Biodata Penulis

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.. Ku mulai bicara ini dengan Segala Puji bagi Tuhan sekelian alam, Maha Agong lagi Maha Pekasa.. Selawat dan salam ke atas Junjungan Tercinta Habibul Rahman Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para tabi’in dan muslimin serta muslimat seluruhnya…

Tiada yang indah selain mengingati Allah.. meniti kehidupan adalah yang pasti bagi setiap insan. Justeru hargailah setiap saat yang mendatang dalam kehidupan ini sebagai suatu pemberian yang berharga dari Ilahi.. Yang berlalu pergi tidak akan kembali.. yang mendatang belum pasti.. namun kini, yang sedang dilalui adalah pasti.

Kehidupan adalah sebuah perjalanan yang memberi kita pelbagai pengajaran. Sedar atau tidak kita sedang menuju destinasi yang pasti, namun adakah kita tahu apakah tujuannya kita ke sana? Untuk apa pula kita di sini?… Adakah ia atas kehendak kita?… Mari kita mengenali sebuah episod dalam kehidupan ini, ringkas tetapi sarat dengan hikmah dan pengertiannya.

Fahamilah kehidupan ini, kamu akan pasti bahagia dikemudian hari.

Zaki Halim al-Jawi

Kenali saya..

Saya Dr Mohamad Zaki Abdul Halim, berasal dari Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Sekarang bertugas sebagai Ketua Unit Buhuth (Penyelidikan), Bahagian Fatwa di Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Pernah berkhidmat di Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi, Nibong Tebal, sebagai Imam Utama / Pegawai Tadbir Masjid,  Bahagian Pengurusan Masjid & Surau. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang selama 10 tahun. Pernah menjawat jawatan sebagai Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang selama 4 tahun dan pernah berkhidmat sebagai Pendaftar / Timbalan Pengarah di Institut Pengajian Ar-Razi Pulau Pinang selama 10 tahun.

Pengajian peringkat Thanawiah dan menengah di (SMKA) Maahad Al-Mashoor (L) Pulau Pinang. Mendalami pengajian kitab Thuras secara bertalaqqi di Madrasah Irshad Al-Ashraf Al-Wataniah (Pondok Sungai Bakap). Memiliki Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran dan Qiraat dari Institut Tahfiz Al-Quran wal-Qiraat, Pusat Islam Malaysia (JPM) sekarang dikenali sebagai Darul Quran JAKIM serta  Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam jurusan Usuluddin pengkhususan Tafsir. Juga memiliki Ijazah Sarjana dalam jurusan Pengajian Islam daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dan Doktor Falsafah (Phd) dalam kajian Pemikiran dan Dakwah daripada Universiti Sains Malaysia, (USM) Pulau Pinang.

Dalam bidang sosial pula terlibat secara aktif sebagai Pembimbing Ibadah Haji & Umrah bertauliah serta  Guru Agama di Tanah Suci dibawah kelolaan Tabung Haji Malaysia dan THTS. Disamping sebagai perunding khidmat nasihat Kekeluargaan Islam, juga menyampaikan kuliah, kelas pengajian, ceramah bimbingan dan motivasi serta aktif dalam bidang penulisan buku.

Salam ukhuwah..

e-mail: admin@mohamadzakihalim.com

Munajatku

“Ya Allah, izinkan aku untuk menceritakan tentang keagonganMu, membongkar hikmah syariatMu dan berkongsi rasa dengan sahabat-sahabatku agar ianya akan lebih menambahkan rasa kehambaan pada jiwaku. Ya Allah, jadikanlah ia sebagai ibadah serta dapat memberi manfaat untuk diriku, juga untuk insan-insan yang dengan rela hati terpanggil untuk membaca coretanku ini. Ya Allah jauhkanlah diriku dari sifat ‘ujub, riak dan takabbur tatkala aku menumpang di bumiMu, berlangitkan kekuasaanMu, bernafas dengan izinMu serta berezeki dengan limpah kurniaanMu. Ya Allah sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan dariMu jua.”

  1. Ustaz, assalamualaikum,
    Saya ada mendengar komen Ustaz semalam di mesjid Keladi. Saya sudah beberapa kali mendengar komen sedemikian terhadap orang Shia yang dikatakan menghina para sahabat. Sebenarnya hanya Shia yang jahil yang berbuat demikian manakala Ulama Shia melarang perbuatan tersebut. Walaupun di sudut falsafah politik mereka mengutamakan ahlulbait dan keturunan Ali, tetapi mereka tidak membenarkan usaha menghina Aisha dan 3 Khalifa yang lain.
    For the sake of Muslim unity and for the coming Imam Mahdi, I have to speak up in order to avoid further misunderstandings between Shiah and “Sunni”(Walaupun secara amalannya ramai tak ikut suruhan nabi).
    Pls check latest fatwa praised by AlAzhar at this site taken from you tube.

    A spokesman for Egypt’s Al-Azhar University praised a recent Fatwa issued by the Leader of the Islamic Revolution Ayatollah Khamenei forbidding the denigration of the Prophet Mohammad’s (PBUH) wife, Aisha.

    Muhammad Rifa’a Al-Tahtawi told Al-Jazeera.net that the fatwa was an important step towards proximity of Islamic schools of thought and foiling the enemies’ plots aimed at creating discord in the Islamic Ummah.
    He said the fatwa, which was issued at a very appropriate time, had two aspects: first, it was a political move aimed at strengthening Islamic unity and second, it signified the stance of the followers of Ahl-ul-Bayt (AS) regarding the Sahaba (companions) of the Holy Prophet (PBUH).

    The Egyptian scholar stressed that in order to promote Islamic unity and solidarity it is incumbent upon Shia and Sunni Muslims around the world to focus on their common grounds rather than their differences.

    Ayatollah Ali Khamenei issued a new fatwa on October 2, forbidding the denigration of the Prophet Mohammad’s wife or any other historic figures revered by Sunni Muslims.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikum salam, terima kasih atas perkongsian ilmu dari ‘Kak Wan’, saya amat hargai keprihatinan tersebut.

      Sebenarnya inilah peranan besar ulama untuk menyatu padukan umat kepada yang Hak, yang benar bersumberkan al-Quran dan Sunnah. Kita lihat telah sekian lama permusuhan Syiah dan sunni yang menyebabkan peperangan yg berkelanjutan berlaku sehingga ke saat ini menyebabkan pihak musuh beruntung dengan konflik ini.

      Ulama’ Mesir dan dunia telah berusaha sekian lama untuk menyedarkan masyarakat tentang tipu daya musuh yang mengheret ramai umat Islam kepada perpecahan. Ingatlah satu hadis Nabi SAW:
      Imam Turmidzi, Abu Dawud dan Ibn Majah, masing-masing dalam kitab Sunan-nya meriwayatkan hadits tentang penggolongan umat Islam menjadi 73 (tujuh puluh tiga) golongan atau firqoh, dan hanya satu golongan di antaranya yang selamat dari ancaman siksa neraka, yaitu golongan yang konsisten pada ajaran Nabi Muhammad SAW dan para Sahabatnya (Jama’ah) atau yang kemudian disebut dengan sebutan Ahlussunnah wal Jama’ah. Menurut Imam Abdul Qahir al-Baghdadi (w. 429 H/1037 M) sebagaimana disebut dalam karya monumentalnya, Al-Farq bainal-Firaq hadits tersebut diriwayatkan dari beberapa sumber sanad, antara lain; Anas bin Malik, Ubay bin Ka’ab, Abdullah bin ‘Amr, Abu Umamah dan Watsilah bin al-Asqa.

      Justeru ayat 103 Surah Ali Imran yang pernah kita bincangkan dahulu dalam kuliah boleh kita jadikan pedoman. Fahamanlah kita mengajak manusia untuk bersatu itu kewajipan, menyedarkan manusia dari kesilapan juga satu kewajipan.. Bersama kita fahami Allah telah mengingatkan kita siapa musuh kita dikalangan manusia dan bagaimana jalan penyelesaiannya untuk menghadapi mereka.

      Kita tidak boleh menilai sesuatu perkara ikut rasa tetapi lihatlah kepada panduan dari Allah supaya kita tidak tersalah pilih dalam menentukan kemudi dan ikutan kita. Moga Allah memberi petunjukNya kepada kita yang serba doif ini. Allahumma amiin. Wallahu’aklam.

  2. salam,
    another good video for you. Sebarkan.

    • Mohzi al-Husainy

      Sila layari web ini untuk meneliti siapa dia syiah… moga bermanfaat.

      Click to access risalahsyiah.pdf

      • Terima kasih atas respon Mohzi, yang membuka ruang untuk penjelasan lanjut.
        Kepada Ustaz, harap maaf, terpaksa sewa website ustaz.
        1. Antara tanda akhir zaman yang disebut oleh Rasulullah ialah berleluasanya fitnah. Saya lihat yang paling ketara sekarang ialah internet dan mobile phone. Manusia boleh reka cerita, simulate video dan sebarkan apa saja untuk mengelirukan orang ramai tanpa sebarang tanggung jawab.
        Musuh Islam terutamanya pihak Zionis telah menggunakan perbezaan fahaman seperti Shia, Sunni dan Wahabi sebagai satu cara melaga-lagakan kita.
        Kita sebagai orang Islam yang cerdik, tidak boleh menerima bulat-bulat sebarang berita terutamanya dari orang yang fasiq, tanpa diselidik terlebih dahulu.
        Cuba kita lihat dari mana sumber website tersebut dan siapakah penulisnya. Kita juga perlu menyelidik samada kenyataan itu berasas atau tidak sebelum kita menggunakan tangan kita untuk menyebarkan lagi fitnah tersebut. Adakah Allah akan melepaskan sahaja perbuatan tangan kita itu tanpa disoal diakhirat kelak?
        2. Akhir-akhir ini terdapat banyak fitnah terhadap Shia yang mengatakan mereka mencerca para sahabat. Itulah antara yang menyebabkan Ulama besar Iran Khameini mengeluarkan fatwa yang mengharamkan perbuatan tersebut bagi mengawal keadaan daripada terus merebak. Bagi kita yang mengaku “Sunni”, adakah patut kita tanpa usul periksa membalas ‘cercaan’ saudara seagama kita itu dengan mengkafirkan mereka pula? Inilah yang diidamkan oleh pihak musuh Islam sebenar.
        3. Sifat manusia ialah suka melabelkan orang lain dan mengaku bahawa kita yang ‘terbaik’. Ahli Sunnah yang sebenar ialah umat yang berpegang teguh dengan ajaran Quran dan sunnah nabi. Kita tak mungkin termasuk dalam golongan tersebut jika kita tidak kasih sesama saudara Islam, dan berusaha sedaya kemampuan kita untuk membela saudara kita disamping menyebarkan kebenaran kepada yang bukan Islam. Semua manusia adalah hamba Allah, kafir atau Islam. Semuga yang kafir mendapat hidayah dengan melihat akhlak orang Mukmin.
        4. Kita hanya sibuk menyebarkan berita tentang Palestine dan Ghaza, tapi apalah sangat yang telah kita lakukan, selain menderma sedikit ‘wang ehsan’. Tapi cuba lihat video di atas, saudara kita dari Iran berikrar sanggup MATI ‘with soul and blood’ demi Palestine dan Islam. Buktinya.. apabila Lebanon telah diserang Israel, Iranlah satu-satunya negara Islam yang telah menghulurkan bantuan ketenteraan pada Hezbollah. Negara Islam lain tidak menolong, malah ada yang cuba mensabotaj tentera Hezbollah atas alasan mereka adalah Shia.
        Pada persidangan UN di New York bulan lepas, siapakah yang bangun membela semula maruah seluruh umat Islam dengan membangkitkan teori tragedi 9/11 sebagai satu konspirasi America & Zionis? Beliau juga satu-satunya pemimpin yang berani bangun bercakap bagi membela hak rakyat Palestine. Delegasi dari US, Israel dan UK bangun keluar dari persidangan, tetapi sebaliknya beliau mendapat tepukan gemuruh dari delegasi negara lain.Siapakah dia?
        Mahmud Ahmadi Nejad, presiden Republik Iran. Ibunya dikatakan Seyyideh, berketurunan dari nabi melalui Hassan.
        Below is the link to his ‘WONDERFUL’ full speech video covered by Russian TV http://www.youtube.com/watch?v=k4phNuwx8Hsnews.

  3. Lagi video yang bersangkutan:

    Contoh penfitnah Ayesha untuk melagakan Sunni & Shia:

    beliau berasal dari Kuwait, dibuang negara, sekarang menetap di UK. Syarahannya banyak berkisar tentang keburukan sahabah dan isteri nabi, malah ditokok tambah. Ini bukan ulama, tetapi berpakaian macam ulama Shia. Terdapat juga video yang membalas sharahannya, yang juga berbentuk provokasi, kononnya datang dari sunnis.
    Semuga Allah memberi hidayah dan memperjelaskan kebenaran kepada kita semua.

  4. Assalammu’alaikum ya ustaz,
    Ya ustaz, ana pernah belajar di tempat ustaz ketika arwah ayah ustaz menjadi mudir. Maaf ya ustaz kiranya soalan ini tidak berkaitan dengan blog disini.Ana mengambil kesempatan untuk mengetahui keluarga ustaz di sana kerana telah lama terputus maklumat dan tiada kesempatan. Bilakah tarikh pemergian arwah ayah ustaz? Semasa arwah balik dari Mekah menunaikan haji, ana telah pulang ke desa kerana tidak sihat. Bagaimana dengan Mak Wan?
    Untuk pengetahuan ustaz, ramai orang di desa ana pernah mengaji di pondok Sungai Bakap tetapi lebih dikenali dengan nama Pondok Tok Guru Hj. Md.Zain. Mereka amat kenal dengan anak-anak tuan guru dan pernah menceritakan kepada ana. Ana juga sempat bertanyakan pada arwah,tetapi jawapannya belum secara terperinci. Apabila ana pulang ke desa tidak dapat ana terangkan keadaan hal pondok yang ana temui dalam musafir di ramadan 1986. Mereka juga menceritakan hal pondok tok guru Haji Shapiee, di mana ana ada dimaklumi anaknya pernah berhubung di pondok sungai udang melaka.
    Dapatkah kiranya ustaz memberikan sedikat gambaran hal sejarah pondok sungai bakap di awalnya sebelum kedatangan Jepun yang ada kaitan dengan setesen berdekatan kerana ramai yang kembali ke desa mengingati jalan setesen keretapi dekat pondok Tok Guru Haji Md. Zain.
    Wassalam penuh kemaafan…ilal liqa’!

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumsalam.. Boleh ana tahu tuan asal dari mana dan skrg menetap di mana? Utk pengetahuan Ayahda Hj Abdul Halim meninggal dalam awal ramadhan tahun 1993. Mak wan pun telah kembali ke rahmatullah pada Mei 2010 yang lalu. Buat masa sekarang Pondok Sg bakap ditadbir oleh Us. Abdul Aziz anak Tuan Guru Hj Yusof..
      Emmm.. kalau nak bercerita dari asal pondok sg. bakap tu panjang ceritanya.. Oklah ana mula secara ringkas di sini..
      Tuan Guru Hj Mohd Zain lahir di Kg Paya Semambu, Relau, Kedah pada Tahun 1883. Beliau menuntut ilmu di Pondok Kg Pulau Pisang, Kedah. Pada tahun1924 beliau telah berhijrah ke negeri Melaka dan membuka sebuah pondok di Kampung Paya Rumput, Alor Gajah yg diberi nama Madrasah Ad-Diniah. Pada tahun 1932 beliau pulang ke Sungai Bakap dan membuka pondok ad-Diniah Islamiah di Jalan Stesen dan meninggal dunia pada tahun 1943. Selepas kematiaannya pondok tersebut diteruskan oleh menantu sulung beliau Tuan Guru Hj Shafie.
      Pada tahun 1953 Tuan Guru Hj Yusof telah membuka pondok yg khusus kepada pengajian kitab thuras kepada warga tua. Maka bermula saat itu lahirlah Madrasah Irshad al-Ashraf al-wataniah lebih dikenali Pondok Sungai Bakap. Manakala Madrasah ad-Diniah lebih menumpukan kepada pelajar wanita dan peringkat rendah. Demikianlah lebih kurang sejarah ringkas.

      • Badrul Hassan Mohamed Kassim

        Assalamualaikum Ustaz..sewaktu saya kecil dahulu kira kira dalam tahun enampuluhan saya biasa ke sebuah sekolah agama di Jalan Station Sungei Bakap dan juga ke rumah Ustaz Abdul Halim di Jalan Station tidak jauh dari sekolah tersebut. Ustaz Abdul Halim ini dulu pernah menjadi pengadil dan juri untuk Musabaqah Peringkat Negeri Pulau Pinang. Adakah betul Ustaz biasa tinggal di Jalan Station dan arwah Ustaz Abdul Halim tersebut adalah bapa Ustaz?

        Terima Kasih

        Badrul Hassan Mohamed Kassim

  5. Raja Muhammad Nahrul

    Assalamualaikum saudara,
    Terdetik dari seorang sahabat, untuk saya mencari kebenaran tentang seorang tokoh dari Sg Bakap. Dikenali sebagai “Muhammad”, dan merupakan pengasas kepada sebuah sekolah pondok di situ, sementelah beliau dikatakan “dibuang negeri”. Adakah saudara tahu tentang orang yg sy maksudkan ini. Mohon sangat berkongsi jika ada rezeki saya… Jazakallah.

    • Mohamad Zaki Hj Abdul Halim

      Wa’alaikumsalam..
      Maaf dipinta disebabkan saya tidak mengetahui hujung pangkal al-kisah ini. Setakat pengetahuan tidak ada pula insan yang dibuang negeri. Malah nama “Muhammad” itu terlampau umum untuk dipasti. Syukran.

  6. Appreciate this post. Will try it out.

  7. I like the valuable information you provide in your articles.
    I’ll bookmark your weblog and check again here regularly. I am quite certain I will learn many new stuff right here! Best of luck for the next!

  8. Kristin Stover

    A handful of awesome stuff composed on this page you
    must be a full time author without a doubt?

  9. Wow, incredible blog format! How lengthy have you been blogging for? you make running a blog glance easy. The full glance of your site is fantastic, as smartly the content material!

  10. It’s nearly impossible to find educated people in this particular topic, but you sound like you know what you’re talking
    about! Thanks

  11. Can I simply say what a ray of sunshine to seek out someone who truly knows
    what they’re talking about on the internet. You definitely know how you can convey an issue
    to mild and make it important. Extra individuals must learn this and perceive this
    aspect of the story. I can’t consider you’re no more widespread since you undoubtedly have the gift.

  12. I’m really impressed together with your writing skills and also with the format for your blog. Is this a paid theme or did you customize it your self? Either way keep up the excellent high quality writing, it is rare to see a nice weblog like this one today..

  13. Hello to every one, it’s actually a good for me to go to see this web page, it includes priceless Information.

  14. Howdy, I spotted your website on http://mohamadzakihalim.

    com/about/ at the same time as browsing for a similar topic, your website came up,
    it seems interesting. I’ve bookmarked it in my google bookmarks.

  15. MOHON SHARED USTAZ

  16. salam taaruf
    izinkan saya kongsi butiran di sini utk tujuan ilmiah

Tinggalkan Jawapan kepada Stacia Geary Batal balasan