Didik Hati Dari Sifat Dengki Dan Cemburu

Kita tidak akan dapat bergaul dengan baik dan mesra jika hati diselubungi oleh rasa dengki dan cemburu kepada kejayaan-kejayaan orang lain. Sikap ini adalah suatu sifat yang meruntuhkan dan tidak berguna. Ia tidak akan menjatuhkan dan merosakkan orang yang didengkikan atau dicemburukannya itu, bahkan akan menjatuhkan dan merosakkan pendengki dan pencemburu itu sendiri.

            Makin besar perasaan dengki dan cemburu yang ada pada seseorang, makin besar pula api kesengsaraan dan kegelisahan jiwa dan perasaannya. Makin lama perasaan ini dipendam dalam jiwa, maka akan makin banyak perubahan-perubahan buruk akan lahir pada tingkah-laku dirinya. Dia akan cenderung untuk mengumpat, merendah-rendahkan serta mengecil-ngecilkan kebolehan dan kejayaan orang lain nescaya lambat laun tembelangnya akan terbuka. Akibatnya dia tidak akan disukai dan digemari di dalam masyarakat pergaulannya.

            Perasaan dengki dan cemburu ini mula tumbuh apabila seseorang itu merasakan dirinya kurang, rendah dan lemah. Merasakan kedudukannya terancam dan tapak-tapak kebanggaannya bergoyang dan apabila seseorang itu digodai oleh perasaan tamak haloba hendak membolot semua kebaikan dan ketinggian untuk dirinya sahaja.

            Oleh kerana itu sifat dengki dan cemburu ini dianggap sebagai tanda-tanda perasaan kelemahan dan kerendahan diri sendiri. Orang yang percaya kepada kebolehan, kecekapan dan segala kelebihan yang ada pada dirinya tidak akan ada tempat di dalam hatinya untuk perasaan dengki dan cemburu, biar bagaimana besar sekalipun kejayaan orang lain. Bahkan ia akan merasa gembira kerana dapat pula mempelajari segala rahsia kejayaan orang tersebut sebagai contoh teladan untuk digarap bagi membina kejayaan untuk dirinya sendiri.

Perlukah dengki dan cemburu?

Kita tidak perlu  ada sifat dengki dan cemburu, kerana setiap kita mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dalam bidang hidup masing-masing. Kalau ada orang yang berjaya dengan kelebihan yang ada pada dirinya, kita juga harus berjaya dengan kelebihan yang ada pada diri kita. Kalau orang tegak dan cemerlang dalam bidang hidupnya, kita juga mempunyai bidang perjuangan hidup sendiri untuk kita turut tegak dan berjaya seperti mereka.

            Bongkarkan segala kelebihan dan keistimewaan yang ada pada diri sendiri, kemudian tanamkan kepercayaan yang kukuh dan curahkan segala daya upaya supaya segala kelebihan yang ada itu berkembang dengan seindah-indahnya. Mustahil kita tidak memiliki sesuatu keistemewaan dan kelebihan tertentu. Setiap makluk yang bernama manusia, Allah SWT ciptakan dengan tidak memiliki sifat, bakat dan kelebihan yang sama cuma yang hampir-hampir sama, sebab itu setiap manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu hargai kelebihan yang ada pada diri sendiri yang tidak ada pada orang lain. Usaha sebegini adalah lebih logik, berguna dan membina dari memandang dengan putih mata atau menaruh sifat cemburu dan dengki kepada kejayaan-kejayaan orang lain.

            Tegaskan tukaran perasaan sifat dengki dan cemburu itu dengan rasa keyakinan kepada keistimewaan dan kelebihan diri kita sendiri iaitu kelebihan dan keistimewaan yang memang dijadikan Allah SWT untuk masing-masing diri manusia.

            Ubahkan sikap dengki dan cemburu kepada sikap memuji dan menghargai kebolehan dan kelebihan orang lain. Sikap ini bukan sahaja membuktikan kebesaran dan kematangan jiwa seseorang dan bukan sahaja memberi kerehatan dan ketenangan kepada jiwa, tetapi juga menambahkan kemesraan dalam perhubungan dan pergaulan yang akan memberi keuntungan yang tidak terhingga.

            Jangan cuba menjadi penyaing yang menyiksa dan menghalang kejayaan-kejayaan orang lain, bahkan biarlah bakat-bakat gemilang orang lain itu berkembang dengan mekarnya, kerana perkembangan bakat dan kreativiti itu akan memberi manfaat yang berguna kepada masyarakat. Belajarlah bergembira dan bersuka hati mendengar kejayaan orang lain dan bukannya irihati atau sakit hati.

            Ingatlah saudaraku, manusia yang berbahagia dan damai jiwanya itu ialah manusia yang boleh membebaskan dirinya dari kongkongan perasaan perseteruan, kebencian, dengki dan cemburu. Maka akan hilanglah segala sifat buruk yang bakal menjelma dalam jiwa dan dirinya.

About Mohamad Zaki Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 28 Ogos 2012, in Perbincangan Ilmiah. Bookmark the permalink. 8 Komen.

  1. Mohon share..

  2. Mohammad Yusof Muda

    Tazkriah yang cantik. Mohon kongsi untuk sebaran illmu. Semoga tuan dirahmati Allah taala.

  3. Wow that wwas unusual. I juszt wrote an extremely long comment but after
    I clicked submit my comment didn’t show up.
    Grrrr… weol I’m not writing all that over again. Anyway, jyst wanted to
    say wonderful blog!

  4. Awesome issues here. I’m very happy to see your article.

    Thank you so much and I am having a look ahead to touch you.

    Will you please drop me a e-mail?

  5. Mohamed AfiqMS

    Tq so much!
    Sangat motivate

Tinggalkan Jawapan kepada Wanie Amirah Batal balasan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: