Isteri Dan Konflik Rumahtangga

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis daripada Jabir r.a yang menyebutkan bahawa Rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda, “Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Kemudian dia mengirimkan bala tenteranya. Orang bawahan yang paling hampir kedudukannya dengan iblis adalah yang menimbulkan fitnah paling besar kepada manusia. Seorang daripada mereka datang dan berkata, ‘Aku telah lakukan ini dan itu.’ Lalu Iblis menjawab, ‘Engkau belum melakukan apa-apa lagi yang besar.” Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam melanjutkan, “Lalu datanglah seorang daripada mereka dan berkata, “Aku mengikuti manusia sehingga aku tidak meninggalkan mereka melainkan aku telah berhasil memisahkan seorang suami dan isterinya.’’ Lalu iblis memanggilnya agar dia dijadikan dekat dengan Iblis dan berkata, “Sebaik-baik fitnah adalah usaha yang telah engkau lakukan.” (Hadis Sahih riwayat Muslim no. 2813)

Seorang ulama’ ahlul sunnah pernah menyebutkan bahawa tidaklah ada perkahwinan melainkan seorang wanita itu pasti pernah meminta cerai daripada suaminya lantaran didesak oleh Syaitan.

Sabda Nabi bermaksud: “Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak.” Dan lagi: “Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak.” (Riwayat Abu Dawud)

Broken_marriageHUKUM ISTERI MINTA CERAI

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w :

 قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلَاقَ مِنْ غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ

Ertinya: Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda: “Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya TANPA ADA SEBARANG SEBAB YANG MENDESAK, maka haramlah baginya ( wanita itu ) mencium bau syurga”[1]

Dan terdapat beberapa hadis lagi menyebutkan hal ini selain yang di atas seperti: “Mana-mana wanita yang meminta cerai daripada suaminya tanpa mempunyai sebab yang diterima Islam, maka diharamkan baginya untuk mencium bau syurga.” (Riwayat al-Hakim, 2/200, hadis yang sahih)

Dalam isu dan konflik rumah tangga hendaklah kaum wanita bermuhasabah dan mengambil Al-quran dan As-sunnah sebagai panduan mereka dan bukannya menurut hawa nafsu serta perasaan. Kaum perempuan itu kerap sekali mensyirikkan Allah dengan nafsu dan perasaan mereka. Ini pernah disebutkan di dalam sebuah hadis yang menyebutkan: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar, iaitu memohon ampun. Kerana, aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.

Seorang wanita yang cukup pintar antara mereka bertanya: Wahai Rasulullah, mengapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal daripada golongan kamu.”

Wanita itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu?

Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mengerjakan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama.” (Hadis Sahih riwayat Muslim)

RAHSIA DI SEBALIK ISRA’ DAN MIKRAJ

Rasulullah SAW semasa peristiwa Israk dan Mikraj, melihat ramai ahli neraka adalah daripada kalangan golongan wanita. Sahabat di kalangan wanita bertanya kenapa? Lalu Baginda SAW menjawab: “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita. Maka menangislah mereka (sahabat wanita) dan bertanya salah seorang daripada mereka: Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir? Baginda menjawab: Tidak. Mereka ini ialah wanita yang menggunakan lidah mereka menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Hadis riwayat Muslim)

NAFKAH SUAMI KEPADA ISTERI

Isu yang sering menjadi konflik dan rasa tidak puas hati dikalangan pasangan suami isteri ialah masalah nafkah, khususnya nafkah zahir yang wajib melibatkan suami dan kewajipan taat bagi pihak isteri. Hal ini sering menjadi perselisihan apabila masing-masing pasangan suami isteri tidak memahami dan mengambil mudah isu ini. Isu ini akan semakin meruncing jika pasangan tersebut tidak dapat menyelesaikanya seawal usia perkahwinan lagi. Oleh itu para pasangan suami-isteri sewajibnya memahami dan mempraktikkan tanggangjawab masing-masing sebagaimana yang disarankan oleh Islam.

Tanggungjawab isteri kepada suami

عَنْ تَمِيمٍ الدَّارِيِّ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ” : حَقُّ الزَّوْجِ عَلَى الْمَرْأَةِ أَنْ لا تَهْجُرَ فِرَاشَهُ ، وَأَنْ تَبَرَّ قَسَمَهُ ، وَأَنْ تُطِيعَ أَمْرَهُ ، وَأَنْ لا تَخْرُجَ إِلا بِإِذْنِهِ ، وَأَنْ لا تُدْخِلَ عَلَيْهِ مَنْ يَكْرَهُ “

Maksudnya: “Hak seorang suami ke atas isterinya ialah isteri tidak meninggalkan tempat tidur suaminya, hendaklah bersikap sabar dengan sumpah suami, tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami dan tidak membenarkan orang yang dibenci oleh suami masuk ke dalam rumah.” (Riwayat al-Tabrani)

Tanggungjawab suami terhadap isterinya

عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ ، أَنَّهُ سَأَلَهُ رَجُلٌ ، مَا حَقُّ الْمَرْأَةِ عَلَى زَوْجِهَا ؟ قَالَ : ” أَنْ يُطْعِمَهَا إِذَا طَعِمَ ، وَيَكْسُوَهَا إِذَا اكْتَسَى ، وَلا يَضْرِبَ الْوَجْهَ ، وَلا يُقَبِّحَ ، وَلا يَهْجُرَ إِلا فِي الْبَيْتِ

Maksudnya: Daripada Rasulullah SAW bahawasanya baginda telah ditanya; Apakah hak seorang isteri ke atas suaminya? Rasulullah SAW menjawab: “Memberi makan bilamana kamu makan, memberi pakaian bilamana kamu berpakaian dan tidak memukul muka, tidak menghina dan tidak meninggalkannya melainkan di rumah yang menjadi tempat kediaman.”

(Riwayat Ibn Majah)

MENUNTUT FASAKH (TUNTUT BUBAR PERKAHWINAN)

Islam tidaklah bersifat menginaya khususnya kaum wanita. Jika sekiranya berlaku kezaliman dan penindasan terhadap wanita khususnya yang bergelar isteri, syarak memberi ruang untuk mereka menuntut keadilan dan mencari kedamaian dalam sanubari. Harus bagi isteri untuk menuntut pembubaran ikatan perkahwinan antaranya dengan suaminya jika sekiranya tidak didapati jalan penyelesaian yang memberi keadilan dan kebahagiaan untuk dirinya.

Memahami perbezaan Talak (Cerai) dan Fasakh

Namun sebelum itu si isteri yang terinaya dan ingin menuntut keadilan hendaklah memahami perbezaan antara Talak dan Fasakh. Ia merupakan dua cara pembubaran perkahwinan yang berbeza. Perbezaan dapat dilihat dari beberapa aspek:

PENGERTIAN TALAH (CERAI)

1)     Perbezaan daripada segi makna. Talak jatuh atau gugur disebabkan akad yang sah dan ia adalah hak suami secara mutlak. Manakala fasakh pula disebabkan perkara yang mendatang ke atas akad yang menghalang kekalnya perkahwinan atau kecacatan masa akad. Contoh perkara yang mendatang ialah salah seorang dari pasangan gila. Manakala contoh kecacatan semasa akad ialah seperti perkahwinan kanak-kanak yang masih belum baligh.

2)     Dari segi kuasa atau hak. Kuasa talak adalah bagi suami semata-mata.

3)     Dari segi mahar, jika talak berlaku sebelum persetubuhan, si suami wajib membayar separuh daripada mahar musamma. Jika tidak maka isteri berhak mendapat hak mut?ah. Manakala fasakh yang berlaku sebelum persetubuhan, tidak ada hak mahar bagi isteri. Jika fasakh yang berlaku selepas persetubuhan maka isteri berhak mendapat mahar musamma sepenuhnya.

4)     Perbezaan lain dari segi bilangan talak. Sekiranya gugur talak maka, lafaznya itu akan mengurangkan bilangan talak. Tetapi fasakh tidak memberi kesan kepada bilangan talak, dengan kata lain ia tidak akan mengurangkan bilangan talak.

PENGERTIAN FASAKH

Fasakh ialah membatalkan pernikahan dengan kuasa hakim Syar’ie kerana tidak memenuhi syarat-syarat ketika akad atau terdapatnya kecacatan pada isteri atau suami. Fasakh ini diperuntukkan bagi membela hak si isteri yang tidak ditunai oleh si suami atau perkahwinan yang membawa mudarat kepada si isteri.

Fasakh boleh berlaku kerana:

  • Terdapatnya kecacatan ketika akad seperti tidak menepati syarat-syarat pada rukun nikah.

Terdapatnya kecacatan pada rumahtangga yang disebabkan oleh suami. Diantara sebab yang mengharuskan si isteri menuntut fasakh ialah:

  1. Suami tidak memberi nafkah kepada isteri.
  2. Suami zalim, iaitu selalu menganiaya isteri seperti memukul, mengugut, atau tidak melayan isteri.
  3. Mempunyai Aib atau kecacatan.

KEHARUSAN ISTERI MENUNTUT FASAK

Isteri merupakan amanah Allah SWT kepada si suami. Amanah ini meliputi dalam persoalan memberi nafkah makan minum tempat tinggal, pakaian serta keperluan-keperluan asasi serta melayan dan bergaul dengan baik, termasuk menjaga keselamatan isteri dan anak-anak.

Apabila si suami tidak lagi mengendahkan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga, maka tidak salah si isteri meminta fasakh daripada hakim Syar’ie untuk memisah atau membatalkan pernikahan mereka.

Seorang isteri yang tampil memohon fasakh dengan alasan yang munasabah tidak dikira berdosa, kerana Islam memperuntukkannya demi memelihara kemaslahatan ummah.

Sebab itu di antara hikmah fasakh ialah:

  1. Mengelakkan isteri dianiayai oleh suami.
  2. Keadilan hukum Islam kepada hambanya, kerana suami mempunyai kuasa talak dan isteri mempunyai kuasa meminta fasakh.
  3. Mengeluarkan isteri dari belenggu kehidupan yang tidak keruan, serta kehidupan yang penuh kesengsaraan, ini kerana setiap insan di atas muka bumi ini berhak hidup harmoni.

PENUTUP

Semoga dengan maklumat berkaitan isu rumahtangga ini akan memberi sedikit ruang untuk kita berfikir dan bermuhasabah khususnya bagi pihak suami dan isteri sebelum dengan mudahnya ingin membubarkan perkahwinan. Ingatlah perkahwinan adalah suatu ibadah yang bukan hanya untuk menghalalkan hubungan lelaki dan wanita tetapi ia berperanan lebih daripada itu. Perkahwinan adalah medan untuk berbakti dan menghasilkan pahala serta keredhaan Allah SWT dalam kehidupan ini. Sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW, mafhum hadis: “Perkahwinan adalah sebahagian daripada agama, maka apabila berkahwin seseorang kamu telah sempurnalah sebahagian agamanya dan sempurnakanlah sebahagiannya lagi.”


[1] Hadis diriwayatkan oleh Al-Imam Ahmad rh di dalam musnadnya ( 5 / 277 ) , Al-Imam Abu Daud ( 2 / 2226 ) , Al-Imam at-Tirmizie rh ( 3 / 1187 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 1 / 2055 ) , Al-Imam Ibnu Hibban rh ( 6 / 191 Ihsan ) dan Al-Imam al-Hakim rh di dalam Al-Mustadrak ( 2 / 2002 ) . Al-Imam at-Tirmizie rh mengatakan hadis ini berstatus HADIS HASAN , manakala Al-Imam al-Hakim rh pula mengatakan ia berstatus HADIS SAHIH MENURUT SYARAT al-Imam al-Bukhari rh dan al-Imam Muslim rh , dan ia disokong oleh Al-Imam az-Zahabi rh serta dianggap sahih oleh Syeikh al-Albani rh ( Sahih al-Jamie’ as-Soghir : 1 / 2706 ) .

About Mohamad Zaki Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 12 Februari 2013, in Naib Khadi. Bookmark the permalink. 95 Komen.

  1. Saya mohon pendapat, jika berlaku pertelingkahan, si isteri mengeluarkan kata-kata kesat di hadapan ahli keluarga isteri, selepas itu, suami, disebabkan perasaan marah telah meninggalkan rumah tetapi masih memberikan wang untuk nafkah isteri.

    Keadaan itu berlanjutan melebihi 2 bulan, si suami masih pulang tetapi tidak tidur bersama isteri kerana isteri tidak pernah meminta maaf atas perlakuannya dan tetap dengan pendirian bahawa suaminya bersalah, walaupun suami bersikap jujur terhadap isteri.

    Apakah hukumnya & apakah sepatutnya tindakan lanjutan si suami & isteri?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Assalamu’alaikum Puan Mia,

      Perselisihan pendapat sering berlaku sehingga kadangkala berlanjutan sehingga terjadinya pertengkaran. Suami atau isteri hendaklah saling hormat menghormati pasangan masing-masing dan berlapang dada dengan kekurangan pasangan. Cara yang terbaik adalah dengan saling memohon kemaafan kepada pasangan masing-masing setiap malam sebelum tidur.

      Dalam keadaan yang puan nyatakan seeloknya bermaafanlah walaupun si isteri merasakan dia betul. Selepas itu bawa berbincang dengan cara yang baik dengan tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi dalam nada mengajak untuk menginsafi tanggungjawab masing-masing.

      Ingatlah marah yang keterlaluan adalah disebabkan dosa-dosa yang diabaikan dari bertaubat. Sifat marah keterlaluan dan tidak bertempat juga akan menjatuhkan maruah dan harga diri.

      Terima kasih, moga beroleh kedamaian jiwa. Wallahuaklam.

  2. Assalam…
    Saya pohon tuan beri pandangan ttg perkara yg mbelenggu hidup saya ini.
    1) apakah hak seorang anak perempuan thadap kedua ibu bapanya setelah bkahwin?
    2) adakah dikira derhaka kpd ibu bapa sendiri jika ingkar dgn permintaan / kemahuan mrk krn suami tidak membenarkannya? Cth. Balik kg semasa cuti / raya. (Tiada penggiliran)
    3) berusaha utk berbincang ttp suami bkeras mgatakan jika masih mahu bgilir balik kg,saya dikira derhaka / tidak taat padanya… suami bg rasioanal knp,tp isteri (saya)tidak bsetuju dgn rasional itu.
    mohon dibalas melalui email di atas. Terima kasih atas pandangan.
    Wassalam.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam puan puteri,

      Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini telah diserahkan oleh bapa wanita tadi kepada suaminya.

      Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan si isteri ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

      Pihak suami perlu ingat bahawa setelah dia mengawini wanita tersebut, ibu bapa mertuanya telah menjadi mahramnya yang sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Si suami bukan hanya mengahwini isterinya sahaja tetapi dia perlu membina hubungan silaturrahim yang erat antaranya dengan keluarga si isteri. Perlulah diberi kasih sayang dan dipenuhi segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan. Malah si suami dianggap derhaka sekiranya menimbulkan perasaan benci atau tidak suka di hati ibubapa mertua.

      Kedua-duanya (suami dan isteri) wajib berbuat baik kepada kedua orang tua (kedua-dua belah pihak) selagi ada hayatnya di dunia ini. Berbuat baik dalam erti kata menyenangkan hati kedua-duanya dan menjaga serta memberikan apa-apa keperluan mereka. Anak perempuan tidak terlepas dari segi tanggungjawab untuk berbakti kepada orang tuanya. Si suami hendaklah memahami situasi ini dan dia tidak boleh hanya mementingkan dirinya dan keluarganya sahaja.

      Dalam Islam, lelaki adalah ketua keluarga, sebab itulah anak lelaki diberikan lebih tanggungjawab untuk menyara orang tuanya walaupun selepas berkahwin jika dibandingkan dengan perempuan yang kurang tanggungjawabnya untuk berbuat demikian selepas berumah tangga. Sebab itulah dalam Islam anak lelaki beroleh 1/2 nisbah faraid berbanding dengan anak perempuan, ini menunjukkan betapa Islam menghargai tanggungjawab yang dipikul oleh anak lelaki sebagai ketua keluarga.

      Namun pendapat yang mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.

      Di zaman sekarang telah berubah, semua perempuan telah berkerjaya, seharusnya kedua-duanya anak lelaki dan perempuan sama-sama membantu untuk menyara kedua ibu bapa mereka yang telah tua sebagaimana kedua ibu dan bapa telah menyara mereka semuanya.

      Walaubagaimana pun sebelum apa-apa bantuan yang ingin diberikan, isteri perlulah meminta keizinan dan redha daripada suami. Sesungguhnya seorang suami yang Mukmin tidak akan menghalang sekiranya isterinya ingin membantu dan memberi khidmat kepada kedua ibu bapanya yang memerlukannya. Isteri perlu faham bahawa redha Allah bergantung kepada redha suami tetapi bagi anak lelaki redha Allah bergantung pada redha ibu bapa.

      Moga puan mampu berbincang dengan cara yang baik bersama suami. Kesabaran puan melayani karenah suami akan diganjari pahala yang melimpah ruah biarpun terpaksa memendam perasaan. Allah SWT tetap akan memberi yang terbaik kepada kita. Insya Allah.

      • Kemusykilan yang sama tapi sudah parah.
        Suami seorang yang sangat keras ayatnya. Marah tak tentu pasal. Benci ahli keluarga isteri. Tidak diizin isteri berjumpa kelurga isteri. Jika kelurga isteri datang ziarah pun tak dibenarkan.
        Kadang dizinkan tapi selepas datang mereka dimalukan, kadang tidak dilayan, dan sentiasa sakiti isteri kerana keluarga isteri datang ke rumah.
        Suami tak benarkan isteri balik kampung.. Sudah bertahun tidak berjumpa saudara mara.
        Hanya dibenarkan berjumpa kluarga suami. Hampir setiap minggu jumpa family suami sahaja. Bahkan disuruh layan keluarga suami dgn baik, suruh masak apabila mereka datang ziarah. Hmmmm… Sangat tidak Adil.
        Untuk pengetahuan, keluarga isteri tidak pernah bergaduh dgn suami mahupun komen tentang perangai suami. Mereka selalj beri kekuatan kepada isteri supaya bersabar.
        Anak2 pula tidak dibenarkan bergaul dengan keluarga isteri. Anak2 hanya boleh bergaul dengan ahli keluarga suami.
        Di rumah ada maid. Tapi maid dihantar ke rumah ibunya untuk membantu buat kerja harian. isteri tidak kisah.
        Tapi maid tak boleh tolong ibu isteri atu keluarga isteri disaat diperlukan.. Contoh waktu akak berpantang ibu isteri jaga. Ibu jatuh sakit. isteri minta izin suami supaya maid dihantar sehari dua ke rumah akak.. Tapi tidak dibenarkan.
        Selain itu, suami sanggup ambil maid dan bayr rm700 sbln.. Sanggup bayr duit agen rm8k unt ambil maid..
        Tp xsanggup beri duit hantaran. Ye keluarga isteri sememangnya tidak pernah menerima duit hantaran unt anak
        Perempuan. Dia tidak bersyukur pun. Malahan isteri tidak dapat nafkah bulanan. Suami sgt mampu, tp dia abaikan. Dulu tiada maid pun isteri tidak dpt duit belanja. Isteri sgt sedih kerana belajar tahap master dibelanji oleh mak ayah, tp tidak dapat membantu sesen pun pada mak dan ayah. Ayah sudah tiada. Mak lebih memerlukan bantuan anak2. Tp isteri tidak dpt membantu langsung.
        Sudah 6 tahun begini.
        Suami seorang yg panas baran. Marah dan herdik isteri depan public. Sangat memalukan.. Isteri pernah marah suami semula kerana sudah tidak tertanggung. Suami ugut akan pukul dan minta isteri naik mahkamah jika tak suka. dan ugut hak anak2 tidak akan diberi pd isteri kerana dia ada contct org dlm di mahkamah.. Kerana dilema tersebut isteri diam dan teruskn hidup dgn suami kejam ni.
        Anak sudah dua, suami masih tidak berubah, malahan tidak menunaikan hukum agama seperti solt dan puasa. Suami buat ikut suka Hati.
        Isteri tu masih berdiam diri..orang sekeliling tahu akan hal ini tapi tidak mampu berbuat apa2 kerana suami ada contact kuat dgn dato’2.
        Adakah isteri nusyuz jika ada perasaan marah pd suami Tersebut?
        Ibu suami pula membiarkn anak lelakinya bersikap demikian, walhal ibu bapa suami adalah haji dan hajjaj berkali2.

  3. Assalamualaikum, mohon tuan beri pencerahan,boleh ke isteri meminta fasakh atas sbb2 dibawah?
    1) Suami tidak mengambil berat soal agama. Tidak nampak keinginan utk memperbaiki diri dan keluarga
    2) Hal urusan rumah tangga dan anak2 diserahkan sepenuhnya kepada isteri sedangkan isteri juga bekerjaya.
    3) Sebahagian besar keperluan keluarga ditanggung oleh isteri kerana suami berpendapatan sederhana.
    4) Mudah marah dgn isteri dan anak2 tidak kira waktu dan tempat.

    • Wa’laikum salam Pn Liyana,

      Apabila seorang wanita berkahwin sebenarnya ia bersetuju untuk berkongsi hidup dengan pasangannya sehidup semati dan sehingga berjumpa di syurga nanti. Di syurga nanti jika ia terpilih memasuki syurga ia akan bertemu dengan suaminya dalam rupa yang lebih sempurna. Jika suami seorang yang beriman dan beramal sholeh maka segala kebaktian isteri dalam hidup bersusah payah dengan suami akan diberi ganjaran yang besar oleh Allah. Keadaan ini dapat disaksikan dimana seorang isteri sanggup berhijrah bersama suami ke Madinah di zaman awal kebangkitan islam.Mereka sanggup hidup susah bersama suami mereka yang berhijrah sehelai sepinggang semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Bagi suami yang tidak mengambil berat tentang agama maka isteri boleh cuba menasihati dengan pelbagai cara yang berhikmah seperti mengajak ke majlis ilmu. Meminta bantuan ustaz yg mengenali suami untuk memberi nasihat dll lagi cara. Sekiranya masalah ini tiada jalan penyelesaian barulah isteri boleh meminta nasihat dari pihak yang bertanggungjawa terlebih dahulu sebelum permohonan fasakh dijalankan. Ramai wanita yang berjaya menjadi penghulu syurga kerana kesabaran mereka hidup bersama suami mereka.

      Bagi urusan rumah tangga dan anak2 diserahkan sepenuhnya kepada isteri sedangkan isteri juga bekerja adalah sesuatu yang amat membebankan isteri lebih2 lagi jika keadaan kasih sayang tidak wujud dalam rumahtangga. Jika cinta tersemai di hati maka lautan api sekalipun boleh diredah. Sekali lagi isteri kena membantu suami untuk sedar akan tanggungjawab suami terhadap keluarga. Suami kena sedar tujuan perkahwinan ialah untuk mendapat keredhaan Allah. Jika membiarkan semuanya terpikul di atas bahu isteri tanggungjawab adalah suatu kezaliman. Keadaan ini mungkin disebabkan latarbelakang suami dan masyarakat melayu dimana lelaki agak dominan dalam keluarga. Ada di antara suami yg masih berfikir melakukan kerja rumah adalah kerja isteri didalam rumah. Isteri sepatutnya cuba berbincang dengan pihak suami. Sekiranya gagal maka isteri boleh meminta faskh jika takut mengganggu emosi dan ketenangan diri.

      Siti Khadijah juga telah membelanjakan seluruh hartanya untuk suami beliau, keluarga dan perkembangan islam. Jika isteri melihat kepada keredhaan Allah maka perkara ini akan kelihatan kecil. Tetapi jika melihat kepada harta benda maka tiada jalan lain dari fasakh kerana suami telah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Zaman berubah dan keperluan juga berubah. Jika dizaman dahulu kewajipan suami sekadar menyediakan makanan dan tempat tinggal. Tetapi zaman sekarang manusia sentiasa berlumba2. Tidak cukup kalau duduk flat akan dipandang suami tidak menjalankan tanggungjawab. Tidak cukup pakaian lima pasang untuk isteri maka kerana hendak hidup lebih selesa ada di antara suami yang membenarkan dan ada yang memaksa isteri bekerja. Tujuannya untuk keselesaan bersama. Masalah timbul bila ada sifat tamak dalam diri masing2 dan mula berkira. Jika isteri mengira hak yang patut ia dapat dan suami juga begitu. Akhirnya kehidupan berkeluarga menjadi satu perniagaan yang akhirnya tidak menguntungkan sesiapa. Selain dari mewujudnya perasaan kebencian dan dendam dihati pasangan masing2. Perasaan dendam dan ketidakpuasan hati ini ditunjukkan dengan pelbagai cara seperti berlaku pertengkaran yang tidak ada penghujung, sikap panas baran, memukul anak-anak. Hilang rasa tanggungjawab dan lain2 lagi tindakan negetive yang kelihatan seperti masalah sebelah pihak tetapi puncanya adalah bersama.

      Bila suami memendam rasa tidak puas hati dengan isteri yang berkira setiap jasa yang dibuat oleh isteri samaada sumbangan wang ringgit dan tenaga maka lahirlah perasaan negatif itu dari tingkah laku suami seperti mudah marah dgn isteri dan anak2 tidak kira tempat dan waktu. Penyelesaiannya suami isteri kena duduk berbincang dan mencari penyelesaian bersama. Suami mungkin iri hati dengan wang simpanan isteri yang banyak kerana bergaji tinggi yang disimpan untuk diri isteri sendiri. Isteri mungkin duduk mengira sikap pemalas suami yang tidak membantu yang sebenarnya sikap itu lahir sebagai sikap protest terhadap isteri yg tidak memahami. Kadang2 isteri meminta cinta suami untuk dirinya dan keluarga tetapi di mata suami kelihatan seperti isteri memaksa suami untuk menyintainya. Orang lelaki ada ego. Jadi bila caranya seperti memaksa maka tidak dihiraukan akhirnya berlakulah keretakkan rumah tangga. Isteri tidak seharusnya membebankan suami dengan tanggungjawab yang tidak boleh dipikul oleh suami. Jangan menbandingkan suami dan keluarga dengan orang lain. Semua orang ada masalah dan kelebihan masing2 dalam keluarga mereka. Ramai orang yang suami kaya raya juga isteri mereka minta fasakh. Kalau hidup berlandaskan harta tak kemana. Tujuan perkahwinan awal ialah untuk membina keluarga bahagia bersama. Suami isteri ialah pakaian masing2 sentiasa lengkap melengkapi. Kalau suami tampan isteri kurang, kalau isteri cantik suami kurang tampan. Isteri gemuk suami kurus. Isteri bergaji besar, suami bergaji kecil. Suami kaya tapi tua dapat isteri muda. Isteri muda dan cantik dapat suami orang. Semua dah ditakdirkan. Jadi selalu bersyukur dengan anugerah Allah lebih baik daripada mencari kelemahan masing2.

      • ummi zahrataini

        Isteri tidak terasa bila perlu berkorban wang ringgit, tapi wujudnya perasaan terbeban dan tidak puas hati apabila suami tidak menghargai isteri yang menjadi isteri, ibu dan bekerja pada masa yang sama dan suami yang tidak membantu dan menganggap kerja-kerja rumah dan hal anak2 diserahkan bulat-bulat kepada isteri. sementelahan pulak, sara hidup perlu dilunaskan isteri dan suami berbelanja pun menggunakan pendapatan isteri. isteri terpaksa terus bekerja untuk menyara hutang pinjaman dan sebagainya(bersendirian) balik rumah memikirkan urusan keluarga, rumah tangga, anak2 dan sebagainya, suami tau komplen ja. nak tuntut fasakh, ibu bapa suami tak benarkan…

  4. Salam..
    Sy adelah wanita yg berkahwin 7tahun,
    Sy berkahwin sejak umur 18tahun hingga skrg,umur 25.. Perkahwinan sy diatur oleh keluarga, arwah ayah yang syg sgt dengan lelaki tu..masalah sy disini,sy tidak pernah mempunyai apa2 perasaan dengannya dari mula kawen smpai sekarang, sy dah cuba mcm2 cara, bahkan dh buat rawatan islam sume sebab ‘kononnya’ sy ade masalah hati dan gangguan jin syaitan .. sy laksanakan semua tggjwp sebagai seorg isteri,tapi sy masih x rasa apa2, cinta, rindu jauh sekali.. bila sesekali trnampak madu2 sy brmesra dgn dia pun sy x rasa apa.. bahkan tumpang gembira sbb mereka mesra.. sy xtau apa yang harus sy buat supaya sy boleh terima dia dalam hati, utk pengatahuan ustaz,sy xde boyfren pun yg mmpengaruhi sy .. sy makin buntu,bahkan terlalu tekanan.. dia bukanlah org senang yg boleh bagi macam2,tapi tu bukan msalah buat sy, yg mnjadi masalah ialah sy xmampu terima dia dlm hidup sy, bila brsama dia,sy rasa trseksa dan tak rela.. dan akhirnya setelah pendam 7 tahun menderita perasaan,sy nak ambil keputusan utk berpisah,sy dah nyatakan pada dia,dia cume diam tanpa bahasa..dia cume mendiam sebulan,dua bulan, tiga bulan dan seterusnya smpai saat ni.. sy dh tekad, jika masih tiada kata putus,sy nak minta fasakh..sy dh terlalu tekanan dgn status isteri,sedangkan sy lgsung tiada perasaan dengannya.. layakkah sy minta fasakh? sedangkan dia suami yang baik,dan madu sy juga baik ..tapi sy yang x boleh terima dgn prkahwinan ni,dan sy msih belom dianugerahkan cahaya mata pun lagi (madu sy kata suami sy mmg ada msalah sikit utk dapatkan anak,sebab tu anak mereka sorang saja).. sy cume mahukan kehidupan biasa, tanpa sy perlu hadapi tekanan perasaan mcm ni..kadang2 sy cube brsabar dan tetap prtahankan prkahwinan ni,tapi byk kali rasa mcm nak bunuh diri sebab tak mampu..Tlg bagi pndgan..

  5. Salam..saya nak tanya,saya bkwin 27 hbln 2 2013.

    Bolehkan isteri saya mengadu di pjbt kadi untuk mintak saya ceraikan dia dgn sbb..
    1.saya tidak bagi nafkah
    2.saya suka marah
    3.tidak ada perasan sayang lagi.
    Alasan saya pulak..
    1.ms khwin sy buat loan bank dgn bsetujuan bsama..dan sy dan isteri stuju untuk bayar bsama,memandangkan gaji sy kecil..saya hnya mampu byr sewa umh..byr loan, bil dan minyak kereta..manakala isteri sy stuju untuk sara keperluan dapur..balance gaji sy smpn untuk kecemasan atau keperluan lain.dan sy pun ada bg duit saku tetapi tidak r bnyk..jikalau sy ada ada 50,sy bg dia 25..sy 25..tetapi skrg dia ckp sy xpnh bg nafkah.
    2.saya mrah sbb isteri sy tidak mahu dengar bila sy nasihat..tidak suka solat,suka main fb dgn lelaki..suka myakiti hati sy..cakap kasar dan suka tinggi suara bila sy nasihat.suka mgadu mslh rumahtangga pada mak mentua sy..mcm 2 lg r..terus terang saya hanya mnasihat tetapi dia terus marah2 dan mcari salah sy,hinggakn mak mentua mnuduh saya suka cari gaduh dgn anknya..
    3.sbnarnya dia skrg sbuk dgn wechat, fb dgn laki..sy nasihat dah xnk dgr..tmbh lg sy skrg bjauhan .bila sy tgr dia mgadu dkt org tua dia..hingga sy dipaksa ceraikan isteri sy..dan tdk dibenarkan jumpa lg.mak mentua sy pun dah xnk ckp dgn sy..mrah sbb sy suka cari pasal..isteri sy pulak dah macam bkn isteri sy dah..xbg sy msj..xbg sy call dia..fb sy dia block..pic tukar dr tudung skrg buka mcm untuk mnarik phatian laki..langsung xrasa bdosa ..klu sy nsht , dia maki hamun sy..dan mintak sy ceraikan dia alsn xnk tmbah dosa.mgaku curng dgn sy..

    Saya nk pandang dan nasihat ,apa yg perlu sy lakukan? Mslh ni mlibatkan org tua..org tua suka mask campur shingga isteri sy skrg tidak hormat pada sy lg..

  6. Salam
    saya telah berkhawin selma 2thn..dh baru 3 bulan kami dikurniakan cahaya mata.sejak kami berkhawin,kami tidak tinggal sebumbung atas sebab perkejaan.dan kami juga sering bertengkar.pernah suami memukul saya dan terdapat kesan lebam.ketika kandungan saya usia 8bulan,suami menghantar sms ‘Kita bercerai,aku nak,kau macam mana?’. disebabkan sms tu sy memberi tahu pada keluarga saya,ketika sy 25hari dalam pantang,keluarga saya membawa saya ke pejabat agama untuk membuat aduan.Dan kes ini telah dibicara,dan hakim memutuskan kami masih sah suami isteri. tetapi keluarga saya mendesak sy untuk membuat tuntutan fasakh. dengan keadaan saya yang belum sihat dan masih tidak boleh berfikir mana yang baik dan apa yang harus sy lakukan,sy pn setuju menfailkan fasakh.Tetapi setelah sy fikir perlahan-lahan,sy tidak setuju dan keputusan saya ingin teruskan hidup bersama suami.tetapi keluarga saya menghalang,dan sekiranya saya tak meneruskan permohanan fasakh,seolah-olah saya membunuh ibu bapa saya.yang membuatkan saya sedih,permohonan fasakh tidak boleh ditarik balik.. bantu lah sy,adakah sy perlu ikut cakap ibu bapa saya atau terus bersma dengan suami sy.

  7. As salam,
    Disini saya ingin bertanya apakah layak untuk sy tuntut fasakh drai suami atas sebab tertentu seperti dibawah:-
    1-suami tidak bersikap jujur dan suka menyembunyikan hasil pencarianya (gaji) dan lebih utamakan memberi nafkah kpd anak2 dari hasil perkahwinan nya pertama dbandingkn sy dan anak2 yg ada dpn matanya skrg
    2-kami selalu begaduh w/p perkara kecil bole dkatakan setiap hari, dan paling menyedihkan sy bila setiap kali bergaduh dia slalu ckp sy bodoh, sombong,sial dpn anak2, sy sedih sgt sbb sy teman tidur nya yg setia.
    3-nafkah bulan2 dia bg pn cukup2 tanggungan untuk comitment byr taska,dapur dll hutang dlm rumah dan sy x penah dpt duit poket sejak kahwin, alasanya sy berkerja, sdgkn hasil gaji sy pn cukup2 byr rumah,utility dan keperluan pakaian sy dan anak2.
    4-bila meminta sedikit brg untuk anak2 dia akn ckp xde duit tp bila anak2 dia yg dari janda nya tu sumua dia tunaikan, nak masuk kelas musik,kelas tekowando dll. sekolah pun swasta byr bulanana 300-400
    5-suami sy lebih suka habiskan masa dia dgn bermain sukan/jmp kwn di luar hampir setiap mlm dan dia akan blk pun smpi lewat 2-3 pagi.

    sy amat buntu dan amat tertekan akan hal ini sejak perkahwinan 6 tahun lalu, skrg kami d kurniakan 2 cahayamata perempuan 2 dan 4 tahun. tolong lh sy ingin hidup yg lebih ceria dan bhagia bebas dari tekanan rumahtangga ini.

    Terima kasih,

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Puan puterijb,
      Saya mendoakan puan tabah menghadapi ujian ini. Ujian akan mematangkan kita. Tanggungjawab suami puan sebenarnya banyak khususnya dari segi nafkah untuk anak-anak, termasuklah anak-anak bersama bekas isterinya juga perlu ditunaikan.

      Sebaiknya puan cuba memahami situasi suami dengan cara berbincang. Elakkan bersangka buruk. Suami akan lebih menghargai puan kalau puan dapat menyelami perasaan dan kehendaknya. Permulaannya memang sukar kerana masing-masing ada sifat ego. Namun puan kena mulakan terlebih dahulu, insya Allah. Kemudian jangan abaikan hubungan kita dengan Allah SWT, kerana padanya kunci kebahagiaan dan kunci segala keperluan hidup kita di dunia dan akhirat.

      Kejayaan dan ketenangan kita terletak kepada betapa kuatnya kita bergantung harap kepada Allah SWT disamping memohon petunjuk untuk berusaha membaiki keadaan. Hasrat untuk menuntut fasakh itu walaupun harus namun usah difikirkan lagi. Belajarlah untuk menerima takdir, kerana ketentuan itu sudah pasti. Cuma perkuatkanlah hubungan kita dengan Allah melalui perlaksanaan terhadap suruhannya. Jagalah tingkah laku kita kerana di situ letaknya bantuan Allah untuk kita berjaya mengharungi segala ketentuanNya.

      Saya doakan puan tabah mengharunginya… bahtera rumahtangga tidak selalu damai, ombak dan badai pasti datang silih berganti, kuatkan hati untuk tabah mengharungi, kebahagian hakiki pasti dimiliki.. Insya Allah.

      • Umi Zahrataini

        Masalah saya pula, suami seorang pemikat burung. banya burung yang dikurung di dalam sangkar. saya tidak setuju, tapi mertua menyokong kerana alasannya minat. tapi apa untungnya bila ada diantara burung-burung tersebut mati kelaparan? nak harapkan duit jual burung2 yang dipikat tu nak sara isteri?

      • Assalamualaikum…bagaimana dgn mslh saya en…suami saya boleh dikira kaki judi kaki dadah w/p bekerja tetap..setiap sebulan 2 dia bagi duit utk belanja dapur dn byr upah jaga anak 2 org lepas tu bulan seteruanya dia tak bagi langsung..keadaan berterusan berulang-ulang..setiap bulan saya terpaksa menagih duit dgn suami spy bagi duit belanja.sya juga bekerja tetap tp duit gaji saya utk bayar kereta dan beli lampin susu anak dan utk belanja minyak pergi balik kerja.suami saya tidak ada kereta,rumah pun diam di kuaters.bil api air xbyr…saya yg bayar itupun kalau ada lebih dr byr upah dan beli brg dapur.sampai saya tawar hati nk hidup dengan nya.jgn kata nk beli rumah jgn kata nk beli kereta lebih selesa utk anak2.lesen memandu pun dia langsung xda.sya suruh ambil lesen pun dia buat xtahu.bila saya minta duit sia cakap sabar..sabar…ada nanti..tp bila tiba hari gaji sedar2 duit dah xde..dia cakap semua dah habis pakai bayar hutang orang.masalahnya lepas gaji bila saya tanya dah hbis bayar ke.dia akan cakap dah settle…tp bila bulan depan perkara yg sama akan berulang2..begitulah selama kami kahwin 5 thun..brg emas saya dh hbis digadai untk mengisi perut kmi 3 beranak.bila saya cakap kat suami duit xda nk beli pakai masak malam.dia akan jawab saya xmakan mlm lagi td dh mkn di rumah mak.dia lgsg xongat yg saya dan anak2 nk makan apa.soalan saya encik patutkah saya tgu dia.saya dh cuba ajak berbincang dia akan mengelak.air mata saya dh banyak keluar.hati saya bagai disayat2..dia cakap sayangkan keluarga tp bila ada duit dia akan hilang pergi berjudi mbil dadah..saya dah berapa kali jumpa dirumah sepanjang usia perkahwinan.

  8. Saudara,
    Saya sblum ini bahagia dgn suami..dan dikurniakan 4 org ank.. Sudah 17 tahun perkahwinan kami.. Tiba2 awal jan 2014 saya dikejutkan dgn madu yg sudah ada anak seorg.. Bagai halilintar saya mndpt berita ini..buat pengetahuan saudara suami saya kerja d kl manakala saya di kedah.. Tiap2 minggu dia akan balik ke rumah. Mulanya saya nk redho tetapi susah nk diterima.. Saya rasa kepercayaan saya dan kasih sayang dikhianati.. Dan hilang sudah perasaan cinta saya pada suami.. Dia kurang dalam memberi perhatian dan kasih sayang pada saya mahupun ank2.jiwa kami tertekan walaupun dia bagi nafkah setiap bulan.. Boleh kah saya menuntut fasakh?

  9. Saudara,
    Saya hendak bertanya bolehkah seorang isteri meminta fasakh jika suami tidak memberikan nafkah batin..

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Puan syai,

      Jika suami tidak menjalankan tanggungjawabnya memberi nafkah, puan berhak menuntutnya dan harus meminta fasakh.

      Namun yang terbaik puan dan suami hendaklah berusaha mencari jalan penyelesaian dengan cara berbincang dari hati ke hati tentang masalah yang dihadapi. Puan tidak sepatutnya terburu-buru. Banyak sudut yang perlu diperhatikan. Dari sudut diri puan tentang tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, begitu juga suami. Mungkin di sana terdapat persoalan yang belum dirungkai.

      Moga puan akan menemuinya nanti. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT. Jadikan perkahwinan dan rumahtangga sebagai ibadah.

      • Salam, saya ingin bertanya.. bagaimana bentuk pembuktian di mahkamah untuk perkara tidak menjalankan tanggungjawab nafkah batin dalam tempoh setahun? adakah bukti lisan oleh isteri sudah mencukupi? terima kasih.

  10. Assalam,sy ingin mengetahui tentang hukum dan tindakan suami saya meninggalkan rumah kelamin sejak sebulan lalu,tanpa meninggalkan berita dan pesan,sy cuba menghubungi tetapi gagal kerana suami enggan berbincang mengenainya.tiba2 selama dia meninggalkan rumah saya terima surat daripada mahkamah yg memaklumkan suami ingin menceraikan saya di luar pengetahuan saya.apakah tindakan harus saya ambil?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam…

      Saya cadangkan puan merujuk kes ini di Pejabat Agama yang terdekat.. Semoga masalah puan dapat ditangani, insyaAllah.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam puan dianne,

      Saya mencadangkan puan merujuk ke Pejabat Agama yang terdekat untuk merujuk kes tersebut.

      Moga puan tabah menghadapi segala rintangan dalam hidup ini. Kuatkan hubungan kita dengan Allah. Berdoa dan terus berdoa mohon ketabahan dan petunjuk daripadaNya.

  11. Assalamualaikum… sekarang sy mengalami masalah rumahtangga.. skg sy cukup trseksa dan sengsara… saya yakin semua ini ada hikmahnya…

  12. Assalamualaikum..

    Apakah hukumnya seorang isteri yg meminta cerai kerana suaminya tidak boleh terima kedua ibubapa isteri dan dalam masa yang sama suami bersikap biadap dan kurang ajar dengan mereka?

  13. Assalamualaikum..
    Saya telah mendirikan rumahtangga selama 6 tahun bersama suami dan kami mempunyai 2orang anak yang bersekolah..saya menghadapi masalah suami yang panas baran dan kuat cemburu…untuk pengetahuan tuan diawal perkahwinan kami tidak mendapat restu dari keluarga saya..selepas 2 tahun, keluarga saya secara perlahan mnerima suami…masuk tahun ketiga perkahwinan suami menunjuk kan sikap belang nya yang panas baran dan suka memukul saya jika mendapati saya tidak memuaskan hati dia..saya pernah failkan fasakh atas dorongan keluarga akan tetapi suami merayu dan berjanji akan berubah malang nya selepas 7 bulan suami kembali ke perangai yang lama tambahan dia langsung tak mahu bekerja sehingga nasihat keluarganya sendiri pun tidak diambil kisah..suami mempunyai sikap buruk yang suka berjudi dan suka memaksa saya untuk meminjam duit sesiapa saja asalkan hati nya puas..
    Jalan apa yang saya harus ambil sedang nk”slow talk” atau berbincang cara baik pun dia tak nak…perlu ke saya ke pejabat agama untuk memfailkan semula fasakh dan keluar dari belengmasalah ini dengan berpisah dengan suami??apa hukum nya jika saya meminta cerai dari suami??saya buntu..minta pertolongan dari tuan untuk memberi saya sedikit cara yang munasabh untuk saya membuat tindakan..
    terima kasih..

  14. Hashimah Ahmad

    Assalamualaikum
    Saya telah ditinggalkan suami hampir 5 bulan tanpa nafkah. Suami saya adalah duda beranak 5 yg berumur antara 34-27 tahun dan saya mempunyai 3 org anak dimana 2 masih lg menuntut.

    Selama berkahwin suami tinggal dirumah saya dibandar A, kerana saya masih lg berkerja. Hanya hujung minggu , saya pulang kerumahnya dinegeri B.
    Hanya sedikit perbalahan antara saya dengan suami, anak² suami telah masuk campur dan kemudiannya bercerita dan mengaibkan diri saya. Sampaikan suami tergamak menuduh saya bernikah dengannya tidak ikhlas.
    Tanpa pengetahuan saya, suami telah balik kerumah saya dan mengambil sedikit demi sedikat baju²nya. (Setiap kali dia balik, saya bekerja). Kerana saya rasa dia tidak ada maruah lakukan perkara sedemikian, saya phone dia dan suruh dia ambil semua sekali baju²nya. Bukan itu saja, suami sanggup mengambil segala barang² yg telah dibelikannya dirumah saya. Tergamak sungguh suami lakukan sedemikian.

    Sepanjang tempuh kami tidak bersama, dia telah bercerita tentang diri saya, siapa saya kepada kawan²nya. Bukankah itu tidak elok kerana secara tak langsung dia memburuk burukan saya.Dan setiap kali bila dia menalipon saya, dia selalu mengucapkan hendak ke mahkamah untuk buat proses., tapi hingga kehari ini tiada apa² berita lagi.
    Bolehkah saya failkan saje kes ini memandangkan dia seperti tiada pendirian. Segalanya dia menurut sahaja apa kata anak²nya. Saya hendak dia lepaskan saya dengan cara yg berhemah.

  15. Assalammualaikum
    Saya telah mendirikan rumah tangga selama 2 tahun 1/2 bersama suami.. Saya tahu suami perlu memberi nafkah zahir dan batin.. Saya sebagai isteri tidak pernah meminta walaupun satu sen pun daripada suami.. Sepanjang usia perkhwinan kami ini.. suami asyik meminta saya untuk beli barang rumah atau barang-barang yang lain yang suami suka hingga beratus-ratus ringgit. Sepanjang perkahwinan kami juga.. suami ada memberi duit sekiranya keluar outstation.. kalau keluar selama 1 minggu dia beri rm50.. kalau tidak suami langsung tidak memberi apa-apa duit kepada saya. Boleh di kira sepanjang perkhwinan kami hanya beberapa kali sahaja suami memberi nafkah zahir. Walaupun begitu saya tidak pernah sesekali berbunyi atas apa yang dia lakukan untuk jaga hati suami. sehingga sampai satu tahap sekarang ni.. suami mempertikaikan tentang keperluan mandi.. suami memberitahu saya tidak pernah membeli barang rumah.. padahal adalah disebaliknya…. saya tidak pernah beli keperluan sendiri sehingga beratus ringgit.. tetapi untuk suami kasut sahaja dia mintak mencecah smpai rm200. saya dah banyak bersabar dengan perangai suami.

    Soal nafkah batin sepanjang usia perkhwinan untuk bersama tidak sampai 10 jari pun… Sehingga la sekarang terjadinya pergaduhan yang besar sehingga saya tidak boleh terima lagi suami saya.. Suami memberitahu dia SENGAJA untuk tidak memberi saya duit, SENGAJA untuk tidak membeli pakaian saya, SENGAJA untuk tidak membawa saya berjalan, dan suami ada memberitahu dari awal perkhwinan dia berkahwin dengan saya bukan sebab sayang tetapi sebab dia tidak mahu hidup sendiri pada waktu itu kerana ada masalah yang dia tanggung. Bile dengar semua tu.. hati saya sehingga kini tidak boleh terima suami saya lagi… dan kami kerap bergaduh… dan suami sentiasa mencari kesalahan saya..

    Walaupun begitu.. saya masih lagi menjalankan tanggungjawap saya sebagai isteri.. masak, basuh baju, kemas umah, gosok baju suami… walaupun buat bukan kerana suami tetapi kerana ALLAH..

    Suami ada niat untuk memalukan saya depan keluarga saya dan depan saudara mara.. hari-hari saya ditengking oleh suami… dan yang paling saya tidak boleh terima makin hari… suami jarang-jarang sangat untuk solat. pada bulan puasa ni.. kadang-kadang langsung tak solat. Bersama dengan suami langsung dah tidak pernah… rasanya hampir 7-8 bulan dah……

    APakah hukum sekiranya saya meminta Fasakh kerana suami tidak mahu lepaskan saya.. tetapi dalam masa yang sama saya tidak boleh lagi hidup bersama… suami tidak boleh membimbing saya ke jalan Allah dengan diri dia sendiri tidak solat dan saya tidak sanggup untuk di tengking dan di jadikan orang gaji setiap hari…

    SAya harapa ustaz dapat membalas persoalan saya secepat mungkin… Terima Kasih.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam Puan Maisara,

      Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa puan. Diharap puan dapat banyak bersabar dan saya yakin kesabaran puan akan diganjari pahala yang besar di sisi Allah. Melalui maklumat puan, suami puan telah banyak mengabaikan tanggungjawabnya. Puan terpaksa bersabar demi menjaga hubungan, namun apabila puan mendapat tahu bahawa perkahwinan puan ini bukanlah diatas dasar suka apatahlagi untuk membina sebuah cinta ia amat mengecewakan puan. Seolah-olahnya puan telah dipermainkan.

      Dalam keadaan ini puan dianggap seorang yang diinaya. Si suami tidak sepatutnya menjadikan perkahwinan ini sebagai jalan penyelesaian kepada masalahnya sahaja tanpa menghormati dan menghargai insan yang bernama isteri. Tindakan suami puan itu adalah tidak bertanggungjawab dan melakukan kezaliman kepada isteri. Malah amat besar dosanya di sisi Allah SWT kerana tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya bahkan berlaku zalim pula.

      Islam memberi pilihan kepada pihak isteri yang terinaya. Dalam situsi puan ini, puan berhak menuntut segala nafkah yang diabaikan. Jika sekiranya perbincangan tidak dapat dilakukan antara kedua-dua suami dan isteri, puan dinasihatkan untuk mendapat khidmat nasihat di pejabat Agama Islam yang terdekat. Sekiranya tidak juga menemui jalan perdamaian puan harus memohon fasakh dengan alasan-alasan yang kukuh, iaitu pengabaian tanggungjawab sebagai seorang suami. Memohon fasakh dalam keadaan ini tidaklah berdosa kerana puan mempunyai hak untuk mendapat keadilan dan berlepas diri daripada terus dizalimi.

      Saya mendoakan puan supaya dapat menghadapi situasi ini dalam keadaan tenang. Banyakkan bermunajat dan memohon doa kepada Allah SWT sebelum membuat apa-apa keputusan. Moga puan mendapat pembelaan dan beroleh ketenangan di dalam hidup, insya Allah.

  16. Assalammualaikum…
    Ustaz terima kasih kerana sudi membantu dan memberi nasihat kepada saya.. Bagaimana untuk saya menuntut segala nafkah bersama suami saya. Sekarang ni saya dah usaha macam-macam cara untuk berbaik dengan suami… Saya ada meminta tolong ustaz untuk berubat dari jauh.. tapi mungkin Allah tidak izinkan.. saya ada mengajak suami untuk pergi berubat tapi suami tidak setuju dan memperlekehkan keinginan saya.. saya ada cuba untuk berbaik dan meminta maaf untuk tidak memperbanjangkan lagi pergaduhan kami.. tetapi suami tidak menerima maaf saya dan tertawakan saya kerana meminta maaf…

    Sepanjang bulan puasa suami saya tidak bekerja kerana tidak ada panggilan untuk ceramah pada bulan ramadhan.. sepanjang hari.. suami asyik tido dari pagi sampaila waktu berbuka.. untuk solat boleh dikira beberapa kali sahaja.. ada masa sepanjang hari langsung tidak solat walaupun satu waktu sekalipun. Saya amat terkilan bile melihat perangai suami saya..

    Bagaimana saya hendak menuntut fasakh di mahkamah… sekiranya setiap aduan yang saya berikan dimahkamah suami saya mengatakan semuanya adalah fitnah dan tidak betul.. ini kerana saya tidak ada bukti… setiap tindakkan, cara atau apa sekali pun yang suami saya dah buat kepada saya.. bagaimanakah cara yang terbaik untuk saya menuntut fasakh dengan aduan yang sahih. Sekarang ni… sudah beberapa bulan kami tidak tido sekatil.

    SAya harap ustaz dapat membantu saya cara-cara untuk menuntut fasakh dengan mudah. Saya ada sedikit takut.. sebab suami tidak mahu lepaskan saya.. saya dapat rasa bile di mahkamah suami akan memutar belit kan setiap aduan saya… ini kerana talak itu adalah terletak di atas tangan suami bukan isteri…

    Saya harap ustaz dapat membalas pertanyaan saya secepat mungkin. Terima Kasih

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Puan Maisara, langkah pertama dapatkan dahulu nasihat kekeluargaan Islam di Jabatan Agama Islam yang terdekat. Dengan cara itu puan dapat berbincang dengan pegawai khidmat nasihat tersebut cara yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi termasuklah prosedur untuk menuntut fasakh..

      Langkah kedua banyakkan solat hajat khususnya di sepertiga malam, mengadu dan mohon pertolongan kepada Allah SWT dalam doa. Namun sebaiknya sebelum solat hajat dahulukan solat taubat dan bertaubatlah sebanyak mungkin terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan sama sedar ataupun tidak…

      Langkah ketiga, tenangkan diri dengan membanyakkan zikirullah khususnya istiqfar 100 kali, selawat 100 kali dan tahlil 100 kali setiap hari.. pagi dan petang secara istiqamah dan berpanjangan. Insya Allah ada jalan keluar yang akan diberikan Allah SWT kepada puan dalam setiap masalah yang dihadapi.

      Moga berjaya dan beroleh ketenangnan. Amin.

  17. Assalamualaikum, mohon tuan beri pencerahan
    1) Saya telah 12thn berkahwin dan dikurniakan 3 org anak
    2) Saya dan suami sama-sama bekerja tetapi pendapatan suami saya hanya cukup-cukup utk membayar pinjaman rumah dan kereta sahaja
    3) Sejak dari awal berkahwin suami saya tidak konsisten dalam memberi apa2 nafkah zahir kepada isteri dan anak-anak tetapi saya tidak kisah memandangkan gaji suami saya tidak mencukupi.
    4) Suami saya telah dua kali meminta saya membuat pinjaman peribadi atas nama saya dan berjanji utk membayar kepada saya tiap2 bulan tetapi gagal berbuat demikian. Maka saya terpaksa membayar pinjaman tersebut menggunakan duit gaji saya, dalam masa yg sama saya banyak berbelanja utk keperluan diri, anak-anak, persekolahan dan perbelanjaan dapur.
    5) Suami saya banyak mendiamkan diri, tidak pedulikan saya setiap kali pulang dari kerja, tidak mengambil berat tentang saya, bertanya ttg khabar saya dan anak2 seolah2 saya seperti orang asing. Hampir setiap malam,suami saya akan keluar berjumpa kawan-kawannya selepas solat Isyak dan akan pulang lebih kurang jam 1 pagi. Saya sangat2 terasa yg dia sudah tidak menyayangi saya lagi sehingga hati saya benar-benar kosong dan tidak ada perasaan lagi pada suami saya.
    6) Saya mengambil keputusan utk pisah tempat tidur dan keluar rumah tanpa izinnya kerana dia hanya berdiam diri jika ditanya dan tidak membalas mesej saya. Akhirnya saya meminta suami melepaskan saya tetapi dia masih berdiam diri dan menyalahkan saya kerana pisah tempat tidur.
    7) Saya kemudiannya berdepan dengan suami saya untuk meminta maaf darinya tapi dia tidak memaafkan saya dan menganggap saya meminta maaf utk melepaskan dari digelar isteri derhaka. Saya terangkan kepadanya ttg apa yang saya hadapi dan apa perasaan saya terhadapnya. Suami saya memberitahu bahawa dia berbuat begitu kerana ingin saya rasa apa yang dia telah rasa sebelum ini. Saya dikatakan telah mengabaikan tuntutan batinnya. Saya tak menyangka dia akan mengungkit cerita lama.
    Sampai hari ini, suami saya masih tidak memaafkan saya dan kami masih tidur berasingan.
    Bolehkah saya menuntut fasakh ? Terima kasih

  18. assalamualaikum..

    Saya hendak bertanya, baru-baru nie saya ada pergi pejabat agama untuk buat tuntutan fasakh selain itu saya inginkan kaunseling. Apakah status saya dengan suami saya, adakah dia masih berhak memberi nafkah kepada saya dan adakah kami boleh menjalankan kehidupan suami isteri seperti biasa. Dia sudah seminggu tidak balik ke rumah disebabkan keluarga saya tidak boleh terima dia kembali.

    Saya harap ustaz dapat membalas pertanyaan saya ini.

  19. Assalammualaikum…

    Ustaz, untuk pengetahuan ustaz saya telah pergi ke peguam syari’e pada hari selasa 14/7/2015. Dengan harapan yang tinggi dan mengharap untuk kes saya di failkan. Tetapi hampa kerana peguam yang saya berjumpa adalah hanya peguam kerjaan. Kerajaan hanya mengambil kes yang berat sahaja. Saya rasa di tindas kerana peguam kerjaan tidak mahu membela nasib seperti kami yang di anggap hanya remeh. Sekarang apa tindakkan yang perlu saya buat ustaz? SAya dah sangat buntu kerana kami suami isteri sudah tidak bercakap walaupun sepatah lebih daripada tiga hari. Untuk tido sekatil, sudah hampir 3 bulan kami tido berasingan.

    Saya harap ustaz dapat membalas email saya secepat mungkin. Terima Kasih

    • Assalammualaikum puan maisarah. Saya simpati dengan masalah yang puan hadapi. saya juga mempunyai masalah rumahtangga seperti puan. Boleh saya tau puan di daerah mana? saya juga ingin memfailkan fasakh sebab suami tidak bertanggungjawab malahan fasikh iaitu tidak solat dan tidak berpuasa. Risau pula saya jika peguam di daerah saya juga tidak berminat dengan tuntutan fasakh saya. Mohon Ustaz dapat memberikan pencerahan.

  20. NOR DALILA DARUN

    Assalammualaikum ustaz,

    Ustaz, selama hampir 3 tahun suami saya berkerja tanpa gaji yang dibayar betul. Segalanya saya yang terpaksa menanggung nafkah anak n kehidupan kami sekeluarga. Selain itu faktor malas yang tebal, baran n berat tulang sangat membebankan tugas saya sebagai isteri. Segalanya saya yang lakukan dari segi kerja rumah, jaga anak, nafkah & tanggungjawab kepada anak n ibunya. Sekarang saya telah tlg carikan suami kerja baru. Malangnya sikap malas n xbertanggungjawab pada kerja n keluarga tetap tidak berubah. Tanggungjawab sebagai hamba ALLAH pun kadang2 je buat. Saya mengharapkan suami dapat membimbing n mendidik saya n anak, tp yang jadi sebaliknya. Usia perkahwinan kami hampir 5 tahun. Dan selama itu juga saya belajar bersabar dengan semua kerenah n sikap suami. Tapi kini saya rasa saya dah xmampu untuk bersabar lagi. Apa yang perlu saya lakukan ustaz. Saya sayang mak mentua saya tapi dalam masa yang sama saya xmampu tok terus berpura-pura sabar.. Terima kasih ustaz..

  21. Assalamulaikum Ustaz,
    Saya telah mendirikan rumahtangga bersama suami 8 tahun yang lepas. Saya memeluk agama Islam apabila memutuskan untuk mengahwini suami saya. Sepanjang tempoh perkahwinan kami, keluarga suami tidak pernah menyukai saya terutama emak mertua saya atas alasan kerana saya terdiri daripada bangsa asing yang berketurunan babi. Mertua hanya berbaik dengan saya apabila saya mempunyai rezeki yang lebih dianugerahi oleh Allah dari segi kewangan kerana saya bekerja tetap dan suami tidak mempunyai pekerjaan. Rumahtangga kami sering kali menjadi konflik dan campur tangan mak mertua sendiri berlaku sehingga dia pernah membawa balik seorang wanita muda(2kali – 2011/2013) untuk dijodohkan dengan suami saya dan bermadu dengan saya namun Alhamdulillah tanpa restu Allah, niat tersebut tidak berlaku.
    Pada Nov, 2011, saya telah mohon pertukaran bekerja didaerah kampung suami kerana suami telah berjanji akan mencari kerja dan mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Setelah 6 bulan kami di daerah suami, keadaan rumahtangga menjadi semakin runcing dan dalam masa yang sama saya telah disahkan hamil dengan tahap kesihatan yang amat rapuh. Makluman ustaz, sejak kami berpindah, suami saya mula :-
    1) Minum Alkohol
    2) Main judi
    3) Tidak pernah berniat untuk mencari kerja (saya telah bertanyakan hal ini dan itu jawapannya)
    4) Sepanjang tempoh 8 tahun perkahwinan, tidak pernah memberi nafkah.Dia menjaga anak di rumah tapi menuntut bayaran dan upah
    5) Tidak menunaikan solat serta tidak pernah membimbing kami anak beranak
    6)Dia lebih rela meninggalkan kami anak beranak dalam kesempitan dan kesakitan demi berjudi dengan abangnya (seoarng kaki judi dan duda)
    Soalan saya ustaz:-
    Adakah berdosa sekiranya saya memohon cerai/fasakh daripada suami? Dan adakah peluang untuk saya bersama anak-anak umur 8 tahun, 3 tahun termasuk yang masih dalam kandungan tinggi berbanding suami kerana difahamkan saya tidak akan mendapat hal penjagaan anak-anak sekiranya bercerai memandangkan saya seorang muallaf.
    Mohon pendapat Ustaz kerana sejak saya berpindah dan suami berjudi, saya mengalami tekanan yang dalam dari segi psikologi dan ini amatlah memudaratkan kesihatan saya dan kandungan

  22. Assalamualaikum ustaz…

    Ustaz, adakah benar bila seorg isteri menghalau suami dari rumah, terputus bagi bagi si isteri nafkah zahirnya…terima kasih.

  23. Assalamualaikum…ustaz sy ingin bertanya…usia perkahwinan sy dan suami bru msk 1 thn 2 bulan…tetapi kami mengalami pertengkaran dri sy sndri….sy telah menipu suami sy…akan tetapi sy sdh meminta maaf kepada suami..sy sudah melakukan solat taubat…dan x akan mengulangi perkara itu lgi…tetapi suami sy sngt keras hti…sy merayu dkt suami untuk beri sy peluang untuk buktikan dan kembali kan kepercayaan kpda suami…sy berckp dri hati ke hati dgn dya…setiap org perlu di beri kan peluang…tp suami sy seperti dah tiada apa2 perasaan dgn sy…sy cuba untuk selamatkan rumahtangga sy…apa yg perlu sy lakukan?

  24. Assalamualaikum ustaz.
    Adakah saya dianggap berdosa kerana ingin meminta cerai dari suami apabila dia mengabaikan tanggungjawabnya menjaga saya hanya kerana urusan lain? Suami juga pernah memukul saya sehingga keguguran. Adakah saya berdosa jika ingin berpisah darinya?

  25. Assalamualaikum ustaz,
    Saya dh berkahwin dgn suami hampir 9thn.Dikurniakan 3 org anak lelaki.Sepanjang perkahwinan saya yg melunaskan segala keperluan dan kehendak keluarga.Saya anggap itu stu sedekah.Tetapi semakin lama semakin berlarutan apabila suami ambil mudah dgn keperluan dan kewajipan beliau sbg suami.Sepanjang perkahwinan juga saya tidak pernah melihat dia solat apatah lagi impian saya ingin solat berjemaah dgnnya.Suami saya buta huruf.Rumi xtahu.Jawi pon tahu.Sedata upaya saya memujuk spy dia belajar.ttpi saya mulai bosan dan kecewa apabila dia sering memberi alasan dan memarahi saya.Seolah2 saya yg beria2 nak dia belajar.Hidup dia skg ibarat tiada pegangan agama.Bangun pagi pergi kerja balik makan dan tidur.Langsung tidak memikirkan soal dunia dan akhirat.Apatah lagi soal rumah tangga.Kerana sayang saya masih di sisi dia.Walapun saya rasa sayalah ibu,sayalah abah kepada anak2.Sayalah isteri sayalah suami dlm rumahtangga.Saya teringin sgt nak solat berjemaah dgn suami.Paling menyedihkan dia tidak pernah berasa bersalah dgn diri sendiri.Setiap kali saya tegur mesti kami bergaduh.Duit saya terpaksa saya belanjakan semua utk keperluan kluarga.Terpaksa saya lupakan niat utk berbaju baru bila berkenan di hati.Sampaikan nak beli selipar baru hanya rm15 pon terpaksa fikir byk kali.Sedangkan saya seorg yg berpelajaran dan berjawatan.Rm2k sebulan tiada maknanya..sy xda nikmat hdp.Mohon nasihat dan pencerahan drp ustaz..saya yg kecewa.

  26. Assalamualaikum tuan/puan…mslh yg sy hadapi sejak 7 tahun smpi skrg..
    1.isteri selalu minta cerai skrg sbb sy pernah meniduri bekas teman wanita sblm bernikah dgn isteri sy, sedangkn sy sudah cerita seadanya sblm melamar sekurang2nya jujur dn benar2 taubat,isteri pun terima seadanya tetapi sejak anak 2 ni isteri selalu ungkit kisah silam sy.
    2.isteri minta cerai sbb bila berkumpul bersama keluarga sy dia rasa terpinggir dan dihina sedangkan bila dpn mata sy adik beradik takde kata yg sakitkan hati tapi bila blk rumah ada saja yg xkena sehingga bertikam lidah smpilah skrgni sy ngadu nasib pd tuan/puan dan allah shj.

    *jadi apa pendapat tuan/puan

    • Assalam saudara Md. Nor. Saya rasa isteri saudara ada masalah gangguan jin. Saya seorang perawat islam dan biasa dengan kes kes begini. Rujuklah kepada perawat2 islam yang tulen yang menggunakan 100% ayat quran. Sekiranya perlu pertolongan, boleh rujuk dengan saya melaui watsap 012-3779564.

  27. mencari pinjaman dalam talian untuk membantu MDO anda memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda, anda perlu meminjam wang untuk meningkatkan pengkomersilan organisasi anda? Atau anda ditolak kredit daripada bank atau institusi kewangan untuk satu atau lebih alasan, atau tidak? Anda perlu pinjaman atau gadai janji berkongsi beban? Anda mempunyai lokasi yang tepat untuk hutang anda di sini! Syarikat Hollings Oz pinjaman pinjaman kepada orang-orang terkenal – dan terkenal.
    Faedah rendah dan boleh diterima dari 2% tanpa colerteral.
    Sila hubungi kami di E-mail kami hari ini jika anda perlu meminjam urget E-mel: perniagaan Hollingsozloanfirm@gmail.com.y tumbuh

  28. Saya ingin bertanya. Adakah Ibubapa kepada isteri berhak/berkuasa memisahkan pasangan suami isteri ( di kalangan anak mereka). Atas sebab: anak mereka dan suaminya pernah berkelahi/berselisih faham. Dimana Ibubapanya membuat keputusan untuk memisahkan anak mereka dengan suaminya melalui cara membawa pulang anak perempuannya tanpa kebenaran/persetujuan si suaminya? Adakah ibubapa si isteri berhak/berkuasa berbuat demikian?

  29. Salam ustaz, saya nak minta pencerahan. Saya berkahwin dengan suami tanpa restu orang tua. Selepas menikah saya balik ke rumah ibu bapa untuk beritahu yang saya sudah bernikah. Tetapi bapa saya menyuruh saya bercerai dengan suami. Mak dan ayah saya kata tidak berdosa suruh saya bercerai dengan suami sebab ayah saya tak redha. Apa hukumnya ustaz?? mntk beri pencerahan. Saya pun dilarang balik ke rumah keluarga sy lagi dan keluarga saya kata cuma akan terima saya semula apabila saya tidak lagi bersama suami atau keturunan suami (anak saya). Sekarang saya dalam dilema sebab kata2 kesat dari mak dan ayah saya sendiri termasuk tak akan terima keturunan yang lahir dari suami saya.

  30. Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ingin bertanya, adakah wajib isteri mengikut arahan suami yang culas dalam memberikan nafkah?

    sebenarnya saya ada lagi persoalan lain, namun saya akan sambung melalui emel. Mohon pencerahan dari Ustaz. Terima kasih

  31. Assalamualaikum ustaz , saya ingin bertanya satu soalan ,sekiranya seorang wanita telah menuntut fasakh di atas kecuaian suami dalam memberi nafkah,Adakah fasakh tersebut boleh ditarik semula?

  32. Seorang isteri telah keluar dari rumah kelamin selama 7 tahun bertentangan dengan kehendak suami. Setelah keluar rumah tanpa izin daripada suami, isteri seterusnya telah memohon cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Negeri Selangor (EUUKINS).

    Hakim merujuk kes kepada Jawatan Kuasa Pendamai tetapi isteri bertegas hendak bercerai, manakala suami pula enggan melafazkan talak. Isteri kemudiannya memohon untuk pindaan kepada tuntutan cerainya dari Seksyen 47 ke Seksyen 53 EUUKINS dengan isteri memberi alasan yang ia tidak mendapat nafkah batin (bagaimana suami hendak memberi nafkah batin kalau isteri yang keluar dari rumah kelamin bertentangan dengan kehendak suami? Di sini sudah kelihatan satu penipuan).

    Kes berlarutan selama 6 tahun dari mula isteri memohon untuk bercerai di bawah Seksyan 47 EUUKINS hinggalah Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam membuat keputusan. Setelah meneliti keterangan keterangan yang diberikan oleh isteri dan suami, serta keterangan daripada saksi saksi masing masing, dokumen dokumen yang dikemukakan oleh isteri dan suami, dan prosedur prosedur yang dijalan dan disempurnakan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, hakim telah menolak tuntutan cerai secara fasakh oleh isteri tetapi mensabitkan berlaku syiqaq dan merujuk kes kepada proses hakam.

    Suami membawa kes kepada kepada Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk semakan keatas keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam yang mensabitkan syiqaq dan merujuk kes kepada proses hakam. Selepas 7 bulan dan setelah Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam meneliti permohonan dan afidavit sokongan dari suami serta membuat semakan terhadap prosiding kes permohonan cerai secara fasakh oleh isteri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam setelah berpuas hati, telah memutuskan dan memerintah Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk membatalkan keputusannya yang mensabitkan syiqaq dan merujuk kes kepada proses hakam.

    Isteri membuat permohonan baru 2 bulan selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintah Mahkamah Rendah Shah Alam membatalkan keputusannya yang mensabitkan syiqaq dan merujuk kepada proses hakam, melalui Seksyen 8 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003. Hakim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam telah menerima permohonan baru daripada isteri dengan merujuk kes ini kepada Seksyen 47 (15)(e) dan Seksyen 48 EUUKINS. Proses hakam bermula dengan perlantikan hakam hakam dari keluarga isteri dan keluarga suami. Olehkerana hakam hakam ini tidak dapat mendamaikan isteri dan suami, hakim kemudiannya telah membatalkan perlantikan mereka dan melantik hakam hakam baru dari hakam panel.

    Pada hari perlantikan hakam hakam baru dari panel hakam ini, hakim di Mahkamah Rendah Shah Alam telah memerintah suami untuk memberi kuasa penuh (dalam paksaan dan tanpa redha dari suami dengan membaca suatu teks yang telah disediakan) kepada hakam yang mewakili suami. Hakam hakam baru ini juga tidak dapat mendamaikan isteri dan suami kerana isteri bertegas hendak bercerai, manakala suami enggan melafazkan talak. Setelah menerima laporan dari hakam hakam, hakim telah memerintah penceraian antara isteri dan suami dengan kuasa penuh (dalam paksaan dan tanpa redha dari suami dengan membaca suatu teks yang telah disediakan) yang telah diberikan kepada hakam untuk melafazkan talak bagi pihak suami (tanpa redha dari suami).

    Di manakah keadilannya? Suami telah diperintah dan dipaksa untuk memberi kuasa penuh kepada hakam sedangkan suami tidak redha. Suami ada menyatakan yang ia tidak mahu memberi kuasa penuh kepada hakam untuk melafazkan talak bagi pihak suami tetapi hakim langsung tidak mengambil peduli. Bagi Mazhab Syafie yang mana umat Islam di Malaysia adalah pengikutnya, tidak memperbolehkan penceraian kerana syiqaq berbanding dengan mazhab Maliki yang membenarkannya. Menurut mazhab Syafie, hakam itu bererti wakil atau sama halnya dengan wakil. Dengan demikian, hakam tidak boleh menjatuhkan talak kepada isteri sebelum mendapat persetujuan dari pihak suami. Begitu juga hakam dari pihak isteri tidak boleh mengadakan khuluk sebelum mendapat persetujuan suami. Tetapi dalam perkara ini, mahkamah di negara ini mengikut mazhab Maliki yang membenarkannya berbanding dengan mazhab Syafie yang perlu mendapat persetujuan suami.

    Siapakah yang patut menanggung dosa dilaknati oleh Allah SWT kerana jatuhnya talak dalam kes ini adalah dalam paksaan dan tidak mendapat redha daripada suami untuk hakam melakukannya? Mahkamah Tinggi Syariah (MTS) Shah Alam telah membatalkan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mensabitkan syiqaq dan merujuk kes kepada proses hakam tetapi ini telah tidak diambil kira apabila isteri membuat permohonan baru. Penghakiman telah dibuat oleh MTS Shah Alam dan kes sepatutnya berakhir. Tetapi bila isteri membuat permohonan baru selepas penghakiman MTS Shah Alam, kes ini terus dirujuk kepada proses hakam. Di manakah keadilannya?

  33. sukadengarlagu

    Assalamualaikum, saya harap ustaz atau sesiapa yang ada di sini dapat membantu saya untuk menjelaskan apakah status saya selepas pihak suami membuat rayuan kes fasakh. Saya telah berjaya dalam permohonan fasakh di mahkamah, keesokan harinya pihak sebelah sana terus memohon semakan untuk rayuan. Seorang ustazah mengatakan perkahwinan saya sudah bubar dan saya perlu menjaga eddah. Namun pihak sebelah sana masih mencanang ke sana sini yang saya ini isterinya kerana dia sudah membuat rayuan ke atas keputusan fasakh yang saya dapat. Terima kasih banyak di atas pencerahan …..

  34. As’salamualaikum,saya ingin bertanya adakah jatuhnya talak sekiranya suami berkata “aku lepaskan kau” tapi ketika itu didlm keadaan teramat marah dan terus beristifar panjang dgn kesilapan dia bercakap demikian dan untuk pengetahuan saya sekarang masih dalam pantang anak ke5 baru sebulan….diharap dpt menjelaskan kerumitan masalah saya ini .Terima kasih

  35. Assalammualaikum..
    Saya hendak bertanya,boleh kah talak taqlik di tarik balik???
    2-suami telah lafaz taqlik yang berbunyi ‘satu sen mak lepaskan dekat ko jatuh talak tiga’ niat dia cakap macam tu hanya menggugut kerana duit nafkah anak-anak saya minta dengan mak mertua saya kalau suami tiada duit kerana suami tak berkerja.jadi soalanyer mak mertua saya boleh tak beri duit pada saya lagi kalau saya minta?????

  36. Assalamualaikum…
    Sy nyeza minta pencerahan sangat2..baru-baru ini sy dan suami mghadiri perbicaraan penuh depan hakim mengenai lafaz cerai yg sy failkan sejak bulan disember 2015.
    Hakim memutuskan bhwa lafaz cerai tersebut tidak sah dan memcadangkan kpd sy agar menfailkan skali lgi saman jika ada lafaz yg belum sy failkan.
    Suami pernah mghantar pesanan ringkas ( SMS ) iaitu ” jika awk tidak balik kurang dripada 20 minit sy cerai awk!”..disebabkn suami halau sy drop rumah smbil memegang sebilah pisau mama sy tidak balik seperti yg disuruh olehnya di SMS itu.
    Kemudian pada masa yang berlainan,kami bertengkar lagi.disebabkan sudah tidak tahan sy tekad lari Dari rumah.semasa sy sudah berada di kuar kawasan rumah,suami mjerit ” jika awk jalan juga sy cerai awk talak tiga.perempuan tidak berguna!”..Disebabkan sy fikir tentang anak yg disembunyikan oleh suami ditingkat atas rumah mertua mama sy terpaksa mengalah Dan berpatah balik ke rumah.
    Tetapi 3 minggu kemudian sy tekad balik ke rumah orang tua sy Tampa pgetahuan suami.
    Apakah lafaz taklik tersebut sah atau tidak??
    Adakah sy nusyuz meskipun kluar rumah 3 minggu kemudian?
    Bagaimanakah sy hendak memohon penceraian?
    Mohon tuan dapat memberi keterangan.Atau hubungi wssp sy 0138882148.
    Terima tkasih.

  37. Assalamualaikum…
    Sy nyeza minta pencerahan sangat2..baru-baru ini sy dan suami mghadiri perbicaraan penuh depan hakim mengenai lafaz cerai yg sy failkan sejak bulan disember 2015.
    Hakim memutuskan bhwa lafaz cerai tersebut tidak sah dan memcadangkan kpd sy agar menfailkan skali lgi saman jika ada lafaz yg belum sy failkan.
    Suami pernah mghantar pesanan ringkas ( SMS ) iaitu ” jika awk tidak balik kurang dripada 20 minit sy cerai awk!”..disebabkn suami halau sy drop rumah smbil memegang sebilah pisau mama sy tidak balik seperti yg disuruh olehnya di SMS itu.
    Kemudian pada masa yang berlainan,kami bertengkar lagi.disebabkan sudah tidak tahan sy tekad lari Dari rumah.semasa sy sudah berada di kuar kawasan rumah,suami mjerit ” jika awk jalan juga sy cerai awk talak tiga.perempuan tidak berguna!”..Disebabkan sy fikir tentang anak yg disembunyikan oleh suami ditingkat atas rumah mertua maka sy terpaksa mengalah Dan berpatah balik ke rumah.
    Tetapi 3 minggu kemudian sy tekad balik ke rumah orang tua sy Tanpa pgetahuan suami.
    Apakah lafaz taklik tersebut sah atau tidak??
    Adakah sy nusyuz meskipun kluar rumah 3 minggu kemudian?
    Bagaimanakah sy hendak memohon penceraian?
    Mohon tuan dapat memberi keterangan.Atau hubungi wssp sy 0138882148.
    Terima tkasih.

  38. Salam ustaz . Saya nak tanya pendapat ustaz . Saya sedang hamil 6 bulan . Selama tempoh hamil ni suami kerap sgt tinggalkan saya tido sendirian . Dia tidur di rumah keluarganya . Atas alasan tolong keluarga . Tolong apa pun saya tak tahu . Hari ni suami bagitahu nak tolong baiki kenderaan ayahnya yg rosak . Sampai tak balik tengok saya dah dua hari . Semalam tidur di rumah keluarganya . Bila saya marah , dia mula cakap saya ni tak faham dia . Tak hormat keluarga dia . Masa dia banyak habis untuk keluarga dia sejak kami nikah . Boleh ke saya tuntut fasakh ustaz ?

  39. Assalamualaikum….
    Saya memohon pendapat daripada pihak tuan/puan tentang masalah yg saya hadapi.. saya dh bkhwin slama 9thn dan ada seorg anak berumur 6thn..
    Masalahnya disini… diawal pkahwinan sya dan suami ok shja.. tp slpas klhran anak… dan sy pernah mglmi kguguran… tp tak bpunca dr mslah yg kami hdpi… dalam tempuh 2tahun ni.. saya dan suami dh tak ada sefahaman… sya juga pernah dipukul smpai lebam kaki tangan… dan pecah mulut ..disepak … dan sya juga pernah dgelar perempuan murahan… perempuan sundal .. perempuan jalang.. sblum ini saya tak pernah bfikir untuk bcerai.. nafkah zahir sya selama kawin 9tahun sering diabaikan.. kalau suami rasa hendak bagi..dia akan bagi.. kalau x.. mmg tak ada..
    Bila sering sangat salah faham.. saya dh mula mjauhkan diri.. saya dh tak ada prasaan pada suami..saya dah hilang hormat pada dia.. sya cuba untuk berbaik..tp tak ada jalan… bila saya tahu dia mula bcrita pasal sy pd kawan2 dia…cerita pada adik sy yg berumur 22thn yg blm bkahwin…. dan sdra mara sya… sedang kan saya tak pernah buka aib dia pada sesapa malah pada kluarga sya ataupn dia… sya tak pernah cerita…
    Saya harap pihak tuan/puan sudi membalas dan memberi pandangan tentang masalah saya..dan apa yang perlu saya buat…

  40. macam mana kalau suami berzina dua kali..dan bila dapat tahu ia mengakui dan perempuan yg bersama turut mengakui..dan setelah di maafkan kali pertama mereke berbohong kerana masih berhubung secara senyap2 melalui watsap dan masih mahu untuk meneruskan hubungan mereka dan hampir 3 kali dapat tahu mereka berbohong dan suami janji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut serta memutuskan hubungan dengan perempuan tersebut..tetapi dalam masa yang sama suami telah mengatakan akan jatuh talak sekiranya suami meneruskan hubungan dengan perempuan tersebut secara diam2..

    bagaimana harus tangani perkara ini..kerana buntu memikirkan..untuk menjaga aib keluarga dan suami serta menjaga maruah anak apabila besar tidak mengetahui dan mengelakkan dari di ketahui masyarakat.

  41. assalamuailakum..saya ingin bertanya..saya dan isteri ada perselisihan faham tentang saya membawa balik rumah sendiri sesudah anak kedua kami sbulan..tapi isteri malah enggan mempertikan sapa jaga dia dirumah.walhal sebelum ini.saya dia dan anak prrtama tinggal drumah sya..ini anak kami yang kedua..dan saya juga dihina olehnya dlm wasap..apa hukumnya?apa patut saya lakukan?

  42. Harus ke memberi nafkah bila si isteri memngabaikan tanggung jwap seorang isteri..contoh nye..tidAk kemas umah..mkn di luar.tidak msak..tidak membasuh baju..

  43. Nomaria binti zakaria

    Assalamualaikum

  44. Salam,saya ingin tanya sedikit soalan..Suami pada adik saya bercinta dengan kawan perempuan adik saya..Mse tu adik saya baru akad nikah 2bulan beberapa tahun yang lalu..selepas itu adik ipar saya tak tidur sebilik dan menyentuh adik saya sehingga adik ipar saya kahwin dengan perempuan tu dan hidup dalam satu rumah dengan madunya selama 12 tahun..Adik saya digantung tidak bertali dalam rumah sendiri..dia mengalami kemurungan teruk selama itu..Apakah tuntutan cerai ada dasar suaminya tidak cintakan dia lagi itu salah..Mohon jawapan yang memberangsangkan..tq

  45. assalamualaikum..sy ada prtanyaan.sekiranya suami mengatakan “kau jgn balik ke kampung,kalau kau balik jatuh talak” tetapi keesokan hari nya si isteri balik ke kampung bersama suami nya adakah talak itu jatuh..

    saya juga ingin tahu selama mana si isteri tidak boleh balik ke kampung?dan sekiranya si isteri tidak boleh balik ke kampung smpai bila2 bagaimana cara untuk si isteri balik ke kampung tanpa jatuh talak kepadanya??

  46. sye mohon p’dpat, sye pnya suami xjlnkan tnggunjwapnya sbgai s’orng suami sjak tahun lalu bulan 9 shngga ariey niey…pa hukumnya klu sye mnta ceraivdai suami…

  47. nurul atiqah binti johari

    salam ustaz,apa perlu buat jika seorang isteri terlepas cakap meminta cerai pada suaminya dalam keadaan yang marah dah tidak terniat pun nak berbuat begitu. Adakah perlu seseorang isteri itu meminta maaf pada suami dan perbanyakkan doa supaya Allah swt ampunkan dosanya?

    Sekiranya suami memaafkan isterinya yang terlepas cakap begitu adakah isteri itu tidak mencium bau syurga?

  48. Salam ustaz..saya mahukn ketenangan &kegembiraan dlm r/tangga..5tahun pertama suami saya tlh dikenakn tatatertib,sy berusaha membantunya agar dpt semula kerja..akhirnya berjaya..dugaan ketika dia dberi duit pampasan..segala janjinya lupa…mcm2 maki,bila minta panas telinga dengar..jd allah tu tarik duit dgn segera..bila susah sayalh yg akan cari duit belanja..satu ketika dia xcident..sy jg dihospital tp yg sedihnya…sy dimaki hamun dikhalayak ramai dlm wad…sedar sj dia tanya duit dia..dia takut sy habiskn..langsung x hargai sy duduk dsitu 7hari..nasib baiklh mereka smua faham..dah sihat buat saya mcm kain buruk…sekarang dia x bekerja mcm2 alasan..sylah yg cari duit…nasib baiklh rakan2 pejabat faham mereka bantu..makin lama dia buat tak tahu belanja dapur x,sekolah,bil..semua atas sy…bila suruh cari kerja mulalah marah..lebih suka lepak dgn kwn2…suka main mesin judi..keluar pagi balik pg…bila tanya cari duit tp sikit pun tak beri..sy rasa lebih elok sy berpisah sy rasa tertekan..sbb dia lepas tangan.

  49. Sekiranya suami bermain judi..dan isterinye telah menasihati berpuluh2 kali tp si suami masih tidak berubah..boleh kah isteri meminta fasak.kerana khuatir makan minum beliau dan ank2 adalah dari hasil judi

  50. assalamualaikum .
    suami dan isteri telah bertengkar dan suaminya bertindak menghalau isteri keluar dari rumah.si isteri pula rasa bahawa si suami telah menjatuhkan talak terhadapnya dengan menghalaunya keluar dari rumah.apakah dan dengan siapakah yang isterinya harus lakukan dan berjumpa?? mohon diperjelaskan

  51. Si penunggu

    Slm..sy nk tnya..mcm mne ye if seseorang tu da brcrai tlak 3 dn xprgy ke mhkamah tp mseh lg brsma dn ingin mminta kemaafan dr allah serta pluang baginya dn tdak akn berulang lg prkara trsebut..mcm mne ye..adkah itu antara dia dengan tuhan sama ada tuhan nk trima or x

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumussalam.. kalau sudah talak 3 hukumnya haram tinggal bersama suami isteri walaupun tidak berdaftar di mahkamah. Namun adalah dinasihatkan segera rujuk di mahkamah untuk mendapatkan kepastian tentang lafaz talak tersebut. Dengan hanya memohon kemaafan kpd Allah tidak cukup selagi tidak mengikut hukum yg telah ditentukan. Oleh itu segeralah bertindak sebagaimana sepatutnya utk memastikan status perkahwinan @ lafaz cerai tersebut. Ingat jika kita berbohong Allah ‎ﷻ tetap mengetahui apa yang terjadi sebenarnya. Berlaku jujurlah demi mengharapkan keredhaan Allah ‎ﷻ.

  52. assalamualaikum ..
    saya nk tanya . bolehkah seorng isteri mnuntut fasakh jika
    1-mengaibkn suami d laman sosial
    2-menyerahkan tnggungjawab mnjaga anak, mcuci pakaian, dan menghina suami dengan kata2 kesat
    3-menuduh suami tidak bertanggungjawab
    4-ingkar arahan serta tidak peduli nasihat suami sedangkn suami berkata pkara yang baik
    5-menghalau suami dari rumah
    6-bersikap kasar terhadap suami
    adakah si isteri d benarkan menuntut cerai fasakh jika menzalimi suami nya ??

  53. Assalamualikum.. sy nak bertanya pd ustaz/Ustazah.. apa kah hukum isteri meminta cerai atas sbb suami tdk mmberi perhatian, kasih syg dan belaian kpd seorg isteri?

    • Hukum bg isteri yg meminta cerai atas dasar suami tidak memberi perhatian,ksh syg pd isteri adalah haram dan dianggap nusyus serta tidak boleh diterima oleh hukum syarak.isteri tidak boleh minta diceraikn dgn alasan2 remeh temeh,jika seorg suami masih menunaikn tanggungjawapnye mngikut hukum sharak.jika seorng isteri ingin minta cerai di mahkamah,perlulah die membuktikn dgn keras serta bukti2 yg nyata dan mengikut hukum.
      Jika alasannye takut untuk kembali pada suami,kerana dipukul.die haruslah mengeukakan report polis yg dibuat pada tarikh dan masa kjadian serta laporan doktor dan pengesahan pakar bahawa mangse dipukul.tarikh amat penting dlm mengemukn bukti.jika semua diatas telah cukup barulh pihak mahkamah menerima tuntutan isteri dan jika ìsteri gagal mengemukakn semua diatas atau kurang.dikhuatiri hakim akan mnsabitkn isteri nusyuz atau mengeluarkn perintah agar isteri kembali taat pada suami.
      alasan sperti tidak ada persefahamn atau si isteri mmg tidak ingin kembali pd suami akan ditolak atau di denda.kerana mengemukakn atau memperlekehkn mahkamah syariah.jadi utk par istri diluar dinasihatkn agar mendapatkn dahulu sesi kaunseling sblom failkn tuntutan ceraibataupn fasakh.

  54. assalamualaikum ustaz..apakah hukum sorang suami sorang ayah yang megkhianati kluarga mengambil remeh soal tangungjawabnya bersikap sombong melayan isteri.tidak ambil peduli langsung soal keperluan anak anaknya.
    hanya di sebabkan dia meyintai perempuan lain.
    kemungkinan dia da kawin dengan perempuan lain…???
    sampaikan anak isteri tidak di peduli

  55. Scherzo Prolific

    Assalammualaikum,saya ingin brtnyakan tndakan yg wajar diambil oleh diri sy sbg suami stelah isteri sy tlah lari dari rumah brsndirian tngalkan 5org anak dg sy dn slepas ckup sebulan,isteri sy tlah dtg ke rumah arwah ayah sy tnpa pngetahuan sy isteri brjya mengambil kelima5 ank sy utk dbwa brsama dgn nya..dn kini sdah setahun lbih sy dtingalkan dn sy teramat rndukan anak2 sy..pd awal isteri sy lari,sy sndri tdk tahu apa slah sy lkukan pdanya?sy tdk pkul isteri sy,hnya sedikit nasihat srta tguran atas ksilapan kecil yg dlakukanya..ssunguhnya Allah Maha Berkuasa,stelah sy selidik dn siasat,punca isteri sy lari krn tlah brlaku kmalangan swaktu dia memandu krta yg dipinjam dari skandal teman lelakinya sorg jurulatih bolasepak kuantan f.c..kreta trbbas dn rosak teruk..kos baik pulih prlu sbnyk rm4k,isteri sy jnji pd skandalnya utk byr ganti rugi trsbut,malangnya isteri sy rncang utk larikan diri krn xmahu tngungjawab atas prbuatanya..nmum sy jadi mangsa bualan org punca isteri lari krn sb sy..apa yg hrus sy lakuka

  56. Assalamualaikum
    Saya telah berkahwin selama 7 tahun dan mempunyai 2 cahya mata. Masalah saya adalah saya tidak berlaku jujur dengan isteri sya dari segi kewangan. Masalah saya makin meruncing bila isteri dapat tahu kedudukan kewangan saya yang parah. Selama 2 rahun isteri saya memendam rasa dengan perangai saya. Dan macam2 andaian telah dibuat ole nye tentang saya. Dia tidak lagi percaya kepada saya. Apa yang perlu saya buat? Saya tidak mau perkahwinan ini berakhir sebab saya masih sayang dia. Sekian

  57. Syaheera Talib

    Assalamualaikum
    Selama 16thn lepas saya isteri telah menyara keluarga tanpa.nafkah wajib dari pihak suami..maksudnya dari segi nafkah tempat tinggal dll. Semua perbelanjaan dapur.dan perbelanjaan bagi pihak suami, saya sebagai isteri yang akan memikirkan dan mengeluarkan wang gaji utk kegunaan bersama termasuk berhutang demi membantu suami. Walaupun ia menzalimi diri saya sendiri dan membebankan tetapi saya lakukan tanpa rasa ralat.Namun pernah bersuara dengan suami.namun jwpnnya tetap sama..inshaAllah. adala nanti
    Sehingga saya mendapat tahu dari suami dia bernikah baru di Golok dan saya rasa amat tertipu memandangkan semua belanja dan tiket utk nikah di Golok dengan.janda anak 3 tersebut saya yang uruskan tanpa rass syak.
    Sehingga 8 bulan ini..saya masih bertahan sebagai isteri pertama..walaupun masih tidak mendapat nafkah yang sepatutnya.
    Rasa tertipu dengan tindakan suami yang.mengambil kesempatan atas kemudahan dan status.serta kebaikan saya sebagai seorang isteri..saya amat2 terkilan. Namun saya tidak mampu bertindak memandangkan saya amat kasihan terhadap suami sebab dia masih tidak mempunyai aset utk dia teruskan hidup dia tanpa saya walaupun.dia telah nikah lain. Wanita yang dinikahi adalah wanita yg pernah mengalami.kegagalan rumahtangga kali ke 2 dan selalu megatakan kepada dia halalkan segalanya untuk.suami saya walaupun tak diberi.nafkah dia hanya mahu status sebagai seorang ieteri dan keperluan seks sahaja.
    Apakah cara terbaik untuk diri saya..
    Suami masih duduk.bersama saya di rumah saya dan harta saya dan menekankan dia berkahwin atas urusan Agama dan mohon saya menerima tindakan dia sehingga sekarang. Dengan alasan agama, saya tidak.sampai.hatindan berani meninggalkan rumah dan sehingga sekarang suami masih meminta..diertikan olehnya meminjam duit dari saya utk keperluan hariannya seperti 16 tahun yang lepas. Saya.berbincang tanpa pernah bergaduh dgn suami.sbb saya dididik dengan penuh kelembutan dan cuba memohon berpisah cara baik. Namun suami masih mengganggap apa.yang dia.buat adalah.betul.dan Allah telah takdirkan .
    Peguam dan kaunseling telah saya rujuk dan.fasakh adalah sebaiknya..
    Namun..saya masih bertahan demi masa hadapan suami..
    Suami tidak zalim dari segi fizikal kepada saya
    Mohon nasihat ustaz

  58. Assalamualaikum… Mohon pendapat.. sya tlah bkawin hmpir 4 tahun. Pkhwinan kami dsbbkn oleh pmintaan ibu Sy.. tp spnjg pkawinan kami sy xbhgia.. n xmpunyi ap2 persaan syg Kasih atau cinta.. suami Sgt mnyangi sy cume sy xmmpu utk paksa dri sy myanyangi dia.. spnjg pkwinan jrg sgt sy jlankn tgjwb sbgi isteri.. dsbbkn Sy rsa bgai org asing yg mnyntuh sy. kami tggal bjauhan mmndgkn sy bkerja dngeri lain Dan dia bkerja dngeri lain.. salahkah sy mohon cerai kerana sy tidak rsa bhgia dan sy x mhu mnyeksa suami n dri sdri.

  59. Assalamualaikum..
    Saya hana (bukan nama sebenar) ingin bertanya..
    1)sekiranya dlm hubungan rmh tangga,wang hantaran belum dilunaskan oleh si suami,sedangkn sebelum berkahwin pernah berbicara akan melunaskan wang hantaran kepada si isteri selepas berkerja walaupun se cara ansuran
    2) setelah berkahwin,adakah tanggungan rumah tangga harus dipikul bersama sedangkan masing2 tahu kewajipan tanggungan adalah pada suami,tetapi sudah jadi kebiasaan setiap bulan si isteri perlu membahagikn gaji untuk membayar kos bulanan.. bagaimana cara untuk menyedarkan daripada keadaan ni berlarutan?

  60. Bagaimana kalau seorang suami yang mempunyai sikap panas baran..dan tidak normal..bukan gila..tp nafkah diberi tiap bulan..tapi si isteri tidak merasa bahagia.dan perasaan takut menyelubungi sepanjang bersama..

  61. Asalamualaikum..
    Sy bhrap admin mberi respon mengenai isu sy dan smua yg ada dsni dpt mbantu sy mberi pencerahan kemelut rumatgga yg sy alami skg ini.. suami sy mmg seorang yg baik ketika x dlm kdaan marah namun skiranya tjadi pgaduhan dia berubah menjadi panas baran sehingga sy jadi ketakutan dan pnh suatu ari dia menumbuk dinding ruma dan pernah hmpir sampai tgn. Sy mmg sdia mklum dia seorang yg panas baran sblm kahwin tetapi sy berharap dia akan berubah. Begitu jgk dgn soal solat, dia xmau menunaikn solat selama kmi berkahwin walaupun sekali, sy pnh mengajak solat bsama2 namun dia memberi alasan nanti sahaja. kemungkinan suami sy x mahu solat krn kondisi kulit akibat pnyakit psioarsis yg dalaminya bthn2 tetapi itu xmjd alasan krn sakit kulitnya x mghalang atau sensetif air ketika berwuduk mmndangkn dia boleh sahaja mandi scara normal biarpn agak lama ketika kulitnya kering dan bersisik2. Manakala ketika kakinya bengkak dan merekah2 dia boleh solat secara ddk. bkn nk aibkan suami sekadar bkongsi mslh dan mnta pdpt. Sy tkut mjadi isteri yg nusyuz krn tpkir utk meminta cerai, sy bdoa agar dia brubah dan ingat pd tuhan yg tuhan berikn dia ujian sakit spya dia beribadat pd tuhan namun tiada sbrg perubahan selama kmi berkahwin. Selain itu, kluarganya sllu masuk campur hal kmi laki bini seolah2 sy ini tiada hak dlm urusan rumatangga dan membuat keputusan. Mereka menuduh sy membuatkan penyakit anak mereka bertambah teruk dan menyusahkan kerana sy seorang suri rumah sahaja. Drp soal sewa rumah dan tinggal sendiri sehingga soal perbelanjaan mereka nk masuk campur. Sy terlalu tertekan, sy hendak membantu suami dan bkeja spnuh masa namun sy xsampai hati membiarkan suami sendiri sy xdpt mengurusnya dlm kdaan begitu. Sy buntu. Sy berharap dia berubah dan redha dgn sakitnya.. tiada banyak yg dpt dlakukan krn sakitnya skar dsembuh hnya mampu dkawal dan sy rsa stress adalah slh satu punca pnyakitnya btmbah.. sy jgk xmau dia sntiasa mrh, mgamuk dan stress ada baiknya perpisahan adalah jln terakhir mmdgkn suami sy xmau menerima tguran, nasihat scara baik dan menganggap sy ska membebel.

  62. Salam tuan. Isteri saya minta diceraikan kerana beliau kata dia nak hidup sendiri dan tidak mampu melaksanakan tugas sebagai isteri dari segi zahir dan batin dan mahu mengelakkan dari terus berdosa kerana tidak melayan saya selayaknya seperti mana sepatutnya seorg isteri melayan suami. Apa yg patut sy lakukan? Sy masih sayangkan beliau. Sy juga katakan padanya dia tak perlu layan saya jika dia tidak mahu. Saya tidak akan memaksa. Sy juga berkata sy maafkan segala dosa beliau setiap masa. Apakah yg perlu sy lakukan?

  63. Salam..saya mempunyai pertanyaan dimana saya bertanyakan kepada suami adakah perkahwinan kami memberi makna pada die lagi,die geleng. Sy tanya lagi adakah die masih mahukan perkahwinan ni lagi,die geleng. Dan die kata kita buat hal masing2.adakah jatuh talak jika sebegini

  64. muslimah dilema

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُُ
    bagaimana jika masalah begini adakah wajar untuk seorang isteri menuntut fasakh? :-

    1. ada janji yg masih tidak tertunai drpd sblm berkahwin sehingga selepas berkahwin
    2. suami tidak suka isteri bertanyakan tentang perihal kerja atau ambil tahu tentang kerja nya atau urusan2 nye sedangkan pada isteri itu untuk tidak berperasangka/syak/fikir bukan2 jadi isteri rasa perlu bertanya dan ambil tahu kerana selepas mengetahui dgn jelas dapat la mengelak dari terfikir2 yg bukan2. tetapi suami tidak memahami atau membantu dan lebih mudah untuk marah2 dan jadi pergaduhan tiada penyelesaian kemudian tidak bertegur sehingga suami/isteri yg mula kan teguran niat untuk berbaik. tanpa ada sebarang penyelesaian perkara tersebut tergantung begitu lah yg akan berulang tanpa ada dan mahu ada perbincangan untuk penyelesaian.
    3. suami suka membandingkan isteri contoh nya jika isteri kata “saya tak boleh buat atau saya tak tahu” suami akan kata “mak boleh jerk buat” (mak suami) “orang lain kenapa boleh?”
    4. apabila diminta tolong membeli barang keperluan dapur suami akan kata “tak boleh pergi beli ke?” (ada ketika nye akan mengeluar ayat sama seperti membanding banding kan isteri diatas) sedangkan isteri ada dengan anak, mana dengan nak bawa anak, barang lagi, belum dengan jika barang yg berat lagi. jika terlepas pandang akan disalah kn juga nanti sedang kan anak cedera ketika main ada juga menyalah kan isteri tidak pandai jaga anak. kesimpulan nye jika boleh dan nak suami mahu isteri berdikari dalam segala hal. dan hingga isteri merasa jika begitu lebih elok isteri2 tidak perlu berumah tangga jika perlu berdikari dalam banyak perkara. komitmen suami tak kan la hanya untuk memberi nafkah tempat tinggal sahaja?
    5. tidak membela isteri jika dimalukan atau diperli oleh ahli keluarga suami
    6. sepanjang perkahwinan suami pernah memukul isteri antara nye kerana perkara no.2 diatas dan isteri melawan dan tidak boleh terima suami naik tangan pada isteri wlupun ketika isteri mengandung. melawan kerana rasa ditipu dan sedih, kecewa suami mengasari.
    7. 3 tahun lebih perkahwinan tiada pratik ativiti ke jalan Allah bersama bersama isteri dan hanya 1x mengimam kan solat selebih nye hanya lisan dan suami melarang menegur/menyuruh jika tidak solat.
    8. suami berpendapat jika mengalihkan pandangan ketika terlihat wanita sexy adalah munafik. dan banyak lagi perkara2 lain tetapi berpendapat itu antara nya rumah tangga tersebut tiada keharmonian.
    dimana ade kesilapan isteri pada perkara diatas mohon teguran dan penjelasan wajar atau tidak untuk tuntutan fasakh tersebut.
    terima kasih.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumussalam.. kewajaran itu berdasarkan kezaliman melampau yang dilakukan oleh suami. Menyakiti fizikal dan emosi si isteri malah tidak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Namun begitu si suami harus diberi nasihat terlebih dahulu oleh sesiapa yang hampir dengannya. Dalam hal ini saya nasihatkan puan merujuk ke Pejabat Agama terdekat untuk mendapat khidmat nasihat dan pandangan terhadap situasi puan ini. Saya doakan puan beroleh ketenangan dan pertolongan drp Allah سبحانه وتعالى.

  65. Assalamualaikum..maaf,saya ingin bertanya..saya dan suami tinggal berjauhan kerana masing2 bekerja berlainan negeri..kami jarang berjumpa..suami saya melarang saya keluar rumah atau pergi kemana2 selain daripada bekerja..saya rasa sangat terseksa dan terkongkong dengan cara ini..saya selalu bertanya kenapa dia tidak benarkan,tetapi dia tidak pernah memberikan jawapan yang jelas..kami selalu bergaduh kerana suatu masalah dia tidak pernah ajak saya untuk berbincang dengan baik..bila bergaduh bahasanya selalu kasar beraku engkau..saya rasa sangat terseksa dengan keadaan ini..saya tidak pernah berkasar dgnnya dan saya selalu bertanya dgn baik..apa yg patut saya lakukan ustaz..

  66. Saya ingin bertanya saya telah berkahwin selama 10 tahun, selama perkahwinan suami belum pernah memberi duit belanja, malah setiap perayaan saya sendiri yang tanggung untuk membeli baju raya anak2 dan sekarang saya tak sanggup lagi dan ingin memohon cerai,saya ingin minta pendapat tuhan dan puan saya amat buntu dengan masaalah saya?

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Saya cadangkan sila ke Pejabat Agama yang terdekat utk dapatkan pandangan dan bantuan nasihat. Terima kasih.

  67. Nor farah idayu binti mohammad azhari

    Assalamualikum .. saya nak bertanya .. boleh seorng istri melarikan dri dari rumah .. dan minta cerai pada suami atas sbb tertentu .. contoh ..
    Mengambil benda terlarang …
    Ada duit main mesin judi ..
    Bagi nafkah hnya sekdar untuk susu dan pampers anak je
    Nafkah istri langsung xbagi ..
    Bulan2 duit untuk mak mertua saya dia bagi ..
    Tidak bagi berhubung dengan saudra saya .. boleh ke bagi penerangan y lebih detail ..terima kasih ..

  68. Boleh saya bertanya, jika bapa mertua seorang yang panas baran dan selalu mengeluarkan kata2 kesat kepada menantu manakala suami hanya melihat dan berdiam. Dan menantu sudah merasa tidak serasi untuk bersama. Adakah boleh untuk si menantu tuntut fasakh?

    • Assalamualaikum…saya nak bertanya,apakah boleh seorang isteri yang telah failkan kes cerai duduk serumah dengan suami sementara menunggu kes disebutkan??saya akan hadir ke mahkamah 30.10 nie?mohon pencerahan..

      • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

        Wa’alaikumussalam..

        Hukum Tinggal Serumah Dalam Tempoh ‘Iddah (jika sah penceraian tersebut).

        Apabila berlaku sesuatu perceraian maka haram bagi suami tinggal bersama-sama dengan bekas isterinya di dalam sebuah rumah atau masuk ke dalam rumah yang didiami bekas isterinya tanpa rujuk walaupun dalam iddah talak raj’ie kerana dikhuatiri akan menjurus kepada perbuatan khalwat. Hal ini kerana, berkhalwat dengan bekas isteri tanpa rujuk seolah-olah berkhalwat dengan perempuan ajnabiah (perempuan asing yang boleh dinikahi). Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat mahram kepada salah seorang daripada mereka bersama isteri berkenaan atau orang yang setaraf dengan mahram seperti isteri yang lain atau perempuan yang boleh dipercayai atau anak-anak, maka suami diharuskan memasuki rumah tersebut dan duduk di situ.

        Begitu juga sekiranya rumah itu besar dan mempunyai bilik yang berasingan, tempat masak, tempat rehat, tempat lalu, pintu keluar masuk kesemuanya berasingan dan tidak boleh lalu-lalang di antara mereka dalam rumah itu disebabkan oleh dinding atau pintu yang telah dikunci atau dipaku, maka harus mereka tinggal di rumah itu. Namun hukumnya adalah makruh walaupun tanpa mahram. Oleh itu, sekiranya rumah berkenaan tidak menepati syarat-syarat tersebut seperti rumah itu mempunyai satu bilik sahaja, maka pasangan yang bercerai itu tidak harus tinggal di rumah tersebut melainkan jika ada mahram. Oleh itu, apabila seorang suami hendak tinggal bersama dengan bekas isterinya atau masuk ke tempat bekas isteri yang boleh membawa kepada khalwat yang diharamkan, maka isteri itu hendaklah mencegahnya mengikut kemampuannya (Sila rujuk: Raudhah al-Tolibin, I’anah al-Tolibin dan Ahkam al- Iddah fi al-Islam).

        Selain itu, haram ke atas suami berseronok-seronok dengan bekas isterinya yang ditalak raj’ie sebelum dirujuk, sama ada dengan persetubuhan atau lainnya hatta jikalau memandang tanpa syahwat sekalipun. Dalam permasalahan ini, isteri yang telah diceraikan dengan talak raj’ie adalah seperti mana hukum isteri yang diceraikan dengan talak bain (talak tiga). Haram bagi suami untuk menyetubuhi dan berseronok-seronok dengan bekas isterinya serta memandang bekas isteri walaupun tanpa syahwat. Pendapat ini adalah merupakan pendapat majoriti ulamak seperti ‘Ato’, Malik, Shafi’ī, satu riwayat dalam Mazhab Hanbali dan lain-lain (Lihat: I’anah al-Tolibin, Fath al-Fattah Syarh al-Miftah li Bab al- Nikah).

        Fakta ini ada disebutkan di dalam kitab “Nihayah al-Zein”:

        ويحرم اﻻﺳﺘﻤﺘﺎﻉ ﺑﺎﻟﺮﺟﻌﻴﺔ ﻭﻟﻮ ﺑﻤﺠﺮﺩ اﻟﻨﻈﺮ ﻷﻥ اﻟﻨﻜﺎﺡ ﻳﺒﻴﺤﻪ ﻓﻴﺤﺮﻣﻪ اﻟﻄﻼﻕ ﻷﻧﻪ ﺿﺪﻩ

        Maksudnya: “Haram bersenang-senang dengan bekas isteri yang ditalak raj’ie, walaupun hanya sekadar melihat (auratnya). Ini kerana pernikahan yang mengharuskan ia (bersenang-senang dan melihat aurat) manakala talak mengharamkan ia disebabkan ia bertentangan dengannya”.

        Dalam Kitab “Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah” telah dinukilkan pandangan ulama daripada mazhab Shafi’ī dan Maliki tentang isu ini:

        فالطلاق رفع الحل النكاح ومقدماته، فلا يجوز الدخول عليها أو الأكل معها أو لمسها أو النظر إليها، بل يجب عليه الخروج من المسكن، إلا إذا كانت الدار واسعة ومعها محرم مميز يستحي منه ويكون بصيرا.

        Maksudnya: “Maka talak mengangkat untuk apa yang menghalalkan nikah dan permulaan-permulaannya, oleh itu tidak boleh (bekas suami) menyetubuhinya (bekas isteri), atau makan bersamanya atau menyentuhnya atau melihatnya (aurat). Bahkan si suami wajib keluar dari rumah, melainkan di dalam rumah yang luas dan bersamanya (bekas isteri) anak yang mumayyiz yang mana dia berasa malu (untuk melakukan maksiat) dan menjadi pemerhati”

  69. Salam..saya nak bertanya.sekarang saya dalam kekeliruan untuk membuat keputusan.dan saya memerlukan pendapat yg sewajarnya.Saya dan suami sudah berkahwin selama 5 tahun.Sepanjang perkahwinan kami,suami saya belum pernah berkerja,untuk menampung kehidupan kami saya yg sering mencari kerja.Tetapi,saya tidak faham dgn sikap suami saya.melalui kata2 mengizinkan saya utk berkerja,tetapi ketika utk menghtr kerja menjdikan beban baginya.sehingga adakala nya menyebabkan pergaduhan berlaku dgn kekerasan.suami saya juga seorg yg pns baran yg melampaui batasan yg sering mengasari tubuh bdn saya sehingga lebam,berdarah.setiap kali pergaduhan/pertengkaran berlaku,suami saya akn mengeluarkan tutur kata yg kesat dan sering melafazkan talak ketika keadaan dia marah.Tetapi suami saya akn memujuk semula stelah dia reda dri kemarahannya.Beliau juga enggan membnrkan kami hidup seperti pasangan yg lain.Saya sering berada di rumah sahaja tanpa ada aktiviti diluar.Selain itu,kawan2 suami saya sering dtg kerumah dan melepak dgn suami saya sampai larut mlm Setiap hari.Dgn keadaan ini juga perasaan sunyi dan kurang perhatian sering kali timbul dlm diri saya.saya menjadi bercelaru dan keliru.Dlm tahun ini 2019 suami saya sudah kurang mengunakan kekerasan tetapi kesat dalam pertuturan.Dalam tahun ini juga lah suami saya telah melafazkan talak tiga melalui whatsapp pada saya kerana marah atas kesilapan yang telah saya lakukan.dan saya belum lagi pergi membuat laporan ke makamah kerana saya msih keliru.Dlm masa yg sama saya masih sygkan hubungan kami.,walau apa pun sudah dilalui.saya msih membri pluang kpd suami saya utk brubh.tetapi selepas kejadian,keadaan suami saya .msih tetap tak brubah,tidak berusaha mencari kerja,mls,tetapi msih tetap suami saya nk memperthnkan hubungan kami.bukan mudah bagi saya nk membuat keputusan Kerana slama ini saya yg sering berkorban atas sebab terlalu sayang.sudah pernah cuba untuk berbincang secara baik,dia mulakan pertengkaran.suami saya langsung tidak faham apa yg cuba saya sampaikan.sdgkan saya hanyalah nk memberi pendapat utk memperbaiki semula rumahtangga kami dripada kebingungan org tua kami.dia langsung tidak bersependapat.terlalu sukar utk berbincang.jadi saya ingin meminta pendapat,adakah talak yg dilafaz telah jatuh?dan apa yg harus dibuat?sebab saya sudah memulakan langkah menjauhkan diri saya dri suami Dan suami saya masih merayu utk saya kembali.?tolong berikan nasihat dan pendapat yg secepat mungkin kerana saya terlalu bercelaru.terima kasih.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumussalam.. untuk masalah ini puan dipohon merujuk dengan segera ke Mahkamah Syariah yang berhampiran untuk menentukan status perkahwinan. Ini yang terbaik untuk menyelamatkan keadaan puan selanjutnya.

      Wallahuaklam.

  70. Assalamualaikum. Suami dan saya bekerja sbg guru. Suami saya serahkan tggungjawab mmbeli pakaian dan perubatan ank2 kpd saya. Dia tidak pernah belikan pakaian kpd saya disebbkan saya bekerja. Perlukah saya bersabar atau berpisah sahaja ?

  71. Tuan , sy dah umur 46, pernah kawin anak
    Perempuan 1 , dah 17 belas tahun , sy seorang diri saja, hati nak kawin tapi susah
    Nak dpt wanita yg iklas jujur, sy lansung tak
    Suka perempuan bila dah kawin ada suami
    Boleh tipu pandai ckp mcm org baik tapi
    Boleh tidur dgn laki sambil malu kan suami
    Sendiri,

Tinggalkan Jawapan kepada ashifa nur Batal balasan