“Sayang Isteri Tinggal-tinggalkan, Sayang Suami Manja-manjakan?”

Sering kita mendengar untaian kata; “Sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang suami manja-manjakan”. Ungkapan ini memberi pengertian yang sangat bermakna kepada pasangan suami isteri. Ungkapan ini juga pasti memberi seribu satu perbezaan makna sama ada dari sudut ungkapan itu sendiri mahupun maksud di sebaliknya.

Perbezaan pemahaman dan tafsiran yang tepat mengenai ungkapan ini bergantung kepada sejauhmana tahap pengetahuan yang dianugerahkan Allah SWT kepada seseorang individu. Ianya bersesuaian dengan tahap keimanannya serta keintiman hubungannya dengan Allah SWT.

Timbul tanda-tanya di dalam hati kita, adakah apabila seorang suami menyayangi isterinya, isterinya itu perlu ditinggal-tinggalkan?

Meninggalkan insan yang tersayang dalam ertikata keluar menjalankan urusan kehidupan dan tanggungjawab memerlukan pengorbanan. Pengorbanan meninggalkan isteri atau suami atau keluarga atas maksud perintah Allah SWT dan mencari keredhaanNya adalah suatu tuntutan dalam Islam. Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim AS diperintahkan meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Ismail di tanah gersang lagi tandus. Pada ketika itu tiada jaminan keselamatan dan tiada bekalan makanan serta tiada tempat sandaran, ianya adalah semata-mata untuk menunaikan perintah Allah SWT. Adakah pada ketika itu Nabi Ibrahim AS tidak menyayangi isteri dan anaknya Ismail yang baru dilahirkan?

Jika pada hari ini berlaku peristiwa yang sebegitu, pasti dibibir kita meniti kata-kata nista, alangkah tidak bertanggungjawab-nya tindakan Nabi Ibrahim AS itu! Begitulah bicara golongan yang tidak kuat dan lemahnya iman mereka.

Begitu juga yang berlaku kepada Rasulullah SAW dan para sahabat RA yang telah berhijrah meninggalkan isteri serta keluarga tercinta di Kota Makkah ke Madinah adalah atas perintah Allah SWT. Mereka telah bersedia menjadikan isteri-isteri mereka sebagai balu dan anak-anak menjadi yatim. Demikianlah iman para sahabat hasil dari kefahaman dan didikan Rasulullah SAW.

Mungkin kita juga telah mendengar bagaimana kisah seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Hanzalah bin Abu Amir RA yang baru melangsungkan pernikahan bersama isterinya yang tercinta bernama Jamilah binti Ubay yang juga sepupunya. Semasa mereka melalui malam pertama dengan penuh kemesraan, maka tiba-tiba laungan jihad berkumandang menyeru ke medan Uhud. Hanzalah dengan penuh semangat melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang dan akhirnya Hanzalah gugur sebagai syuhada di medan Uhud.

Itu kisah bagi para suami yang tanggungjawabnya amat berat terbeban di atas bahu mereka. Antara hak Allah SWT dan dirinya, antara tanggungjawab serta amanah sebagai khalifah dan ketua keluarga menjadi taruhan dan ujian keimanan.

Bagi para isteri pula hanya empat syarat untuk mereka ke syurga dengan mudah. Sabda Rasulullah SAW;

Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan (di bulan Ramadan), memelihara kehormatannya (aurat dan faraj) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga.” (H.R. Imam Bazzar melalui Anas RA).

Sayang suami manja-manjakan bukan bermakna dimanjakan seperti anak-anak kecil. Taat kepada suami menjadi tiket untuk isteri ke syurga disamping tiga perkara lagi sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis tersebut. Namun, jika ditambah dengan sedikit perhatian yang istimewa, ia merupakan bonus untuk para isteri.

Setelah suami ‘meninggalkan’ isteri sama ada untuk urusan kerja duniawi ataupun kerja-kerja ukhrawi (lebih-lebih lagi), wajarlah isteri melayani suami dengan lebih istimewa. Ia tidak memerlukan hamparan karpet merah, makan malam di bawah cahaya lilin dan rawatan SPA – jika boleh dilakukan, itu dikira hebat. Cukup kasih sayang yang ditunjukkan melalui masakan yang menjadi kegemaran suami, urutan-urutan ringan yang menghilangkan lenguh-lenguh badan setelah penat memandu. Bersedia mendengar segala cerita dan masalah yang ingin dikongsi bersama. Walaupun tiada penyelesaian yang diberikan, kesudian mendengar sudah memadai dan membuktikan “sharing is caring”.

Dalam kehidupan baginda Rasulullah SAW sendiri, baginda dimanjakan oleh para isterinya. Daripada Aisyah RA beliau berkata:

“Saya meminyaki badan Rasulullah SAW pada hari raya Aidiladha setelah baginda melakukan lontaran di jumrah Aqabah (Kubra)”. (H.R. Ibnu ‘Askari)

Dalam sebuah hadis yang lain, Aisyah RA berkata:

“Saya biasa menyikat rambut Rasulullah SAW, ketika itu saya sedang haid”. (H.R. Ahmad).

Segala layanan istimewa daripada isteri kepada suami atau sebaliknya tidak semestinya yang mewah, dan tidak perlu juga meniru perbuatan orang lain. Cukup sekadar berjaya menggembirakan kedua-dua pihak. Biar tindakan sederhana tetapi hasilnya maksima. Kasih sayang yang wujud dalam keluarga adalah subjektif. Hanya yang merasainya dapat menilai, sama ada kasih sayang itu abadi daripada hati kerana Allah SWT ataupun kepura-puraan.

Tanpa ros merah, hadiah yang mahal, keharmonian dan kebahagiaan tetap dapat dikecapi sekiranya wujud persefahaman dan kasih sayang serta sikap mempercayai di dalam rumahtangga. Pokok pangkalnya, semuanya kembali kepada Allah SWT.

Jika isteri ditinggalkan kerana Allah SWT, jika isteri berbakti kepada suami dan anak-anak juga kerana Allah SWT, keberkatan tidak perlu dipinta, bahkan Allah SWT akan melimpahkan-nya tanpa terhitung nikmatnya. Subhanallah. Perbaikilah diri dan perbetulkanlah niat, segalanya hanyalah kerana Allah Taala. Wallahuaklam.

Advertisements

About Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 18 September 2012, in Keluarga. Bookmark the permalink. 23 Komen.

  1. Assalamualaikum ustaz.
    Saya nak bertanya,berdosakah seorang isteri apabila dia mengubah kedudukan sesuatu benda yg suaminya suka letak ditempat lain tetapi si isteri suka ianya diletak ditempat lain.si isteri tidak memarahi suami bila suami mengubah kedudukan barang itu dan si suami juga tidak memarahi si isteri bila isterinya mengubah kedudukan barang itu.cumanya setiap hari kedudukan barang itu akan berubah tempat kerana masing2 mempunyai pendapat tersendiri tentang kedudukan barang itu.si isteri tahu suaminya tidak suka tempat yang dia suka.dan si suami juga tahu sebaliknya.
    Saya rasa mcm masalah ni kecil tapi takut pula kalau ianya mendapat kemurkaan Allah swt.
    minta pendapat ustaz.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumsalam..

      Hemm.. lucukan! Pakat-pakat boleh bertolak ansur dan masih berharap masing-masing (suami @ isteri) boleh faham. Sekiranya suami tidak redha maka berdosa. Apa kata kalau puan dan suami berbincang serta tanya pendapat masing kemudian buat keputusan muktamat.

      Ya.. sememangnya masalah ni kecil tetapi kalau situasi begitu berlaku dalam hal-hal lain ianya akan merumitkan keadaan. Beramallah mengikut sunnah Nabi, iaitu bermesyuarat serta berbincanglah dalam apa keadaan sekalipun. Jangan mengharap pasangan kita akan faham apa yang kita buat. Kerana bermesyuarat ini ada barakahnya. Moga berjaya dan bahagia selalu!!

  2. terimakasih Ustaz.
    sebab perkara kecil kami tak terfikir utk berbincang :)…InsyaAllah saya akan cari masa yg sesuai.

  3. whoah this blog is excellent i love reading your posts.

    Keep up the good work! You understand, many individuals
    are hunting round for this info, you can aid them greatly.

  4. Assalamu’alaikum..saya suka dengan blog ni kerana banyak ilmu yang boleh dijadikan panduan…Sungguh saya dahagakan ilmu-ilmu yang sebegini…terima kasih ustaz….^^

  5. May I just say what a comfort to uncover a person that actually understands what
    they are discussing over the internet. You actually realize
    how to bring an issue to light and make it important. More people have to look
    at this and understand this side of your story. It’s surprising you’re
    not more popular since you surely have the gift.

  6. myagkaya mebel

    I’m usually to running a blog and i really recognize your content. The article has actually peaks my interest. I’m going to bookmark your web site and preserve checking for brand spanking new information.

  7. I simply could not depart your website prior to suggesting that I actually loved the usual information a person supply to your guests? Is going to be back frequently in order to check up on new posts

  8. We’re a group of volunteers and starting a new scheme in our community. Your site provided us with useful info to paintings on. You’ve done a formidable task and our whole community can be grateful to you.

  9. Appreciation to my father who shared with me about this weblog, this weblog is genuinely
    remarkable.

  10. Hi! This is my 1st comment here so I just wanted to give a quick shout out and say I really enjoy reading through your
    blog posts. Can you suggest any other blogs/websites/forums that cover the same subjects?
    Thank you!

  11. Fantastic items from you, man. I have be mindful your stuff prior to and you are just
    extremely great. I really like what you’ve obtained here, really like what you are saying and the way by which you say it. You are making it entertaining and you still care for to keep it sensible. I can not wait to learn far more from you. That is really a wonderful site.

  12. Some really prize articles on this internet site , saved to favorites .

  13. Everything is very open with a precise clarification of the challenges.
    It was definitely informative. Your website
    is very helpful. Many thanks for sharing!

  14. Salam ustaz..saya terjumpa blog ni ketika hati saya sdg mencari jwpn tentang 1 persoalan.suami saya seorg yg baik tetapi dia sll tinggalkn sy utk kepentingannya spt memancing,main badminton & bersama geng bujangnya.bila dfikirkn mmg tiada salahnya kerana semua yg dia buat itu bkn mencurangi sy atau apa.ya,nafkah zahir & batin x terabai tetapi dr segi jiwa..sy sunyi,sy perlukn dia sbg teman berbicara,bergurau senda & bermanja.dari apa yg sy baca seorg istri ttp perlu melayani suaminya wlwpun hati dia terguris dgn sikap suaminya. Ada sy cuba berbincang dgn suami ttg perasaan saya tp saya dkatakan mengajaknya bergaduh & akhirnya dia keluar lg tinggalkn sy.suami tdk perlu mengambik tahu perasaan istrikah ustaz?jd rasa sedih kecewa istri harus dluah dlm doa2nya saja kah ustaz?buat pengetayyan ustaz kami baru 6 bulan berkahwin dan sedang nengandung…harap ustaz sudi membalas

  15. I do not even know how I ended up here, but I thought this
    post was good. I don’t know who you are but definitely you are going to a famous blogger if you aren’t already
    😉 Cheers!

  16. escorts new york

    This is the right web site for everyone who hopes to
    find out about this topic. You know so much its almost tough to
    argue with you (not that I actually will need to…HaHa).

    You definitely put a fresh spin on a topic which has
    been discussed for years. Excellent stuff, just great!

  17. I think the admin of this website is really working hard in favor of his web page, because here every information is quality based data.

  18. Nooriani Hashim

    A good job from a good man.May Allah bless you ever after

  19. Pretty nice post. I just stumbled upon your blog and wanted
    to say that I have truly enjoyed surfing around
    your blog posts. After all I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again very soon!

  20. Very descriptive blog, I enjoyed that a lot. Will there be a
    part 2?

  21. Excellent goods from you, man. I have understand your stuff previous to and you are
    just too excellent. I actually like what you’ve acquired here, certainly like what you
    are stating and the way in which you say it.
    You make it entertaining and you still care for to keep it smart.
    I can’t wait to read far more from you. This is really a great site.

  22. Can I just say what a relief to uncover someone who really understands
    what they’re discussing over the internet. You definitely realize how
    to bring a problem to light and make it important.
    More people need to check this out and understand this side of the story.
    It’s surprising you aren’t more popular because you most certainly have the gift.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: