap , didalam rumah kebanyakan perabut2 saya. saya meminta suami untuk membeli perabut secara perlahan2. tetapi malangnya tiada perubahan sehingga saya sendiri membeli katil kerana saya tidak tahan lagi tidur di tilam lipat. kerana saya waktu itu sarat mengandung, saya membeli almari kerana saya sudah tidak tahan baju2 yg digantung di grill tingkap semakin pudar terkena panas.. tetapi suami menyuruh saya mengeluarkan perabut2 itu dan mengatakan ini bukan rumah saya untuk saya membuat sesuka hati. ini rumahnya. jadi saya terasa hati seperti saya menumpang dirumahnya.dan mengatakan saya tidak bersyukur.

    bolehkah saya menfailkan penceraian sekiranya suami saya tidak bersama saya lebih dari 5 bulan selepas saya melahirkan anak kedua. dan tidak tidur bersama alasanya panas dan penat tidur di bilik. kerana anak saya masih bayi selalu meragam dan berjaga malam.

    bolehkah ustaz menolong saya . saya betul2 dalam keadaan yang sangat buntu.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam.

      Merujuk kepada permasalahan puan, menurut peruntukan Enakmen undang2 Keluarga Islam (Pulau Pinang) 2004; Seseorg perempuan atau lelaki, mengikut mana-mana yang berkenaan, berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan2 yang berikut, iaitu: (saya senaraikan sebahagian sahaja)..
      a)bahawa suami telah cuai atau telah tidak mengadakan peruntukan nafkahnya selama tempoh tiga bulan;
      b)bahawa suami atau isteri telah tidak menunaikan, tanpa sebab yang munasabah, kewajipan perkahwinannya (nafkah batin) selama tempoh satu tahun;
      c)bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, antara lain (sebahagian juga):
      i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kezaliman atau kelakuan aniaya;
      d)bahawa walaupun empat bulan berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi oleh kerana suami bersengaja enggan mensetubuhinya atau isteri enggan disetubuhi.

      Namun begitu saya nasihatkan agar puan mendapatkan khidmat nasihat kaunseling keluarga terlebih dahulu dengan merujuk kes ini. Kemungkinan suami puan masih lagi jahil dalam bab mengurus rumahtangga dan hak nafkah yang sepatutnya ia sediakan. Cubalah memberi layanan yang terbaik kepada suami dan berbincang dengan cara harmoni. Semoga dengan sifat cinta yang dipupuk akan dapat mengwujudkan sifat kebersamaan dan saling bertolak ansur antara satu sama lain. Mengekalkan rumahtangga itu lebih baik dan digalakkan oleh Islam.

      Sekian, moga jawapan ini sedikit sebanyak dapat membantu pihak puan.

  10. saya berkahwin hampir setahun….sepanjang perkahwinan saya..suami tidak pernah memberi nafkah zahir kepada saya sepanjang perkahwinan kami…sampaikan tanggujawab sebgai suami saya yg pikul…apa yang perlu saya lakukan sekarang ini..???

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Masaalah puan hampir sama dengan masalah nafkah yang terdahulu. Saya nasihatkan puan rujuk ke Pejabat Agama Islam yang terdekat dan dapatkan khidmat kaunseling keluarga. Apa yang pasti masing-masing, dari pihak isteri atau suami hendaklah memahami tanggungjawab masing-masing. Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan perhubungan suami dan isteri tetapi ia adalah amanah dan tanggungjawab. Segalanya akan dinilai dan dihisab di hadapan Allah SWT nanti.

      Terima kasih. 🙂

  11. assalamualaikum…sy berkahwin hampir 3 thun…sepanjang perkahwinan suami sentiasa curang dengan berlainan wanita dan mula menghampiri zina…alasannya sy tidak boleh melahirkan zuriat untuk dia…sedangkan dia langsung tidak berusaha untuk bawa sy pergi berubat…suami selalu berkasar dan memukul sy tanpa sebab yang munasabah,dia seorang yang terlalu ego dgn isteri tapi amat sopan bila bersama org lain…sedangkan dia seorang ustaz dan tahu hukum agama,tapi alhamdulillah sy masih boleh bersabar dan melayan segala tuntutanya dengan baik tanpa bermasam muka walaupun hati saya hanya ALLAH shaja yang tahu…saya masih menunutu di IPTA dan tidak bekerja,sedikit sebanyak masalah ni menganggu pembelajaran saya.. sy ingin mengundur diri dari hidupnya utk dia bahagia dengan wanita pilihan hatinya, tapi dia pula tidak mengizinkan sy pergi…sy buntu dan hidup saya semakin suram..apa perlu saya buat??adakah perkahwinan ini masih boleh diselamatkan lagi?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Puan Iman,
      Wa’alaikum salam.. Khabar gembira bagi yang bersabar dengan ujian daripada Allah SWT. Perkahwinan semasa belajar sememangnya banyak cabarannya, antara tanggungjawab rumahtangga dan belajar. Adakah suami puan juga masih belajar atau sudah bekerja?

      Dalam hal rumahtangga, suami isteri mestilah memainkan peranan masing-masing. Walaupun suami atau puan bergelar ustaz atau ustazah sekalipun, belum tentu faham seni hidup berumahtangga jika sekiranya tidak dipraktik dan ditambah pengetahuan mengenainya. Antara perkara utama yang mesti dilaksanakan antara pasangan suami isteri:

      1) bangkitkan suasana mawaddah
      2) saling mempercayai
      3) menghiasi rumah tangga dengan harmoni
      4) saling menasihati, tegur secara berhikmah dan berbincang walaupun sekecil-kecil perkara.

      Dan perkara yang perlu dititik beratkan ialah:

      1) solat berjemaah
      2) isteri kena pandai berhias
      3) menjadi pendengar yang baik

      3 Tahun perkahwinan bukanlah suatu tempoh yang lama, namun jika masing-masing membuat hal sendiri mungkin pasangan akan mula tawar hati. Untuk itu puan harus segera menangani permasalahan yang timbul. Jika alasan zuriat yang ditimbulkan dan tidak mendapat sokongan pula dari suami, puan hendaklah bertindak sendiri dengan izinnya untuk pergi mendapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu. Jika sekiranya puan normal dan tidak mempunyai masaalah, berbincanglah dengan suami dan carilah titik pertemuan yang boleh mengembirakan hubungan puan, suami isteri. Namun sekiranya sebaliknya jangan putus asa banyakkan berdoa dan berikhtiar.

      Dalam hidup ini yang paling utama ialah belajar menerima takdir Allah SWT dan redha dengan ketentuannya. Pasti kita akan bahagia walaupun banyak halangan dan ujian yang melanda, kerana kita tidak akan mampu keluar dari takdir Allah melainkan dengan izinnya jua. Moga puan tabah mengharungi kehidupan ini dan belajarlah memberi yang terbaik untuk orang lain, khususnya suami, insyaAllah Allah akan memberi yang terbaik pula untuk kita.

      Yakinlah, Allah sentiasa bersamamu…

  12. assalamualaikum ustaz. Saya sudah berkahwin hampir setahun dan sejak akhir2 ini saya timbul keinsafan pada diri saya. Saya rasa saya telah membuat banyak dosa kepada allah dari saat saya berjauhan dgn keluarga kerana belajar, semasa zaman remaja saya, zaman bercinta, zaman pertunangan saya. Saya berasa diri saya terlampau hina kerana telah banyak membuat perkara kemungkaran dan juga telah mengkhianati kepercayaan kedua ibu bapa saya yang tercinta.Alhamdulliah, saya sekarang sedang cuba untuk mencari keredhaan allah yang sebenar. Tetapi ada juga cabaran yang Allah turunkan kepada saya. Suami saya masih teraba2 dalam kegelapan. Beliau jarang hendak mendirikan solat 5 waktu,puasa yang tidak cukup, sentiasa ada alasan dalam sesuatu perkara yang melibatkan amal ibadah, pengurusan wang yang tidak cekap sehingga terpaksa menggunakan gaji saya. Saya ikhlas memberikan bantuan kepada suami saya yang tercinta, tetapi saya juga inginkan simpanan pada masa hadapan.Saya amat2 teringin untuk mendirikan solat jemaah bersama suami saya, tetapi beliau sentiasa dgn alasan yang tidak munasabah.Bantulah saya supaya saya dapat membantu suami saya dan saya sendiri dalam mencari kemanisan rumah tangga yang dirahmati Allah s.w.t….

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Puan Azza,
      Wa’alaikum salam.. Tahniah dan moga hidayah Allah SWT berpanjangan bersama puan sekeluarga. Cabaran setelah bertaubat adalah sunnahtullah ataupun fitrah dalam kehidupan ini. Tujuannya adalah untuk kita ikhlas berubah, bertambah yakin pada Allah dan sebagai kifarat dari kelalaian yang pernah kita lakukan dahulu. Janganlah pula puan merasa putus asa dengan segala cabaran tersebut, kerana kejayaan tiadak akan diperolehi melainkan setelah kita tabah menghadapinya, sabar dan banyak bergantung harap kepada-Nya. Untuk membantu puan lebih tabah dan gigih dalam kehidupan dan cabarannya, puan hendaklah menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan kejiwaan yang boleh dipelajari di masjid-masjid dan surau secara intensif atau kuliah umum.

      Cabaran puan untuk menghadapi suami, berilah masa kepadanya untuk berubah disamping puan menjadi pembimbingnya. Ajaklah suami ke kuliah atau menghadiri kursus2 tertentu seperti smart solat dan lain-lain yang dianjurkan oleh pihak masjid atau NGO tertentu. Kekuatan suami akan bermula apabila suami tahu, suami mahu dan suami mampu untuk melaksana tugas tersebut dengan ikhlas. Jika dia tidak terdidik sejak kecil tentang tuntutan agama, maka tugas tersebut sulit untuk dilaksanakan.

      Sebenarnya corak kehidupan kita akan terpeta mengikut sejauhmana kefahaman, keyakinan dan penghayatan kita kepada Allah dan Islam yang kita junjung. Malah rezeki yang berkat juga akan hadir mengikut bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT. Bukankah, rezeki itu milik Allah? Walaupun kita berusaha tetapi yang memberi itu adalah Allah SWT. Sebagaimana pesan Nabi SAW; “Jagalah Allah SWT pastinya Allah SWT menjaga kamu”. Ertinya, kita berusaha menunaikan segala tuntutan dan kewajipan yang telah ditetapkan Allah, pastinya Allah melimpahkan rezekinya kepada kita dengan keberkatan dan keredhaanNya.

      Moga usaha kita akan sentiasa mendapat bantuan dan hidayah daripada Allah SWT.

      Terima kasih.

  13. Salam ust..sy nk bertanya adakah isteri dikatakan kufur nikmat sekiranya tidak mempertahankan haknya sbg isteri..contoh disini suami suruh isteri berhtg dgn bank untuk perbelnjaan kahwin di rmh suami dan dt hantaran utk isteri.lps kahwin suami srh bt pnjmn lg utk dia bt berniaga.tp sepnjg perniagaan,isteri jg terpsksa bayar htg di bank dan tanggung nafkah keluarga.suami hanya nak jd bos dan ambil pekerja jaga kedai..apabila ada mslh kewangn isteri jg yg diminta tlg..sehinggakan isteri terlalu byk htg di bank dan terpaksa jg menangung nafkah..suami mmg pemalas bt kerja sambil lewa dan akhirny kedai
    terpaksa ditutup..suami mengjak isteri pndh ke kg halaman utk membantu ibu
    bt katering.apa yg berlaku isteri ttp menangg htg n nafkah walaupn dh pndh ke kg halaman suami.ibu mertua tutup sebelah mata apabila menantu menangg anaknya.

    dgn org lain dan msh mengharapkn isteri bt loan lg utk niaga..suami jg pernh menympn budak permpn bdk sek ting 4

  14. Sy nk smbg yg td..keadaan skrg istri ikut suami blik kg tp istri tanggung htg d bank tangung nafkah dan terpaksa berhutang dgn ibu sendiri bila tiada dt.ibu mertua sdh tahu perangai anaknya dan lansng tidak mahu memberi pnjaman..perkahwinan sdh 5 thn anak sdh nak msk 3org..suami jns yg malas tidak bker ja tgk tv sampi larut mlm bgn lmbt dan sengaja mencuaikan tangungjawab..suami pernh hntar sms lucah pd permpn lain dan pernah menympn ank ikan hanya bdk sek ting 4..ada pula dt suami tanggung bdk tu.semestinya dt itu dt sy..sy amat tertekan dan sehinggakn sy pernh terfikir knapa Tuhan tdk adil utk sy.tp sy cpt2 istigfar semula..dulu sy berusha mnjd istri yg terbaik tp sekrg sy amat benci suami sy namun scra luaran sy msh menjlnkn tgjwb sbg isteri.sy sering memohon pertolongn Tuhan dan berdoa namun sy rase hdp sy semakin hari semakin menderita..apa pandngan ust dlm hal ini..terima kasih..

  15. salam..saya sudah brkhwin slama 8 tahun,n seingt saya hanya 2x saya diberi wang ringgit utk diri sendiri,itupon setelah dipaksa.setiap kali gaji mmg saya diamanahkn utk uruskn hal bil2 n yuran anak,ttp setelah dibahagikan yg tinggal hnyalah duit blnja harian yg masih kurang mncukupi..saya bukanlah mnta diberikan byk,cukuplah sekadar mampu membeli pakaian.saya hanya menukar pakaian baru setiap kali raya puasa itupon x lebih dr rm 50 n selalunya saya akn dibelikn pakaian oleh mak n kakak saya..suami akn peruntukn sejumlh wang tp cukup utk ank2 ja..jadi saya ingin mohon pndangn dr ustaz..wassalam

  16. Assalamualaikum…saya sudah berkahwin selama 16tahun dikurniakan 3 org cahayamata..masalahnya suami saya ni sntiasa mncari cinta..skg dengan janda anak 2 umur 47tahun..mereka merancang ingin bernikah dlm waktu terdekat..kata mereka xperlu mnta persetujuan saya kerana suami saya hak Allah bukan hak saya..saya dah tawar hati dgn smua ni..saya slalu bertanya apa salah saya?apa kurangnya saya tapi suami ckp saya smpurna cuma dia yg xmmpu nak tolak cinta dari org lain..apa yg perlu saya lakukan…sakit hati xtau la mcm mana..pmpaun ni pun jumpa saya suruh saya cermin diri knapa suami nak kawin lain..klu nk bndingkan saya dan dia saya lbh lagi cuma pmpuan ni kukuh dari segi material…apa yg patut saya buat??

  17. assalamualaikum ustaz

    saya nak bertanya adakah berdosa jika seorang isteri terasa hati dengan kata2 suami?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Puan Nor, berdasarkan firman Allah SWT; “Maka barangsiapa yang membuat kebaikan walaupun sebesar zarah akan dinilai oleh-Nya, dan barangsiapa yang membuat kejahatan walau sebesar zarah akan dinilai oleh-Nya.” (Surah al-Zalzalah: 7-8), justeru setiap apa yang kita lakukan walaupun sekecil niat akan dinilai oleh Allah SWT.
      Kata-kata manusia adakalanya betul pada syarak tetapi menyakitkan kita, adakalanya salah pada hukum syarak tetapi menselesakan pula kita. Semua itu bergantung kepada bagaimana kita menilai kata2 seseorang itu. Bagi kes puan berdosa ataupun tidak, melihat kepada kata2 yang dituturkan oleh suami. Jika kata2nya berbentuk nasihat tetapi ada rasa tidak selesa dan timbul pula sifat ingkar maka boleh menyebabkan dosa. Namun sekiranya kata2 suami itu pula yang tidak baik, suami yang berdosa dan jika puan bersabar akan beroleh pahala, insya Allah.
      Sebab itu Rasulullah SAW berpesan: “Jika sekiranya kamu beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat hendaklah kamu berkata perkataan yang baik-baik, ataupun lebih baik kamu diam (jika sekiranya tiada kata2 yang baik untuk dituturkan.”
      Sekian, terima kasih.

      • assalam..boleh ke suami kata kepada isteri…derhaka…nusyuz.. berdosa lah kamu..masuk neraka lah kamu…

        itu ayat suami saya masa say gaduh dgn dia… dia menutup kesalahan nya yg x mampu beri saya nafkah batin… ikut hati dia je..sebulan.. 3 bulan..sekali,,sy yg bnyk berusaha,,baiki keadaan..tpi bila saya rujuk ke pjbt agama ,,,dia kata saya malukan dia… saya nak cari penyelesaian yg baik.. dia ckp macm tu..takut aib nya terbuka…

        dia x nak jwb ckp dia…saya bnyk diam diri..
        bila keadaan tertentu saya kene jwb… dia kat saya derhaka tggi suara dkt dia… bila saya ckp slow talk atau bincang dia tak peduli…saya minta pisah dia tak nak….dia jwb ,,,gila lah dia nak lepas kan syaa…

      • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

        Wa’alaikum salam…

        Puan Ainim, Moga Allah SWT memberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi kepada puan dalam mengharungi badai rumahtangga. Masalah yang puan hadapi adalah satu situasi yang mencabar kehidupan berkeluarga atau tanda-tanda rumahtangga diselaputi awan kelabu. Jika awan tidak berjaya dibendung dan ditangani dengan bijak dan rasa tanggungjawab, ada kemungkinan rumahtangga diliputi kegelapan yang boleh mengakibatkan ribut melanda.

        Puan harus berani berterus terang, berbincang empat mata dengan suami dan minta dia dengan jujur menjelaskan mengapa dia bersikap begitu, apa masalahnya. Jelaskan juga perasaan tidak senang, kecewa, bosan dan rasa terhina dengan layanan dan sikapnya selama ini. Namun mungkin sebelum ini puan meluahkan perasaan dengan nada yang agak keras atau pada waktu yang tidak sesuai. Carilah suasana yang agak selesa tanpa sebarang sikap negatif dengan memberi layanan yang terbaik kepadanya dan didahului dengan doa serta solat hayat kepada Allah SWT.

        Terangkan yang puan sudah tidak mampu terseksa dilayan sebegitu.Nyatakan juga jika dia tidak suka dengan puan, minta dia buat penjelasan dan tindakan yang sewajarnya. Puan juga harus menjelaskan bahawa kehidupan berumahtangga tidak cukup sekadar makan minum tanpa ada hubungan komunikasi yang mesra apatah lagi hubungan intim suami isteri. Bagaimana hendak mewujudkan keharmonian andai tiada kemesraan sesama suami isteri?

        Jika usaha ini gagal, puan wajar membuat aduan di pejabat agama untuk mendapat hak sebagai isteri. Jika terus berdiam, puan akan menderita dan diserang penyakit kemurungan dan kecelaruan emosi. Selamat berusaha mendapatkan hak sebagai isteri sepenuhnya, hak yang telah ditentukan Allah SWT. Ketenteraman perasaan puan amat bermakna untuk diri sendiri, oleh itu berusahalah dengan iringan doa kerana Allah SWT tidak pernah menolak doa orang yang terinaya. Berserahlah pada-Nya sebagai penentu hasilnya.

  18. Assalamualaikum..saya isteri yg bekerja dan pendapatan melebihi suami. segala perbelanjaan sy yg tanggung..duit gaji suami hanya byr ansuran kereta dan selebihnya utk duit poket dia pergi keje. salahkah sy meminta dia utk mencari pekerjaan yg lebih pendapatan ataupun uat keje sampingan utk menambah pendapatan? setiap kali sy berckp soal ni dia x boleh terima dan kata sy mengungkit dgn apa yg sy bg pd dia selama ini. mcm mn sy nak redha dan sabar klu semua benda sy yg tanggung cthnya dr segi sewa rumah,byr bil2, duit pengasuh anak, belanja dapur. sedangkan septtnya dia yg harus membyrnya..sy dh buntu fkrkan nasib sy ni.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam puan aini…

      Apabila puan telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan suami yang pendapatannya kurang berbanding puan, ini bermakna puan telah meredhai keadaan itu berlaku. Namun puan akan tertekan kebelakangan ini apabila merasakan puan telah berkorban lebih banyak berbanding suami. Keadaan ini membuatkan puan rasa terbeban kerana puan rasakan lebih banyak menguruskan rumah berbanding suami.

      Pertama sekali, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana puan dianugerahkan rezeki dan suami yang baik dalam mengharungi kehidupan ini. Mana lagi hubungan yang paling intim dalam kehidupan ini selain hubungan antara suami dengan isterinya? Apa kemahuan suami, harap-harap dipenuhi oleh isteri. Begitulah sebaliknya. Tetapi mampukah semua kemahuan ini dipenuhi? Silapnya, kebanyakan kemahuan itu dipendamkan sahaja. Tidak diperdengarkan. Jika pun diperdengarkan akhirnya, tetapi semua agak terlewat.

      Namun usah dikesali, pengorbanan puan yang seikhlas-ikhlasnya itu akan tetap dinilai oleh Allah SWT. Walaupun hakikatnya suami lebih bertanggungjawab untuk menyara keluarga, namun sekiranya dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan baik serta memberi perlindungan kepada isteri dan anak-anak disamping mendidik mereka itupun telah dikira tanggungjawabnya terlaksana (sebahagiannya). Pengorbanan puan menyara sebahagian keperluan keluarga akan dinilai sedekah dan dikira kebajikan oleh Allah SWT malah mampu lengkap melengkapi antara satu sama lain. Bukankah hidup suami isteri yang harmoni itu saling lengkap melengkapi? Contohilah perjuangan Siti Khatijah, isteri Nabi yang menjadi pembantu dan penyumbang besar kepada perjuangan suaminya.

      Jika sekiranya kewangan keluarga ditahap yang meruncing sehingga tidak dapat membuat simpanan, eloklah berbincang supaya dapat diatasi. Jangan diungkit apa yang telah puan korbankan, kelak ia akan sia-sia disisi Tuhan. Suami akan lebih bertanggungjawab sekiranya ia memahami situsi dan rasa bertanggungjawab pula untuk mengatasinya. Namun yang paling utama, utamakanlah hak Allah SWT dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan. Dari segi solat, menutup aurat, amanah, jujur dalam pergaulan dan ibadah jagalah dengan sempurna, insya allah pastinya akan beroleh ketenangan dan kebahagiaan yang diidamkan. Amin.

  19. siti nuraisha Muhammad

    Saya baru dapat berita yg suami Saya khawin lain tanpa pengetahuan Saya,Saya nk bertanya sebelum perkara ini terbongkar dia(suami)pernah bersumpah dgn nama allah yg dia x pernah berkhawin,beliau b’buat demikian supaya rahsia beliau tidak diketahui…akhirnye Saya tahu juga..apa hukum dia bersumpah mengunakan nama allah menafikan yang dia tidak pernah berkhawin dgn bini yg ke2,Dan satu lg seandainye perempuan itu b’tnya pd dia(suami)adakah beliau telah berkhawin dia(suami)menafikan yg dia telah berkhawin dgn menggunakn ayat ‘SUMPAH SAYA BELUM KHAWIN’adakah SAYA masih isteri dia(suami).terima kasih

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Assalamu’alaikum Puan Siti..

      Bersumpah dengan nama Allah jika sekiranya hanya untuk mengaburkan mata (tipu) hukumnya adalah berdosa. Dia hendaklah bertaubat dan menjelaskan kifarat sumpah. Hal ini sebagaiman dalam firman Allah SWT,

      “…Maka kaffarat (melanggar) sumpah itu, ialah memberi Makan sepuluh orang miskin, Yaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu, atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, Maka kaffaratnya puasa selama tiga hari. yang demikian itu adalah kaffarat sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).” (Al-Maa’idah: 89)

      Berbohong tidak kahwin sedangkan dia telah berkahwin tidaklah jatuh talak tetapi berdosa besar.

      Wallahu’aklam. Terima kasih.

  20. Assalamualaikum..saya nak tanya wajarkah seorang ibu bertanya berapakah nafkah zahir yg diberikan suami kpd saya.Dan sepanjang tempoh perkahwinan saya dgn suami,suami tak pernah memberi nafkah zahir kpd saya.Kami pernah berbincang mengenai hal ini,tp disebabkan saya berkerja dan mempunyai wang sendiri kadang2 sy tak kisah suami nak bagi ke tidak kerana saya tau kemampuan kewangannya.Tetapi kalau kami keluar/bercuti,suami yg akan keluarkan belanja utk segala2nya..adakah itu boleh dikira sbg nafkah zahir?terima kasih

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam Puan Nurul,

      Sebenarnya seorang ibu tiada hak untuk mengetahui berapa nafkah yang diberikan suami kepada isterinya kecuali bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang mungkin timbul. Isu nafkah sebenarnya mudah dan ia bergantung kepada kemampuan suami selagimana tidak terabai keperluan asas bagi seorang isteri. Cuba renungi dan ambil faham mafhum hadis Rasulullah SAW ini:Daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda telah ditanya; Apakah hak seorang isteri ke atas suaminya? Rasulullah SAW menjawab: “Memberi makan bilamana kamu makan, memberi pakaian bilamana kamu berpakaian dan tidak memukul muka, tidak menghina dan tidak meninggalkannya melainkan di rumah yang menjadi tempat kediaman.” (Riwayat Ibn Majah)

      Daripada hadis ini bolehlah kita fahami bahawa nafkah yang sebenarnya ialah apabila makan dan pakai yang merupakan keperluan asas kehidupan termasuk kediaman (sama ada disewa atau dibeli mengikut kemampuan) telah disediakan oleh suami dengan teratur maka itu telah dikira menunaikan hak tanggungjawab kepada isterinya. Berapa nilainya tidaklah penting, tetapi memadai mengikut kemampuan pendapatan suami. Oleh itu bagi menunaikan hak nafkah ini, suami sebolehnya membeli keperluan rumah yang asasi dan jika sekiranya inginkan sedikit kemewahan bolehlah dibantu oleh isteri. Namun jika si isteri redha dan memahami situasi suami malah dia membantu dari segi kewangan dan tenaga untuk memberi kesenangan hidup berkeluarga yang dikongsi bersama, perkara itu adalah suatu kebaikan untuk dirinya (si isteri). Segala bantuannya itu akan dikira sedekah oleh Allah SWT.

      Wallahuaklam. Terima kasih.

  21. Salam..saya nk tanye stiap Kali sy gado bsame suami,dia msti sumpah saya mcam2…xmasuk syurga,kne sambar petir,mti kne lggar lori Dan mcam2…saya tkot bnde tu trjadi…bolehke sumpah mcam tu trjadi???

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Puan Bella,
      Kata-kata yang berulang-ulang boleh menjadi doa. Apatah lagi kata-kata dari seorang ibu dan bapa kepada anak-anaknya. Malah semua ungkapan yang lahir dari hati walaupun kadang-kadang hanya gurauan ia boleh menjadi umpama doa. Oleh itu berhati-hatilah dengan kata-kata.

      Baikilah diri agar disenangi suami dan nasihatilah suami agar menyantuni isteri. Insya Allah keberkatan akan mengiringi rumahtangga puan.

      Sekian, wassalam.

  22. Salam. Saya sudah berkahwin selama 4 tahun. Suami sgt panas baran Tidak boleh ditegur kerana katanya saya tidak mempunyai hak untuk menegur. Dia juga jarang memberi nafkah batin. Setiap kali diminta, dia menolak. Katanya penat bekerja. Tapi dia inginkan anak. Dan setiap kali berbicara soal anak, dia akan salahkan saya. Katanya masalah berpunca daripada saya. Keturunan dia tiada yang mandul. Dia juga suka memaki saya dengan kata2 yang tidak elok. Bagaimana saya harus menghadapi suami yang sebegini? Saya sayangkan rumah tangga yang terbina ini.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam Puan Zalia,

      Moga puan diberi ketenangan oleh Allah SWT. Masalah puan ini eloklah dirujuk kepada kaunseling keluarga / klinik keluarga untuk meminta nasihat.

      Moga puan dapat melalui ujian ini dengan ketabahan, insya Allah.

  23. isteri mushkil

    Assalamualaikum
    Saya ingin mendapat penjelasan mengenai kes saya yg sehingga kini menghantui diri saya dan saya telah berputus asa disebabkan kes saya ini seperti tidak diberi perhatian oleh pejabat agama.saya telah pun bercerai secara sah dengan suami pada august 2012..namun suami ada merujuk sy semula sebelum tarikh sy dan suami ke mahkamah syariah..dan semasa hari ke mahkamah untuk pengesahan lafaz cerai tersebut suami tidak pula menyatakan pada mahkamah yg dia telah merujuk sy semula selepas seminggu melafazkan cerai tersebut..mahkamah telah memutuskan kami telah sah bercerai.saya melalui edah sehingga tamat tempoh edah dan telah mendapat surat cerai dari pejabat agama islam..selepas sebulan tamat edah tersebut sy telah bertunang dgn org lain..selepas seminggu majlis pertunangan sy berlaku bekas suami saya terus ke pejabat agama untuk memaklumkan dia telah merujuk saya selepas 2 minggu melafazkan cerai.dan dia juga turut menghantar sms yg dia ingin melihat saya berkahwin dan mempunyai anak barulah dia ingin membuat pengesahan lafaz rujuk tersebut..dan ingin saya mempunyai anak luar nikah jika pengesahan rujuk tersebut betul dan perkahwinan saya turut tidak sah.saya telah pergi berjumpa kaunselor untuk bertanyakan hal tersebut..setelah di soal siasat kaunselor tersebut memberitahu yg saya masih sah lg menjadi isteri nya..jadi pertunangan saya turut terbatal..jadi saya bertanyakan kepada kaunselor tersebut tentang tarikh sah nya saya masih menjadi isteri..dan setelah dihitung hampir 4 bulan saya ditinggalkan tanpa nafkah zahir dan batin..dan adakah boleh dikira itu sebagai saya diabaikan dan teranaya oleh suami yg memang mempunyai niat tidak baik untuk membuat pengesahan rujuk tersebut..saya terpaksa menandatangani surat rujuk semula untuk memohon cerai untuk kali ke 2 atas nasihat kaunselor tersebut..kaunselor tersebut ada menghubungi suami sy untuk meminta secara baik melepaskan saya memandangkan hubungan saya dan dia tidak dapat diselamatkan lagi..dari awal perkahwinan suami saya tidak menyediakan tempat tinggal untuk saya apatah lagi membawa saya tinggal bersamanya..dan dia hanya datang menjenguk saya di rumah ibu bapa sebulan sekali.perkahwinan saya dan dia cuma bertahan selama 6 bulan sahaja..apabila kaunselor menghubungi nya dia menyatakan dia ingin membuat tebus talak sebanyak 5 ribu ringgit sebagai syarat dia menceraikan saya..dan dia mahu saya melakukan semua tugas2 saya sebagai seorang isteri termasuk berjimak..walaupun hati saya tidak reda untuk melakukan itu semua..tetapi atas sebab janji dia mahu menceraikan saya dengan melakukan semua itu sebagai syarat saya terpaksa turut.dia ada memberi saya duit sebanyak rm1000 atas alasan hanya pemberian sahaja atas alasan saya telah melakukan tugas saya..dan dia tidak akan mengangap segala syarat yang saya telah jalankan dan wang tersebut sebagai nafkah zahir dan batin..soalan saya di sini saya ada bertanyakan pada kaunselor tentang taklik yg disebut suami dan bukankah suami telah melanggar taklik tersebut dari hari sahnya saya menjadi isterinya semula sehingga tarikh suami membuat pengesahan lafaz rujuk itu semula..di mana suami tidak memberi nafkah zahir dan batin..dan memang sengaja melambatkan lafaz rujuk tersebut dengan niat..adakah sudah gugur talak satu ketika saya mengadukan hal ni ke pejabat agama pada ketika disahkan saya masih sah menjadi isterinya semula.saya amat keliru dengan penyataan dari kaunselor tersebut dan amat tidak berpuas hati..sekarang suami saya ingin meminta rm5000 sebagai tebus talak..sedangkan dari tarikh sahnya saya menjadi isteri dia tidak memberi sebarang nafkah..adakah segala syarat yg telah saya turutkan itu boleh dikirakan sebagai nafkah saya..sedangkan dia sendiri telah berjanji menyatakan itu semua tidak dikira sebagai nafkah..dan baru2 ini sekali lg dia telah meminta kembali wang yg diberikan pada saya sebanyak rm1000 ..dan menyatakan itu hutang saya pada dia..kalau saya tidak boleh membayarnya dikira itu wang nafkah..dia turut memaki hamun saya dengan mengatakan saya perempuan sundal..saya nushuz disebabkan bertunang dengan orang lain..dalam keadaan masa tu saya sendiri tidak tahu status diri saya dan mempunyai surat cerai..adakah saya dikira nushuz..saya tidak boleh melakukan apa2 mengenai kes saya ini..suami sering memberitahu yang saya ini tidak mampu melakukan apa2 untuk melepaskan diri dan segala kuasa ada ditangannya..suami saya tidak berjanji dengan betul..saya terasa diperbodohkan oleh suami..saya menjadi begitu tertekan dan murung setiap kali memikirkan hal ni sehingga terpaksa berhenti dari kerja.bekas keluarga tunang saya tidak mengetahui hal ini..dan mereka mahu mempercepatkan perkahwinan saya..saya begitu tersepit sekali..saya tidak nampak jalan keluar..disebabkan saya tidak mampu membayar jumlah yg diminta suami untuk nelakukan tebus talak tersebut..saya tidak tahan dgn sikap suami yg seakan menjadi along pengutip hutang meminta wang tebus talak tersebut..dan jika ada dia meletakkan syarat supaya wang tersebut tidak diserahkan pada mahkamah sebaliknya serahkan pada tangan dia sendiri.saya risau tertipu lg.tetapi jika saya tidak memberi padanya wang tersebut dia tidak akan menceraikan saya. adakah cara yg lain untuk saya menyelesaikan masalah ini tanpa membayarnya..bantulah saya.

  24. Assalamualaikum,

    Saya ada persoalan. Telah berkahwin 7 thn & punya 3 anak. Suami menganggur sepjg perkahwinan. Kerja sekejap2. Duduk dirumah jaga anak & hantar ke sekolah. Apabila bergaduh anak tidak mahu dijaga & saya ambil cuti dari kerja. Di awal perkahwinan semua wang kena serah pd suami utk bayar sewa & bil. Nak pergi kerja pun x cukup apatahlg mkn. Bila gaduh dihalau keluar sedangkan saya bayar semua bil2. Baru2 ni saya beli rumah. Duit yg ada pun cukup2 utk bayar bil, sek anak, brg dapur, susu & pampers anak. Suami ugut kalau cerai dia tuntut segala duit hutang saya. Bolehkah saya tuntut segala nafkah saya & anak2 & bil2 sejak awal perkahwinan hingga kini? Bayar Zakat fitrah, duit sakit klinik, balik kg pun semua duit saya. Kata suami duit/mkn minum dia saya x boleh kata x redha sbb dia jaga anak sedangkan saya keluar bekerja. Nafkah batin suami mahu hari2 sedangkan nafkah zahir x pernah diberi. Dipikirkan anak2 saya tidak mahu bercerai krn kesiankan anak2 xde ayah. Bolehkah saya tuntut nafkah zahir & anak2 dr abg2 ipar ( adik beradik suami yg kaya ) krn suami x bekerja?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Puan sera,

      Suami bertanggungjawab penuh dalam masalah nafkah, malah dia berdosa kalau mengabaikannya. Walaupun puan bekerja dengan izinnya, status puan hanyalah membantu dan puan berhak untuk menuntut segala nafkah yang wajib ke atas diri puan daripada pihak suami.

      Menjaga anak sememangnya tugas suami, pada hakikatnya isteri hanyalah membantu. Suami tidak ada hak meminta daripada pihak isteri duit menjaga anak yang sepatutnya dialah yang menyediakannya bukannya isteri.

      Untuk kes puan ini, saya nasihatkan puan merujuk terlebih dahulu ke Pejabat Agama Islam yang terdekat sebelum membuat apa-apa tuntutan di Mahkamah. Puan berhak mendapat segala hak nafkah daripada suami. Banyakkan berdoa moga Allah membuka pintu hati suami puan untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Semoga puan dapat terus bersabar dengan segala ujian ini, amin..

      Sekian, wassalam.

  25. Assalamualaikum,

    Saya ade beberapa soalan.

    saya dan suami masih tinggal berjauhan..Bagaimana dengan tanggungjawab yang saya tidak dapat penuhi terhadap suami..apakah hukumnya..? Soalan saya lg , jika saya gagal menjalankan tanggungjawab kepada suami ( layanan terhadap suami )adakah suami juga tidak perlu memenuhi tanggungjawab nya terhadap isteri? Saya dan suami sering bergaduh disebabkan hal ini kerana dia harus memberi nafkah makan, pkaian dan tempat tinggal kepada saya sedangkan saya pula tidak dapat melayan suami saya sepenuhnya disebabkan tinggal berjauhan.

  26. Asalamualaikum ,
    Mohon pandangan berkenaan masalah yang sama seperti pengadu sya,untuk pengetahuan saya sedang sarat mengandung anak pertama kami,dan saya sdng bekerja begitu juga suami.persoalan saya adakah suami xperlu berikan nafkah tiap bulan memandangkn kami hidup berjauhan disebabkn penempatan kerja dan saya kini tinggal bersama2 ibubapa.Saya turut berfikiran adakah nfkah untuk anak yg bakal lahir pn suami xperlu berikan memandgkan kami jau dan saya xperlukan nfkah disbbkan xdapat laksanakn tgjwb sbgi isteri spt yg suami harapkn.Saya harap dapat jawapan bagi keliruan ini tuk mngelakkn slhphm yg berterusan.

    Wasalam.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam…

      Puan sya dan Fira,
      Persoalan nafkah adalah satu tanggungjawab yang wajib terhadap suami begitu juga sebagai seorang isteri untuk menunaikan tanggungjawabnya membantu suami.Namun apabila puan dan suami telah memilih untuk duduk berjauhan maka perlulah ada sifat bertolak ansur dan saling berbincang antara keduanya. Kewajipan nafkah tetap ada walaubagaimana keadaan sekalipun selagimana mampu untuk menunaikannya.

      Mendirikan rumahtangga asasnya adalah untuk menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan, begitu juga untuk membina sebuah perkongsian hidup antara suami dan isteri. Asas kepada kebahagiaan pula ialah saling mempercayai dan tidak mengkhianati pasangan. Bertolak ansur dan sering berbincang adalah asas kepada keharmonian. Untuk itu bagi menjamin ikatan perkahwinan dapat berjalan dengan baik walaupun bagaimanapun situasinya hendaklah dipraktikkan asas-asas tadi supaya hilang segala kekusutan serta ketidak puasan hati.

      Moga puan berdua dapat menjadi isteri yang solehah kepada suami dan ibu yang baik kepada anak2.

      Sekian, wallahu’aklam.

  27. Assalamualaikm.
    Sy sudah 2 tahun lebih berkahwin dgn suami dan dikurniakan seorang anak (1thn stengah).Masalah yang dihadapi adalah suami jarang memberikan nafkah zahir.Ini kerana gaji bersihnya adalah RM1500 drpd 3ribu lbh.Sblm brkahwin,rupanya die telah buat byk loan.Gaji sy sendiri lebih tinggi drpd gaji suami.Kalau sy kehabisan duit gaji,barulah sy minta duit dgn suami dan barulah suami akan beri.Mase mula2 berkahwin,suami ade menyuruh sy buat loan sbyk RM30 ribu dan berjanji akan membayar semula setiap bulan kpd sy.Sehingga hari ini, sy yang membayar hutang tersebut dengan menolak gaji sy.Saya sangat2 kecewa.

    Masalah lain adalah saya,suami & anak masih lagi tinggal kedua2 rumah org tua secara bergilir2.Saya sangat letih hidup berpindah randah.Suami selalu beri alasan untuk jaga ibunya.Bukannya suami tidak ada adik beradik lain tinggal dan jaga ibunya.So,bila dah hidup menumpang,saya yang selalu keluar duit belanja untuk membeli barang dapur.Kalau sy tinggal di rumah mak sendiri,saya akan membeli barang dapur menggunakan gaji sendiri begitu juga kalau tinggal di rumah mertua.Suami langsung tak beri duit dapur kepada saya.Suami hanya mengeluarkan duit RM250 setiap bulan untuk dibayar kepada pengasuh anak.Barang2 anak termasuk susu,pampers, baju semuanya saya yang tanggung.Alhamdulillah,emak saya masih bekerja dan selalu belikan baju untuk anak sy sebab cucu pertama.Di situ,saya boleh berjimat.Tapi kadang2 saya malu dengan emak sendiri yang selalu belikan baju anak.Itu belum lagi emak sy membelikan rnatai dan gelang emas.Suami langsung tak pernah keluarkan duit untuk keperluan anak,apatah lagi keperluan isteri.

    Masalah ketiga adalah saya selalu bergaduh berhubung hubungan ketika bersama.Anak saya tidur bersama kami.Jadinya hubungan intim kami kadangkala terganggu.Jika mahu bersama,selalunya sy akan minta dengan suami.Suami berjanji untuk bersama di malam hari.Saya akan menunggu suami yang selalunya akan mengadap iPad bermain game.Kadang2 saya tunggu sampai tertidur.Saya tidur dalam keadaan kecewa dan marah disebabkan tiada hubungan intim yang berlaku.Kadang2 saya terjaga di waktu malam jam 3-4pagi,saya lihat suami masih bermain iPad (game).Hati isteri mana yang tidak kecewa.Kebanyakkan masa suami saya akan mengadap iPad daripada berborak dengan isteri.Untuk tolong saya jaga anak pon tidak disebabkan suami selalu bermain game di iPad.Saya sangat2 stress.

    Saya pernah menyuarakan kpd suami untuk hidup di rumah sendiri tetapi suami sering bagi alasan belanja rumah akan meningkat.Saya penat hidup berulang alik ke rumah mak dan mertua.Hidup seperti orang nomad.Saya kadang kala malu disebabkan tidak mempunyai rumah sendiri.Saya pegawai kerajaan (kontak) dan suami guru.Kalau diikutkan,kami boleh memiliki rumah sendiri.Suami pernah memberikan slip gajinya kepada saya untuk saya uruskan sendiri jika ingin memiliki rumah sendiri.Bila periksa,rupanya gaji suami tidak boleh buat loan rumah disebabkan loan suami sudah limit 59%.Saya sangat kecewa.Baru-baru ini,saya ada membuat permohonan untuk membeli rumah menggunakan loan bank.Jika diikutkan,gaji saya mencukupi untuk membeli rumah dan pihak bank menyatakan gaji saya tiada masalah.Cuma perlu bayar 10% kepada bank.Saya ada minta suami membayar 10% harga rumah.Tetapi bermacam alasan diberi.So,Loan bank saya tertunda disebabkan 10% tidak dijelaskan kepada pemaju.Sepatutnya tanggungjawab suami perlu menyediakan rumah (wlaupon rumah sewa) untuk keluarganya.

    Kadang-kadang saya rasakan saya dh terlalu banyak keluar duit untuknya.Dimana tanggungjawab dia sebagai suami.Lebih baik saya hidup dengan anak sahaja.

    Saya selalu berfikir,adakah patut saya meminta cerai dari suami?Kadang-kala,timbul perasan kecewa dan benci dalam hati saya..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam puan Sherry,

      Untuk keluar daripada masalah rumahtangga perkara paling utama yang perlu diberi perhatian ialah kesefahaman dan sanggup berkorban demi sebuah ikatan yang telah terbina. Suami mempunyai tanggungjawab yang cukup besar kepada sebuah keluarga, bukan sahaja menjadi pelindung, memberi nafkah malah menjadi penyelamat isteri dan anak-anak daripada api neraka. Suami yang jahil tentang tanggungjawab dan agama akan menyebabkan rumahtangganya terdedah kepada kemurkaan Allah SWT. Kesan daripada itu rumahtangga akan hilang sinar kebahagiaannya. Masalah demi masalah akan timbul dan semakin kusut. Jalan keluar daripada semua ini tidak lain, melainkan kembali kepada Allah dan taat kepada aturannya.

      Puan, cuba selidiki diri… adakah ibadah puan dengan Allah SWT telah sempurna sekurang-kurangnya cukup waktu solat, sempurna tutupan aurat dan berbuat baik kepada kedua ibubapa dan taat pada suami kepada perkara yang betul? Kalau masih berkurangan dan tidak sempurna kembalilah bertaubat dengan sepenuh hati kerana kesan dosalah hidup puan dihimpit masalah.

      Puan patut bersyukur kerana telah memiliki suami dan puan mempunyai pendapatan sendiri. Malah pendapatan puan dapat pula membantu meringankan masalah hutang suami. Disamping puan mencari sinar hidayah dan bantuan Allah dalam segenap usaha, cubalah jinakkan suami dengan ibadah dan banyakkan berdoa untuknya. Puan, seorang isteri yang diuji dengan kerenah suami dan anak-anak keadaannya adalah ringan berbanding ujian suami sebagai ketua keluarga dengan tanggungjawabnya yang lebih besar. Sabarnya puan itu akan diberi ganjaran yang hebat oleh Allah SWT.

      Puan masih diawal fasa berumahtangga, selalulah berbincang dengan suami dengan fakta yang logik disamping membuatkan dia berfikir tentang masa depan khususnya berkaitan anak-anak yang semakin membesar. Namun puan perlu ingat, orang lelaki mempunyai keegoaannya, pantang dipaksa. Dalam berbincang puan jangan memaksa tetapi selalulah bangkitkan persoalan-persoalan yang akan membuatkannya berfikir tentang keadaan yang bakal ditempuhnya dalam rumahtangga.

      Begitu juga masalah hubungan intim. Puan tidak perlu hanya menunggu suami yang memulakannya tetapi puan juga boleh memulakannya dengan mengoda suami dengan kata-kata dan perbuatan yang merangsang nafsunya. Tak salahkan isteri berbuat demikian? Malah itu amat menyenangkan suami sebenarnya. Carilah waktu-waktu yang sesuai ajaklah suami bercuti di tempat peranginan ataupun yang terbaik ajaklah suami mengerjakan umrah, hanya berdua bersamanya. Waktu itu puan boleh berbincang dengan lebih dekat disamping memohon petunjuk daripada Allah SWT agar hubungan kekeluargaan puan suami-isteri akan bertambah baik, penuh cinta dan rasa tanggungjawab.

      Moga usaha puan akan berhasil, insya Allah. Jangan lupa kalau kita selalu ingatkan Allah, Allah juga akan sentiasa memberi rahmatNya kepada kita.

      Sekian, moga berjaya mencari cinta yang satu.. Allah adalah cintaku.

  28. salam ustaz, sy dh berkahwin hampir 3 tahun, saya tdak bekerja dan masih belajar, sy menerima elaun belajar sebyak rm600 sebulan, masalah sy suami hanya menyediakan keperluan asas seperti makan, tpt tinggal dan kemudahan kereta untuk ke kelas. Pakaian hanya dibeli menjelang hari raya, utk keperluan pakaian lain dibeli guna duit sndr, adkalanya barangan dapur juga saya beli menggunakan elaun belajar, dr awal kahwin saya tidak diberi nafkah zahir yang tetap secara bulanan. Suami berpendapatan agak bsr mencecah rm6000-7000 sebulan. Suami juga merupakan tpt ibu bapanya meminta wang, dia sanggup memberikan kpd mereka adakalanya hampir 6000, Suami juga turut membayar ansuran rumah dan kereta ibunya yg hampir rm1500 sebulan. Dalam hal ini sy berasa amat terkilaN kerana keperluan utk diri saya masih belum sempurna tetapi suami boleh membelanjakan jumlah yg bsr utk ibu bapanya pdhal mereka mempunyai pencen bulanan yang agak besar. Apabila saya mempertikaikan hal ini suami menyatakan wangnya bukan harta sepencarian.Harta benda sahaja harta sepencarian. Soalan saya adakah wang suami bukan harta sepencarian? Pernah terlintas dlm hati iaitu ” selagi hak aku sbagai isteri x dpt dengan sempurna kau pon xkan miliki bahagian tersebut. Adakah berdosa saya sebagai isteri menyebut begitu di dalam hati? Saya merasakan hak saya dinafikan pd hal suami berkemampuan utk memberi bahagian yg perlu saya dapat drnya.saya tidak pernah menghalang dia menjalankan tanggungjawabnya kepada ibu bapanya, tetapi dlm hati rasa x redha pemberiannya kepada mereka yang kadang kala seperti mengambil kesempatan ke atas dirinya. Apakah yang perlu saya lakukan?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumsalam pian ima..

      Puan patut bersyukur kerana memiliki suami yang berharta malah telah menyediakan segala keperluan asas yang mencukupi untuk puan sebagai isterinya. Dengan penyediaan tersebut sebenarnya telah memenuhi keperluan nafkah bagi seorang isteri. Nafkah tidak semestinya elaun bulanan tetapi ia boleh juga dalam bentuk menyediakan keperluan makan-minum, tempat tinggal dan sebagainya.

      Puan tidak perlu cemburu dengan kedua ibubapa suami. Mereka lebih berhak untuk disantuni oleh seorang anak lelaki. Kalau suami puan membelanjakan wangnya kepada kedua ibubapanya, itu adalah suatu kebaikan daripadanya. Sebelum puan menjadi isteri kepada suami, ibubapanyalah yang memberi kasih sayang dan perlindungan kepada dirinya malah sanggup berkorban untuk membesarkannya, memberi pelajaran kepadanya. Adakah dianggap keterlaluan seorang anak berbakti kepada kedua ibubapanya semasa mereka masih hidup?

      Puan juga sepatutnya menganggap kedua ibubapa mertua adalah ibubapa sendiri. Jangan menganggap mereka sebagai orang luar. Puan patut menyanyangi mereka seperti ibubapa kandung sendiri. Dengan cara itu puan tidak akan rasa tersisih malah puan akan menghargai mereka kerana mereka telah menjaga suami puan sebelum puan berkahwin dengan suami.

      Puan jangan terlalu pentingkan diri sendiri, suami mempunyai tanggungjawab kepada kedua ibubapanya selagimana keduanya masih hidup. Apa yang perlu puan lakukan ialah cuba sebaik mungkin memberi layanan yang terbaik kepada suami dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan daripadanya. Cubalah berusaha mendapatkan kasih sayang ibu mertua. Dekatilah suami puan melalui ibunya. Carilah rahsia kegemaran suami melalui ibunya.

      Buatlah sesuatu itu kerana cinta. Ia datang daripada hati yang ikhlas dan bersungguh-sungguh. Banyakkan berbincang dan bertanyakan pendapatnya sebelum membuat satu-satu keputusan. Jika barang keperluan rumah habis, ajak dia bersama untuk ber’shoping’. Bermesralah dengannya, jangan ego dengannya. Dengan cara itu suami puan akan lebih menghargainya. Puan tidak perlu meminta apa-apa daripadanya, apabila suami merasai dia dihargai dengan kasih-sayang sepenuh hati, pastinya, insya Allah dia pula akan memberi yang terbaik kepada puan.

      Selamat melayari bahtera rumahtangga… hadapinya dengan ketabahan dan banyak bergantung kepada Yang Maha Esa kerana daripadaNyalah segala-segalanya.

      Wallahu’aklam.

  29. Assalamualaikum ustaz……saya dah berumahtangga selama 9 tahun dan mempunyai 2 cahaya mata……suami saya telah berhenti memberi nafkah 7 tahun lalu dan sekarang saya yg menanggung kos makan minum dan belanja barang dapur…….yuran sekolah anak-anak saya juga yg bayar…..malahan hampir 7 tahun suami saya x pernah membeli pakaian saya ……..
    Saya menjadi semakin runsing suami saya lebih kepada kawan-kawan…….walaupun dirumah kehabisan barang keperluan & makanan…..wal hal suami saya sibuk bersama kawan……suami saya juga berkerja pada waktu malam…..keesokannyerrr suami saya akan menghabiskan waktunyerrr dengan tidur boleh dikatakan dari pagi hingga 11 malam…pukul 12 malam suami saya akan bersiap utk bekerja.apakah yg perlu saya lakukan…..????

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam puan idah,

      Dalam hal puan, cara yang terbaik puan perlu dapatkan khidmat kaunseling untuk suami di pejabat Agama. Suami puan perlu disedarkan tentang tanggungjawabnya kepada keluarga dan juga kepada Allah SWT.

      Semoga usaha puan akan mendapat pertolongan Allah SWT.

  30. Sy nk b’tanya la suami sy nie da t’lalu lama die tgl kn solat.bila sy suruh die solat mesti dia byk slh kn sy..sy sedih sgt knp suami2 org laen blh solat same2 dgn isteri2 mereka tp suami sy tak nk lgsg solat b’same2 sy..kami kerap gadoh dlm 2thn p’khwinan kami nie..sampai 2thn nie da 4 kali die ada ckp nk lepaskn sy…

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Puan anis..

      Nak ajak suami bersolat bukan macam kita nak ajak anak-anak bersolat. Suami ada sifat egonya. Salah satu punca yang menyebabkan suami menyalahkan puan apabila diajak bersolat adalah kerana dia sendiri tidak tahu atau lupa macam mana hendak solat.

      Cubalah puan sediakan buku-buku dan bahan-bahan melalui youtube atau cd pengajaran tentang solat di rumah. Puan jangan memaksanya terlebih dahulu tetapi tunjukkan keinginan tinggi puan untuk mendirikan solat yang betul di hadapannya secara kiasan. Jangan lupa setiap kali berdoa untuk berdoakan kepada suami, moga Allah SWT lembutkan hatinya.

      Semoga usaha permulaan ini akan memberi hasilnya, insya Allah.

  31. assalamualaikum ustaz,
    sebulan selepas pernikahan kami, suami saya banyak keje outstation dan cair dengan godaan di luar..antaranya die terlanjur dengan pempuan len beberapa kali. Perkara ini dketahui saya kerana pempuan itu menyiasat siapakah saya yang selalu menghubungi suami saya. Rupa rupanya suami saya berbohong kepada pempuan itu yang dia tidak berkahwin lagi dan ingin melamar pempuan itu. Saya meminta suami saya melafazkan cerai dan suami saya menjatuhkan talak pertama kepada saya. Setelah perkara ini diketahui ibu suami saya, Dia amat kecewa dengan tindakan suami saya dan menyuruh suami saya untuk rujuk dengan saya semula. Tindakan suami saya terlanjur dengan pempuan laen diendahkan dan suami saya berbohong dengan ibunya pula..apakah tindakan dan reaksi yang saya perlu ambil.

    Sekian.tq.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam…

      Puan Nabila, berlaku jujurlah kepada diri sendiri. Jauhilah perkara mungkar setelah ianya diketahui. Puan berhak menentukan hala tuju kehidupan sendiri tanpa dibelanggu permasalahan yang lalu.

      Moga puan mendapat petunjuk yang baik dan lebih memberi ketenangan kepada jiwa, insya Allah.

  32. salam..ustaz.
    saya ingin bertanyakan satu persoalan kepada ustaz.ceritanya begini.Saya sudah berkahwin hampir 18 tahun.beberapa tahun kebelakangan ini, suami saya berjaga malam hingga ke subuh tanpa tidur dan riutinnya dia akan berjaga selama 2 hingga ke 3 malam.Kemudian dia akan menggantikan tidurnya dengan tidur sepanjang hari ada kalanya hingga dua hari berturut-turut.Ini menyebabkannya jarang bersama saya pada malam hari.Baru-baru ini dia menyatakan kepada saya dia melakukan itu semua sebagai tanda protes kepada saya kerana saya tidak menjenguknya dan bermesra bersamanya ketika dia berjaga..suami saya biasanya akan melayari internet pada masa dia berjaga.Persoalannya,adakah saya berdosa kerana tidak menjenguknya ketika saya tersedar dari tidur dia masih lagi dengan aktivitinya itu.Pada saya, saya tidak mahu menganggu haknya,tapi rupanya dia mengharapkan saya memanggilnya untuk masuk tidur…sedangkan saya sudah tidur lebih awal dan ada kalanya hanya terjaga pada pukul 4 @ 5 pagi..Suami saya kata kerana saya tidak memenuhi permintaannya itu saya berdosa dan perbuatannya itu dilakukan setelah dia beriskharah.Satu lagi persoalan saya, bolehkah suami saya beristikharah pada hal sedemikian?dia bagi tahu saya itulah pilihan dia yang terbaik selain daripada duduk melepak di luar.adakah saya berdosa dan adakah benar istikharah suami saya itu?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumsalam puan Nor..

      Memenuhi kehendak suami adalah tanggungjawab seorang isteri. Kalau begitu kemahuan suami, puan hendaklah lakukan. Seorang suami inginkan belaian daripada isterinya. Semakin meningkat usia suami kadang-kala semakin perlu dia kepada perhatian isterinya.

      Oleh itu puan hendaklah prihatin dengan perubahan ini. Berbincang dan cuba pikat hati suami mengikut apa yang dihajatinya. Tak salah berbuat begitu. Redha suami adalah juga redha Allah SWT kepada kita selagimana perkara itu tidak bercanggah dengan hukum syarak.

      Dalam mencari kebahagiaan rumahtangga perkara yang paling utama yang perlu diberi perhatian ialah menjaga hak-hak Allah, khususnya solat. Tolong ingatkan suami apabila waktu solat telah masuk sebaiknya ajaklah dia bersolat bersama-sama. Ajaklah dia buat perkara-perkara yang bermanfaat daripada banyak berlepak melayari internet. Puan kena hargai dirinya sebagaimana puan menghargai dan menyanyangi diri sendiri. Ada hak peribadi yang tidak boleh diganggu namun ada juga hak peribadi yang perlu ditegur kalau tidak mendatangkan manfaat.

      Moga puan mendapat jalan keluarnya daripada permasalahan ini.

      Wallahu’aklam.

  33. assalammualaikum ustaz…saya dah berkahwin selama 4 tahun….selama 2 tahun sya bjauhan dengan suami dan akhirnya tggl bersama dan mengandung. baru 3 bulan mengandung adil lelaki suami saya tinggal bersama kami…sya tersangat tidak selesa…smua yang sya buat terbatas…bila mengandung sya menjadi sensitive…sya dh bgtau suami saya tp dia marah…setiap hari saya akan makan hati…nie anak sya sudah 7 bulan dan adik lelaki suami masih tinggal bsama suami lg…sya amat tidak selesa sampai sya benci kepada adiknya….sya tak tau nak buat pa lg…mst suami sya marah bla bcakap psl ini….sya dengan ayah sendiri pun x pernah pakai pakaian tidak elok sbb dah diajar sejak kecik…sbb itu sya tidak selesa bila ada adik ipar lelaki tinggal bersama….smapai kta bergaduh dia tau…mula ikhlas akhirnya jd x ikhlas ustaz…

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam puan dhia,

      Saya amat simpati dan memahami keadaan puan. Apabila ada adik ipar lelaki di rumah tentulah agak susah hendak menjaga batasan aurat khususnya tambahan pula dalam keadaan sarat mengandung. Bagi pihak suami dia hendaklah lebih memahami situasi ini lebih-lebih lagi hubungan adik ipar lelaki dengan isterinya yang perlu menjaga batasan aurat dan tingkahlaku.

      Saya rasa suami puan masih kurang jelas berkenaan hukum tersebut. Adalah lebih baik puan berterus terang dengannya. Jika adik ipar berdua-duaan serumah dengan puan juga haram hukumnya. Jika suami puan masih bertegas, mohon pertolongan dari pihak ibu mertua untuk menjelaskannya.Situasi ini insya Allah akan aman jika sekiranya masing-masing saling memahami tentang hukum yang telah ditentukan Allah SWT demi untuk kebaikan semua.

      Saya doakan agar puan mendapat anak yang soleh dan suami yang memahami, amin.. insya Allah.

      Wallahuaklam.

  34. miserable wife

    assalamualaikum ustaz,
    saya baru berkahwin sebulan lebih dengan suami yang dahulunya seorang yang menyukai kaum sejenis, tapi sy tetap mencintai dia dan ikhlas menerima dia untuk memberi peluang dia membaiki diri dan meninggalkan nafsu terlarang itu,namun demikian, sy terjumpa sms lucah dia bersama lelaki lain.sy berhadapan dgn dia dan dia menyatakan dia mahu berubah serta minta saya percaya. sy jadi curiga dan sering berfikir yang bukan2. naluri mengatakan dia masih tidak cuba berubah walaupun solatnya tidak tinggal. yang lebih mengganggu,dia sering tinggalkan saya dan tidur di tempat lain pada hari minggu.selain itu, telefon nya sering menerima sms dan dia sering berbalas2 sms berikut – seperti org yg bercinta. sy mencuri lihat sms nya lagi dan masih yang sama..seperti dia ada hubungan dengan lelaki yang di katakan adik angkatnya. saya mahu meminta penjelasan tetapi takut untuk menyatakan saya mencuri lihat sms nya. dia juga sering mendiamkan diri, tidak suka ditanya macam-macam. sy tak tau apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan perkahwinan. terlalu awal rasanya untuk putus asa. suami juga susah untuk memberikan nafkah batin dan saya sering tertanya adakah dia memikirkan lelaki itu bila bersama dengan saya, apakah tindakan yang harus saya ambil ustaz?

  35. askum.ustaz saya nak tny salahkah seorang isteri bertanya pd suami kenapa,mengapa & ada apa call perempuan lain selain dr isteri nyer & bill telefon dtg paling banyak adalah no adeq angkat nyer.. saya dpt tahu peremuan itu adalah adek angkat nyer yg baru saja berkenalan di tempat kerja & adik ipar saya tahu perkara ni.. bila saya bertanya dia akn bertanya adakah saya nak, setiap kali saya tanya dia akn bertanya saya nak ( nak tu bermaksud cerai).. selepas kejadian ini dia terus masam muka & tidak menegur saya .. saya sudah buat seperti biasa tp dia tetap dgn cara nyer.. dia ada buat pengakuan mmg benar itu adeq angkat & tiada apa2 hubungan.. tapi saya bertanya kenapa call smpai banyak begitu sekali..bagaimana saya nak mengatasi masalah ini..setiap kali kami bergaduh , saya org pertama yg meminta maaf wlau pun saya tidak bersalah.. adakah salah tindakan saya utk mengetahui apa yg terjadi sbnar..& suami saya seorg yg pendiam,ego nyer pun tinggi, jika kami ada masalah dia lebih suka mendiamkan diri dr berbincang.. saya dh makan hati terhadap perangai suami saya.. dia juga tidak jujur dlm hubungan kami ,, kami sudah 4thn bernikah & belom ada anak..sifat nyer sgt tidak jujur terhadap saya.. bagamana ustaz saya nak buat lagi..

  36. assalamualikum wbt…ustaz mohon penjelasan pada saya jika seorang suami memberi nafkah zahir kepada isteri contohnya dari segi wang tidak pernah putus bah kan tiap2 bulan akan masuk kedalam account tapi dalam masa yang sama suami kadang kala tidak cukup wang untuk perbelanjaan harian untuk bekerja dan lain-lain.Persoalannya bolehkan duit nafkah yang diberi pada isteri setiap bulan tersebut dikongsi bersama suami sekirannya suami memerlukannya dan diatas keredhaan isteri sendiri untuk memberi kepada suami.apa kah hukumnya ustaz..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Puan Dayanng tahniah kerana puan mendapat seorang suami yang bertanggungjawab dan amat menyanyangi puan. Sepatutnya semua suami di luar sana mencontohi sikap suami puan yang penuh tanggungjawab.

      Hasrat puan ingin membantu suami amat mulia dan begitulah tanda kasih sayang yang ikhlas. Tiada salahnya malah tindakan puan itu akan diganjari pahala yang besar. Setiap ringgit yang keluar akan mendapat pahala sedekah. Begitulah juga setiap tenaga yang diberikan secara penuh kasih sayang akan diganjari pahala yang berlipat kali ganti. Teruskanlah sumbangan puan itu untuk membantu suami dan keluarga moga ianya akan menjadi amal Jariah yang berterusan Insya Allah.

      Moga kebahagian dan keredhaan Allah senantiasa mengiringi puan sekeluarga.

      • Assalamualikum wbt…terima kasih atas penjelasan yang ustaz berikan, ada satu lagi persoalan dari saya kesenambungan dari soalan saya yang lepas.Jika seorang isteri juga bekerja dan mempunyai pendapatan lebih dari si suami tetapi si suami tetap juga memberi nafkah zahir dengan memasukkan wang kedalam account si isteri setiap bulan.Persoalannya disini adakah suami wajib juga mengeluarkan duit perbelanjaan rumah seperti keperluan dapur dan barang keperluan anak2 sedang suami sudah memasukkan duit nafkah zahir melalui bank si isteri.Mohon penjelasan ustaz sebab sebagai isteri ini saya keliru dengan bab2 nafkah zahir ini dan perbezaannya.

  37. Muhammad Aizat

    Assalamualaikum ustaz,saya nak tanya,saya telah mendirikan rumah tangga hampir 2 tahun dan mempunyai anak sorang baru dilahirkan pada bulan 1/2014 , tapi isteri saya ni seorang janda mati suami,dan ada 2 org anak,berkenaan itu saya tidak kisah,tapi saya sering ada masalah dengan isteri saya kerana dia tidak senang dengan ibu saya,ibu saya ini seorng yg cerewet,dan kadang2 suka lepas cakap,saya sebagai anak saya dah lali dengan perangai ibu saya,tapi bagi isteri saya dia tak boleh terima sikap ibu saya ini,dalam tempoh perkahwinan kami banyak kali dia minta dilepaskan , minta cerai,bila dia ditanya sebab ape,kerana ibu…sebelum kahwin ibu saya ada cakap pada dia,yang dia adalah segale2nye… masuknye tanggungjawab saya pada ibu lebih penting.pastu ada la lagi masalah2 lain seperti terasa hati ape yg ibu saya cakap.sekarang ibu saya tinggal sorg di rumah tapi masih lagi bekerja,saya ini anak tunggal kalau ikutkan ada adik angkat yg masih belajar di tahfiz,kadang bila saya nak pergi ke rumah ibu saya untuk menjenguk dia atau ibu telefon untuk datang minta diurut ke ape ke.mesti saya ada salah faham dengan isteri saya,smpai masa sya untuk dengan ibu saya pon disekat..saya kadang dalam delima dengan sikap isteri saya ni.isteri saya umur 32,saya umur 25.sepatutnye dia boleh pikir lebih dari umur dia.saya tak tahu la nak jelaskan cam mane.harap ustaz boleh tolong beri pandangan pada saya.

  38. eina bt mansor

    assalamualaikum ustaz, saya cuma ingin tahu hak sebagai isteri no 3 adakah sama dengan isteri 1 dan 2.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam…

      Puan Eina Bt Mansor,

      Hak isteri-isteri adalah sama tak kira dia yang ke berapa dalam urutan milikkan suaminya. Suami harus adil dalam menunaikan semua hak isterinya. Dikira berdosa dan amat berat hisabnya di akhirat jika suami tidak menjalankannya dengan sempurna. Wallahuaklam.

  39. Assalammualaikum ustaz,
    Adakah salah seorg isteri menegur adik beradik suaminya tetapi dgn suami shj (berdua dgn suami shj di dlm bilik).Suami seperti tidak boleh org menegur adik beradiknya sedangkan mereka jg manusia tidak perfect. Hal ini terjadi apabila abg suami sy sekeluarga pulang ke kg mertua sy, kebetulan sy pn pulang jg. Sebelum itu difahamkan 1 org dr anak abg suami sy menhidapi penyakit tangan kuku kaki mulut (HFMD) dan doc nasihatkn utk kuarantin anak selama 1/52 di rumah. Apabila sy dpt tahu abg suami jg akan pulang ke kg mertua sy tidak sedap hati kerana anaknya perlu dikuarantin dan anak sy 3thn dan 7 bln kebetulan demam ms itu. Jika hendak cakap tunda balik kg mesti suami akan marah.Apabila tiba di kg, kak ipar sy (isteri abg suami sy) menyatakan anak bngsunya jg mengalami ulcer dlm mulut (berjngkit dgn anak yg kne HFMD), sepatutnya kuarantin di rumah tp mereka sekeluarga membawa anak2 ke psr mlm dan blik kg.Sy agak terkejut dan sgt risaukan anak2 sy..sy ceritakan pd suami..suami ckap ‘jgn la fikir cmtu’..mudahnya berkata2 ..sy kasihankan anak sy yg tgh dmam, ketahanan tubuh mmg sedia lemah ms tu..sy ckap nnti anak sakit ssh plak nk mtk cuti jg anak (sekurang2nya 1/52 kuarantin)..kemudian suami balas ‘kl xnk anak kena, pergi duduk bwh rumah sana’..sy amat terkejut dgn jwpn suami sy..sy sgt berkecil hati dan terus memangku anak yg 7 bln ke bwh rumah..spjng 2 hari di kg mertua, sy byk terperap dlm bilik..sy risaukan anak2 sy kl di luar bercmpur dgn anak2 abg suami sy..salahkah sy melindungi anak2 sy ustaz?..sy sampai xmkn sbb ‘kuarantin’ anak dlm bilik sedangkan anak abg suami sy yg perlu dikuarantin. Abg suami sy tidak menceritakan anaknya kena HFMD pd mertua. Sy tahu mertua mesti berkecil hati dgn sy kerana terperap dlm bilik dan tidak mkn bahkan tidak menolong di dapur..xkan la sy nk beritahu sy terperap sbb tkut anak sy berjangkit dgn anak2 abg ipar sy, semestinya sy dipandang serong..tetapi apa yg sy buat jg dipandang serong ketika ini..Suami menegur dan marah kerana sy terperap dalam bilik. Apabila sy di dalam bilik tetapi tidak mengunci pintu, semua anak2 abg suami sy masuk ke dlm bilik dan memegang2 mencium anak sy..Allah shj yg tahu perasaan sy ms tu menyebabkan sy terus mengunci pintu.(Sebelum ini sy bukan jenis terperap dalam bilik). Ya, Allah Maha berkuasa segalanya Dia tentukan tetapi sebagai ibu bapa bukankah kita patut lindungi anak2 kerana kita tahu ada yg mengalami penyakit yg boleh menjangkiti anak kita?kemudian jika telah berusaha utk melindungi barulah kita tawakal pada Allah swt.Sy tidak dpt menahan air mata memikirkan kata2 suami dan kesihatan anak2 sy yg msh kcil.

  40. salam ustaz… saya ada soalan…sy telah berkahwin selama 8 tahun dan mempunyai 3 org anak.. suami saya seorg kaki perempuan.. saya pernah bercerai sebanyak 2 kali.. 3 bulan lepas kami telah menjadi dingin..ini kerana suami mempunyai kekasih.. sy yg tertekan telah tidak sengaja menjalin hubungan sulit bersama rakan nye sehingga saya telah terlanjur beberapa kali.. saya bencikan suami saya kerana tidak mahu melepaskan saya..dalam masa yang sama saya dilarang menghubungi kekasih saya.saya minta dia melepaskan saya tetapi dia berkeras dan xnak melepaskan saya..kini saya terpaksa akur kehendaknya ttapi bila ada peluang saya pasti menghubungi kekasih saya..saya memang sudah tiada hati untuk bersama suami.. dan saya memang ingin bernikah bersama kekasih. bolehkah ustaz membantu?

  41. Assalamualaikum,

    Saya seorang isteri yang telah berkahwin hampir setahun dan mempunyai pekerjaan dengan pendapatan lebih tinggi daripada suami. Sejak akhir2 ini suami sering ditimpa sakit yang tidak dipastikan puncanya dan terpaksa mengambil cuti sakit dengan kerap. Ia menyebabkan pendapatan suami saya tidak menentu disebabkan gaji mengikut hari. Saya terpaksa mengeluarkan perbelanjaan dapur, bil-bil utiliti, kenderaan, perubatan suami dan hutang bank. Suami hanya membayar duit sewa rumah.

    Suami ada memberi nafkah, tetapi nafkah yang diberi terpaksa saya gunakan untuk menampung perbelanjaan kewangan yang tidak cukup atau memberikan semula kepadanya kerana memikirkan dia tidak punya wang saku. Sekarang saya hamil dan segala perbelanjaan untuk keperluan bayi saya yang membelinya. Saya bertambah tertekan apabila pulang sahaja daripada kerja, suami asyik bercerita tentang rakan-rakan sekerjanya yang asyik menyindirnya lantaran kerap mengambil cuti sakit.

    Apabila saya menyuarakan tentang masalah ini dalam keadaan baik, suami berkata saya tidak memahami dirinya yang sakit. Dia menerangkan dia juga punya keinginan untuk membaiki kehidupan kami. Namun, saya tidak nampak kesungguhannya apabila dia tidak menjaga kesihatannya, tidak cuba memperbaiki hubungan antara rakan sekerjanya dan kurang berusaha untuk menambah pendapatan. Saya hanya mampu berdiam diri kerana memikirkan kesihatannya mungkin bertambah buruk jika dia stress. Ada kalanya saya menangis dan memberontak seorang diri. Tidak dinafikan suami juga ada kebaikannya, tetapi saya tidak berasa nikmat hidup sebagai seorang isteri atau bakal ibu kerana saya berasakan hanya saya berjuang dalam masalah ini.

    Ustaz, saya berharap ustaz dapat menasihati saya kerana semakin hari semakin hilang hormat saya pada suami apatah lagi timbul keinginan untuk meminta cerai daripadanya.

  42. salam…ustaz… saya mempunyai seorang suami yang merupakan seorang yg ank yg amt taat kpd ibu bapanya, seorang yg mnjdi ayah yg baik utk ank-anknya dan juga seorang suami yg bertanggungjawab trhadap rumah tangga. masalah saya ialah suami saya tidak suka solat berjemaah dan jarang sekali mndengar mjlis2 ilmu padahal dia seorang ustaz…stiap ptg saya akn mengingtknnya klu2 dia hndk ke masjid tp dia buat2 xdengar sj. smpaikan prnh dia mnjwb yg dia lbh tahu ttg hal hal itu dr saya dan memarahi saya krn trlalu krp brtanya..sy trlalu ingin mlihat dia selalu ke msjid sprti org lain dan rjin mndengar mjlis ilmu..kdg2 sy mnjdi malu pd ayah sy sndiri krn mnantunya tdk gmr solat brjemaah di masjid..ada di klngn jiran yg bukan org agama pn selalu ke msjid brbnding dia yg mrupakan seorang ustz…sy slalu brdoa kpd Allah mga dilembutkan hatinya tp blm masanya Allah mngabulkan doa saya ini.adakah cara lain yg prlu saya lakukan utk mlmbutkan hatinya.saya amt brharap ank2 lelaki saya nntiakan selau ke msjid bila mereka bsr nanti jika mlihat bapa mereka slalu solat brjemaah di masjid…hrp ustz dpt mmbantu..

  43. Assalamualaikum ustaz.
    Sy seorang isteri dan ibu kpd 2 cahaya mata berumur 5 dan 3 tahun. Sy sudah mendirikan rumahtangga selama 9 tahun.. Ini bukan bertujuan untuk memburuk2kan suami sy secara sengaja untuk menjatuhkan maruah dia tapi sy tiada tempat utk bertanya dan semakin hari masalah ini semakin rumit..
    Selama 9 tahun berkahwin suami sy tidak mendirikan solat tidak pernah membaca Al-Quran. Bila sy tegur dia akan tarik muka dan kadang2 mengamuk x tentu pasal. Jd sy diamkan sehingga keharini walaupun dlm hati sy teringin berjemaah bersama dia dan anak2. Sy dah habis ikhtiar.

    Tidak memberikan nafkah zahir yang mencukupi atas alasan tidak berkemampuan. Kadang2 bagi kadang2 tidak dan segala perbelanjaan isi rumah dan segala hutang piutang sy yg banyak menanggung. Dia berkerja sendiri tp tidak mendatangkan keuntungan. Bila berkerja makan gaji plg lama hanya 4 bulan shj. Sy juga berkerja sendiri dan hasil titik peluh sy itulah yg menampung segalanya… Dia hanya tau tidur sehari suntuk dan berkawan sampai ke subuh.. Sehinggakan sy terpaksa bekerja makan gaji sebagai pembantu kedai walaupun sy mempunyai perniagaan sendiri yg boleh dikatakan maju. Walaupun maju tp sampai skrg sy tidak ada walau RM10 duit simpanan sy sendiri… Kdg2 bila ada je pergaduhan dia akan kata sy ni banyak duit berlagak. Sy x pernah x bg duit bila dia mintak.. Walaupun hanya itu je yg tgl pd sy tp sy tetap berikan sebab sy kasihan pd dia. Sy seorg yg sgt mudah kasihankan org walaupun org yg tidak sy kenali. Mungkin itulah kelebihan dan kelemahan sy.. Itu kisah kewangan..

    Sejak beberapa bulan ni dia dah mula ketagih air daun ketum. Dah bnyk tempat sy tanya ttg air ketum ni dan semuanya mengatakan ianya salah disisi undang2 dan haram disisi agama islam.. Sy dah terangkan pd dia tp dia dengan terang terangan minum bersama kawan2 dia di rumah kami.. Simtom2 ketagihan kuat dah mula ketara. Dia jd semakin malas berkerja.. Banyak tidur.. Cepat marah walaupun sy hanya bergurau.. Hidung berair… Sentiasa loya.. Sy dah cuba berbincang tp dia x pedulikan sy.. Sy masih bertahan sehingga ke harini sebab anak2 tp dlm masa sama sy sgt risaukan keselamatan anak2 sy… Ini sebab masa awl perkahwinan sehingga usia perkahwinan yg ke 7 tahun jika ada yg dia x puas hati dgn sy dia akn naik kaki tangan.. Skrg klu dia marah dia akan baling sy dgn apa yg ada di depan dia..

    Patut ke sy tuntut cerai atau laporkan hal ini ke pihak polis..

    Harap bantuan Ustaz.. Yang baik dtg dr Allah yg buruk dtg dari kelemahan diri sy sendiri. Sekian teima kasih

  44. Assalamualaikum ustaz…

    Saya merupakan seorg isteri yg bekerjaya, mempunyai seorg anak dan suami sy berkerja drpd rumah. Baru2 ini kami mempunyai konflik bagaimana utk menguruskan kerja2 rumah seperti membasuh baju, menyapu rumah dan sbgnya. Anak kami dihantar ke taska setiap hari dan suami saya akan mengambilnya pulang. Tetapi sepanjang dia berada di rumah pada waktu siang, dia langsung tidak menolong untuk mengemas atau membasuh pinggan mangkuk. Jadi apabila saya pulang dari kerja, saya yg akan melakukan semua kerja2 rumah tersebut walaupun agak kepenatan. Ada kala nya saya akan merungut kerana apabila saya pulang, dia akan membiarkan anak dgn saya dan dia akan bermain permainan video, tgk movie dan sbgnya. Tetapi dia akan marah dengan saya apabila saya merungut, Suami menyuruh saya membuat semuanya pada hujung minggu sahaja. Bagaimana saya mahu membiarkan pinggan mangkuk, botol susu, baju2 kotor untuk diperam dan hanya di basuh pada hujung minggu?

    Kami tinggal di pangsapuri dan ruang untuk menyidai pakaian sgt terhad. Jadi saya perlu membasuh kain dlm 2-3 kali seminggu. Suami memang tidak membantu malahan menyuruh saya tidak membuat kerja2 rumah itu. Anak kami pula suka mengutip apa2 saja barang yg dirasakan boleh dimakan drpd lantai. Saya pernah tinggalkan rumah itu kepada suami apabila saya berpantang selepas bersalin dan rumah tersebut menjadi sgt kotor sehingga lantai tidak boleh dipijak tanpa memakai kasut.

    Harap bantuan ustaz bagaimana saya dapat berbincang dengan dia secara damai kerana dia tidak dapat menerima cara saya menguruskan rumah. Dia beritahu dia hanya mahukan rumah berada dlm keadaan yg minimal, bukannya sempurna. Tetapi saya hanya mahukan rumah berada dlm keadaan kemas.

    Sekian, terima kasih.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam Puan Zulia,

      Hidup berumahtangga memang banyak dugaannya, apatah lagi untuk mengwujudkan rasa bertanggungjawab diantara pasangan. Sememangnya tugas menguruskan rumahtangga agak mencabar apabila pasangan tidak sama-sama membantu. Lebih memeritkan lagi apabila pasangan ambil tak kisah dengan keadaan yang berlaku dan membiarkan seolah-olahnya perkara itu tidak penting.

      Saya memahami situasi puan. Suami puan masih lagi terbawa-bawa sifat bujangnya dan tidak prihatin dengan suasana serta keadaan rumah yang bersepah. Apatah lagi kalau dalam keluarga pihak suami juga tidak pernah mementingkan dan menekankan persoalan ini atau dah memang menjadi tabiatnya. Keadaan ini bagi puan memang memenatkan. Namun puan terpaksa juga melakukannya demi kesejahteraan semua ahli keluarga. Buat permulaan ini puan perlu banyak bersabar dengan terus melakukan kerja-kerja rutin tersebut.

      Untuk berbincang dengan suami memang memakan masa kalau sudah menjadi tabiatnya yang tidak pembersih. Apa yang boleh puan lakukan untuk memdidiknya secara tidak langsung ialah senantiasa memastikan kebersihan terjaga walaupun tidak berapa sempurna. Sekali sekala ajak dia bergotong-royong dengan memberi tugas yang mudah kepadanya seperti membuang sampah contohnya. Disamping itu, untuk menjadikannya agak prihatin, ajaklah ahli keluarga puan atau suami sekali-sekala mengunjungi ke rumah puan serta membuat jamuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan… sekurang-kurangnya suami akan rasa segan untuk membiarkan rumahnya bersepah dengan kunjungan tetamu. Disamping itu didik anak sedari kecil untuk menjaga kebersihan. Selalu beri nasihat tentang pentingnya kebersihan untuk kesihatan walaupun anak itu masih kurang faham, sekurang-kurangnya kaedah “memarahi anak sindir menantu” digunakan dan dapat dimanfaatkan kepada suami.

      Selanjutnya didiklah diri puan dan suami agar dapat tetap menjaga solat dengan sempurna dan selalulah berjemaah bersama. Dengan cara itu ia dapat mengeratkan hubungan suami isteri disamping dapat memupuk sifat kasih-sayang. Daripada situ akan lahirlah sifat prihatin. Moga dengan cara ini puan akan dapat memdidik suami dan anak-anak dengan akhlak yang sopan disamping dapat mengwujudkan suasana rumahtangga yang bersih lagi mendamaikan, kerana solat adalah pengubat bagi segala penyakit batin termasuklah sifat pengotor. Ingatlah kata-kata Nabi; “Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman”.

      Saya doakan semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesabaran kepada puan untuk mengharungi perit getir dan ranjau kehidupan dalam sebuah rumahtangga. Sekian, wassalam.

  45. Assalaamu’alaikum Ustaz Mohamad Zaki..

    Saya ingin bertanya sedikit.. Apa bola suami berlayar keluarnya neger, wajib kah isteri pergi bersama suami atau lebih balik tinggalkan bersama anak2?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam puan Zubaidah,

      Mengikut keperluan si suami. Jika suami memerlukan si isteri berpergian bersamanya maka wajib si isteri menurutinya.

      Wallahuaklam.

  46. Siti Haidah Damiri

    Saya sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan 4 org anak.Sejak akhir2 ini saya mula tawar hati dgn suami dan keluarganya Saya tak tahu bagaimana saya nak terangkan. Pd saya, suamilah punca segala2nya. Dia lebih utamakan keluarganya dan apa sahaja yg saya lakukan pdnya salah. Saya sudah byk bersabar sehingga ke tahap yg tdk bole diterima lg. Saya ingin minta dilepaskan tetapi saya masih blum ada semangat hdk beritahunya tentang keputusan saya itu.. Fikiran saya begitu buntu skali..

  47. suami saya tidak beri nafkah zahir dan batin sebab tidak berkerja melebihi 4 bulan, tidak tinggal bersama dalam tempoh tersebut… saya hendak tanya bolehkah saya membayar zakat fitrah untuk saya dan anak saya?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Puan nurulain,

      Isteri berada di bawah tanggungan nafkah suami, maka zakat fitrahnya menjadi kewajipan suami sekalipun isteri kaya.

      Jika suami miskin dan tidak mampu mengeluarkan zakat fitrah, gugur zakat fitrah dari isterinya sebagaimana gugur dari dirinya. Tidak wajib isteri mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya kerana ia tertanggung atas bahu suaminya. Walaupun tidak wajib, namun disunatkan bagi si isteri mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya jika dia mampu, begitu juga untuk anak-anaknya.

      Wallahu’aklam.

  48. Assalamualikum wbt…terima kasih atas penjelasan yang ustaz berikan, ada satu lagi persoalan dari saya kesenambungan dari soalan saya yang lepas.Jika seorang isteri juga bekerja dan mempunyai pendapatan lebih dari si suami tetapi si suami tetap juga memberi nafkah zahir dengan memasukkan wang kedalam account si isteri setiap bulan.Persoalannya disini adakah suami wajib juga mengeluarkan duit perbelanjaan rumah seperti keperluan dapur dan barang keperluan anak2 sedang suami sudah memasukkan duit nafkah zahir melalui bank si isteri.Mohon penjelasan ustaz sebab sebagai isteri ini saya keliru dengan bab2 nafkah zahir ini dan perbezaannya.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam Puan Dayang,

      Kewajipan suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan juga anak-anaknya mengikut kadar kemampuan kewangan suami termasuk perbelanjaan rumah makan dan pakai. Namun isteri diharuskan dan digalakkan untuk membantu suami dengan wang pendapatannya bagi meringankan beban suami dan perbuatan ini akan diganjari pahala sedekah oleh Allah SWT. Jika suami telah memberikan kepada isteri kadar keperluan dirinya dalam akaun bank, contohnya RM200-300 sebulan (mengikut saiz pendapat dan kemampuan suami) maka dia masih perlu melengkapkan keperluan untuk anak-anaknya mengikut tahap umur dan keperluan mereka pula termasuklah makan minum. Jumlah yang tepat tentang nafkah zahir ini adalah subjektif, mengikut keadaan semasa dan bergantung kepada kemampuan suami.

      Wallahu’aklam. Selamat berpuasa dan menyambut Aidilfitri.

  49. Saya ingin bertanya patutkah seorang Suami tidak memberi duit belanja untuk istri nya?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Puan Mahdalina,

      Tidak patut bagi seorang suami mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah (duit belanja) kepada isteri. Isteri berhak menuntut di mahkamah atas kecuaian dan pengabaian tersebut.

      Wallahu’aklam. Selamat berpuasa dan menyambut Aidilfitri.

  50. assalamualaikum..sy ida sdh berkahwin selama 4 thun tidak mempunyai anak.suami sy bekerja sendri di psr mlm.sy mahu minta pandagan ustaz..suami sy org selngor dan sy orang selatan.skrg ni suami sy mempunyai ramai kawan..dan aktiviti salah satunya memancing,futsal,badminton,ada 2 jenis persatuan dan terbaru pemotoran..bnda ni selalu diakan pergi waktu habis meniaga atau hujung minggu kerana bercuti.saya pulak bekerja ada masanya sy ditinggalkan kesoorngan pernh juga ingin mengikutnya alasannya semua pergi bujang xkan sy nk bwa isteri dlu pernh juga saya melarang bila perlu..tapi jadi pergaduhan.Kadg2 dia pergi mana2 tidah mahu memberitahu saya…sbgai seorg isteri.kdg2 kecil juga hati saya.baru2ni dia pergi keluar dia kata dkt kwsan perumahan tapi dh smpi ke kl..pda mastu juga kami hendak berbuka diluar..sy ecil hati knpa xmemberi tahu saya..xtahu kenapa..mugkin sbb dh byk kli dia buat pd sy….mcm ni…hingga sy ajak dia pergi ke jabatan….tpi emosi sy wktu tu agak tertekan dan marah…jadi suami sy mahu mengajak sy pergi jabatan selpas rayani…..sy tidak mahu bercerai..sy sudah meminta maaf,bersujud padanya…dan mcm2…tpi dia ttp dingin dgn saya……persoalannya
    1.apa yag sy perlu buat untuk memperbaiki hubungan ini.,..
    2 perluker sy mengikutnya pergi ke jabatan atau macm mana
    3 adakah klu pergi sy terus akan diceraikan

  51. asfazita yussof (zita)

    assalamualaikum ustaz. saya ingin bertanya apakah hukum seorang isteri yang membenci suaminya atas sebab suaminya itu tidak mengerjakan solat, tidak memberi perhatian dan bantuan serta kasih sayang penuh terhadap keluarga, dan bersikap dingin dengan isteri. isteri terpaksa menahan sabar dan berharap agar suaminya akan berubah, dan demi anak2, enggan bercerai kerana takut akan laknat Allah. Moga dapat ustaz perjelaskan.

  52. assalammualaikum ustaz..sy perlukan pandangan dan nasihat ustaz..sy sudah mendirikan rumahtangga selama 3tahun. seorang isteri bekerja,mempunyai seorang anak 2 thn dan sedang mengandung ank kedua. kami masih duduk bsama mertua bsama adik ipar lelaki yg msih blm berkahwin dan abg ipar tunggal. masalah sy ialah suami seorang yg panas baran,tidak solat ,puasa,tidak menzahirkan kaaih syg thadap isteri dan ank…suka memarahi isteri dan ank xkira berada dimana.untuk pengetahuan ustaz suami juga tidak memberi nafkah zahir tp sy msih bole terima memandangkn sy bkerja.suami hy memp eruntukkan susu,pamper dan bayaran bby sitter..spnjg kami duduk bsama mtua suami jarang skali mengeluarkan belanja tuk rumah dan menolong kerja2 rumah..jika tidak bkerja suami banyak mluangkan masa bmain game bbanding melayan anak dan isteri. sy ada beri nasihat tp suami seringkali marah2 dan mengatakan saya suka membebel. sy malu dgn kluarga mertua dan ncadangkan suami utk mcari rumah rumah sendiri atau rumah sewa tp suami seringkali beri pelbagai alasan dan tidak mahu busaha utk mencari rumah. mengenai nafkah batin pula,spjg bkahwin suami mmg jarang beri nafkah batin..sy memahami krn ank msih kecil dan tidur bsama saya..suami juga akn tidur diluar bilik. nafkah batin hy ditunaikan beberapa kali dlm setahun. mungkin dsebabkan kami msing2 penat bkerja dan ank msih kecil dikuti pula sy mengandung. dlm diam suami juga kerap menonton video yg tidak sepatutnya dikala sy bkerja (suami kerja shift). utk pengetahuan ustaz,kluarga suami memang berpewatakan banas baran dan tidak mengamalkan suruhan Nya. sudah puas sy nasihatkan suami sebaliknya sy yg akn dimarahi. kdg2 sy rase kecewa dan putus asa dgn rumahtangga sy sendiri dan bniat utk memutuskan hubungan ini tp sy memikirkan anak dan keluarga..sy malu dgn keluarga sy sendiri krn klurga sy merupakan keluarga yg tdidik dgn ajaran agama tp sy gagal tuk mendidik suami sy sendiri.Bukan niat sy tuk membuka pekung suami dan keluarganya tp sy sgt2 memerlukan nasihat ustaz. Bantu sy ustaz..

  53. As salam. Saya telah berkahwin selama 6 tahun dan mempunyai 3 org anak pada 1 tahun pertama perkahwinan saja suami memberikan nafkah yg sempurna kemudian tahun2 yg berikutnya suami hanya bg nafkah makan, tempat tinggal saja itupun ikut sesuka hati suami saja segala keperluan saya terpaksa sediakan sendiri baju,sabun mandi ubat gigi, berus gigi kasut minyak kete anta anak sekolah makan2 minum anak hari2 bawa ke tempat saya kerja dan byk lg kalau nk tulis byk sgt
    Gaji suami 10ribu tiap2 bulan duit untuk mak/bapaknye mertua mesti bagi suami juga tanggung adik dia blaja bulan2 bagi duit untuk makluman tuan adik suami saya sudah berkahwin dan mempunyai sorang anak mertua saya pula suka minta suami duit untuk dia buat umrah untuk kali yg 3-4-5 bukan itu saja siap bercuti kt London lagi tp saya jangankan Bercuti minta nak belikan seluar dalam pun rm80 share ngan suami bayar separuh2.. Segala tanggungjawap saya sudah tunaikan melahirkan anak, menjaga mkn n pakaian anak2 suami sakit pening suami dan anak saya yg uruskan hal2 rumah juga saya yg uruskan A to Z. Sekarang fizikal dan mental saya dh tak mampu lagi nk tanggung setiap inci badan saya dh tak berdaya lagi sebelum ini saya bertahan dari segala segi sebab kalau saya sakit habis la segala urusan2 di atas…tapi dengan sikap suami yg lebih utamakan urusan yang tak penting ibu/bapa mertua dan adik beradik dia buat saya fedup.
    Suami lebih rasa bersalah jika tidak dapat membantu adiknya membayar hutang perabut dan perbelanjaan mewah adiknya dan suaminya. Tapi sedikit pun suami tak rasa bersalah sebab tak bagi nafkah pada saya..
    patutkah saya bersabar dan redha saja seperti yang tuan nasihatkan pada pengadu2 yang lain seolah2 isteri saja yang bersabar sampai mental terjejas yang bole mengakibatkan saya melepaskan geram pada anak2..
    Adakan salah saya tidak halalkan bahagian nafkah yang sepatutnya saya terima tetapi suami berikan pada ibu/bapa mertua juga adik beradiknya sedangkan mereka hidup bermewah mewahan manakala saya dan anak2 hidup sekadar apa yg ada pakaian pun pakai yg disedekahkan ipar duai
    Saya tidak bermaksud mengaibkan suami dan keluarganya tetapi saya sudah tidak mampu dengan tanggungjwp yg dipikul seorang saya hanya inginkan keadilan.. Selebihnya saya akan tuntut di masyar(Allah) adakan saya berhak minta dibebaskan.

  54. Very nice post. I simply stumbled upon your blog and wished to say that
    I have truly enjoyed browsing your blog posts.
    After all I’ll be subscribing for your feed and I’m hoping you write once more soon!

  55. Nik Nora Khatini Bt Nik Hasaan

    Assalamualikum ustaz…saya adalah seorang isteri yang telah dituduh dan dipaksa mengaku melakukan zina sedangkan perkara terkutuk itu tidak pernah terjadi malah tidak pernah terlintas untuk melakukannya.Demi untuk meredakan keadaan dan mententeramkan hati suami, saya terpaksa mengaku melakukannya…tapi tekaan saya salah …keadaan menjadi semakin runcing dan suami memandang hina pada saya dengan mengatakan saya pelacur murahan…hati dan jiwa saya tertekan…Saya sudah tak tahu nak buat apa…Ustaz…apa yang perlu saya lakukan demi menyelamatkan rumahtangga kami dan juga demi perasaan anak – anak kami yang masih memerlukan kasihsayang dari kedua orangtua mereka.Dan saya tak nak libatkan mahkamah.Apakah caranya untuk saya selesaikan masalah ini kerana kami masih saling sayang menyayangi…Mohon jawapan yang wajar dari ustaz

  56. Asalamulaikum,sy ingin bertanya ada ka suami berhak memukul istri dan menghalau istri dari rumah dan ada ka wajib kita mendengar smua kata2nya.dan ada ka dia berhak menghina keluarga kita yg x bersalah.kerana sy selalu mendapat pukulan dari dgn pukulan yang kasar sehinggakn ank2 merasa mrh kepada ayah mereka.

    • Satu g suami tak pernah mengajar sy solat dan mcm mna hukum2agama(kerana sy mualaf),sedikit sy tk pernah d ajar mcmmna nk solat kerana tk pernah lihat apa hukum dan perintah dari allh.

  57. Good information. Lucky me I discovered your blog by accident (stumbleupon).
    I have book-marked it for later!

  58. Assalamualaikum ustz,
    kami baru berkahwin, saya berpoligami, saya isteri kedua, kami tinggal berasingan dengan suami kerana suami perlu ada bersama dengan isteri pertama setiap hari, saya tiada masalh hal ini cuma bila saya ajak berjumpa suami agar sukar untuk bertemu dan memberi alasan. saya tidak memaksa tp bila saya tengok mesej (tgk mesej secara senyap) antara suami dengan perempuan-perempuan lain, mereka sering bertemu. Saya tidak pernah persoalan kpd suami akan hal ini kerana saya tidak mahu dan tidak suka bergaduh atau tinggi suara kpd suami. saya cuba usahakan untuk buat terbaik tapi usha saya hnya sia-sia.

    Dan soalan saya, boleh ke saya mohon cerai dari suaminya atas sebab bila suami bersama saya, suami lebih suka layan handset membalas mesej-mesej perempuan lain. suami tidak ambil kisah akan perasaan saya, xpernah nk jaga hati saya. saya sudah usaha layan suami dengan baik, tukar cara, buat apa yang suami suka dan semua benda untuk menarik perhatian suami tapi sikap suami masih sama dan semakin hari suami kurang ambil tahu pasal saya. Dan pernah juga saya tnya kpd suaminya sbb knp suaminya berkhwin dgn saya, suami bgth hnya untuk bersama saja. bila saya minta zuriat, suami akan beri byk alasan.

    kenapa suami boleh jaga perasaan isteri pertama sedangkan perasaan saya, dia tidak boleh jaga. saya tidak minta lebih /sama dari isteri pertama, tapi saya sbg isteri ingin juga rasa ksh syg suami, perhatian suami, ambil berat suami tentg isterinya. tapi semua tu tiada.

    dan boleh tahu menjaga perasaan dan hati isteri bukan salah satu nafkah batin oleh suami kpd isterinya?

    dan bagaimana cara untuk isteri berpisah dengan suami dengan cara baik. sedangkan suami tidak mahu bercerai atau cerai isterinya?

    salahkah saya ingin keluar dari kesedihan setiap hari?

    saya buntu,
    mohon pencerahan,nasihat dan pandangan ustz tentang maslh saya ini.

  59. julia nita achim

    assalamualaikum ustaz sy ingin bertanya apakah boleh atau isteri ada hak atau blh menuntut haknya supaya suami menceraikannya jika isteri sudah tdk tahan lagi dimana mkn & minumnya sekeluarga berhutang setiap hr & suami juga mempunyai beban hutang yang byk diatas kesilapan suami yg lalu?apakah isteri blh menuntut cerai drpd suami ataupun isteri mengajak suami ke pejabat agama untuk bercerai di sana ustaz atas alasan berhutang ini?apakah isteri spt ini tdk akan bau syurga?mohon penjelasan ustaz.terima kasih byk.

  60. assalamualaikum ustaz,

    saya dah berkahwin dengan suami saya selama 7 tahun dan dikurniakan 2 anak dan saya bakal melahirkan anak yang ketiga pada bulan November nie. Selama saya bersama dengan suami saya, suami saya tak pernah berkerja dan saya tak pernah merungut pun sampai la sekarang ni, tapi ustaz saya memang tak tahan dengan perangai suami saya dia akan maki hamun saya dengan perkataan bodoh, celaka, bangang dan macam macam ayat lagi bila kami kekurangan duit.

    Sebenarnya ustaz masalah diatas saya memang dah biasa..masalah saya sekarang ni Bapa mertua saya ada memberi Tanah yang tak seberapa untuk buat rumah. suami saya cuba untuk paksa saya cari duit untuk buat rumah. Untuk pengetahuan ustaz, Tanah tu tak boleh ditukar nama so Tanah tu still nama bapa mertua saya. untuk saya membuat atau mencari pinjaman memang agak sukar. dah suami saya memaksa saya untuk bercakap dengan bapa saya sendiri untuk menjual rumah bapa saya kepada saya untuk mendapatkan duit pinjaman rumah untuk saya mendirikan rumah di Tanah tu… bapa saya tak dapat nak menolong kerana risau dengan keadaan saya yang sebelum nie memang kami selalu bergaduh hal kewangan..Suami saya marah bila dapat tahu bapa saya tak mahu menolong… untuk pengetahuan ustaz jugak.. setiap kali kami bergaduh dia bukan saja maki hamun saya,, malah dia akan maki hamun family saya sekali.. selalu cakap kami satu keluarga bodoh dan macam-macam ayat. sebelum nie dah banyak bapa saya menolong dia ustaz bagi duit deposit untuk keluarkan motor.. tapi semua nya dia jual..memang dia jual untuk keperluan kami..tapi makin lama makin melampau permintaan dia.. dan apa yang saya lakukan semuanya salah..pasti akan di maki hamun.

    saya tak tahu cara bagaimana lagi harus saya buat..sama ada saya tinggalkan suami saya dan tuntut hak sebagai seorang isteri atau saya perlu diam kan sahaja…untuk pengetahuan ustaz saya duduk menumpang di rumah bapa mertua saya dengan hanya duduk satu bilik berkongsi dengan anak2 saya…saya pernah ada niat untuk curang.. tapi saya tak boleh.. saya pernah berkawan dengan seorang lelaki dan suami saya dapat tahu.. tapi demi tuhan saya tak ada rasa untuk curang dengan dia.. cuma saya rasa kurang tekanan saya bila saya berbual dengan orang lain. tapi itu semua sekejap sahaja .. saya rasa bersalah pada suami saya dan saya mendiamkan diri saya pada sahabat lelaki saya.. dah tumpukan pada suami saya.

    Tolong la ustaz..saya buntu

  61. asalamualaikum.. saya hendak tahu, adakah isteri berdosa jika memaksa suaminya membeli barang yang tidak mampu oleh suami

  62. Assalamualaikum ustaz… Perkahwinan saya baru menjangkau 2 tahun. sudah dikurniakan seorang anak. Kami hidup berjauhan kerana saya bekerja di kampung. manakala isteri saya seorang guru.. Perkahwinan kami adalah suka sama suka, bukan pilihan keluarga.. Tetapi sejak dari awal perkahwinan, seminggu selepas berbulan madu. Isteri saya ada mengatakn dia tak sanggup hidup bersama saya. tetapi saya memujuknya agar sama-sama beri masa untuk hidup bersama. alhamdulillah dikurniakan anak agak cepat walau jarang berjumpa.. Namun isteri saya sering meminta2 cerai dari saya dr awal perkahwinan.. Ia jadi melarat apabila beliau hampir melahirkan anak. sehingga sanggup melarikan diri entah ke mana. tidak pulang ke rumah saya mahupun rumah ibunya.. Alhadulillah saya berjaya menemuinya sblm bersalin walau dia sampai lewat due date melahirkan anak 10 hari.. Di sepanjang perkahwinan kami, isteri saya sering derhaka spt tidak mahu duduk bersama saya ketika beliau tamat belajar tetapi mau duduk di rumah ibunya dengan alasan mencari kerja sementara. Juga pernah lari ke rumah kawan karibnya apabila saya berkeinginan untuk berhubungan badan tetapi dia menolak..Tidaklah saya berkasar dengannya atau memaksanya ketika itu. Tetapi keesokan hari ketika saya bekerja, beliau melarikan diri. Pendapatan saya sekitar 1750-2000 sahaja. Di awal perkahwinan, ketika isteri saya elaun belajar hanya 1350. Jd sy beri nafkah duit sekitar 850-1300++. itu xtermasuk pakaian yg kadang2 saya belikan. atau barang2 lain dan bil lain yg kadang saya bayar..Dan cuma sayasahaja yang berulang alik ke tempat tinggal isteri saya. manakala isteri saya susah utk pulang ke rumah kelamin.. Apabila beliau sudah disahkan sbg guru JQAF, saya beri nafkah wang 700-850. Ibu mertua saya juga nasihatkan saya utk beri nafkah dgn kadar RM700 atau kurang kerana isteri saya tidak taat kepada saya.. Kami sudah tidak bersama selama 9 bulan.. Sya memujuknya, mengajak berubat atau kaunseling. dia tolak.. dia bertegas mahu bercerai. dia sudah mengusulkan ke mahkamah.. ibu mertua menasihati saya agar berdiam dan tunggu surat mahkamah sahaja.. Setiap hari saya menangis. teringat anak saya yg masih kecil.. Ada beberapa sikap dan akhlaknya tidaklah mahu saya sentuh di sini. Cuma saya khuatir dengan didikan anak saya dibawah jagaannya walaupun beliau lulusan usuluddin universiti mut’ah.. Cumanya sekarang sya cuba bersms yg baik2 dan memujuknya. cuba menelefon walau nombor saya sudah diblock.. Cumanya sy menyerahkan segalanya kpd ALLAH utk kaffarahkan dosa-dosa sy yg sebanyak buih di lautan.. sebab ibu mertua sy kata, dia memang keras hatinya, juga dimanjakan dan dimewahkan ayahnya sejak kecil berbanding anak2 lain walaupun isteri saya hanya anak angkat mereka.. Mohon pencerahan ustaz..

  63. Bila baca semua post ni terasa diri tidak keseorangan. Saya baru setahun lbh berkahwin. Pernah sekali diceraikan menerusi sms. Mula dipukul sejak seminggu berkahwin. Dipulaukan oleh suami selepas sebulan berkahwin selama 2 bln sblm diceraikan. Rujuk slps 2 bln cerai…. baran suami msh x hlg. Dlm keadaan sarat mengandung (bunting pelamin) pernah diseret, dihempas ke katil dan perut hampir dipijak…. saya lindungi perut dan suami menghenyak blkg bdn sehingga saya jd krem dan terpaksa solat secara duduk sjk 5 bln mengandung. Sepanjang setahun berkahwin moment plg indah yg saya nikmati bersama suami ialah ketika hari saya melahirkan anak hinggalah ketika anak berusia 50 hari pd 1 syawal. Dlm tempoh tersebut beliau byk menghabiskan wang ringgitnya membelikan saya ikan haruan utk dimakan setiap hr serta sering membuatkan saya rasa disayangi dan dicintai. 2 syawal ketika berada di rumah maknya, saya kembali dipukul dan anak kami direntap dr pelukan saya dgn kasar… baru2 ini kerana isu kecil saya dilempang, ditendang dan dihempap dgn sofa sehingga wajah saya bengkak2 dan hilang rupa asal saya. Saya telah membuat laporan polis walau dilayan hendak tidak hendak oleh koperal wanita yg btugas. Slps seminggu suami masih tidak ditahan… dan dia sendiri tidak bertanyakan ttg anak dlm tempoh tersebut. Cuma hp saya yg dipecahkan semasa kejadian tlh dibaikinya dan beliau jg telah bank in wang ganti rugi handbag saya yg telah dirosakkannya. Saya dan anak balik ke kg saya ketika suami keluar rumah slps memukul saya. Kini bengkak telah surut… keluarga meminta saya memohon talak khul tetapi hati saya belum mantap utk melakukannya. Saya berkerjaya dan mampu survive sendiri tetapi saya berasa spt org yg kalah jika memilih jln utk berpisah. Kami berkahwin tanpa bercinta. Sekadar kenal kerana suatu peristiwa dan segera membuat keputusan mendirikan rumahtangga. Saya terfikir utk memberikan suami saya peluang kedua kerana dlm tempoh 1 thn berkahwin prestasi beliau dlm menunaikan tanggungjawab dlm rumahtangga semakin baik walau pun msh ada barannya. Apa pandangan ustaz berkenaan perkara ini.

  64. Assalamualaikum ustaz

    saya salah seorang isteri yang sudah tiada rasa cinta pada suaminya. Sekarang hanya tinggal rasa kasihan pada anak anak sahaja menyebabkan saya bertahan.
    Kami sudah mendirikan rumahtangga 18 tahun. Jika diawal perkahwinan saya seringkali mengalah dan memujuk hati tapi sekarang hati saya begitu tawar padanya.
    Suami seorang yang pendiam….tetapi diamnya itulah yang meracun perasaan saya.
    Bila saya melakukan kesalahan dia tidak mahu menegur saya. Dia lebih rela berdiam diri hingga kadang2 berminggu-minggu lamanya. Tak boleh tersilap dia terus membatukan diri.
    Kalau diawal perkahwinan ada juga dia bergurau senda tetapi sekarang rasanya seperti masing masing membawa hal sendiri.
    Saya wanita bekerja kerana ingin membantu suami. Hari hari saya mengambil overtime untuk menampung keperluan kami sekeluarga. Kadang kadang pukul 9 malam baru sampai ke rumah. Tapi apa yang menyedihkan saya dia tidak langsung memperdulikan saya. Tidak pernah menelefon atau sms saya untuk bertanya khabar melainkan kalau dia perlukan duit dari saya.
    Buat pengetahuan ustaz sayalah yang membayar sewa rumah pinjaman kereta duit pengasuh hinggakan duit belanja makan dan susu anak juga saya yang keluar duit. Dia hanya membantu bayar bil dan kegunaan harian dia sahaja. Bila dia gunakan duit dia nanti saya kena menggantikannya walaupun untuk bayaran sekolah anak.
    Kalau boleh saya taknak menggungkit tetapi sikapnya yang tidak langsung menghargai saya membuatkan saya jadi sedih. Bila balik ke rumah kami hanya bercakap ala kadar dan bila saya berehat dia sudah bawa anak anak masuk tidur. Memang saya tidak nafikan yang dia baik dengan anak anak tetapi saya isterinya yang juga perlukan perhatian dan kasih sayangnya.
    Saya terasa seperti terpinggir dan kesunyian. Sudah tidak terkira rasanya saya bincangkan perkara ini tapi hasilnya sama saja. Kalau berubah pun seminggu saja. Lepas tu dia kembali ke perangai asalnya.
    Dalam bab hubungan badan pun rasanya sama saja. Terasa malu untuk diterangkan. Dari mula2 kahwin sampai sekarang dia hanya mengejutkan saya untuk memuaskan nafsunya di awal pagi. Tiada pujuk memujuk atau cumbuan mesra terus diajak bersama. Setelah selesai dia tidur kembali. Saya langsung tak dapat menerima cara dia mendekati saya. Saya terasa macam pelacur untuk seorang suami yang ingin melampiaskan nafsunya.
    sudah lama mental saya terseksa. Semenjak kebelakangan ini saya rasa makin menjadi jadi. Seolah olah saya tiada nilai di depan matanya. Mesej mesej yang saya terima semuanya hanya meminta duit duit duit sahaja. Duit untuk bayar itu duit untuk bayar ini hinggakan saya jadi murung sepanjang hari. Saya juga menjadi seorang yang pendiam dan pendendam.
    Tolonglah ustaz. Cinta saya sudah mati untuknya. Salahkah kalau saya minta agar saya dilepaskan.

  65. Every weekend i used to go to see this website, for the reason that i wish for
    enjoyment, as this this website conations in fsct fastidious funmny
    data too.

  66. Bagaimana dengan mertua yang menyuruh menantunya untuk mencuci baju ipar-iparnya? Bagaimana dengan mertua yang memarahi menantu dengan mengatakan bahwa si menantu tidak beradab, lebih baik keluar dari rumahnya!? Disini si menantu bertempat tinggal di rumah mertua yang tidak dihuni. Adakah dalil ayat tentang hal ini ??? Saya mohon dengan sangat untuk menjawab pertanyaan saya,.
    Jawaban anda sangat membantu saya dalam hal melanjutkan rumah tangga saya.. 😦

  67. Assalamualaikum ustaz…
    sy da berkahwin selama 14 tahun…dlm ms 14 thn tu 4 kali suami pernah tidak bekerja…tp kali ke-4 tu sy tak tahan kerana telah menjangkau 7 bln…jd sy telah pergi ke pejabat agama utk mendapatkan kaunseling…apabila suami saya di hubungi pejabat agama…suami trs menelefon saya dlm nada marah…sy merasa agk takut lalu mencoretkan surat..kenapa sy pergi ke pejabat agama..utk pengetahuan ustaz setiap kali sy cuba bercakap secara berdepan slalu sy tak mampu utk meluahkan segala yg terbuku dlm hati..
    jadi suami sy tidak ingin pergi ke pejabat kaunseling
    terus suami mencari kerja…dan memohon maaf serta meminta memberi peluang lagi kepadanya

    setahun lebih berlalu…mmg suami masih bekerja wlu nafkah zahir kadang cukup kadang tak mencukupi tapi itu lebih baik dari tak memberi langsung..

    masalahnya suami sy masih belum mahu menunaikan solat..sedangkan itu adalah ibu segala ibadah…

    sy telah memberi peluang dan ruang kepadanya…wlu hati sy mmg tawar…sy jd ilang hormat kepadanya…

    apakah segala ibadah yg sy lakukan diterima Allah sdg sy tidak mentaati suami…sy sudah tidak bersalam dgnnya lg sekirang dia ingin pergi kerja…

    anak sy juga ad masalah akhlak…da mula hisap rokok wlu umurnya br menjangkau 13 tahun…apabila sy bertanya dia menjawab sbb lihat ayah hisap rokok mcm sedap…

    suami sy juga gemar melayari laman porno…sy takut akan effect kpd anak sy , suami juga tidak memberi cth yg baik kpd anak.

    bolehkah sy menuntut perceraian?…

  68. Assalamualaikum ustaz,
    semoga segala daya usaha ustaz membantu memberi pandangan terhadap segala masalah yang diketengahkan di sini mendapat rahmat dan inayah daripada Ilahi…aameen..

  69. isteri dalam delima

    Assalmmualaikum ustaz?saya ingin bertanyakan sesuatu,apakah hukum seorang suami melepak?saya dan suami sudah mendirikan rumah tangga dalam 3 tahun tetapi saya duduk di pulau pinang dan suami duduk dijohor.suami saya suka sangat melepak dengan kawan-kawannya sampai kew pagi,bila saya telepon dia cakap dia dirumah sedangkan dia melepak.mungkin faktor saya berjauhan dengan suami dia jadi begitu.dan suami sering tidak mengaku yang saya isterinye bila saya tanya kenapa dia tidak memberikan jawapan.

  70. asslamuailaikum.saya ingin bertanya..saya mempunyai masalah rumah tangge.saya hendak bekerja kerana suami saya x menjalankan kewajipan dia tetapi suami saya enngan mengizinkan saya bekerja..niat saya hanya hendak mencari rezeki yang halal buat diri dan anak-anak saya..adakah kalau saya tetap ingin bekerja walaupun suami saya xmengizinkan dan menganggap derhaka..walaupun niat saya itu betul..

  71. Salam.. bagaimana pula hak sebagai seorang isteri kedua? Suami menanggung keperluan isteri pertama tmasuk nafkah zahir melebihi isteri kedua dgn alasan isteri pertama mpunyai 2 anak sbgai tanggungan, disediakan kereta yg besar, rumah besar, & kad kredit yang boleh digunakan sesuka hati beliau. Bagi isteri kedua pula, pbelanjaan bulanan adalah kurang dari yang pertama. Atas alasan tiada anak. Dan kad kredit hanya untuk pengisian minyak kereta. Itu pun diberi setelah isteri kedua mfailkan perkara tersebut kepada pihak pejabat agama negeri. Kereta & rumah yg disediakan juga jauh lebih kecil & adalah rumah sementara.
    Sedangkan mengikut dokumentasi yg dibentangkan pada mahkamah syariah, pbahagian nafkah adalah sama rata. Apa pandangan tuan? Adakah isteri perlu redha & menerima ketentuan tsebut? Atau mfailkan perkara tsebut ke pejabat peguam demi menuntut kesamarataan? Terima kasih

  72. Assalamualaikum
    Saya nak bertanya. Kisah saya macam ni, saya berkawin dengan suami saya suka sama suke. Rumah tanga kam ok 2 thun petama. Masuk tahun 3 suami saya ada masalah keje. Pendekkn cerita saya hidup dengan dan ikut dia mama je dia pergi dan buat je apa2 keje dia buat sebab saya nak hidup dengan dia.
    Dlm pada masa tu dia penah tingallkan saya umah org tua saya tampa kabar 3 hari. Saya call x bjwb. Last 2 dia jwab duduk lab dengan ma, ma lebih pelukan Saya. Dia buat alasan yang tak munasabah. Dia dtg ambik Saya. To dengan Marsh Dan terpaksa. Dia ckp Saya ni menyusahkan dia. Setelah macam dugaan dengan dia besabar dengan kerenah dia saya buat keputusan blik umah keluarga Saya. Dengan niat agar dia sedar bahawa Saya tangjwp dia. Tp ape yang Saya harap serupa dia langsun x hubungi Saya. Pjbt agama pangil dia x penah dtg. Sekarang Saya ragu buat kputusan. Mukin masih ada kasih. Bantu yang tebaik utuk Saya.

  73. Assalamualaikum ustaz. Sudi kiranya ustaz membantu saya. Saya sudah berkahwin selama 7 tahun. Sepanjang 7 tahun berkahwin, saya tidak pernah pulang ke kampung untuk berpuasa ataupun beraya pada hari pertama dengan kedua orang tua saya. Saya dah suami bergilir untuk balik ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut hari raya. Walaupun tahun itu giliran saya, saya hanya akan balik ke kampung saya pada hari raya ke2. Sejak kebelakangan ini, ayah sering sakit & ibu khabarkan kami untuk balik beraya kerana khuatir ia akan menjadi raya terakhir bersama. Ibu melahirkan perasaan sedih kerana saya sudah tidak pernah beraya pada hari raya pertama bersama mereka sejak telah berkahwin. Ibu mohon agar saya dapat balik ke kampung lebih awal untuk menyambut raya bersama kali ini. Saya teringin sekali dan telah meminta keizinan suami. Beliau mengizinkan tetapi pada masa yang sama kelakuan beliau amat dingin sekali terhadap saya. Saya dapat rasa beliau memberi keizinan tanpa hati yang redha. Sekiranya saya balik awal ke kampung untuk beraya, suami tidak akan megikut saya & anak. Beliau akan balik ke kampung halamannya sahaja. Saya rasa sungguh tersepit diantara ibu & suami saya. Ini kerana saya sedar bahawa tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya. Tetapi pada masa yang sama, saya tidak ingin mengecewakan kedua orang tua saya terutama sekali ibu. Suami saya selalu mendahulukan balik ke kampungnya kerana ibu mertua saya tinggal keseorangan. Saya memahami keadaan beliau & bersetuju dengan tindakannya. Adakah betul sekiranya saya megikut suami saya ke kampung halamannya & kemudian balik ke kampung saya pada hari raya yang ke 2 ataupun ke 3? Adakah tindakan saya ini yang terbaik tetapi akan mengguris hati ibu? Harap ustaz boleh membantu saya di dalam kebuntuan ini. Terima kasih

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumsalam,

      Puan Suhaida..
      Giliran balik raya???

      Sebenarnya tidak wujud istilah giliran balik raya, tahun ni rumah suami tahun depan rumah isteri.

      Sedangkan seorang isteri nak keluar rumah pun perlu kepada keizinan suami, jadi mana mungkin berlaku paksaan seorang isteri kepada suami untuk mengikut giliran atau ke destinasi tertentu.

      Namun apa yg diamalkan (giliran balik raya) tidaklah salah, cuma perlu sedar yang di amalkan (giliran balik raya) tersebut adalah atas konsep ihsan seorang suami kepada isteri.

      Jadi jika ada sesuatu keadaan yang perlukan kepada perubahan daripada giliran biasa, janganlah si isteri terasa yg suaminya tidak adil.

      Dan si suami pula janganlah rasa menjadi tidak adil sekiranya terpaksa mengubah jadual kebiasaan tersebut jika keadaan memerlukan ( contoh : ibubapa sangat memerlukan kehadirannya disisi, masalah kewangan dll).

      Jika kita renung perkara di bawah, kita pasti dapat menerimanya.

      Terkadang kita lupa:
      1. Ada suami yang lupa bahawa ibunya lebih Utama Dari Isteri

      2. Ada Isteri yang lupa bahawa suaminya lebih Utama Dari ibubapanya

      3. Ada ibubapa yang lupa anak perempuannya perlu mengutamakan suaminya dari ibubapa

      4. Ada Isteri yang lupa bahawa suami perlu mengutamakan ibubapanya sendiri melebihi Isteri

      5. Ada Anak lelaki lupa bahawa tangungjawab menjaga ibubapa tergalas dibahu mereka Dan bukan pada Anak Anak perempuan

      6. Ada anak perempuan terlupa bahawa dia lebih terikat dengan tanggungjawab kepada suami lebih Dari ibubapa nya sendiri.

      Panduan semoga kita tidak menghadapi masaalah menentukan perlu berhari raya.. Selamat menyambut hari lebaran.

  74. Assalamuaikum Ustaz Mohamad Zaki, saya ada satu kemushkilan, ibu saya telah meminta fasakh dari ayah saya atas alasan tidak memberi nafkah. Tetapi pihak mahkamah menangguhkan dulu tuntutan ibu saya dengan menghadiri kaunseling. Dalam masa yang sama, ayah saya ada memujuk ibu untuk kembali bersama semula. Tetapi ibu saya enggan. Ayah pernah memberitahu anak-anaknya, jika dia meninggal dunia, dia mengharamkan ibu saya menggunakan duitnya (pencen, graduiti dan insuran). Nak dijadikan cerita ayah saya telah meninggal bulan 3 2015. Segala duit arwah ada pada ibu saya. Soalannya

    1) Dengan status ibu saya sedang meminta fasakh, adakah ibu saya boleh menggunakan harta arwah suaminya?

    2) Apakah hukum ibu saya yang menggunakan harta suaminya yang telah diharamkan? (ibu memberi alasan harta itu untuk membayar semula nafkah yang tidak berbayar selama ayah hidup)

    Harap Ustaz dapat memberi pandangan dan jawapan untuk segala kesulitan saya. Terima Kasih

  75. Assalamualaikum ustaz,
    Sy ade soalan tentang hak seorang isteri. Sy dah berkahwin selama 3 thn dan blom ada anak. Die jg tdk memberi nafkah batin kpd sy.. Tp mslh utk skrg ialah Suami sy jg gemar melepak bersama rakan jauh mlm dr pukul 1-3 pg. itupon klu sy tegur br dia akan blk cpt. Mslh gemar melepak jauh mlm/pg sdh sering sy tegur. Tp br2 ni kami bertengkar krn sy sdh hilang sabar. Die ckp die lelaki dan die suami. Sy bukan siapa2 utk melarang die berbuat apa saja. Die bole buat ape yg die suke krn die lelaki. Jd sy nk tanye adakah krn dia lelaki die ade hak utk bt sedemikian dan sy tiada hak utk menegur/ melarang. Terima kasih. Wsalam

  76. Assalamualaikum. Sy berkahwin hampir setahun dgn suami. Suami sebelum ini pernah berkahwin tp bercerai atas sbb2 yg tertentu. Suami seorang yg penyayang dan mengambil berat. Suami dan bekas isterinya masih berhubung sebab anak2. Sy tiada masalh di situ. Tp sy akan terasa hati bila dia teringat sesuatu pasal bekas isterinya dan cerita pd sy. Contohnya cerita pasal 1 drama dan kata dulu kawan2 dia kata muka pelakon wanita tu mirip bekas isteri dia… Memang sy terasa hati. Wajar kah sy berterus terang dengan dia?tergurisnya hati sy ni menjadikan sy bukan diri sy sebelum ini… Sy pendam perasaan itu sendiri dan cuba utk redakan sendiri. Tp tak berjaya… Terima kasih.

  77. Assalamualaikumwbr..sy ingin bertanya apakah hukum & apakah tindakan sepatutnya sy ambil di atas perbuatan suami sy yg suka melakukan maksiat di luar tanpa mengira siapa pun termasuk isteri orang lain?..sy dah cuba menasihati suami sy tp dia amat marah & menyalahkan sy…dia lebih suka melayan chatting di internet dari melayan sy sbg isterinya..bermula perkenalan di internet dan seterusnya melakukan maksiat di luar..sbg isteri sy tahu semua kegiatannya..sy sudah byk bersabar tp sampai bila?..apakah yg patut sy lakukan?..terima kasih..

  78. Asskum..sy nk bertanya.
    Apakah hukum.klu isteri bertanya tentang sama ada suami bahagia tak hdp bersama isterinyer…adakah slh isteri bertanya soalan seperti itu..
    Niat isteri hny ingin tahu sama ada suami hdp bhagia ngan isteri ke x? Tidak ada niat lain…hny ingin tahu..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam Puan Aqisya..

      Harus bertanyakan suami perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan dan muhasabah diri. Buatlah yang terbaik untuk membahagiakan suami dan carilah titik persamaan dalam kehidupan berkeluarga.

      Insya-Allah, moga ceria selalu hendaknya.

  79. salam ustaz, saya telah berkhawin selama 9 tahun dan mempunyai anak dua orang. Suami saya bersikap panas baran dan ego.sepanjang perkhawinan saya tak pernah dia memberi saya nafkah. kasih sayang dan perhatian dia tak ada untuk saya.suka maki hamun kalu permintaan dia saya tak blh tunaikan. semua kelengkapan anak dan rumah saya uruskan. malahan masa saya mengandung anak kedua, dia langsung tak menjaga walaupun saya baru keluar hospital dan berehat lama dirumah, dia biarkan saya kat rumah dengan tak makan. saya memang tak boleh langsung sentuh pasal duit dengan dia. dia akan jadi marah dan cakap yang bukan. dia langsung tak hargai saya sebagai seorang isteri dan ibu yg menjaga anak2 dia.masa saya preggy anak kedua, kantoi dia ada hubungan dengan adik kawan dia, saya ingt dah berakir tapi sekali lagi dia tipu saya. sampai satu tahap saya dah hilang sabar dan minta kami berpisah, sebab saya dah tak ada perasaan langsung dengan dia lagi. saya rasa lebih aman hidup sendiri dari ada dia.setiap kali hujung bulan dia lah org pertama yg akan tanya saya duit.saya memang dah tak boleh teruskan hidup macam ni.bila saya cakp nak cerai dia akan ugut saya macam2 dengan akan rosakkn rumah, kereta dan muka saya. Dan saya terpaksa terima dia balik walaupun hati saya tak ikhlas… saya tak nak hidup terpaksa mcm ni lagi.. tolong saya beri pendapat. thks

  80. Assalamualaikum . Saya ingin bertanya mengenai hokum seorang isteri yang menipu bank dengan menyatakan adik ipar sebagai suami hanya kerana inginkan pinjaman kereta lulus.

  81. Assalamualaikum

    Saya nak bertanye, apakah hukum nye kalau suami isteri tidak tinggal serumah selepas berumahtangga selama sebulan dua kerana nak renovate rumah. maksudnye selepas nikah si suami menyuruh isteri tinggal di rumah ibu bapa isteri dan suami tinggal bersama ibu bapa suami hanye kerana nak renovate rumah dan rumah ibu bapa masing2 terlalu ramai orang untuk si suami isteri ni tinggal bersama.

  82. Salam ustaz. Saya nak tanya apakah hukum suami yang masih belajar dan tidak mempunyai sumber pendapatan tidak memberi nafkah kepada anak dan isteri? Adakah pemberian nafkah buat saya dan anak jatuh kepada keluarganya? Kami kahwin muda ketika masih belajar dan sekarang ada anak seorang usia 10 bulan.

  83. Assalamualaikum..
    Sy nk bertanya,apa hukum seorg isteri menasihati suami utk bersembahyang dan berubah,tp suami bg byk alasan..sy teringin sgt dia mnjadi imam kpd sy dn anak2.Salah kah sy..Suami seorg panas baran,bila marah hbis kluar sumpah seranah,di maki hamun.Sy paling benci kata2 yg kluar dari mulutnya.Suami langsung tidak mnunjukkn akhlak yg baik depan anak2..sy rasa amat tertekan.Dan satu lg masaalah sy,kami sama2 berniaga,sy membuat kuih di rumah utk bantu tambah pendapatan kluarga.tp suami seringkali mngungkit2 akan apa yg telah di lakukannya.Suami tidak ikhlas dlm mncari nafkah utk kami skluarga.kekadang sy bergaduh dan bermasam muka akan perkara bgini..sy cuba utk cari jln pnyelesaiaan..tp buntu..tp suami asik sebut ttg suatu hari nnti kita pasti berpisah..Mohon en ber pendapat apa yg harus sy lakukan..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Puan Nor..

      Didoakan moga puan beroleh istiqamah dalam menunaikan amanah sebagai seorang isteri dan hamba kepada Tuhan Sekelian alam, Allah SWT. Kehidupan rumahtangga sememangnya penuh dugaan dan jalan yang berliku. Kesabaran amat diperlukan kerana halangan yang mendatang silih berganti. Ia akan menjadi semakin sukar apabila nahkoda yang menjadi harapan tidak mampu mengemudi dengan baik bahtera yang sedang belayar menghadapi lautan yang tidak menentu keadaannya.

      Puan patut bersyukur kerana Allah SWT telah menganugerahkan kepada puan seorang suami walaupun dia kurang berkenan di hati dek kerana sikap dan tingkah lakunya. Puan patut membantunya untuk menjadi nahkoda yang baik. Hati seorang lelaki akan mudah lunak disebabkan layanan yang istimewa yang diberikan oleh wanita yang dikasihinya. Fahamilah kaum lelaki amat sukar untuk mempamirkan perasaan cinta dan kasihnya kepada wanita yang telah menjadi miliknya. Ini disebabkan keegoan yang ada pada jiwa lelaki yang bernama suami.

      Apa yang perlu puan lakukan layanilah dia dengan sebaik-baiknya dan selembut-lembut tindakan. Melalui kata-kata yang lembut dan manis, tingkahlaku yang beradab dan lemah lembut walaupun si suami tetap dengan egonya. Yakinlah puan, kalau puan melakukannya dengan penuh keikhlasan ini lebih baik daripada kata-kata nasihat yang diberikan kepadanya. Kurangkan lontaran kata-kata yang mencabar keegoannya tetapi banyakkan tindakan yang baik untuknya. Keegoan lelaki tidak boleh dilentur dengan kata-kata lebih-lebih lagi daripada isterinya. Keegoannya akan mudah cair dengan layanan yang diberikan oleh seorang isteri yang jujur dan ikhlas.

      Ya.. memang hati ini akan meronta-ronta, “kenapa aku perlu berbuat baik kepadanya sedangkan dia sebaliknya tidak pernah menjadi suami yang baik untukku!” Fahamilah puan, Nabi SAW mengajar kita untuk menunjukkan contoh yang baik kepada orang lain kerana perkara itu cukup memberi kesan kepada mereka. Jadilah resam pokok yang berbuah, walaupun dilontar batu, dijolok galah tetapi ia tetap mengugurkan buah yang baik dan tetap akan berbuah lagi dilain ketika. Yakinlah setiap kebaikan yang kita lakukan pasti akan diganjari dengan pahala dan kebaikan juga daripada Allah SWT.

      Biarlah dia terus mengungkit, namun puan terus tetap istiqamah dengan kebaikan dan berusaha dengan ikhlas membantu keluarga. Jangan hiraukan ugutannya. Dia pasti akan terfikir suatu hari nanti setiap keikhlasan yang puan lakukan dan akan menghargainya. Apa yang puan perlu lakukan teruskan istiqamah dan banyakkan berdoa moga Allah membantu puan dan melambutkan hati suami puan agar dia menjadi suami yang baik, insya Allah.

      Kita tidak mampu melakukan sesuatu apa pun melainkan dengan keizinan dan bantuan daripada Allah SWT semata-mata. Kembalilah kepadaNya, pasti kita akan bahagia di kemudian hari nanti. Semoga puan akan terus tabah menghadapi dunia yang penuh cabaran ini.

      Sekian, terima kasih.

  84. riyadhah

    assalammualaikum

    saya seorang yg di talak 2kali dgn suami,saat ini suami ingin rujuk tpi hati q tdk ikhlas,sebabnya suami saya sdh nikah siri dgn istri orang,awalnya saya stuju stlh mengetahui suami udh nikah sirih,perasaan saya hancur berkpng2,tlng di blz.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam

      Puan Riyadhah..

      Diharapkan puan senantiasa beroleh rahmat daripada Allah SWT. Kesabaran puan menghadapi segala bentuk ujian akan dibalas kebaikan oleh Yang Maha Esa. Saya sarankan puan lakukanlah solat Istiqarah mohon petunjuk daripada Allah SWT untuk menentukan pilihan yang sewajarnya.

      Moga puan tabah mengharungi apa sahaja keputusan daripada Allah SWT.

      Sekian, terima kasih.

  85. Assalam
    Ingin bertanya tindakan yang patut saya ambil:-
    1. Berkahwin hampir 20 tahun
    2. Suami panas baran
    3. Saya juga bukan penyabar
    4. 7 tahun dulu saya ada hubungan dgn lelaki lain dan sya mohon berpisah dgn suami
    5. Suami & keluarga tak benarkan
    6. Saya akur dan ambil masa memutuskan hubungan jahat
    7. Dah lama saya lupakan kisah hubungan itu dan fokus dgn keluarga
    8 Suami tidak dapat melupakan dan berdendam dgn saya
    9. Setiap hari dia mengungkit, Bila ada salah saya sikit dia akan kaitkan dgn lelaki tu
    10. Ratusan kali dia suruh saya berambus dngan lelaki tu bila dia marah
    11. Ratusan kali juga dia panggil saya laknatullah dan doakan saya ke neraka
    12. Hina arawh ayah dan mak saya dgn ungkit yang diaorg tak ajar saya
    13. Dia kata ni semua depan anak2 saya pun tak kisah
    14. Bila dia geram dia akan pukul saya sampai lebam2
    15. kadang saya hilang pertimbangan dan melawan dan akibatnya fizikal lagi teruk kena. Sebelum ada hubunga jahat pun suami selalu pukul2…ada yg sampai pendarahan di mata….
    16. Hati inginkan ketenteraman dan beribadat kpd Allah
    17. Keadaan tidak membantu
    18. Ajak suami baca Quran dan baiki solat…macam tak berkesan. Ajak lebih2 dia kata saya yang solat ni pun jahat – nusyuz…..
    19. Nak solat sunat waktu malam pun saya teragak2 takut. Seba dulu saya kol lelaki tu waktu malam…so dia akan ungkit dgn perkara yg seangkatan dgnnya
    20. Apakan manusia yg jahat mcm saya ni tak de peluang ke syurga lagi?
    21. Apa saya teruskan hidup yg tersiksa ini dgn hanya menaruh harapan pada Allah
    22. Saya yakin suami sayang saya dan anak2…tapi barannya lebih menonjol
    23. ANak2 memang takut dan tak rapat dengan dia sebab dia selalu tak setuju dgn anak2 dan marah2
    24. Saya terfikir juga kalau dia kawin lain…saya tak tau wanita lain sanggup melayan baran dia. Atas alasan ini saya kuatkan utk hidup dgn dia dan jaga dia semampu saya sebagai org yg selalu dihina. InsyaAllah akan saya doakan syurga utk dia walau neraka dia doakan utk saya. Dan mohon Allah bukakn hati dia utk maafkan saya. Lupa satu point. Saya dulu delete emel dan msg2 saya. SUami kata dia takkan ampunkan dosa saya berhubung dgn hubungan jahat itu selagi tak tengok msg dan emel dan tak jumpa lelaki tu. Semua tu saya dah tak de. Macamana lah…kalau ada dia baca msg2 tu…saya rasa dia lagi gila nanti. Dia nak cari lelaki tu nak suruh saya berambus dgn lelaki tu. Dulu, bila saya decide putus…saya buang segala-galanya. Mohon Allah tutup semua jalan kearah itu. Kalau dia benci dengan perangai saya…saya sendiri tersangat ngilu memikirkan perbuatan jahat saya…ngilu dan takut mengenangkan neraka Allah…tapi masih berharap ada ruang keampunan dia dan Allah swt. Apa mungkin Allah membenarkan saya kesyurgaNya selepas saya bertaubat tapi suami masih belum ampunkan?
    25. Perangai dia sebelum saya ada hubungan dgn selepas sama je….baran dan ringan tangan….cuma lepas hubungan dia baran dan unkit dan kaitkan dengan cerita lama…walau point dah seribu kali dia bangkitkan
    26. Kadang2 sampai dia tuduh saya yang bukan2…hubungan jahat saya dulu melalui telefon je dan tidak pernah berjumpa.
    27. Keliru sungguh dgn keadaan ini….takut sangat mati dlm keadaan tidak tenang ini.
    28. Itu antara masalah saya dgn suami. 50% saya ceritakan.
    29. Saya bekerja dan punya pendapatan sendiri – financially independent.
    30. Satu lagi suami ni masa normal dia ….tak marah la maksudnya…dia sangat baik. Tidak berkira dan bertanggungjawab. Kalau baran habis sifat tu hilang. Bak kata tolak baran dia….dia suami baik…tapi tang baran tu buat saya mcm halus …hilang diri sendiri
    Mohon pandangan Ustaz dan sesiapa saje…
    Terima kasih

  86. Assalamualaikum….

    soalan sy!

    Bagai mane hak seorang isteri yg telah lame tidak duduk sebumbung bersama suaminya hampir 3thn.sedangkn dalam tempuh 3thn si suami tidak pernah memberi nafkah kepada si isteri.adakah beliau layak atau tidak si isteri tersebut menuntut nafkah terhadap suaminya yang telah lame di tinggalkan….

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Puan Tulip Hati..
      Isteri berhak menuntut nafkahnya daripada pihak suami. Untuk urusan ini puan hendaklah membuat pengaduan di Pejabat Agama Islam yang terdekat untuk urusan tersebut. Didoakan moga puan beroleh rahmat dan pertolongan daripada Allah SWT terhadap ujian yang sedang dihadapi.

      Terima kasih.

  87. Assalam..

    Pertanyaan dari saya, adakah kurangnya kasih sayang “kononnya” alasan yg diberikan utk isteri tidak menjalankan tanggungjawab kpd suami. Saya x pasti kasih sayang apa lg yg diharapkan. Dia basuh guna mesin saya sidai dgn tgn, nak g jln2 kalau free saya bawakan, nak pelukan dan bersalam tiap hari2 saya yg terhegeh hegeh ingatkan, kalau saya dahaga saya yg kena bebel suh buat sendiri. Ye betul penat dan letih kita sama sama kerja tetapi masa yg ada utk melayan mkn minum suami dimana waktunya, pakaian yg nak dipakai sendiri kena cari, bila ada masa bersantai masa tu lah nak tidur…bila kita bg cth tentang isteri nabi alasannya kurang kasih sayang dari suami..penin2

  88. Assalamualaikum
    Saya tertarik dengan tulisan tuan dan berterima kasih kerana sudi menulis artikal ini.
    Saya sangat berharap penceramah lelaki memperbanyakkan tajuk ceramah seperti aktikal tuan ini, Khasnya Hak Kedua: Nafkah Diri (zahir) bagi isteri yang bekerjaya. Kerana tidak ramai suami yang sedar tanggungjawab mereka dan mengamalkan perkara yang biasa di amalkan mengikut tradisi. Dan tidak semua suami suka membaca. Ada juga suami yang suka memilih hukum mengikut kesesuaian dia.
    Saya beranggapan isu ini sangat penting lebih-lebih lagi bila si suami terbiasa dan meletakkan beban keatas bahu isteri yang berkejaya am nya, Boleh menimbulkan rasa ketidak puashati yang dipendam dan akan mengheret sisuami menanggung dosa tanpa sisuami sedar.

  89. asslm kum….. tpi apa hukumny, bila si suami mngizinkan kerja, tpi hsil kerja si istri dia marah klau tk bgi si suami, bahkan dia akan memusuhi, si istri dn tak nak brtegur dg si istri, wasslm

  90. Assalamualaikum saya ingin bertanya…Apa kah hukum nya saya tinggal serumah dengan bukan mahram…suami saya belum menyediakan saya tempat tinggal…mohon pencerahan

  91. Assalammualaikum.. apakah hukum jika suami tidak memberi nafkah zahir selama tiga bulan berturut2 segala perpelanjaan di tanggung oleh isteri termasuk hutang piutang suami. Selama 8 tahun perkhawinan tidak ada perubahan dlm kehidupan malah semakin merosot dn apakah tindakkan sepatutnya

  92. assalammualaikom.
    sebelom penikahan isteri saya telah membeli sebuah rumah. sekarang wajib atau tidak pada saya untuk membayar bulanan pada pihak bank. atau pun saya berhak abai kan. sebab saya bimbang di belakang hari nanti timbul permasaalahan dalam segi harta sepencarian atau harta pusaka. isteri saya ada 2 orang anak. saya keliru dengan hukum.. hak suami hak isteri dan hak isteri bkn hak suami.
    terima kasih

  93. Saya sedang mengandung anak ke-4 dan mmempunyai anak-anak yang masih kecil. Anak sulung saya baru berumur 7 tahun dan yang paling kecil baru mencecah dua tahun. Pada masa ini, saya amat memerlukan nasihat yang berguna untuk memberi ketabahan dalam hati.
    Dalam keadaan saya yang mengandung pada umur 36 tahun, saya mengalami alahan yang teruk dan mempunyai komplikasi yang lain seperti anemia. Saya memerlukan rehat yang cukup untuk memastikan saya dan kandungan berada dalam keadaan sihat. Kandungan dan kesihatan saya berisiko jika saya tidak mendapatkan rehat yang cukup.
    Namun demikian, saya terpaksa mengurus anak-anak dan rumah sendirian kerana suami perlu menjaga ibu mertua saya yang sedang sakit di hospital. Saya dan suami dua-dua bekerja, dan apabila habis waktu pejabat, suami saya akan pergi bermalam ke hospital menjaga ibunya. Saya pula berada di rumah sendirian mengurus hal rumah dan anak-anak yang menyebabkan kesihatan saya semakin merudum dan seterusnya menyebabkan risiko pada kandungan. Tetapi saya sedar saya tidak boleh menghalang suami daripada menjaga ibunya yang sedang sakit di hospital tetapi pada masa yang sama saya risaukan kandungan dan kesihatan diri saya.
    Suami saya mempunyai 6 beradik dan mempunyai jadual untuk menjaga ibunya di hospital. Jadual tersebut dibuat untuk berlaku adil kepada semua adik beradik beliau. Keluarga kandung saya pulak berada jauh di Sarawak dan saya tinggal di utara semenanjung. Ibu saya yang berada di Sarawak juga tidak boleh menemani saya di sini kerana tidak sihat. Dalam keadaan saya yang berbadan dua dan berisiko, saya sangat memerlukan suami untuk ada di sisi mengurus rumah dan anak-anak. Kami tidak mempunyai peruntukan yang lebih untuk mengupah pengasuh atau orang gaji untuk berada di rumah menemani saya. Saya telah mengutarakan masalah ini kepada suami, namun suami hanya menyuruh saya bersabar kerana ibunya juga memerlukan dia untuk berada di hospital. Saya amat risaukan kandungan saya dan kesihatan diri saya kerana saya selalu berasa sesak nafas apabila sangat keletihan. Apakah hak saya sebagai isteri dalam keadaan ini?

  94. assalamuailaikum….saya baru mendrikan rumahtangga selama 8 bulan ingin bertanya adakah saya dibolehkan untuk meminta fasak jika suami saya tidak memberi nafkah zahir dan batin kepada saya malah tidak mengertahui saya telah mengandungkan anak dia….sejak dia hantar saya pulang ke rumah ibu saya, dia tidak lagi datang untuk menjenguk saya tanpa memberi apa-apa nafkah. jika saya menuntuk fasak boleh kah hak perjagaan anak berada dibawah saya..

  95. Assalamualaikum ustaz, apakah hukum suami tidak memberi nafkah kerana masih belajar dan dia tidak mempunyai gaji.adakah berdosa.tetapi isteri sudah bekerja dan isteri faham keadaan suami.

  96. Assalamualakum pak ustad saya mau tanya, bagaimanakah cara menghadapi suami yang suka menjadikan gambar seksi atau sejenis utk bahan gurauan lewat WA z? Wassalam.

  97. asyik pasal suami sahaj, apa hak isteri kalau tak pebtingkan suami, asal blik rumah dtang meroyan oas kerja, pentingkn tidor. hak suami mana?? sampi bika mahu besabar?? malah blh membutkan para suami menbuat zinal dnk maksiat di kur kerana perbuatan isteri yg tak bagi batin melayn dgn kasih sayang.lagi lagi suami kah yg bersalah???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: