Sudah Terbit!!: Buku “Rahsia 7 Surah Pilihan”

Rahsia 7 Surah Pilihan

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan kitab panduan yang paling mujarab. Melimpah ruah mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah, rahmat dan zikir. Pengingat bagi yang lupa, penerang bagi yang mahukan penjelasan, penyembuh bagi hati yang duka-lara, pembimbing bagi yang mahukan petunjuk dan motivasi bagi yang mahukan pendorong.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah, Tuhan yang Maha Pencipta. Terangkum padanya konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh Pencipta Yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan contoh-contoh tauladan. Juga kisah-kisah yang benar-benar berlaku sebelum diturunkan dan pada ketika penurunan Al-Quran berlaku secara beransur-ansur. Melalui segala panduan dan pengajaran itu, manusia akan mendapat kekuatan motivasi bagi membina jati diri dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim yang sejati dan hebat, serta benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah SWT. Untuk bermulanya hari qiamat dan nasib setiap insan, sama ada ke syurga atau ke neraka setelah dia dimatikan dan dipindah ke alam baqa’. Semuanya ini sebagai panduan dan motivasi supaya orang yang beriman mempunyai pegangan dan sandaran yang kukuh iaitu kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pencipta.

Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya, Allah SWT mengkehendaki manusia menggunakan akal fikiran yang sihat dan sempurna yang diberikanNya kepada mereka untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah SWT melalui al-Quran, begitu juga melalui sunnah Rasulullah SAW yang ditunjukkannya dalam kehidupan seharian. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman:

وَمِنَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَىٰ أَخَذْنَا مِيثَاقَهُمْ فَنَسُوا حَظًّا مِمَّا ذُكِّرُوا بِهِ فَأَغْرَيْنَا بَيْنَهُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۚ وَسَوْفَ يُنَبِّئُهُمُ اللَّهُ بِمَا كَانُوا يَصْنَعُونَ.يَا أَهْلَ الْكِتَابِ قَدْ جَاءَكُمْ رَسُولُنَا يُبَيِّنُ لَكُمْ كَثِيرًا مِمَّا كُنْتُمْ تُخْفُونَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ ۚ قَدْ جَاءَكُمْ مِنَ اللَّهِ نُورٌ وَكِتَابٌ مُبِينٌ

Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.”

(Surah Al-Maidah: 14 -15)

Firman Allah S.W.T lagi:

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.

(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis daripada Abu Zar r.a dia berkata, bahawa beliau meminta Rasulullah SAW memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: “Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah SWT kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Buku “Rahsia 7 Surah Pilihan – Benteng Diri Dan Sumber Motivasi Daripada Kalamullah Yang Mulia” membongkar kazanah ilmu yang tersirat disebalik galakkan Nabi SAW supaya kita mengamalkannya. Galakkan mengamalkan surah-surah tertentu ini pastinya memiliki pengajarannya tersendiri apatah lagi pilihan waktu yang tertentu disarankan oleh baginda Rasulullah SAW, tentu ada sebabnya. Oleh itu mempelajari dan meneliti rahsia-rahsia surah terpilih ini akan membuka minda untuk memperbaiki diri seterusnya sumber insfirasi untuk membina kekuatan iman dan takwa.

Dapatkan buku ini terus daripada penerbit Galeri Ilmu Sdn. Bhd atau kunjungi kedai-kedai buku berhampiran anda. 

About Mohamad Zaki Abdul Halim

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun...

Posted on 27 Mac 2014, in Dunia Buku. Bookmark the permalink. Tinggalkan komen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: