Tips Keluarga Bahagia [Siri 1]: 7 SEBAB HILANGNYA REZEKI KELUARGA
7 SEBAB HILANGNYA REZEKI KELUARGA
1] SERING BERGADUH… Usahlah bergaduh sesama suami isteri, apatah lagi perihal duit ringgit. Sebaiknya, berbincang dan carilah persefahama. Buanglah sifat ego dalam diri, khususnya suami. Hidup berumahtangga adalah sebuah pengkongsian. Belajarlah untuk menerima dan redha dengan kekurangan diri pasangan masing-masing, samada sikap, akhlak dan sebagainya. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situlah rezeki akan tersekat……
2] MERASA ANAK-ANAK SEBAGAI BEBAN… Usahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut, menyesal, ataupun rasa terbeban. Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak, kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Mereka menjadi ujian untuk kita. Mereka juga amanah yang boleh menjadi kebaikan atau bala kepada kita di akhirat kelak. Justeru, hargailah kewujudan mereka kerana merekalah aset selepas kematian kita nanti.
3] SELALU MENGELUH… Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki. Tidak kira banyak atau sedikit, kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.
4] BAKHIL DENGAN PASANGAN DAN ANAK-ANAK… Jangan terlalu berkira dengan keluarga. Namun sebaliknya, kita selalu tidak berkira dengan kawan-kawan. Perlu diingat keluargalah yang lebih utama, hendaklah bertolak ansur dan faham sesama pasangan, kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi bersama pasangan dan anak-anak serta ahli keluarga.
5] GAGAL MENGAWAL EMOSI DAN AMARAH… Jangan meninggikan suara, mengherdik atau membentak, apatah lagi memaki hamun serta mengugut. Gunakan kata-kata yang baik sesama suami, isteri dan juga anak-anak. Jangan menakut-nakutkan ahli keluarga, dan tanamkan layanan yang penuh mesra dan kasih sayang.
6] SUAMI ISTERI KURANG SABAR… Bersabarlah dalam menangani karenah masing-masing. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka, namun, tetap perlu bersabar, kerana kesabaran itulah punca rezeki.
7] KURANG BERDOA… Ini sangat penting! Sentiasalah dekatkan diri kepada Allah, dan mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingat mereka dalam doa, khususnya setiap kali selepas solat.
Moga Allah merahmati dan melimpahkan kurniaNya untuk kita semua.
Wallahu a’lam…
Posted on 13 Julai 2016, in Naib Khadi. Bookmark the permalink. 1 Komen.
Assalamualaikum ustaz,
saya ada beberapa hal nak tanya dekat ustaz.
1. Suami jarang memberi nafkah berbentuk wang ringgit kepada saya, namun memandangkan sy juga bekerja maka saya x kisah sangat tentang hal ini. Tetapi yang membuatkan saya berasa kecil hati dan terkilan dengan suami ialah dia bertindak untuk menyewakan sebuah bilik di dalam rumah kami kepada sepupu abang iparnya, sepasang suami isteri. Pada mulanya saya rasa tiada masalah dengan tindakannya ini sebab saya tau dia hanya ingin mencari duit lebih bagi menampung bayaran bulanan rumah berkenaan.
Yang menyebabkan saya mula berasa tidak selesa dengan penyewa tersebut apabila cincin emas saya hilang dan saya mengesyaki bahawa yang mengambil cincin emas saya ialah penyewa suami saya. kenapa? sebab penyewa kami adalah bekas banduan dengan kesalahan merompak. Lagi satu, mereka sangat pemalas dan jarang membantu saya melakukan kerja2 rumah. Bila saya menyuarakan suara hati saya, suami pula marah dengan saya. Keadaan ini menyebabkan saya bergaduh dengan suami kerana dia lebih mementingkan kebajikan penyewa daripada saya.
Kejadian kehilangan cincin saya menyebabkan saya tidak percaya lagi dengan penyewa kami dan menyebabkan saya hilang rasa ingin menjaga rumah kami kerana hanya saya yang mengemas dan orang lain hanya mengotorkan rumah. Saya tau saya bersalah kerana tidak mengemaskan rumah sebagai isteri, tapi itulah saja cara saya nak bagitau suami bahawa saya tidak senang dengan kehadiran orang lain di rumah kami. Kadang saya merasa saya yang menumpang di rumah suami dan penyewa tersebut lebih layak menduduki rumah suamusebab mereka ada membayar sewa. Sungguh saya amat terkilan dengan tindakan suami..apakah hukum apabila suami menyewakan rumah kepada orang lain yang bukan mahram kerana ingin menambah pendapatan?
2. Suami saya sebenarnya seorang yang sangat baik hati tetapi mempunyai ego yang maha tinggi. Saya akui saya juga banyak kekurangannya, saya pernah memarahi dan bergaduh dengan suami sehingga piring dan gelas serta pasu yang dibelinya pecah berkecai. Antara punca yang menyebabkan saya terlalu marah dengan dia ialah dia terlalu rapat dengan sepupunya sehingga bertepuk tampar dan sentuh menyentuh itu menjadi perkara biasa antara mereka.
Namun saya tidak akan sesekali mengeluarkan perkataan atau ayat makian ketika kami bergaduh. Selepas kejadian kami bergaduh, suami mula bercakap kasar dengan saya. Apabila kami berkunjung ke rumah saudara maranya, saya dibiarkan keseorangan, dia lebih suka bergaul dengan sepupunya. Saya sangat terasa bahawa dia sudah tidak perlukan saya lagi..seolah-olah dia berbuat begini agar saya meminta cerai dan seterusnya membebaskan dia dari tanggungjawab sebagai seorang suami. Dia pernah berkata “Rasalah macam mana sakit hati saya bila kau buat saya sakit dulu.” Sedangkan saya suda meminta maaf dan cuba berubah..
Pernah saya tanya kenapa dia buat saya begini, dia dengan sinisnya berkata “kalau tidak tahan, kenapa masih mau bersama saya? Saya okay saja kalau kau masih mau bertahan, yang penting hati mesti kental dengan layanan macam ni dari saya”
Walauapapun yang terjadi, jujur saya teramat menyanyangi suami saya. Saya tidak mahu kehilangan dia. Saya tahu semua ini berpunca daripada saya juga yang terlalu mudah memarahi dia sedari awal perkahwinan kami. Usia perkahwinan kami baru memasuki 2 tahun tetapi sudah mula berantakan. Saya menyesal atas perbuatan saya terhadapnya di awal perkahwinan kami. Bolehkah jika saya memohon perceraian atas sebab dia sengaja tidak melayan saya dengan baik selama 8 bulan? Dia sebenarnya layak untuk seseorang yang lebih baik dari saya..mungkin lebih baik jika saya pergi dari hidupnya..