Arkib Blog

Buku: Dhuyufur-rahman, Tip Perjalanan Menuju Allah Khusus Bagi Jemaah Haji & Umrah

Perasaan syukur kepada Allah SWT yang Maha Penyayang menusuk hati kerana diberi taufik dan hidayah bagi menunaikan ibadat fardu haji dan umrah yang penuh kenikmatan serta kehebatan ini. Malah diberi-Nya pula peluang sebagai Pembimbing Ibadah Haji untuk membantu para dhuyufurrahman mengapai hasrat, membina semangat bagi menunaikan tuntutan rukun Islam yang ke lima. Ibadah ini memberi pengertian yang cukup bermakna kepada sesiapa yang mengkaji dan cuba memahami, menghayati dan seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan ini. Ibadat inilah yang mampu mengubah seluruh kehidupan bagi mereka yang mahu mengambil iktibar dan pengajaran.

cover dhuyufurrahmanPengalaman membimbing jemaah haji dan seterusnya mengkaji keistimewaan ibadat ini membuatkan diri saya merasa kerdil dengan ilmu Allah SWT yang maha luas. Tidak terjangkau dan termampu untuk diungkapkan, betapa ianya telah membuka lembaran yang lebih luas dalam dimensi kehidupan ini agar dilalui dengan lebih bermakna. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, pengajaran daripada ibadat haji dan umrah ini mampu ‘memanusiakan’ manusia dengan sifat-sifat kemanusiaan yang akan dimuliakan dan dihormati oleh segala makluk ciptaan Allah SWT. Kerana manfaat tarbiah daripada ibadah ini bukan hanya pada perlaksanaannya sahaja tetapi juga merangkumi segenap aspek kehidupan yang kita lalui.

Buku ini boleh dilebalkan sebagai sebuah buku motivasi dakwah. Ia tercetus dan terhasil daripada semangat haji yang saya miliki dan terus dibajai disamping berkongsi rasa dan idea bersama para sahabat yang lain, yang sama-sama diberi peluang untuk menyantuni para dhuyufurrahman. Nikmat berbakti dan menyantuni dhuyufurrahman amat berharga dan sukur untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Namun sebagai menghargai dan mensyukurinya, apa yang mampu kami berikan hanyalah dalam bentuk perkongsian pengalaman, pandangan dan catatan serta ilmu berkaitan ibadat haji dan umrah sebagai pedoman yang berguna untuk dimanfaatkan bersama. Matlamat utama daripada usaha ini adalah diharapkan para dhuyufurrahman ataupun tetamu Allah beroleh faedah yang maksima dari sudut ilmu, kefahaman dan tarbiah serta mampu mencapai kedudukan yang terbaik di sisi Allah SWT iaitu haji Mabrur. Haji Mabrur tiada ganjaran yang lebih istimewa melainkan syurga! Read the rest of this entry

%d bloggers like this: