Category Archives: Perbincangan Ilmiah

Dosa tanggung sendiri, tapi akibatnya?…

Pernahkah anda mendengar orang berkata; “kubur masing-masing, Jadi aku tak kacau korang buat apa la korang nak sibok jaga tepi kain orang lain..Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga”?!!

Pernah juga saya mendengar komentar seorang wanita berkenaan suruhan menutup aurat diajukan kepadanya, dengan nada kata-kata yang agak bangga ia menjawab; “eleh… peduli apa aku, nak tutup ke tak ke, itu hak aku… batang tubuh aku. Ikut suka akulah”.

Astaqfurullah..” itu saja lafaz yang mampu kita ucapkan. Moga Allah memberi hidayah serta keampunan kepada mereka.

Persoalannya sekarang, betulkah dakwaan mereka, dosa atau perbuatan maksiat yang kita buat hanya akan melibatkan kita seorang sahaja? Atau adakah bencana dan kesan daripada perbuatan itu akan melibatkan orang lain juga?


Iktibar disebalik kejadian

Suatu ketika saya telah diajukan persoalan oleh rakan facebook mengenai tafsiran ayat 48 surah an-Nahl yang bermaksud:

Apakah tidak mereka lihat barang sesuatu yang dijadikan Allah, yang beredar bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri, kerana sujud kepada Allah, sedang mereka adalah merendah diri?”

Apa yang anda faham maksud dari ayat ini? Dalam ayat ini Allah SWT mengkehendaki supaya kita melihat kepada kejadian alam yang diciptakan Allah SWT. Segala sesuatu yang memiliki keistimewaan dan kehebatan malahan kesemua yang diciptakanNya itu memiliki kesempurnaan dan kelebihan masing-masing serta mempunyai fungsi-fungsi yang tertentu melengkapi antara satu sama lain. Namun pada umumnya kita dapati segala sesuatu itu mempunyai kaitan serta keperluan kepada kehidupan manusia secara tidak langsung.

“Apakah tidak mereka lihat barang sesuatu yang dijadikan Allah, yang beredar bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri, kerana sujud kepada Allah, sedang mereka adalah merendah diri?” An-Nahl:48

 

Yang beredar bayang-bayangnya ke kanan dan ke kiri” maksud kenyataan ini ialah melalui pengkhususan yang Allah SWT kehendaki untuk kita fahami serta fikirkan antara ciptaanNya itu ialah matahari, merujuk kepada cahayanya yang beredar dari timur ke barat setiap hari semenjak alam ini diciptakan. Suatu tempoh yang agak lama, dalam keadaan taat serta merendah diri pada ketentuan Allah SWT terhadapnya.

Walaupun sifat fizikal matahari lebih besar berbanding planet ciptaan Allah SWT yang terdekat dengan kita, namun ia tetap tunduk patuh, tidak menyombong diri dan membantah apa yang telah ditetapkan Allah kepadanya. Perjalanannya teratur malah dengan disiplin dan kepatuhan tersebut manusia dapat menetapkan waktu serta tarikh tanpa sebarang percanggahan.

Manusia melalui akal yang Allah SWT anugerahkan ini mengakui bahawa matahari adalah keperluan utama yang menentukan perjalanan serta kelangsungan kehidupan manusia melalui fungsinya, manfaat dari cahaya yang diterbitkannya serta segala planet yang tertumpu pada peredarannya memberi kemudahan dan kesejahteraan kepada hidupan yang mendiami alam ini khususnya di muka bumi.

Begitulah hebatnya penciptaan Allah SWT ini, suatu perbentangan fakta yang akal tidak mampu untuk menafikan kebenarannya. Namun disebalik kenyataan tersebut cuba kita andaikan keadaan sebaliknya berlaku, jika matahari tidak patuh malah menyombong diri dengan peraturan serta hukum Allah SWT padanya sebagaimana (boleh dikatakan hampir keseluruhan) manusia menyombong diri, bongkak serta mempertikaikan pula ketentuan Allah SWT kepada mereka. Apa akan jadi alam ini, bila matahari bersifat begitu?

Read the rest of this entry

11 Jenis Manusia Didoai Malaikat

Salah satu daripada Rukun Iman yang enam adalah PERCAYA kepada malaikat. Para malaikat adalah makhluk yang taat dan hampir kepada Allah SWT, tidak menderhaka dan melakukan maksiat. Allah SWT tugaskan kepada mereka dengan tugasan-tugasan tertentu. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam kehidupan ini, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.

Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh baginda Rasulullah SAW ada antara jenis-jenis manusia yang akan menerima doa para malaikat.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat kerana doa para malaikat umpama bukti dan penyaksiaan kepada ketaatan kita kepada Allah SWT.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'”

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:

“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

“Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

Read the rest of this entry

Riak Yang Membinasakan Diri

Salah satu penyakit hati ialah sifat riak yang dikenali melalui perwatakan yang suka menunjuk-nunjuk serta ego. Bagaimanakah kita hendak mengenali sifat-sifat ini?. Di sini saya sertakan tips mengenal-pasti sifat ini bagi membantu diri kita untuk mengubatinya, insyaallah.

  • Riak – bangga dirinya melebihi orang lain, suka memuji diri, bangga dengan kemuliaan diri, harta, ilmu dan keturunannya.
  • Suka menonjol diri kepada orang lain.
  • Memandang rendah orang lain.
  • Minta dirinya dipuji di majlis keramaian.
  • Bermulut keji, suka mencela atau mengkritik orang lain secara berlebihan dan melampau.
  • Berlagak angkuh ketika berjalan.
  • Memaling muka ketika bertemu dengan seseorang.
  • Berlagak dalam berbicara.
  • Membantah teguran orang lain.
  • Tidak mengendahkan nasihat dan teguran orang lain.
  • Berlagak pandai walaupun tidak tahu.
  • Berpakaian terlalu menonjol dan berlebih-lebihan.
  • Suka menindas orang Islam yang lemah dan miskin.
  • Berlagak dirinya sahaja betul dan tidak pernah salah.
  • Suka membazir harta benda sama ada milik sendiri atau orang lain.

Punca

Antara punca utama segala sifat tersebut berlaku ialah apabila hati kita sudah hilang sifat kehambaan kepada Allah SWT. Sudah tidak merasai kewujudan Allah SWT, yang bahawasanya dari Allahlah segala yang kita miliki dan punyai selama ini. Segala-galanya hanya dipinjamkan Allah kepada kita sebagai modal untuk beramal. Berusaha mentaati dan berbakti mengikut ketentuaanNya.

Firman Allah SWT: Maksudnya, “Dan tidaklah mereka diperintahkan melainkan supaya beribadah kepada Allah dengan mengikhlaskan amal (ketaatan) kepada-Nya dalam menjalani agama yang lurus, mendirikan shalat, menunaikan zakat. Itulah agama yang lurus.” (QS. Al-Bayyinah : 5)

Kita seharusnya memahami bahawa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah aturcara sebuah kehidupan yang melengkapi kehidupan insani, meletakkan sumber fitrah kepada yang haknya dan membatasi pada yang membinasakannya.

Read the rest of this entry

Solat: Kesan dan Hikmahnya

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beribadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku apabila cas yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.

Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.

Read the rest of this entry

Kenali dan Atasi Godaan Syaitan

Syaitan adalah musuh kita yang nyata sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran yang merupakan ingatan Allah SWT.

Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal – terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: “Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?” Syaitan menjawab: “Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur.” Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat. Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti Hawa terkeluar dari Syurga, walaupun mereka telah diampunkan oleh Allah, dan bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil.

Oleh itu bagi mengatasi godaan syaitan ini Imam Ghazali telah menukilkan di dalam kitab (Wasiat Imam Ghazali m/s: 129.):

  1. Kita mesti mengetahui segala tipu daya syaitan supaya syaitan tidak berani mengganggu kita.
  2. Anggaplah tipu daya syaitan suatu perkara remeh, jangan sama sekali kita mengambil perhatian, jangan mengambil hati di atas segala ajakan syaitan. Pasti syaitan tidak akan berupaya menggoda kita.
  3. Berzikir dengan lisan dan hati.

قال رسول صلى الله عليه وسلم

إن ذكر الله تعالى فى جنب الشيطان كألآكلة فى جنب ابن آدم

”Sesungguhnya zikrullah itu menyakitkan syaitan seperti menderitanya anak Adam dengan penyakit pemakanan yang bersarang di perutnya”.

Cara-cara yang Digunakan Syaitan untuk Menggangu Manusia

Mancung/Paruh Syaitan membuatkan manusia Lupa Sabda Muhammad Rasullullah: “Sesungguhnya syaitan itu meletakkan muncungnya diatas hati anak Adam, maka jika manusia ingat kepada Allah, maka mundurlah ia dan jika manusia itu lupa kepada Allah, dipatuklah hatinya”. (Hadis Riwayat Ibnu Jauzi)

Read the rest of this entry

Tanda Kemuliaan Manusia

Setiap manusia yang waras menginginkan kemuliaan dan kesempurnaan. Antara sifat-sifat tersebut yang menyeluruh dalam Islam adalah terangkum dalam sifat ihsan. Ia adalah sifat kesempurnaan Allah yang sangat dituntut supaya dicontohi manusia sejagat. Sifat ihsan ini mendapat kedudukan yang tertinggi dalam amalan manusia di dunia ini.

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan dan telah mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.” (an-Nisa’:125)

Di dalamnya juga terkandung sifat kemuliaan yang asas seperti sifat rahmat, ikhlas, pengorbanan, teliti serta ada pengawasan dalam usaha dan amalan.

Apa itu ihsan? Ihsan ialah sifat hati yang mempunyai daya penggerak untuk berkorban melakukan kebaikan zahir dan batin semata-mata untuk mendapat keredaan Allah.

Istilah ini lebih mudah difahami sekiranya melalui perbandingan, misalnya antara sifat ihsan dan adil.

Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya dengan saksama sama ada pada perkara tersurat atau tersirat.

Ihsan ialah sifat hati yang mempunyai daya penggerak untuk berkorban melakukan kebaikan zahir dan batin semata-mata untuk mendapat keredaan Allah.

Tabiat keadilan seperti diketahui adalah tegas, keras dan tepat dengan peraturan yang termaktub tanpa mengira perasaan belas dan simpati, suasana yang mempengaruhi suatu perbuatan atau kesalahan dilakukan.

Keadilan adalah keperluan dalam kehidupan, kerana ia suatu cara penting bagi mengawal ketenteraman dan kesejahteraan.

Tetapi, keadilan semata-mata tidak memadai, sebagai manusia kita tetap memerlukan sifat ihsan.

Sifat ihsan Allah melimpahi dan mengatasi daripada sifat adil. Cuba lihat maksud ayat 58, dari surah al-Kahfi:

“Dan Tuhanmulah yang maha pengampun lagi mempunyai rahmat. Jika Dia hendak mengazab mereka kerana perbuatannya, tentu Dia akan menyegerakan azab baginya, tetapi bagi mereka ada waktu yang tertentu (untuk mendapat azab) yang mereka sekali-kali tidak akan menemukan tempat berlindung daripadanya.”

Read the rest of this entry

Doa dan terus berdoa…

Doa, ungkapan yang sering dilafazkan disertakan dengan perbuatan memohon sesuatu hajat kepada Allah. Ia merupakan pengakuan hamba terhadap kekuasaan Allah yang mutlak terhadap segala yang berlaku, manakala dari segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Sesungguhnya doa yang kita panjatkan tidak pernah diabaikan oleh Allah malah ia merupakan ibadah yang dimuliakan oleh Allah. Firman Allah SWT:

“Minta doalah daripada-Ku, aku menerima doamu.” (Surah Ghafir, ayat 60)

Sebagaimana sabda Nabi SAW:

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda;

“Tidak ada suatu yang lebih mulia di sisi Allah Ta’ala melainkan berdoa.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain pula, daripada Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:

“Mohonlah kebaikan/kelebihan daripada Allah kerana sesungguhnya Allah suka diminta kebaikan/kelebihan dan sebaik-baik ibadah adalah menunggu kelapangan (terlepas daripada kesusahan).” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Kisah Doa Nabi

Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW sedang solat di kaabah. Pembesar-pembesar Quraisy melihatnya sambil mengejek beliau. Tiba-tiba, ada orang datang menyembelih unta di Kaabah. Pembesar-pembesar Quraisy cabar mencabar antara mereka siapa yang berani mengambil perut-perut unta yang berdarah dan bernajis itu dan meletakkannya di atas kepala Nabi Muhammad yang sedang sujud di Kaabah.

Uqbah bin Mu’it, jiran Nabi Muhammad bangun dan berkata, “Aku yang akan melakukannya.”

Dia pun pergi mengangkat tali-tali perut itu dan meletakkannya di atas kepala Nabi Muhammad yang sedang sujud itu. Uqbah dan pembesar-pembesar Quraisy yang lain ketawa terbahak-bahak sampai bergoyang-goyang badan mereka. Nabi Muhammad terus sujud tidak bergerak-gerak. Perut-perut unta itu terus berada di atas kepala Nabi Muhammad yang sedang sujud sehinggalah Fatimah lalu di situ. Dia membuang kotoran-kotoran itu sambil menangis melihat penghinaan dan ujian yang ditanggung oleh Nabi Muhammad, ayahnya.

Read the rest of this entry

Tarbiah dari Ibadat Haji

“Ustaz, kenapa bila kita di Tanah Suci, khususnya di Mekah… Apa saja yang terlintas di hati kita, boleh dikatakan terus Allah makbulkan?” Tanya seorang peserta kursus Umrah kepada saya di suatu sesi pada hujung minggu yang lalu. Soalan yang seakan sama maksudnya acap kali diajukan oleh para peserta yang mahukan kepastian, mengenai sebab dan hikmahnya berlaku sebegitu, dalam kebanyakkan kursus haji dan umrah yang telah saya hadiri sebagai penceramah. Ramai juga yang merasa gerun. Ada juga yang mula bercerita sesama sendiri tentang pengalaman masing-masing dan ingin berkongsi dengan jemaah yang lain.

Sememangnya pengalaman ini pasti ada, pada setiap tetamu Allah yang pernah menjejakkan kaki ke bumi barakah Makkah al-Mukarramah. Tidak kira sama ada ia mengunjungi tanah suci untuk tujuan Umrah di musim biasa atau ibadah haji dalam bulan-bulan haji, tentu sekali akan ada cerita-cerita pahit manis yang tersimpan erat di dalam minda sebagai kenangan.

Begitu indah pengalaman ini bagi mereka yang pernah melaluinya. Sebuah perjalanan yang sarat dengan pengajaran dan hikmah. Musafir seorang hamba untuk membongkar erti perjalanan sebuah kehidupan. Mengenal keagongan Tuhan serta menginsafi akan kelemahan insan. Inilah dia hakikat perjalanan menuju Tuhan. Cukup besar pengajaran yang Allah sediakan bagi insan yang bersedia untuk mengetahuinya. Bermula dari detik azam dan niat yang tersemat sehinggalah penyudah dalam mengekalkannya.

Read the rest of this entry

Kursus Haji Dan Umrah (Bersiri)

Jom kita menilai kembali ibadat Haji & Umrah kita, jika telah dilaksanakan. Mendapatkan Haji atau Umrah yang mabrur, insyaallah mudah kalau disertakan dengan segala syarat-syaratnya. Tetapi yang payahnya ialah untuk mengekalkan kemabruran tersebut dalam diri kita.

Justeru, menghadiri Kursus Haji atau Umrah bukan hanya bagi mereka yang baru berniat atau berazam hendak melaksanakannya tetapi juga yang lebih utama bagi mereka yang telah menunaikannya. Dalam siri-siri kursus yang bakal diadakan, insyaallah penekanan akan diberikan khusus kepada penghayatan Haji dan Umrah itu sendiri selain pendekatan mudah mengenai hukum-hakam yang berkaitan.

Tempat kursus:

Setiap Sabtu (Masjid Daerah Seberang Perai Selatan, Sungai Jawi) bermula jam 9:00 pagi. (6/2/2010 – 19 siri)

Setiap Ahad (Masjid Permatang Rambai, Penaga, Seb. Perai Utara) bermula jam 9:00 pagi (7/3/2010 – 17 siri)

Jadual Kursus haji 1431

Untuk mendapat info jadual Kursus Haji  anjuran Tabung Haji di seluruh Malaysia sila klik logo tabung haji di sebelah.

Sapaan Rindu..

Tatkala hati berbisik, mengalunkan kalimah, Ya Allah.. Ya Rabbi.. Sesekali sayub kedengaran kicauan beburung dan unggas melaungkan zikir, asyik dalam dunianya sendiri. Sapaan lembut bayu petang menyergah ke muka membangkitkan rasa damai, tenang dan keasyikan. Insan yang kerdil ini mula merenung ke dalam diri. Segala isi alam tenggelam dalam keasyikan mencari makna “asal” diri sendiri.

Dari mana diri ini? Dari mana seluruh makhluk yang menghiasi alam ini? Hati yang mencari terus mencari, sehingga benih keinginan yang mula subur untuk mengetahui asal kejadian diri, kian terus bercambah. Dari kehendak yang tinggi untuk lebih mengetahui kepada kerinduan terhadap “asal” yang dicari.

Ruang untuk bermuhasabah diri dan memikirkan hakikat keagungan, tentang makna yang dicari terbentang dihadapan. Suasana sunyi dihiasi dengan ingatan dan fikiran yang tulus suci.

Ketika fitrah mula berbicara, akal mula menjadi pemerhati yang setia. Intipati “tauhid murni” secara fitrah mula menzahirkan maknanya. Hati mula menerimanya dengan penuh rela. TAUHID MURNI seraya berkata: “HUWA ALLAH” (DIALAH ALLAH). Dialah Pencipta, Dialah yang mengwujudkan kamu dari tiada, Dialah yang kamu cari wahai insan. Dialah yang kamu rujuk sebagai “asal” hakiki seluruh kejadian.

Jawapan halus dari lafaz “ALLAH” mula memendam makna menyelinap keseluruh jiwa. Asyik dan khusyuk, lafaz yang mengandungi seluruh makna ketuhanan, menyerlahkan lagi makna kehambaan dalam diri sang hamba, leka dalam dakapan penghayatan. Maka, tali hubungan kehambaan kepada ALLAH yang menyimpan rahsia ketuhanan mula membenihkan “kelazatan” dalam rasa kehadiran. ILAHI… kata diri berbicara merintih diperhati. ‘ABDI… (HambaKu)… Seru Maha Cinta Abadi nan Hakiki.

Ketika dalam kesunyian itu, seruan semakin rancak. Yang berbicara terus berbicara. Yang menjadi pendengar terus setia. Hanya yang ada, cinta dengan cinta. Itulah ruang kesunyian yang bisa menjernihkan kekaratan nafsu duniawi. Allah..

Read the rest of this entry

%d bloggers like this: