Rumahtangga: “Kamu Adalah Pengembala”

Sabda Rasulullah SAW;

Kullukum ra’in, wa kullukum mas’ulun ‘an ra’iyyatihi.”

Setiap kamu adalah pengembala (pemimpin) dan bertanggungjawab terhadap apa yang digembalanya (dipimpinnya).”

Maksud hadis ini adalah umum, merangkumi keseluruhan tanggungjawab yang terpikul dalam kehidupan kita. Namun dalam konteks kekeluargaan, ibu bapa adalah pemimpin utama. Iaitu bapa sebagai ketua keluarga manakala ibu pula adalah pengurus dan pembantu yang setia.

keluarga-bahagiaMenjadi pemimpin kepada sesebuah keluarga adalah amanah besar dan bukanlah suatu tugas yang mudah untuk dilaksanakan. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud;

Setiap bayi yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah, maka ibu bapanyalah (yang berperanan) (sama ada) membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Bukhari)

Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang besar terhadap kesinambungan generasi akan datang. Sama ada sekadar membina anak-anak menjadi generasi yang hanya dibanggakan dalam konteks duniawi atau sememangnya disyukuri dengan mencorak mereka dengan nikmat iman dan Islam. Keberkesanan memimpin dan mendidik pula menjadi penentu utama kepada kecemerlangan generasi akan datang, sekaligus membentuk sebuah keluarga yang bahagia dan cemerlang. Baik di dunia mahupun di akhirat.

Perkara Asas Dalam Mendidik

Sesungguhnya mendidik anak-anak bermula sejak kecil lagi, seawal dalam kandungan ibu. Ini kerana ia akan memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak tersebut sehinggalah dewasa. Abdullah Nasih ‘Ulwan dalam bukunya yang telah diterjemahkan dengan tajuk “Pendidikan Anak-anak Dalam Islam” menjelaskan tentang dua perkara asas dalm membantu perkembangan anak-anak sejak kecil iaitu;

a) “Talqin” (sudut nyata) iaitu pengajaran yang dilakukan secara berulang-ulang dengan lisan. Contohnya, bagaimana Rasulullah SAW menyuruh para pendidik mentalqinkan ucapan “Laa Ilaaha Illallah”, mengajar rukun-rukun solat dan sebagainya sejak anak-anak usia kecil lagi. Menurut Piaget, seorang ahli psikologi barat, bayi memerlukan masa yang panjang untuk mengenali serta membezakan rangsangan-ransangan yang didaftarnya. Oleh itu, proses pengulangan sangat membantu bagi mewujudkan skema dalam diri mereka. Chaplin (1985) mendefinisikan skema sebagai satu rangka kognitif yang berkembang dan menjadi khusus dengan peningkatan umur.

b) “Ta’wid” (sudut amali) iaitu pembimbingan amali (pembentukan dan pelengkapan). Pentarbiahan secara ulangan seterusnya diterjemahkan secara lahiriah (amali) dalam diri anak-anak mengikut perkembangan umur mereka. Contohnya, usaha ibu bapa melatih anak-anak melaksanakan solat secara amali. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

Suruhlah anak-anak kamu solat apabila mereka berumur 7 tahun dan pukullah mereka apabila umur mereka sudah menjangkau 10 tahun ke atas (jika tidak mahu melaksanakannya) dan pisahkan tempat tidur mereka.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam usaha melaksanakan tanggungjawab ini, ibu bapa hendaklah bersedia untuk berhadapan dengan setiap tahap perkembangan anak-anak dengan menguasai ilmu, khususnya yang berkaitan dengan tanggungjawab dan pembahagiannya. Kejahilan dalam penguasaan ilmu dan tanggungjawab boleh menyebabkan anak-anak berada dalam kebingungan dan dilema sehingga mengalami krisis identiti. Masih belum terlewat untuk ibu bapa belajar dan mendidik anak-anak mengikut tahap perkembangan umur sehingga anak-anak sendiri dapat menerima dengan rasional melalui kesedaran sendiri tanpa unsur paksaan.

Tahap Pentarbiahan

Pentarbiahan anak-anak perlu dilakukan secara beransur-ansur. Sebagai panduan, pembahagian tersebut bolehlah dibahagikan kepada tiga tahap:

Tahap 1: Umur 0-2 tahun.

Mengazankan di teliga kanan, iqamah di teliga kiri. Memberikan nama yang baik, mengkhatankannya, menyusuinya, tidak memukulnya dan menggalakkan adab-adab yang baik.

Tahap 2: Umur 2-5 tahun

Pendidikan iman, mengasuh anak-anak cintakan al-Quran, cinta Rasulullah SAW dan keluarga baginda serta para sahabat.

Tahap 3: Umur 5-12 tahun

Mengajar dan melatih mereka tentang adab-adab, menutup aurat, menghormati orang yang lebih tua, menunaikan solat dan mengaji al-Quran.

Sesungguhnya Islam telah memberikan garis panduan yang sangat indah dalam mendidik anak-anak. Didikan terhadap anak-anak berdasrkan teori dan panduan yang betul akan mendatangkan kesan positif ke arah membina generasi rabbani. Sebagai renungan bersama, anak yang lahir bukan sahaja anugerah yang tidak ternilai kepada kita tetapi juga AMANAH yang perlu dijaga.

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

Apabila sudah mati seorang anak Adam, maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” (Riwayat Muslim)

About Mohamad Zaki Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 5 Jun 2013, in Naib Khadi. Bookmark the permalink. 1 Komen.

  1. cheap wood hangers

    Hurrah! In thee end I got a weblog from where I know howw to in fact take valuable informmation rearding mmy study and knowledge.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: