Tips Menghadapi Bos Yang Sombong Dan Panas Baran

Di dalam pergaulan khususnya dengan golong yang berkedudukan ataupun “bos”, kita sering bertemu dengan manusia-manusia yang sombong dan bongkak. Orang yang suka berlagak dan menonjolkan dirinya secara berlebih-lebihan. Bila bercakap sering menyebut-nyebut status dan kedudukannya, “aku bos kamu”, “aku orang kuat di sini” dan segala macam kedudukan yang di sudut hatinya mengharapkan simpati dan hormat orang kepadanya. Jangan gentar dan gerun dengan orang seperti ini kerana mereka sebenarnya orang yang lemah dan kurang.

angry_manKesombongan dan keangkuhan yang ditunjukkan mereka itu adalah semata-mata tabir palsu yang dipasang dengan tujuan untuk melindungi sesuatu kekurangan dan kelemahan yang dirasa ada pada dirinya. Fahamilah bahawa setiap orang yang terlampau menonjolkan keangkuhan dan kesombongannya mempunyai kelemahan-kelemahan yang tertentu. Mereka adalah orang yang dahagakan penghargaan, perhatian, pengakuan dan penghormatan orang sekelilingnya serta cuba mencari dan mencapainya dengan cara yang salah dan ikhtiar yang palsu. Oleh kerana itu manusia yang seperti ini seringkali mudah rebah bila dipuji dan diampu. Malah akan mudah meletus kemarahannya dengan serta-merta bila dikritik atau disinggung perasaannya.


3 Tips berhadapan dengan bos yang sombong dan panas baran.

Biasanya bos yang sombong dan panas baran ini orangnya jenis “high expectation”. Citarasanya tinggi. Dia agak cerewet. Cakapannya kekadang sedikit kasar kerana emosinya sensitif pada perubahan situasi di sekitar tempat kerja. Sebab itu asal ada sahaja yang tidak kena, dia akan cepat melenting.

Tips 1: Tonjolkan diri.

Untuk mengambil hati seorang bos yang sombong dan panas baran, anda perlu mencapai ekspektasi yang dimahukannya. Anda kena tunjukkan kepadanya kerajinan anda, professionalisma, juga kecekapan anda bekerja supaya dia sedar yang anda ada kelebihan tersendiri. Berikan kepadanya idea-idea bernas yang anda fikirkan. Beranikan diri memberi pendapat di kala rakan-rakan sekerja anda teragak-agak untuk mengutarakan pendapat mereka. Stand out from the crowd! Sikap sombong dan panas baran itu jika dipandang dari sudut positif, sebenarnya mendesak anda untuk memajukan diri sendiri supaya prestasi anda sama seperti prestasi kecemerlangan yang dimahukan oleh bos anda itu.

Tips 2: “Dalam dia marah-marah tu, mesti ada waktu untuk dia ‘cool’ seketika.”

Orang yang sombong dan panas baran ini, hatinya perlu dirawat dengan pujian namun janganlah pula berlebihan. Dari luar terlihat keras dan angkuh, tapi di dalam begitu lembut dan rapuh. Ya, seperti buah durian. Kebanyakan orang yang bersikap sombong dan panas baran memiliki hati yang lembut. Disinilah kunci utamanya! Orang yang memiliki sifat seperti ini sangat mengharapkan perhatian yang lebih, kerana dia akan menyimpan dan memandam segala masalahnya sendiri. Ada sisi rapuh di sini, di mana dia mudah terkoyak oleh sesuatu yang mengena seperti kasih sayang. Ambilah sisi ini, kerana sisi tersebut sangat sensitif dan mudah mempengaruhinya.

Ajak dia bercerita tentang kisah hidupnya, bercerita pasal anak-anak, ahli keluarganya, majlis-majlis tertentu, sukan rekreasi yang dia selalu lakukan. Seorang bos akan merasa bangga apabila ada dikalangan para pekerja atau orang bawahannya yang ingin tahu bagaimana dia berusaha untuk berjaya sehingga sampai ke tahap kedudukan dan jawatannya sekarang ini. Sudah tentu dia akan menceritakan segala pengalamannya dengan senang hati. Bila dia sudah senang hati, mudahlah untuk anda berhadapan dengannya bila-bila masa. Anda boleh dekatinya, dan dia juga akan merasa selesa untuk bergaul dengan anda.

Tips 3: “Bila bos anda marah anda, biarkan saja dia memarahi anda semahunya.”

Orang yang sombong dan panas baran ini, memiliki perasaan sakit hati pada situasi-situasi tertentu dalam hidupnya. Semua perasaan sakit hati itu telah terkumpul lama dalam ingatannya. Makin lama semakin bertambah dan makin membanyak. Mungkin dia ada masalah kewangan, masalah perhubungan atau merasa tertekan dengan tanggungjawab kerjanya yang bertimbun. Bila dia ada peluang untuk marah, dia akan melepaskan semua perasaan sakit hatinya yang terkumpul selama ini.
Apabila anda berdepan dengan bos yang pemarah, panas baran atau “cepat naik angin”, biarkan saja dia melepaskan kemarahannya selagimana dia mahu. Beri peluang untuk dia lepaskan kesemua yang terbuku di hatinya. Dia gunakan kemarahannya itu pada anda sebagai cara untuk dia lepaskan geram.

Elakkan untuk memberi apa-apa respon pada waktu itu. Lama kelamaan bila keadaannya sudah reda, bila geramnya sudah hilang “power”, dia akan menjadi seseorang yang amat baik. Masa inilah anda boleh gunakan untuk mendekatinya. Pastikan suasana ketika itu sunyi, bebas dari apa jua gangguan. Beritahu bos anda yang anda faham dengan situasi-situasi sukar yang dihadapi olehnya.

Pasti hatinya luluh dengan keikhlasan anda. Bos anda akan menganggap anda seorang kakitangan yang boleh dipercayai. Selepas itu, setiap kali anda berdepan dengannya atau duduk berhampiran dengannya, anda akan merasa selesa, tidak ada lagi perasaan takut-takut atau segan-segan.


Kesimpulannya

Setiap orang yang kena marah memang agak sukar untuk melupakan rasa dimarahi itu, melainkan kita mengganggap yang kita sedang memberi peluang kepada bos kita untuk melepaskan tekanan yang telah lama terbuku di hatinya. Inilah caranya untuk kita memiliki ketahanan apabila dimarahi. Jika fikiran anda terganggu dengan seseorang yang berwatak sombong atau panas baran, bukan berarti bos anda tersebut telah melakukan kesalahan. Perasaan jengkel anda disebabkan cara berfikiran yang berbeza. Anda melihat situasi dari sisi “anda sendiri”. Anda berfikir segala yang terjadi seharusnya sesuai dengan cara anda. Sedangkan bos anda mempunyai cara berfikiran yang lain. Memang rumit, tapi bersangka baiklah dengan kemarahan orang yang memarahi anda!

Belajarlah menerima sesiapa sahaja dengan seadanya. Yang penting mulakan segala kebaikan pada diri sendiri terlebih dahulu. Jika kita inginkan kebaikan orang pada kita maka kita hendaklah terlebih dahulu memulakan kebaikan itu pada diri sendiri. Dengan cara ini kita akan mampu bergembira apabila bertemu dengan sesiapa sahaja, walaumacamana sekalipun perangainya. Moga Allah SWT memberi kelapangan dada untuk kita menghadapinya, insya Allah.

About Mohamad Zaki Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 10 Jun 2013, in Perbincangan Ilmiah. Bookmark the permalink. 11 Komen.

  1. Hek eleh ko ni beri tips mengampuuuuu….what an idiotic tips

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Terima kasih Misz kerana memberi respon kepada artikel ini, saya amat menghargai pandangan anda.

      “MINDSET”

      Sebelum si ayah menghembuskan nafas terakhir, dia memberi pesan kepada dua orang anaknya :

      “Wahai Anak-anakku, dua pesanan penting yang ingin ayah sampaikan kepada kamu berdua untuk kejayaan hidupmu kelak”

      “Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

      “Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik matahari secara langsung”

      5 TAHUN BERLALU:

      Si ibu menziarahi anak sulungnya dan didapati anaknya itu mempunyai kedudukan perniagaan yang sangat mendukacitakan.

      Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

      Si sulung menjawab : “Wahai ibu, Saya mengikuti pesan ayah…

      Saya dilarang menagih hutang daripada siapapun sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama kelamaan habislah modal saya..

      Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar matahari secara langsung dan saya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya saya pergi dan pulang kerja selalu menaiki teksi”.

      Kemudian si ibu pergi pula menziarahi ke tempat si bungsu yang keadaannya sangat berbeza dengan abangnya.

      Si bungsu sangat berjaya menjalankan perniagaannya.

      Si ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu sedemikian beruntung, apa rahsianya…?”

      Si bungsu menjawab : “Ini kerana saya mengikuti pesan ayah..”

      Pesan yang pertama saya dilarang menagih hutang kepada siapapun. Oleh kerana itu saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun sehingga modal saya tetap kukuh”.

      “Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada saya selalu berangkat ke tempat kerja sebelum matahari terbit dan pulang setelah matahari terbenam, sehingga para pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup lebih lewat”.

      Perhatikan..
      Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesanan yang SAMA, namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang atau MINDSET yang berbeza.

      Mereka MELAKUKAN cara. . berbeza sehingga mendapatkan HASIL yang juga berbeza.

      Hati² lah dengan Mindset kita..

      Mindset positif memberi hasil yang menakjubkan, sebaliknya mindset negatif memberikan hasil yang menghancurkan.

      Think positif …..
      The choice is yours..!

  2. tip yang sangat baik untuk bumiputera yang berkuli dengAN CINA , terpAKSA LAH mengampu, bagi yang dapat kerjajaya bagus tu..tak kerja di perhatikan boss.untunglah luu

  3. Saya selalu kena marah ngn bos. Bos saya memang sangat baran. Kadang-kala x buat salah pun kena marah jugak. Salah dia sendiri kita pulak yang dimarahnya. Kalau tanya sikit sebab kita x berapa faham pn dijawabnya dengan marah. Bos saya ni ibarat ‘dia dan marah berpisah tiada’. 😥

    Tak faham saya dengan perangai dia ni. Sekarang pun saya tengah cari kerja lain. Tak sabar nak lari dari sini.

    ~ Lega rasanya dapat luah kt sini 🙂

    • Sama la ngan sye..mcm2 perangai die tu..siap tengking dpn org ramai..nk lawan tapi masih ada perasaan sabar yg tinggal sikit..tengah mencari keje lain untuk angkat kaki..

  4. Bos sy pula dah tua tapi tak sedar diri.Depan je baik tapi suka mengumpat dan memburuk2kan pekerja.kadang2 dia panggil kawan2 dia dan mengutuk depan2..dia mahu pekerja dia masuk kerja dan tak boleh duduk langsung .mesti berdiri sambil buat kerja..penat sangat dengan perangai bos mcm ni,….
    lunch time pun tak boleh..keluar makan pun tak boleh..makan dalam opis pun tak boleh..apa yang patut sy buat..bila saya nak berhenti dia marah2 dan jerit2..masalahny kalau dia pandai buat semua kerja tak apalah ni apa pun tak tahu…

  5. hidup kena adil,
    org hormat kita
    kita hormat org
    nanti bagi muka naik kepala.

  6. Assalamualaikum tips yang sangat baik,

    Saya sedang menghadapi perkara ini dan tips dan pendapat sangat berguna, sebenar nya saya sedangkan melakukan perkara ini. saya berusaha lakukan yang terbaik dan mengikut segala perintah nya dan suruhan nya. Walaupon dia bukan lah bos hanya sekadar ketua kerja sama sama makan gaji . tapi kenapa perlu di sanjung setiap masa.

    saya terkilan terkadang saya berusaha melakukan yang terbaik tapi hanya kebaikan yang di inginkan sedangkan manusia tidak sentiasa betul.

    Saya cuba untuk bertahan dengan ego dan sombong nya tapi sebagai manusia kita mempunyai tahap kesabaran dana batas tertentu. saya risau suatu hari nanti saya tidak dapat menahan kesabaran lagi perasaan ini.

  7. Assalamualaikum.. tips ni dapat sejukkan hati saya selepas mmbacanya.. Sy pon ada boss yg panas baran dan suka melenting bila stress. Tips dan nasihat di atas amat lah membantu utk mengajar hati saya supaya lebih positif. Terima kasih atas perkongsian ini. sy mintak izin utk share kepada kawan2 saya, supaya dapat memberi manfaat juga kepada mereka.. In Shaa Allah.. Thanks !

  8. Thank you for the tips. I believe these tips work will work wonders on a crazy and weak boss who is full of ego in his head, bullies female employees psychologically, has mostly criticism coming out from his mouth, instigates his own employees to go against each other… just to say a few.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: