Buku: Dhuyufur-rahman, Tip Perjalanan Menuju Allah Khusus Bagi Jemaah Haji & Umrah

Perasaan syukur kepada Allah SWT yang Maha Penyayang menusuk hati kerana diberi taufik dan hidayah bagi menunaikan ibadat fardu haji dan umrah yang penuh kenikmatan serta kehebatan ini. Malah diberi-Nya pula peluang sebagai Pembimbing Ibadah Haji untuk membantu para dhuyufurrahman mengapai hasrat, membina semangat bagi menunaikan tuntutan rukun Islam yang ke lima. Ibadah ini memberi pengertian yang cukup bermakna kepada sesiapa yang mengkaji dan cuba memahami, menghayati dan seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan ini. Ibadat inilah yang mampu mengubah seluruh kehidupan bagi mereka yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran.

cover dhuyufurrahmanPengalaman membimbing jemaah haji dan seterusnya mengkaji keistimewaan ibadat ini membuatkan diri saya merasa kerdil dengan ilmu Allah SWT yang maha luas. Tidak terjangkau dan termampu untuk diungkapkan, betapa ianya telah membuka lembaran yang lebih luas dalam dimensi kehidupan ini agar dilalui dengan lebih bermakna. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, pengajaran daripada ibadat haji dan umrah ini mampu ‘memanusiakan’ manusia dengan sifat-sifat kemanusiaan yang akan dimuliakan dan dihormati oleh segala makluk ciptaan Allah SWT. Kerana manfaat tarbiah daripada ibadah ini bukan hanya pada perlaksanaannya sahaja tetapi juga merangkumi segenap aspek kehidupan yang kita lalui.

Buku ini boleh dilebalkan sebagai sebuah buku motivasi dakwah. Ia tercetus dan terhasil daripada semangat haji yang saya miliki dan terus dibajai disamping berkongsi rasa dan idea bersama para sahabat yang lain, yang sama-sama diberi peluang untuk menyantuni para dhuyufurrahman. Nikmat berbakti dan menyantuni dhuyufurrahman amat berharga dan sukur untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Namun sebagai menghargai dan mensyukurinya, apa yang mampu kami berikan hanyalah dalam bentuk perkongsian pengalaman, pandangan dan catatan serta ilmu berkaitan ibadat haji dan umrah sebagai pedoman yang berguna untuk dimanfaatkan bersama. Matlamat utama daripada usaha ini adalah diharapkan para dhuyufurrahman ataupun tetamu Allah beroleh faedah yang maksima dari sudut ilmu, kefahaman dan tarbiah serta mampu mencapai kedudukan yang terbaik di sisi Allah SWT iaitu haji Mabrur. Haji Mabrur tiada ganjaran yang lebih istimewa melainkan syurga!

Sesungguhnya pengajaran serta manfaat daripada ibadat haji dan umrah ini cukup berharga, umpama mutiara-mutiara yang indah lagi terpelihara yang perlu diterokai untuk mendapat manfaat daripada nilainya. Oleh sebab rahsia yang tersirat ini tidak diteroka, akhirnya mutiara-mutiara itu tetap tersimpan dan terus menjadi misteri. Melalui pengalaman saya sendiri, walaupun telah banyak Kursus-kursus Asas Ibadat Haji yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak sekarang ini, namun ianya masih belum mencukupi dan tidak memadai untuk melengkapkan diri seseorang yang bakal dijemput menjadi ‘tetamu Allah yang teristimewa’.

Buku ini juga akan cuba mengupas dan memperjelaskan keadaan serta usaha yang sepatutnya dilaksanakan oleh seseorang yang berhasrat untuk melayakkan dirinya dijemput sebagai tetamu Allah yang istimewa. Fahamilah, ‘rasa istimewa’ pada ibadah haji dan umrah bukanlah pada fasiliti dan layanan yang diterima, tetapi istimewa itu lahir dari ‘perasaan’ menghargai dan dihargai, mencintai dan dicintai, mengharap dan diambil peduli, sesuatu yang hanya akan dapat dihayati dan dirasai oleh mereka yang telah melayakkan dirinya sebagai tetamu yang istimewa lagi terpilih. Siapa mereka? Adakah kita? Tetapi layakkah kita? Bagaimanakah untuk kita mendapatkannya? Semuanya akan terjawab dalam buku kecil ini, insya-Allah

Dapatkan dikedai-kedai buku berhampiran anda atau layari laman Galeri Ilmu Sdn. Bhd

Beli secara online: Galeri Ilmu Media Group

About Mohamad Zaki Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 5 Mac 2013, in Dunia Buku and tagged , , , . Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. Assalamualikum Ustaz.
    Saya ingin minta pendapat Ustaz tentang lokasi2 yg doa2 Insya Allah dimakbulkan Allah swt.
    Saya ada meminta kawan saya mendoakan saya semasa dia berada di Raudhah.Tetapi dia bertanya kenapa perlu di Raudhah?Dan dia mengatakan tidak ada dalil khusus yg mengatakan disitu mustajab doa .cuma dia ke Raudhah kerana Nabi pernah beribadat ,mengajar dan berdoa disitu bukan kerana ingin berdoa kerana disitu mustajab doa.Dia mengatakan doa tidak perlu kepada lokasi dan kita seharusnya perbetulkan kepercayaan konsep berdoa.

    Saya paham maksudnya dan Saya tahu doa2 ,kalau kita bersungguh2 dan ikhlas berdoa,InsyaAllah dimakbulkan.Tidak semestinya di Raudhah atau dimana2 di Masjidilharam.Cuma jika kita percaya yg Raudhah adalah salah satu taman syurga dimana disitu byk malaikat yg sentiasa menziarahi Nabi,maka jika kita berdoa dan malaikat men Aminkan doa kita,InsyaAllah di makbulkan.Salahkah niat kita jika kita ke Raudhah dgn niat menziarahi Nabi dan berdoa disitu kerana disitu kita percaya salah satu tempat mustajab doa?
    Minta penjelasan Ustaz.
    Wasalam

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam..

      Memang benar sebagaimana yang dinyatakan oleh rakan puan berkenaan lokasi untuk berdoa, kerana yang penting ketika berdoa ialah keikhlasan hati serta kesungguhan kita melaksanakan perintah Allah SWT. Pastinya doa kita dimakbulkan.

      Mengunjungi tempat-tempat tertentu serta berdoa di sana untuk mengambil keberkatan adalah tidak salah. Cuma yang salahnya apabila kita menganggap tempat itu sahajalah yang menyebabkan permohonan kita diterima. Keadaan itu boleh menyebabkan syirik kepada Allah (syirik yang tersembunyi) dan berdosa. Oleh itu apabila mengunjungi ke tempat2 bersejarah dan ada nilai sunnahnya lakukanlah sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi SAW supaya kita tidak tergelincir dalam kekufuran yang tidak disengajakan.

      Wallahuaklam.

  2. suriani lassani

    buku yg menarik…

  1. Pingback: Haji dan Umrah: Layakkah aku menjadi Tetamu Allah? | Menilai Sebuah Kehidupan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: