Category Archives: Dunia Buku
Bekalan Jemaah Haji dan Umrah
PULANG BERSAMA HAJI MABRUR
Mengerjakan ibadat haji memerlukan kita berfikir dan bertindak mengikut arahan. Bagi orang yang berfikir dan berusaha menghayati ibadat ini dengan sepenuh hati dan perasaan, mereka pasti melalui dimensi kehidupan yang berbeza. Buku ini digarap dengan penuh penghayatan kepada wujudnya sifat rasa dalam diri. Perbicangan dalam buku ini mengajak para pembaca untuk muhasabah amal agar ibadah haji & umrah tidak hanya dilihat sebagai satu ritual agama malah lebih dari itu iaitu usaha untuk “overhaul” atau “service diri”
Buku ini bukan sahaja bacaan untuk persiapan mereka yang akan mengerjakan ibadah haji & Umrah, tetapi sesuai juga untuk pembacaan mereka yang belum, dan berniat untuk mengerjakannya suatu hari (Dengan izin Allah). Moga-moga bertambah bersedia menghadapi mehnah & ujian yang dilihat sebagai kasih sayang Allah, malah bersedia untuk mengapai tawaran “Haji Mabrur”.
“Buku ini ditulis bukan hanya untuk dibaca, tetapi lebih untuk dihayati dan dirasa”- Ustaz Mohamad Zaki Abdul Halim
APA LAGI, jom hadiahkan pada diri sendiri, keluarga dan rakan terdekat, buku yang sarat dengan didikan & tarbiah!
Dapatkan buku ini dengan harga RM19.00 sahaja! 😍 termasuk urusan pos (Percuma!!)
Hubungi saya : 012-4012327 ( whatsapp)
Jommm.. Sila share..
Sudah Terbit!!: Buku “Rahsia 7 Surah Pilihan”
Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Al-Quran merupakan kitab panduan yang paling mujarab. Melimpah ruah mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah, rahmat dan zikir. Pengingat bagi yang lupa, penerang bagi yang mahukan penjelasan, penyembuh bagi hati yang duka-lara, pembimbing bagi yang mahukan petunjuk dan motivasi bagi yang mahukan pendorong.
Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah, Tuhan yang Maha Pencipta. Terangkum padanya konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh Pencipta Yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.
Di dalam Al-Quran dipaparkan contoh-contoh tauladan. Juga kisah-kisah yang benar-benar berlaku sebelum diturunkan dan pada ketika penurunan Al-Quran berlaku secara beransur-ansur. Melalui segala panduan dan pengajaran itu, manusia akan mendapat kekuatan motivasi bagi membina jati diri dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim yang sejati dan hebat, serta benar dalam semua bidang kehidupan.
Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah SWT. Untuk bermulanya hari qiamat dan nasib setiap insan, sama ada ke syurga atau ke neraka setelah dia dimatikan dan dipindah ke alam baqa’. Semuanya ini sebagai panduan dan motivasi supaya orang yang beriman mempunyai pegangan dan sandaran yang kukuh iaitu kepada Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pencipta.
Buku: Dhuyufur-rahman, Tip Perjalanan Menuju Allah Khusus Bagi Jemaah Haji & Umrah
Perasaan syukur kepada Allah SWT yang Maha Penyayang menusuk hati kerana diberi taufik dan hidayah bagi menunaikan ibadat fardu haji dan umrah yang penuh kenikmatan serta kehebatan ini. Malah diberi-Nya pula peluang sebagai Pembimbing Ibadah Haji untuk membantu para dhuyufurrahman mengapai hasrat, membina semangat bagi menunaikan tuntutan rukun Islam yang ke lima. Ibadah ini memberi pengertian yang cukup bermakna kepada sesiapa yang mengkaji dan cuba memahami, menghayati dan seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan ini. Ibadat inilah yang mampu mengubah seluruh kehidupan bagi mereka yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran.
Pengalaman membimbing jemaah haji dan seterusnya mengkaji keistimewaan ibadat ini membuatkan diri saya merasa kerdil dengan ilmu Allah SWT yang maha luas. Tidak terjangkau dan termampu untuk diungkapkan, betapa ianya telah membuka lembaran yang lebih luas dalam dimensi kehidupan ini agar dilalui dengan lebih bermakna. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, pengajaran daripada ibadat haji dan umrah ini mampu ‘memanusiakan’ manusia dengan sifat-sifat kemanusiaan yang akan dimuliakan dan dihormati oleh segala makluk ciptaan Allah SWT. Kerana manfaat tarbiah daripada ibadah ini bukan hanya pada perlaksanaannya sahaja tetapi juga merangkumi segenap aspek kehidupan yang kita lalui.
Buku ini boleh dilebalkan sebagai sebuah buku motivasi dakwah. Ia tercetus dan terhasil daripada semangat haji yang saya miliki dan terus dibajai disamping berkongsi rasa dan idea bersama para sahabat yang lain, yang sama-sama diberi peluang untuk menyantuni para dhuyufurrahman. Nikmat berbakti dan menyantuni dhuyufurrahman amat berharga dan sukur untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Namun sebagai menghargai dan mensyukurinya, apa yang mampu kami berikan hanyalah dalam bentuk perkongsian pengalaman, pandangan dan catatan serta ilmu berkaitan ibadat haji dan umrah sebagai pedoman yang berguna untuk dimanfaatkan bersama. Matlamat utama daripada usaha ini adalah diharapkan para dhuyufurrahman ataupun tetamu Allah beroleh faedah yang maksima dari sudut ilmu, kefahaman dan tarbiah serta mampu mencapai kedudukan yang terbaik di sisi Allah SWT iaitu haji Mabrur. Haji Mabrur tiada ganjaran yang lebih istimewa melainkan syurga! Read the rest of this entry
Buku: Pulang Bersama Haji Mabrur
GB0149 : Pulang Bersama Haji Yang Mabrur
Pengarang : Mohamad Zaki Abdul Halim
Tebal : 180
ISBN : 978-983-097-335-7
Harga : W/M:RM19.00 E/M:RM21.00
Mengerjakan ibadah haji memerlukan kita berfikir dan bertindak mengikut arahan. Bagi orang yang berfikir dan berusaha menghayati ibadah ini sepenuh hati dan perasaan, mereka pasti melalui dimensi kehidupan yang berbeza. Apabila kita menyelami segala aturannya dengan bersungguh-sungguh, kita bertemu dengan mutiara-mutiara yang indah dan mahal harganya. Oleh sebab rahsia yang tersirat ini tidak diteroka, akhirnya mutiara-mutiara itu tetap tersimpan dan terus menjadi misteri. Buku ini memberi jawapannya dalam pencarian haji yang mabrur.
Buku ini mengandungi 5 bab, menghuraikan persoalan yang menjadi tanda tanya kepada kebanyakkan tetamu Allah berkenaan Haji Mabrur. Bab-bab dan pecahan perbincangan adalah seperti berikut;
Bab Satu: Permulaan Memburu Haji Mabrur
- Pengertian Haji Mabrur
- Makna Jihad Dalam Ibadah Haji
- Keutamaan Haji Mabrur
Bab Dua: Tujuan Ibadah Haji
- Niat – Menyempurnakan Mabrur
- Pengorbanan – Asas Ukhuwah
- Pelaksanaan – Berpaksikan Ilmu
- Kecacatan Ibadah Haji – Mengurangkan Kemabruran
Bab Tiga: Persediaan Sebelum Berangkat Ke Makkah
- Persediaan Pertama: Berada di Garisan Permulaan
- Persediaan Kedua: Mendapatkan Ilmu yang Benar
- Persediaan Ketiga: Memahami Tuntutan Syahadah
- Persediaan Keempat: Memahami, Menghayati dan Melaksanakan Ibadah-ibadah Fardu
- Persediaan Kelima: Penyuciaan Jiwa
- Persediaan Keenam: Menyediakan Bekalan Kewangan
- Persediaan Ketujuh: Persiapan Mental dan Fizikal
Bab Empat: Pelaksanaan Ibadah Haji
- Bagaimanakah Memperolehi Penghayatan?
- Menghayati dan Mempraktikkan Amalan Haji
- Ihram
- Talbiah
- Tawaf
- Saie
- Wukuf di Arafah
- Bermabit du Muzdalifah
- Melontar dan Mabit di Mina
- Menyembelih Korban dan Dam
- Bercukur
- Tawaf Widak
- Menziarahi Madinah Munawwarah
Bab Lima: Haji Mabrur
- Pulang dari Bumi Barakah
- Lima Tahap Imam untuk Mengukur Kemabruran haji
- Mengekalkan Perubahan Diri
- Gerbang Perubahan
- Kuasa Mengekalkan dan Mengoptimumkan Perubahan